Showing posts with label [breastfeeding]. Show all posts
Showing posts with label [breastfeeding]. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Pengalaman tandem nursing

Salam

Bacaan utk kaum ibu dan wanita shj..terima kasih..

Masa shahadah dl kan susu start kering masa pregnant 4 bulan gitu. Kalau pregnant tapi nak bf boleh tapi tanya 2 3 org doctor ye. Jangan org lain boleh rse diri boleh juga. Sebab kalau ade history gugur ke high risk disarankan stop bf. Fully bf shahadah sampai die 1y 6m masa pregnant 5 bulan xsilap..lepas tu introduce dengan fm..Cara nak introduce dah pernah cite dulu. Tak mudah utk budak fully bf lagi2 banyak bagi direct bf nak tukar jadi slow2 dan bertabah la ye. Shahadah dulu dalam seminggu juga.

Bila shafiyah lahir shahadah 1y 11m..Shahadah pun bf semula tapi bukan fully la. Kina cakap dekat nurse menyusu baby dl lepas tu bagi shahadah dgn confident je. Rupanya nurse cakap cara tu salah. Kena bagi kakak dulu baru bagi adik. Kalau tak kakak dapat yang lagi berkhasiat,adik dapat yang hampas. Nurse la cakap gitu. Lepas tu baru teringat pasal hindmilk & foremilk. Foremilk ni susu awal2, cair. Hindmilk lebih pekat dan berkhasiat.  

Bila dah ajar gitu shahadah akan bf lepas tu dalam 2 minit die akan cakap "ok dah,baby plak". Kadang baby xnak lagi die yang lebih2. Hahaha. Lepas tu cakap sebelah die punye,sebelah lagi baby punye. Nak nyusu cakap chinta nak pet2 chinta. Ni pet2 chinta. lol. Tandem nursing ni 2S. Seronok & seram. Hahaha. Mana tak seram gigi penuh kot. Dah pernah kena aritu gigit. Sakit ya ampun. Stop kejap. Dah ok baru sambung.

Shafiyah setakat ni fully bf. Alhamdulillah. Agaknya sempat tak kejar kakak die. Mana tau preggy. Dl tak tahu preggy akan kering. Hahaha. MIL cakap kina boleh je la tambah lagi,pandai bahagi masa dok dekat rumah. Huahua. Haru biru jugak ni. Sebab bukan dok rumah saja2,ade bisnes online yang harus ku hadap. Ibu kina plak cakap jarak 5 tahun. Tak kot. At least 3 orang atau 5 orang lagi kot. Hahaha. Takkan dah tua baru nak beranak ye. Letih woo. Bila dah ready nanti boleh la. Tapi bukan bulan ni. Atau bukan lebih 5 tahun lagi. Hahaha. Allah knows. Yup,memang nak anak ramai, sebabnya kita tak tahu anak yang mana akan mendoakan kita di alam barzakh. Biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kata nenekku yang ank 10. Huahua. Bff cakap anakmu comel2 beranak tiap tahun xpe. Hahaha. Xmampu weh. Respect mak anak setahun sorang. 

Shafiyah makan da kurg tapi suke sangat minum air kosong. Maybe dok tgk mama dan kakak die dok togok sokmo..huhu. Papa kata pindah nanti boleh la pasang coway. Tapi kena kira-kira dulu. Hihi. Kali ni tak start dengan buah manis. Sebab taknak die suke manis je. Bubur nasi, brokoli, peas,  karoot komedia.carrot lah. Then start sweet potato,die xnak. Huahua. Ni dalam fasa kurg nak makan. Anak 2 ni relax2 sudah. Nanti nak la die. Asalkan menyusu ok,berat ok. Berat sekarang 6kg++ kot. 

Next month shahadah 2y 6m, boleh la betul2 wean off. Ni pun papa die kata eee,dah besar tak malu. Kina cakap takpe la. Next month stop,saje bayar balik masa 6 bulan xbf dl. Lagipun die bukan bf banyak pon. Hihi.


Ok la..tu je nak share..25 hari lagi nak pindah penang..yeaaaaa..Alhamdulillah..harap dipermudahkan semua.


Mama anak 2. Jubah moreena. Sempat lagi tlg promote nana. : p

Wednesday, December 3, 2014

Shafiyah 5 bulan

Salam..

Hari ni genap shafiyah 5 bulan.

Masa dalam pantang die jarang ajak main tgh2 malam. Bangun untuk susu je. Tido pn awal.

Jarang dengar suara. Baik bebenor org cakap. Sampai jiran sebelah rumah cakap

"Tau ada baby, tapi senyap je tak dengar suara pn"

Rasanya baby ni xboleh puji. Sebab sekarang die dah semakin ikut kakak die. Rasanya shafiyah jadikan shahadah sebagai idola. Hahahaha. Tapi kadang2 sebab kakak buat bising jadi die pun terbangun. Grrrrr. Memang geram je kn.

Dari tido 7 setengah
Jadi 8 setengah
Jadi 9 setengah
Jadi 10 setengah
Jadi 11 setengah
Dan paling lambat 12 setengah

Alhamdulillah tak sampai 1 setengah. Pitam mama masa dekat kuantan. Sekarang ni sebab dah balik bintulu dapat lah mentidokan die lebih awal. Tapi rasa macam best plak die tido lewat so die bangun lambat. Kalau malam papa ade. :p Jahat mama.

Sekarang shafiyah tido pukul 9 lebih. Tapi kalau nak tido tu bukan main nangis. Kadang2 nangis tak tau sebab apa. Da buat macam2 last2 tido sendiri.

Petang ke mlm nak orang pegang je. Pagi2 je yang ok kite biarkan. Time tu la mama buat keje. Petang2 memang tak le mama nak baking.

Dah kenal orang. Tapi die pn macam kakak shahadah boleh dengan sape2. Beso sket nanti tak tau la. Friendly.

Dah berguling, angkat bontot, dah jatuh katil (tapi tak nangis sebab tersangkut antara almari dgn katil. Hahaha. Mama masa tu tengah bawak kakak shahadah dlm toilet. Igtkn wan mi tunggu , wan mi semayang, sampai rakaat ketiga berhenti sebab eksiden tu. Tapi rilek je shafiyah). Wan mi cakap jatuh xnangis kena tinggal nangis. Huahua.

Berat terkini 6.2kg. Alhamdulillah masih fully bf. Nak kejar record kakak. InsyaAllah.

Rambut tumbuh sket2 lg..hahaha. jd semua cakap nampak mcm baby boy. Xpe, nanti rambut da panjang, pastu nanti mama pakaikan subang macam kakak shahadah mesti tak nampak macam boboi dah.

Sebulan lagi shafiyah kita makan ye.

#5monthsbaby



Kakak akan jaga adik ye.


Yela kakak tu.



Sebelum check up 5 bulan.


posted from Bloggeroid

Friday, August 22, 2014

Ingatkan dah terwean off dah..

Untuk bacaan wanita sahaja..terima kasih..

Salam

Ok, dah lama berhutang cerita macam mana start shahadah minum susu formula (FM)..Alhamdulillah, dapat fully bf genap 1 tahun 6 bulan..Betul-betul lepas balik umrah..Masa tu preggy dah nak masuk 5 bulan. Oh ye, kalau pregnant tapi nak menyusukan memang takde masalah kalau previous pregnancy takde masalah. Kina tanya 3 orang doktor dan semua bagi sebab takde risk masa pregnantkan shahadah. Please consult dengan doctor, jangan ikut orang sebab setiap orang itu berbeda bukan. Cewah, berbeda. Kina memang berhasrat nak bf until bersalin tapi memang tak expect susu kering kontang start 4 bulan lebih tu. 

Memang takde la istilah demand ada, susu ada masa tu. Bayangkan shahadah lepas bf mintak air, air,air. Bangun pagi2 pegi amek botol air mineral. Teguk minum banyak gila. Hausnya dia. Kesian tengok. Dah la kurus gila lagi2 lepas balik umrah tu. Jadi masa tu rendahkan ego, redha, takpe tak fully sampai 2 tahun pun asal shahadah dapat jugak calcium & khasiat dari FM so kita terus campur dengan FM. Bersyukur bersyukur bersyukur.

Kurus sangat masa ni..
Budak fully bf,direct bf plak, mak 24jam depan mata. Memang susah la kan kalau dipikirkan. Tapi Alhamdulillah. Seminggu lebih macam tu die boleh accept botol. Kagum & sedikit jeles masa tu. Hahaha. Macam mana ajar die minum botol? sedangkan dulu die reject2 ebm dalam botol. Haa, macam-macam taktik buat. Meh nak story..

1. Kitorang mula-mula cari susu perisa coklat. Alah, budak. Mestila suka coklat2 ni kan. Susu sustagen coklat masa tu. Tett..Die taknak. Sob2, dah la 30 lebih 1tin ek. Sebelum ni susu free je. Hehehe. Bagi susu Dumex dugro yang fruit & vege tu (papa die dulu baby dumex tu yang die nak shahadah pun berdumex). Tapi taknak jugak. Ok takpe. Try pedisure yang mahal tu. Rasa sedap tau. Taknak jugak. Fine.

2. Kitorang berehat beberapa hari dari trying bagi die botol, still bf tapi start kurang. Bagi die banyak makan. Jangan dan2 tu terus nak berhenti BF, kena slow2 kayuh ye. 

3. Lepas tu ting! Idea mari. Kitorang bubuh air Koko Tamar dalam botol. Koko Tamar ni macam Milo tau, tapi die disertakan dengan makanan2 sunnah contoh macam kurma la kan. Price RM20 untuk 1 packet tu kalau tak silap. Haa..die suka la. Sebab manis kan. Boleh beli online jugak. 

4. Second session kitorang tambahkan sustagen coklat dengan Koko Tamar. Dalam nisbah 1:4. Eh. Die minum lah! Happy sket. Sebab takkan nak bagi die selamanya koko tamar kan. Dah la banyak gula. 3rd session kitorang buat nisbah 1 : 3. Menjadi!Tetap minum! 4th session buat half sustagen coklat & half koko tamar. Minum jugaaak. Last2 kitorang tak bubuh dah koko tamar. Full sustagen coklat. Alhamdulillah.minum jugak. Terus hi-5 mama & papa. Dulu kan die reject. Nasib tak buang or let go lagi. Namun begitu kegembiraan hanya seketika. Shahadah asyik berak je. Jadi susu sustagen tu tak sesuai. Pulak dah. Susu formula kena banyak try & error. Mencabar jugak.

5. Beli pulak susu dutch lady 1 2 3 coklat. Ok sket. Sambung dengan susu pedisure. Tak sesuai jugak.

6. Kitorang nak die minum susu plain. Takmau la coklat sepanjang masa. So, apa yang kitorang buat, buat macam nisbah2tu jugak. Campurkan susu coklat & susu plain dumex yang die reject dulu tu sampai la hanya susu dumex tu sahaja. Taktik penyamaran berhasil..Clap clap clap. Last-last die minum jugak susu dumex dugro fruit & vege tu sahaja. Poo pun ok. So kita continue je dengan dumex. Dutch lady 1 2 3 perisa madu pun die ok. Beli susu mahal tak ok. Bagus nak, tak high maintenance. Hahaha. Nak bagi susu wildan tapi tak beli2 sampai la ni. Hahaha. Susu kambing fresh yang kina minum untuk elakkan jaundice shafiyah pun die nak2 jugak, tapi kina bagi sket2 je sebab nanti dekat bintulu mana plak nak dapat susu kambing fresh.

Malam2 selalu jugak die tido sendiri lepas minum botol. Takyah nak letak kat bahu & tepuk2.
7. Tak sedar bila, shahadah langsung tak bf dah. Mintak pun tak. Kalau nak tido, buat susu bagi botol, jap lagi senyap dah tido. Macam berdikari sangat rasa tengok die masa tu. Kakak2 sangat la kononnya. Kina ingat lepas bersalin nak tandem. Sambung menyusu. Tapi die taknak bf. Kalau nampak shafiyah bf kadang2 die cakap nak tapi die tak hisap pun, main2 je. Masa bengkak susu ritu bukan die nak tolong mama. Hahaha. Nasib ada pam MHS. Takde la sakit macam dulu, nak angkat ketiak pun ya ampun. 

Minum susu lepas mandi pagi. Nak gak duduk sebelah adik baby.
SO..ingatkan shahadah dah wean off la sebab dah 5 bulan tak bf langsung. Tup tup, semalam di kala umur 2 tahun 5 hari die mintak. Ingatkan macam biasa la main2. Tak pun. die bf betul2 siap 2 2 belah lagi ko! Pastu shafiyah pun nak jugak. Tandem la serentak. 1st time rasa tandem. Boleh tak si shahadah tolak2 muka shafiyah. Aiyoo. Dah la sambil baring. Papa die gelakkan je. Happy pulak mama rasa. Sebab memang nak sambung at least 6 bulan ke. (Konon bayar balik..hahaha)..Hopefully cukup untuk 2 2. Tapi kalau 2 2 mintak dekat luar memang nanya la mama. Kihkih. Shahadah dah la bam2  sket sekarang ni. Nak nyorok pun tak muat. hahaha. Pengalaman baru utk mama. Semoga Allah permudahkan perjalanan bf utk kami & utk ibu2 di luar sana.

P/S: semoga cerita ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu yang fully bf & nk introduce ke susu lain plak atas pelbagai sebab. Kalau susu ibu ada & takde halangan teruskan jela sebab susu ibu itu yang terbaik kan.








Sunday, July 13, 2014

Kronologi bersalin anak kedua

*Post ini hanya untuk bacaan kaum wanita sahaja ye.

Salam..
Sebelum tu mari kita doakan saudara kita di Gaza.

Ok..pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dengan yang first..drama air mata jugak..hihi..apa yang kina bayangkan memang menjadi kenyataan..adik baby lahir tanpa papa di sisi..

Kina sorang2 je dalam labor room. Kina memang takmau orang lain teman pun. Tak kira la adik ke ibu ke. Sebab macam segan. Kihkih. Nasib baik sekejap je dalam tu.

Masa shahadah kembar air, masa shafiyah ni kembar darah. Betul lah cakap2 org kembar darah ni lagi sakit dari kembar air. Tapi alhamdulillah sakit tu tak lama sangat. (Maybe anak kedua kan).

Selasa (2/7/2014)
Perasan ada keluar mucus warna macam darah bayam (warna macam yellow light brown). Kina tanya la ila, sebab die kembar darah masa 1st pregnancy bila die start keluar darah. Ila cakap mula2 keluar mucus gak tak lama tu keluar darah tapi seminggu baru nana lahir. Rasa sekali perut macam memulas tapi tak pasti tu contraction ke atau sebab sahur mee goreng pedas.hahaha. Tapi kina memang ada rasa macam nak dekat je ni. So, instinct ibu mengandung, kina cakap la dekat pudin balik esok malam la..Tapi pudin die takut kalau die balik kina xjadi beranak so rugi sebab die da takde cuti. Pastu pudin cakap takpe die balik tengahari esok kalau ada tanda2. Which is pada kina agak rugi la sebab die tetap tak kerja kalau balik esok. Dekat tengah malam tu ada lagi mucus dan warna coklat yang lebih pekat macam darah period. Time tu memang la flight dah takde. Apa lagi..menangis la kina..sebab kalau die balik esok pagi pun paling kurang petang baru sampai..sempat ke kalau beranak esok ni..

Rabu (3/7/2014)
5.00 pagi -
Bangun sahur nampak ada show da. Memang confirm darah. Contraction pun da start rasa. Masa ni da rasa sakit sket tapi sakit lagi hati ni. Hahaha. Geram ok. Masa tu dok pikir kalau la pudin balik flight last malam tadi. Kalau la..Kalau la..Benci betul dengan perkataan "kalau" masa ni. Memang drama air mata la pagi tu. Pudin amek flight paling awal dari Bintulu pukul 925 pagi. Dijangka sampai 4 petang tu pun naik bas bukan connecting flight sebab kalau tggu flight mau sampai kol 8 malam.

Kina : Ibu, akak da keluar darah ni.
Ibu : Yeke? Kembar darah la. Macam ibu masa kucik (adik lelaki bongsu). Sakit tapi kejap.
Kina : Kejap eh? Orang selalu cakap kembar darah lama. Kita gi KPJ pukul 9 la ek.
Ibu : Ok.Dah ada rasa mengeras2 ke?
Kina : Ada da sket2 ni. (Muka selamba sebab dalam hati masih rasa geram)

6.00 pagi - Kina dok guna contraction timer apps nak tengok berapa gap between each contraction. Tapi macam tak betul sebab gap jadi lama sangat sebab tertido2. Hahaha. Sakit pun boleh tido na. Nasib baik shahadah pun tengah tido lagi time ni.

7.00 pagi - Kemas-kemas bilik buat kali terakhir sebelum pantang.

8.00 pagi - Gunting kain putih untuk pudin tanam uri adik baby nanti. (Baru nak gunting kan!) Mandi dengan feel contraction. Boleh tahan gak sakit. Watsapp2 dengan pudin. Minta maaf dekat wassap je. Berderai lagi air mata. Huahua. Rasa sakit tapi tahan jela. Shahadah bangun, siapkan die dan cakap adik baby nak keluar dah. Die jawab 'aby, aby' jela.

9.00 pagi - Siap! Tunggu ayah kina mandi kejap. Ayah siap. Tup-tup air ketuban pecah. Baik punya da siap pakai tudung, stokin segala. Lenjun habis. Nak tukar tapi pikir balik nanti kang keluar lagi air. Malas la. Decision pemalas yang berguna! Sebab dalam kete pun air keluar lagi seiring dengan contraction. Kiranya contraction+air serentak. Sakit jugak time ni. Bagitau pudin macam tak sempat je tunggu die sampai.

9.20 pagi - Sampai dekat KPJ terus naik wheelchair sebab malas la nanti orang nampak bajuku basah macam apa je. Walaupu larat lagi rasa nak jalan. Jumpa nurse, nurse cakap Dr suraya takde lagi tapi sebab da ada show dan air ketuban pun da pecah terus admit la ye. Naik tingkat 1, indian nurse tanya2 die cakap ok kita masuk labor room terus la ye sebab nanti masuk jugak. Time2 tu Dr Suraya datang sambil senyum.

Dr Suraya : eh, dah nak bersalin ye. Husband sempat balik?
Kina : die baru je naik flight. Macam tak sempat je.
Dr Suraya : its ok2.

9.30 pagi - Tukar baju uniform hospital sebab baju basah. Masa shahadah tak pakai uniform. Hihi. Masa tu memang da ada darah dengan air dalam kuantiti yang banyak. Pasang ctg untuk monitor pergerakan baby & contraction. Muka kina da berkerut2 menahan sakit contraction. Nurse tu tanya ada rasa nak teran ke? Belum lagi. Nurse lain tanya plak ada sape2 nak masuk ke? Husband ke? Sebak jugak menerima soalan ni tapi jadi cool je la. Takpe, takde orang masuk. Hihi. Husband saya dalam flight lagi.

Masa ni teringat pernah cakap dekat pudin nanti dalam labor room kalau tengah sakit nak die urut kaki lah. Tapi tak kesampaian. Nak mintak tolong nurse malu. hahaha. Last2 mintak air jela dengan nurse. Oh ye, dalam kete kina sempat ngap 3 ketul biskuat tiger. Bagi tenaga meneran seperti harimau. Kahkahkah. Tak lawak.

Nurse prepare apa yang patut. Pasang drip dekat tangan. (Kina paling tak suke jarum ade dekat tangan tu..masa cucuk tak sakit tapi lepas tu pergerakan macam terbatas kan..byk kali jugak la tercucuk2 lepas bersalin tu).

9.50 pagi - Kina curious sebab takde VE lagi untuk check bukaan. Jadi cakap la rasa macam nak teran sket. Nurse pun cakap dekat Dr. Suraya dan Dr terus VE. Oh, dah 8-9cm ni. Terkejut beruk kina sebab bajet macam 4-5cm masa ni. Dr Suraya suh nurse masukkan pitocin 2 units instead of 4 units sebab da buka banyak.

10.00 pagi - Tak lama lepas VE tu terus rasa sakit nak teran. Cakap dekat nurse rasa nak teran la. Masa ni kurasakan pergerakan nurse sangat slow motion. Macam relax je. Hahaha. Ramai gak nurse dalam tu menemani. Tak silap 4 orang. Mungkin sebab kina tiada berteman. Cewah. Nurse call Dr Suraya. Katil pun ditinggikan macam masa shahadah dulu. Masa ni kina dok baca doa nabi yunus dan practice bernafas dari hidung hembus ikut mulut. Sebab taknak teran sebelum masa. Dr Suraya sampai dan siap2 untuk dellivery.

10.10 pagi - Bila Dr Suraya suruh teran baru kina teran. Nurse2 situ bagi sokongan padu. Meriah dengan suara. Nasib baik masih ingat macam mana nak meneran. Ingat meneran hanya masa rasa contraction dan kepala takleh dongak2 atau menjerit. Kali ke3 teran keluar kepala dan kali ke4 teran paling lama baru keluar adik baby sepenuhnya. Macam masa shahadah 2 kali teran tapi tak rasa sangat masa shafiyah ni rasa kali ke3 baru keluar. Dr suraya cakap ade jugak koyak tapi sket je jahit 1 layer katanya. Takpela asalkan selamat semuanya.

10.30 pagi- Kina watsapp ibu tanya dekat mana sebab da ada dekat wad.

Ibu: ibu tengah register dekat bawah dgn shahadah ni.
Kina: dekat wad da ni.
Ibu: da masuk labor room nt bgtau la ibu.
Kina: nak buat ape masuk labor room. Da siap bersalin da.
Ibu: laaa..cepatnye..

Agaknya kalau lengah sikit lagi ke nak tunggu pudin ke maybe dah terberanak dekat dalam kete atau rumah. Syukur Alhamdulillah dapat normal walaupun banyak cerita kata dr suraya suka czer patient. Syukur walaupun pudin tak dapat teman dalam labor room Allah bagi kejap je duduk dalam labor room. Mungkin tu bahagian kina yang mudah, Allah uji pula dengan penyakit kuning.. Sekali lagi seorang lagi anakku kena tahan wad. Doakan shafiyah hasnaa cepat-cepat sembuh ye. Alhamdulillah kali ni tak kelam kabut sangat, hari pertama shafiyah masuk wad papa ulang alik hantar ebm. Syukur kina memang da start pam sehari sekali start hari ke3 berpantang, now bila pam dengan MHS dapat la 5oz. Kalau macam lama sket dapat hantar 2 botol utk shafiyah. Hari kedua dapat bilik single untuk bf shafiyah dan die duduk bawah lampu sebelah katil kina. Kesian dekat papa la kadang-kadang tertido atas kerusi. Mama & baby must be strong!

Menaip dari dalam wad KSH. 




Wednesday, April 16, 2014

Master in BF

Salam 

Bukan master dalam pendidikan ye..hahaha..
Master yang itu tak sampai separuh jalan kina tinggalkan..
Ada bagus gak kina cancel amik master sebelum kawen dulu..
Walaupun  ada la jugak rasa ala..free kot sambung master tu..ditanggung..
Tapi tak sanggup weh nak PJJ..huahua..

Alhamdulillah, tak dapat master tu..
Dapat master dalam fully-breastfeeding shahadah chinta..
Hippp-hippp hurray! 
Walaupun tak dapat fully 2 tahun mama syukur yang amat dah..

Teringat cakap dekat pudin sebelum duduk survey-survey cari susu.. 

"tak dapat nak fully bf shahadah la sampai 2 tahun."
"ok la tu 1 tahun 6 bulan, papa dulu 1 bulan je walaupun mak tak keje"
"a,ah kan..kite dulu lagi kejap ek, untung la awak shahadah oi"

Budak kecik tu sengih je tanpa mengerti apa2..hahaha..

Semua orang ada breastfeeding journey masing-masing..
Dan ini kisah perjalananku..

Masa dalam pantang ingat lagi.. 
Betapa sakitnya bengkak susu..lagi sakit dari bersalin oiiii..
Betapa jenuhnya mengepump awal-awal tapi hasilnya ciput sebab masih tersumbat..sejam baru 1 oz..
Betapa fobianya bila shahadah nak menyusu..ckp die xlapar tu, alasan nk lengah sket..huahua..kejam rasa..

Siap nangis-nangis..
Siap tulis note dekat phone konon kata-kata semangat..
Siap cakap kat diri sendiri dapat sebulan fully breastfeeding pun takpela..
Bertahan-bertahan-bertahan..

Orang lain boleh kenapa aku tak boleh kan?

Lepas tu fikir lagi..
Ada orang lagi susah..awal-awal dah campur..
Awal-awal anak reject direct feeding..
Awal-awal anak dah nipple confuse ke tak suka nipple maknye ke..
Awal-awal anak taknak langsung susu ibu yang penuh berkhasiat tu..
Awal-awal dah tak dapat title fully breastfeeding..(apa ada pada title kan?nothing)
Tapi yang paling sedih sebab awal tu yang paling penting kan..
Colustrum = Titisan emas ek..

Antara rintangan semasa nak menjayakan breastfeeding..
Tentulah ada..jangan ingat surirumah senang je nak bf..
Makcik & member kina berlambak surirumah tapi tak bf pun..
Contoh tentunya nak NIP..kalau jenis tak keluar rumah takpela..ni memang selalu keluar..
Nursing cover memang byk membantu tapi ade jugak die mengamuk2 taknak..1 kedai makan tu tengok die mengamuk..last2 tinggal makanan, cari bilik salin baju terdekat..nasib baik la penjaga kedai tu memahami kan..Pernah juga BF dalam bilik air OKU..huahua..Pump punya pump simpan stock die pulak taknak yang ebm..Salah sendiri gak kot tak train betul-betul..Baju yang xd butang memang xdapat nak pakai dah..Kalau beli mesti cari open front..Dah lama gila tak pakai baju yang tak nursing friendly..hihi..Abaya dekat Mekah pun kalau yang open front mahal jauh dari yang takde..Tu pengorbanan ibu menyusu kan..InsyaAllah ada ganjarannya..

Yup, start 5+ bulan preggy dah kering betul..
Ada orang masa 2 bulan preggy dah kering..
Ada orang yang tak kering-kering kot ek..
Ke malas nak bancuh susu? Sumbat saja..Hahaha..

Kina memang hasratnya nak continue je breastfeeding sampai bersalin..
Sebabnya previous pregnancy memang takde masalah..
Doktor cakap takpe nak bf..

Tapi tak sampai hati la nak bagi anak minum angin..hahaha..
Seriously memang takde langsung..Picit sampai sakit nan ado..
Jadi tanggal 17 Februari start la shahadah bersusu formula..
Minum susu ni pun drama gak seminggu..Syukur la boleh terima dah..
Seperti mana sukarnya breastfeeding, formulafeeding pun sukar jugak..
Nanti cerita macam mana introduce susu botol kat die ni..

Takpe la shahadah, adik baby lahir nanti kita tandem pulak 6 bulan..
Kira bayar balik hutang 6 bulan..Boleh cenggitu? hahaha..
Ntah-ntah die pun tak minat dah..Yeke? tak mungkin..!
Doktor cakap lepas pregnant 6 bulan biasa dorang taknak dah sebab rasa lain..
Ni dah nak masuk 7 bulan preggy macam tetap nak nak nak je..hahaha..
Tengahari la yang paling kritikal sebab die nak mengempeng masa tido..
KECUALI kalau ada papa die, die tak kisah ke mama die..
Ikut awak la shahadah oi, nak wean off ke xnak, bukan ada pon..
Lebih pada menyonyot gamaknya..

Respect dekat ibu BF! 
Salute dekat ibu FF!

We are great mom no matter what..
Susu formula atau Susu ibu itu semua datang dari Allah..

:)

P/S: semoga time adik baby dapat PHD pulak..aamiin..







Monday, April 7, 2014

Pakej Breastpump Termurah di pasaran

Salam

Bagi yang tak tahu meh nak bagitau..kina pakai & jual Medela Harmony Sealed..tak jual breastpump yang lain ye..

Boleh baca pengalaman & review dulu tentang MHS ni dekat post ini


Sekarang ni tengah open pre-order untuk dalam pakej, sehingga 10 April ni sahaja..Dijangka sampai pada customer hujung bulan ni, means kalau nak boleh bayar booking deposit dulu, hujung bulan gaji boleh la bayar habis..Senang kan..hihihi..Korang boleh pilih pakej-pakej di bawah ni ye..

 Pakej 1 : RM170 Free Postage & Free 3 pcs Ice Pack
 Pakej 2: RM190 Free postage + free 3 pieces ice pack + free 1 mesh bag



Pakej 3: RM350 + Free postage + Free 3 ice pack + Free 1 mesh bag + Free 1 box plastic storage bag

Kalau macam surirumah sesuai amek pakej 1..
Kalau macam mommy yang bekerjaya ke opis sesuai amek pakej 2 sebab cooler bag tu 2 compartment boleh bubuh pump sekali..
Kalau nak lengkap punya pakej malas-nak-pikir dah amek la pakej 3..
Kalau nak customize pakej macam taknak itu nak ini nak itu taknak ini boleh je email kina shakina.farhan@yahoo.com nanti kina quotekan the best price.

Deposit 50% daripada harga full..Cooler bag boleh pilih nak warna ape dekat website www.autumnz.com.. ramai customer yang dah beli & pakai MHS pun beli lagi sekali dalam bentuk pakej sebab harga memang berbaloi-baloi..Nak tengok some of testimoni pengguna MHS? Korang boleh tengok sendiri, no edit-edit cuma nak samarkan nama customer je..

Kina terharu sangat dgn sis nasrah..'sanggup beli baru'

Compare dengan swing..:)

Ni my bestfren janot..hihi..

Testimoni dari blogger yana
Nak tengok lagi testimoni-testimoni yang lain boleh ke Facebook TheshopAblog dalam album Testimoni MHS ye..Kalau ada 1st time mommy tu atau member-member yang tengah cari pakej yang murah share la this news ok..Tinggal 3 hari je lagi untuk booking..:)

Order:
Wassap: 0132126952
Email : shakina.farhan@yahoo.com

Wednesday, January 22, 2014

Ustazah pilihan 2030

Salam

Ustazah pilihan 2030..
Masa tu umur 18 da anak mama..
Tak lama pastu dapat menantu la pulak..
Mama sokong sangat kalau nak kawen awal..

Yang penting tugas mama sekarang mendidik awak jadi muslimah sejati, anak yang solehah & bakal isteri mithali..
Jangan jadi macam mama..
Banyak kurang rompong sana sini..
Moga tidak terlambat untuk perbaiki..

Hari ni shahadah 1 tahun 5 bulan 5 hari..
Sikit je lagi nak dapat master ji..
Walaupun phd terasa macam jauh & tak pasti..
Semua diserahkan pada Ilahi..
Bersyukur itu mesti..
Tentu Allah beri lebih lagi..
Aamiiin..

Bertahan 30min pakai..ok la dari dulu tamau pakai lalu..3min pun paling lama..hehe..


Thursday, January 2, 2014

Belum mampu nak jadi pengasuh anak orang

Salam..
Sebenarnya pernah la terpikir dulu, since kina ni stay-at-home-mom, nak jadi pengasuh budak. Tapi takde la serius sebab rasa jadi pengasuh kepada anak sendiri pun tak berapa nak betul lagi. Huhu. Tahun lepas pudin cakap (semalam je..hahaha) , kawan abang yang kite pernah jumpa tu wife die dah pindah sini, wife die cikgu, tanya nak x jaga baby? Usianya 3 bulan & fully breastfeeding. Kina tergamam la kejap. Macam-macam di pikiran ni.

Di sini ku listkan pros & cons kalau jadi pengasuh anak kawan pudin ni.
Pros
- shahadah ada kawan. takde la die boring tengok muka mak die je.
- boleh praktis camne kalau ada anak 2.hahaha. padahal 6 bulan lagi adik baby menjelma insyaAllah. 
- tak jaga lama mana pun sebab anak cikgu. Katanya pukul 7 pagi-1petang je. biasanya kol 4 diri ini memang flat da.
- pudin pegi keje pun pukul 7.30 pagi, kol 1 setengah die balik lunch. boleh die tolong-tolong apa yang patut die cakap.
- boleh topup side income tlg pudin utk 2014 yang mencabar ni. (biasa anak cikgu pengasuh charge berapa ek?) 
- baby baru 3 bulan maybe x seaktif shahadah yang setahun 4 bulan ni. Ok la nak jaga kan.

Cons
- risau tak dapat jaga anak org betul2. Bukannya anak patung kan. Dgn macam2 kes melibatkan pengasuh jadi takut jugak kan. Kalau sakit masa dlm jagaan boleh trauma kot kina.
- pregnant dgn seorang toddler rasa da mencabar, tapi tmbh dgn baby kecik. Lagi mencabar tu. Ni pun tgh dok belajar jadi parent anak dua lg 6 bulan.
- takut shahadah geram dekat baby tu. Die memang suka budak2. Aritu kat airport die geram kat budak baya die tapi besar sket. Budak tu diam je, shahadah dok pegang2 muka die. Geram nak picit2 pipi budak tu. Nasib bukan cubit. Terus pudin bawak lari tempat lain.
- sekarang ni shahadah tido sekali je siang dalam kol 11-12. Time tu la nak memasak, tu pun da kelam kabut kadang2 die tido setengah jam je. kl 2 2 xtido xlunch la lakiku. Huahua.
- shahadah masih bf, tgh2 bagi susu dekat baby kang shahadah sibuk nk bf. Kang kalut2 ade jadi tandem kang. Hahaha. 
- takut business online yg tak terurus jadi makin x terurus. Since kina amek order, family tolong pos dekat semenanjung.  Jadi kelam kabut juga dkt situ. Pening2. Harap2 tahun ni dpt pindah. Aamiiiin.


Sama je jumlah pros n cons. Tanya pudin camne, die ikut je cuma die kesian kalau tak larat. So kina terpaksa menolak. Sebab tak berani lagi nak jaga anak orang. Ade org cakap laaa, surirumah apedehal nak jaga sorang lagi, bukan ade keje pon, dpt side income. Ayoyo, try jadi sat nak tgk letih ke tak letih. Side income memang penting utk tahun 2014 ni, tp takut xlarat la. Ade member dari engineer sekarang dah berhenti jadi surirumah, die pun cakap penat juga ye jadi surirumah compare dari semasa jadi engineer. Bukan nak cakap yang bekerja tu tak penat. Sama penat je yang nak diutarakan di sini. Orang kerja balik kerja kena buat kerja rumah juga kan. 

Respect gila dekat pengasuh yang jaga anak orang ramai2, siap boleh buat business catering lagi. Hebat2. Tapi diri ni jauh lagi, baru jadi seorang ibu setahun lebih. Banyak lagi kena baiki. Timba lagi ilmu jadi pengasuh anak sendiri dl. Tunggu la shahadah 5 tahun, adik baby 3 tahun ke baru nak jadi pengasuh kot. Nak jadi pengasuh kena ikhlas, sabar, syg anak asuhannya mcm anak sendiri. Tak le pikir duit je kan. Harap2 kawan pudin dapat jumpa pengasuh yang terbaik untuk anak die.

Tuesday, September 10, 2013

Bila kita tahu kita dah ready untuk anak kedua?

Salam
Bila anak dah boleh berjalan pertanyaan bila nak ada adik tu biasa..mari kita anggap pertanyaan itu normal, orang masih prihatin dengan kita bukan nak jaga tepi kain atau menyebok2..huahua..sejak shahadah lahir je memang kina dah set ok, kena planning ni..at least jarak 2 tahun sorang baby..sorang darjah 1 sorang darjah 3 nanti..kina ingat anak pertama & ke2 biar rapat, gap jauh sket pastu anak ke3 & ke4 plak rapat..by umur 35 dah stop..tahun depan dah 27 tahun..mak kina 27 tahun last pregnant adik bongsu..3 orang beradik je..pastu enjoy the life dengan anak-anak..syok je..hehehe..tu nampak awet muda je..hihihi..

Lepas perbincangan hati ke hati kitorang dah sedia untuk her adik..actually dalam hati pun masih berbelah bagi..kadang2 rasa nak sangat kadang2 rasa nanti la..lagi rasa nanti la bila tak larat layan shahadah..kalau tengok gambar baby adui, nak bau baby lagi..

Bukan takut shahadah xcukup kasih sayang..kasih sayang cukup untuk semua anak2.insyaAllah..cuma cuma cuma shahadah kan masih breastfeeding takut die xnak fm tapi ada je orang berjaya breastfeeding masa pregnant sampai dah bersalin..lgpn kl boleh nk fully bf smpi 2 tahun..pastu lagi cuma takut tak larat nak jaga..tapi orang kata bila kita dah ada nanti otometik jadi boleh kan..mama tak boleh buat kerja slow motion sangat dah..kalau sekarang dah fast, bila ada kedua kena fast and furious..kekeke..

Dari segi kewangan, kitorang Alhamdulillah cukup2 makan..barang2 baby yang boleh tahan harganya mcm stroller, semua recycle saja..mama kena lebih gigih berbusiness online..:) rezeki anak akan ada insyaAllah..kl rasa xcukup duit tipsnya kena menderma sebab 1x derma Allah balas 10x..

1 lagi yang jadi isu kalau kina pregnant adalah  nak bawak perut pergi tanah suci..insyaAllah kalau tiada aral melintang..doakan la ye..kina pun doakan semua agar kita dapat jejak ke sana..pudin da cakap kalau ada duit kita pergi sana dulu..rumah, melancong dll kena hold dulu..mula2 pudin xnak bawak shahadah even masa tu die da setahun ++..kina xrisau die duduk dengan org cuma die baby bf..xmau botol plak tu..cmne nak tinggal..pegi atm pun da jebik2..akhirnya bila ada sorang ustaz ni cakap bawak je, biar susah sikit tapi makin banyak pahalanya nanti..pudin setuju nak bawak die.yeay..mama happy & lega yg amat..

Jadinya pasal adik shahadah...senangnya kitorang cuma biarkan Allah yang menentukan, minta petunjuk kalau Allah xbagi lagi this month maksudnya kami belum ready lagi la tu..itu je petanda kita ni dah bersedia ke belum untuk second baby..kalau dapat awal maksudnya kita da bersedia..

Dan ya..belum rezeki lagi shahadah nak dapat adik..its negative..hehe..maksudnya Allah suruh hold dulu utk dptkan adik..shahadah pun dok geleng2 tu bila tanya..hahaha..makanya, tahun depan la planning untuk adiknya ye..kena beli MAB balik ni borong terus..hahaha..plannya masa adik die lahir die da putus susu..tapi ku lihat potential nak putus susu tu mcm tipis je..kekeke..

Kalau sebelum april baby 2014 lagi..tapi lepas april 2014 adiknya jadi baby 2015 la..darjah 1 & darjah 4..huhu..jauh jugak tu berbanding adik beradik kina & pudin yg jenis rapat2..huhu..kita merancang, Allah yg menentukan..

Last but not least..kalau shahadah ade adik / kakak mcm nana pun best..tengok la dorg berdua ni mcm kembar..lagak dorang mcm da besar sgt..tengok la tangan shahadah tu menyiku dekat kerusi..tiru mama la tu..hahaha..besar da anak mama..hehe..


Nana cakap " no adik lagi utk mu shahadah"..hahaha..

Monday, August 19, 2013

Anak mama dah setahun ;.)

Salam

Sudah setahun dah anak mama..cepatnya masa berlalu Ya Allah..ingat lagi masa lahir dulu kecik comel pakai baju je, sebab baju je dah menutup 1 badan..mama pun dah lupa macam mana nak dukung baby kecik..seriously sebelum puasa hari tu nak pegang khayla yang baru lepas pantang tu kekoknya..anak mama dah tak baby sangat dah..tapi u r always be my baby ok!
baju kurung merah mak ngah beli dekat GM RM25..size 1Y..sgt sesuai dgn die..

Birthday shahadah sambut 2x..satu masa 29 Ramadhan hari tu dekat tembangau..satu lagi Sabtu lepas dekat bintulu hanya kami bertiga..

Masa dekat tembangau request dengan MIL nak buat pulut kuning hantar ke surau..kina buat rendang ayam sarawak..tak tahu la kenapa asal masak dekat kampung asyik xjadi je sekarang..rendang tu manis weh..mesti tok haji dekat surau tu ingat orang kelantan masak ni..hihihi..tapi memang selalu pun orang ingat kina ni orang kelantan..selalu cakap bukan kelantan, kuantan la..hopefully dorang maafkan la sebab puasa tak le rasa..huhu..

Dekat bintulu celebrate makan-makan biasa je..kalau dah pindah semenanjung nanti baru nak buat jamuan jugak..lain kali ye shahadah..mama dulu pun masa setahun xd birthday party sebab masa tu wan mi awak dah sarat 8 bulan..kekeke..masa 2 tahun baru ada birthday party sekali celebrate je dengan mak adik awak..

Semoga Allah izinkan mama menyusukan awak sepenuhnya selama yang boleh..Mama dah dapat ijazah dalam breastfeeding..Pointer masih 4 flat..kakaka..masa matric & U tak pernah dapat 4 flat..jadi cipta sendiri utk motivasi bf pun voley la kan..mana la tau nanti campur FM, dapat 3.5 plak..hihi..campur FM tu tak dosa pun, as long as kita mencuba yang terbaik..jangan nak bongkak + jumud sangat dapat BF..mana la tau anak pertama kedua kita dapat fully BF, anak seterusnya tiba2 Allah tarik nikmat tu, macam kena operate breast tu ke..masa tu baru la nak cakap FM tu salah 1 nikmat Allah jugak kan..seriously walaupun fully-breastfeeding tapi kina masih tak dapat nak hadam dengan orang yang obsess dengan susu sendiri sehingga menyinggung perasaan orang lain..rasa baik kita bersederhana je dalam semua perkara tak kisah la bab apa pun..
Saya dah besar la mama! tapi mengempeng tetap mengempeng kan..

Tentang perkembangan shahadah pulak, berat baru 7.9 kg..kalau tengok dalam gambar nampak semangat..kalau tengok depan2 alahai..halus je orangnya..hehe..kan nadia, intan, nana, hana, mila? hari tu ada buat open house masa raya ke6..terima kasih sebab datang ye mommy2 gojes sekalian..nanti jumpa lagi! Berjalan ligat tapi kadang2 die buat la aksi drunken master die tu..terhuyung hayang macam orang mabuk..hahaha..Hari tu mak su die mengajar die berlari..1 2 3 lariiiii..pitam mama tengok..terbayangkan mengejar die dekat rumah..tapi mama silap, balik rumah takde plak die berlari sana sini..syukur itu tangga sudah berpagar..

Die tak suka dengan laki-laki except papa die..kalau laki2 nak dukung die kena cepat2 bawak keluar jalan2 ke, tengok kucing ke..die ngikut la..hari tu die naik motor dengan aki..suka sangat, xnangis pun..masa cucuk MMR pun tak nangis..tapi orang nak pegi toilet beriya nangis nak ikut..dah pandai dah langkah turun masuk toilet tu toilet memang tutup sentiasa..takut kan dengar budak2 meninggal dalam toilet termasuk dalam baldi la..mintak jauh2 Ya Allah..
Beraya dengan maksu & kawan maksu die

Bila balik bintulu shahadah totally lain..tak seaktifast macam dulu, ke sana sini..die asyik melekat je..manja sangat..nangis kalau orang tinggal kejap macam kena dera..satu lagi maybe die dah takde orang nak bermain beriya dengan die..dekat rumah ni dah bosan kot..die main2, mama kemas2, die main2, mama kemas2..
Main masak-masak itu wajib utk girls kan..
Semoga anak mama jadi muslimah yang solehah, mendengar kata orang tua, pandai berdikari & dipermudahkan Allah dalam segala perkara..Jangan lupa selalu doakan & sedekah bacaan yasin untuk mama & papa bila ktorang dah takde nanti..

Hadiah hari jadi shahadah mama belum beli lagi tapi mama dah tau nak beli apa..toilet kecik untuk baby tu! Yes..i'm going to potty train you! mama terpikir nak potty training dah sebab hari tu shahadah boleh berak sendiri dalam toilet..(of cos sambil pegang die buat macam duduk nak poo2)..nampak la die berak macam orang besar..busuk okey..hopefully by 2 years nanti shahadah dah diaper free..ada orang start potty training lagi awal..mom knows when is the right time kan..

Hee..ok la..bye2..









Monday, June 3, 2013

Review: Maajun Anggun Bistari

Salam


Hari ni Sarawak cuti lagi. Cuti gawai. Tapi tak balik pun semenanjung sebab tiket mahal + nak save cuti pudin untuk di masa hadapan. Dah 2 bulan lebih tak balik. Sobsob. Hujung bulan 6 ni balik sebab pudin ada kursus dekat Terengganu. 

So, bagi yang pernah baca blog post kina pasal MAB utk planning sebelum ni. Kina ada janji akan review bila botol ke5 kan. Ada la jugak mengelat masa botol ke3. Botol ke 4 ada miss sebiji tapi keesokannya terus makan 2 biji utk ganti ikut ke peraturan die la. Setakat ni belum pregnant lagi. Hee. 

Setelah penggunaan 5 botol pemerhatian kina:
1) Bila makan cepat haus. Bagus la kalau banyak minum air kan. Bila banyak minum air kulit pun mulus gitu. Mukaku memang tak mulus pun. Cuma sekarang ni ok la kot sikit. (sikit je tak banyak, maybe jugak bukan dari MAB)

2) Dah datang period 3x setakat ni even fully breastfeeding. First & second period memang kacau, lari ke laut. Warna pun tak sama macam biasa. Macam color MAB. Coklat pekat. Short cycle. Mula2 period 4 hari lepas tu bersih 7 hari lepas tu datang balik sampai istihadah a few days. (make sure korang tahu kira istihadah & period macam mana nanti kang istihadah xsolat plak). I just bare with that sebab tengok testimoni org lain memang awal2 die buang darah kotor ke ape gitu.

3) Period yang ke3 datang lewat sikit (ingatkan pregnant dah tapi bukan). Period yang ke3 ni baru macam period zaman dulu2. Tempoh 7-8 hari, warna pun sama sediakala bukan warna MAB dah. So i guess MAB dah teraturkan balik kot. Sebab tu ada MAB pun digalakkan utk period yang tak teratur & untuk TTC (trying to conceive). Tengok period yang ke4 kalau datang lah. Hihi. Kununnya nak berhenti planning dah tak lama lagi sebab kalau pregnant sekarang baby 2014. hehe. Shahadah punya perkembangan kan terover cepat macam budak besar sangat, maybe dia nak cepat ada adik. Hahahaha..InsyaAllah dah ready utk 2nd baby. Utk 3rd baby nanti akan teruskan makan MAB atau tak kita tengok dulu sebab igt 3rd baby nak jauh sket jarak. Maybe opt to IUD even rasa macam seriau je..(jauh tak fikir baby ke3 dah skg ni..hehe..yela, umur bukan makin muda). Tengok jiran nun di sana macam best je anak ramai main sesama sendiri. 

4) Tak mengganggu penghasilan susu. Alhamdulillah & paling penting xbuat alergik dkt shahadah. Pada pendapat kina lah sebab banyak minum air kot. 

5) Bertenaga dari segi dalaman & luaran. Memang rasalah berbeza. Hee. Malas cerita banyak segan lah.

6) Tak bestnya kena berdisiplin betul. Tiap2 hari alarm berbunyi sebabnya waktu makan kena sama sebab MAB ni berkesan 24jam, kalau lebih dari 24jam boleh jadi menghasilkan telur ke apa ntah.(padahal aku ni budak biologi tapi still blur gak kadang2 tu pasal ovulation). Kadang-kadang masa shahadah tengah tido berbunyi alarm memang geram rasa kat alarm tu. Hahaha.

7) Suka sebab ada habbatusauda dalam kandungan MAB. Habbatusauda kan ubat segala penyakit kecuali mati. (riwayat hadis sahih).

8) Harga dia ok la, RM15 sebulan punya. Hari tu borong terus 3 botol sebab malu nak jumpa kakak tu setiap bulan. Hehehe. 

9) Hari2 lawas nak membuang. Maybe sebab byk minum air.

Ok la..itu sahaja..kita hanya merancang Allah yang tentukan..kalau kita makan apa2 pun atau planning macam mana pun kalau Allah nak bagi kita kena redha sebab tu rezeki & amanah yang tak ternilai. Begitu juga kalau Allah nak bagi lambat, tentu ada sebabnya..Selalu fikir kalau Allah lambat bagi atau lambat perkenankan doa & permintaan kita maybe sebab dosa2 terdahulu ;( & Allah nak kita dekat dengan Dia. 

Bagi yang tengah TTC, tak kisah anak pertama ke anak ke2 or so on kina doakan. Bagi yang tengah planning, planning elok2. Hihi. Jangan cakap sedih, kesian dekat anak no1..kecewa anak yang 2nd kalau die tahu. No wonder anak ke2 selalu orang cakap degil sket tapi baik hati. (aku tau ko baca blog aku adik! sila jgn ketegaq.hahaha)

Sharing is sexy..Penjual MAB kalau nak pakai testimoni ni pakai lah..Bagi yang nak makan sebab lepas baca ni sila mencuba selepas berbincang dgn suami & TRY AT YOUR OWN RISK tau..

Last but not least, suka baca perkembangan anak2 org lain..Ada banyak yang sama & ada yang unik..tapi lama dah tak cerita perkembangan shahadah chinta dekat blog..

UPDATE: After 1 year, now kina pun jadi agen dah untuk MAB ni. Tapi harga tak sama dah macam dulu sebab dah tukar bottle. Watsapp me at 0132126952 kalau nak cuba ok. Saya pengguna yang berpuas hati jadi saya pun jadi la penjual sekarang ni. 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork