Friday, August 22, 2014

Ingatkan dah terwean off dah..

Untuk bacaan wanita sahaja..terima kasih..

Salam

Ok, dah lama berhutang cerita macam mana start shahadah minum susu formula (FM)..Alhamdulillah, dapat fully bf genap 1 tahun 6 bulan..Betul-betul lepas balik umrah..Masa tu preggy dah nak masuk 5 bulan. Oh ye, kalau pregnant tapi nak menyusukan memang takde masalah kalau previous pregnancy takde masalah. Kina tanya 3 orang doktor dan semua bagi sebab takde risk masa pregnantkan shahadah. Please consult dengan doctor, jangan ikut orang sebab setiap orang itu berbeda bukan. Cewah, berbeda. Kina memang berhasrat nak bf until bersalin tapi memang tak expect susu kering kontang start 4 bulan lebih tu. 

Memang takde la istilah demand ada, susu ada masa tu. Bayangkan shahadah lepas bf mintak air, air,air. Bangun pagi2 pegi amek botol air mineral. Teguk minum banyak gila. Hausnya dia. Kesian tengok. Dah la kurus gila lagi2 lepas balik umrah tu. Jadi masa tu rendahkan ego, redha, takpe tak fully sampai 2 tahun pun asal shahadah dapat jugak calcium & khasiat dari FM so kita terus campur dengan FM. Bersyukur bersyukur bersyukur.

Kurus sangat masa ni..
Budak fully bf,direct bf plak, mak 24jam depan mata. Memang susah la kan kalau dipikirkan. Tapi Alhamdulillah. Seminggu lebih macam tu die boleh accept botol. Kagum & sedikit jeles masa tu. Hahaha. Macam mana ajar die minum botol? sedangkan dulu die reject2 ebm dalam botol. Haa, macam-macam taktik buat. Meh nak story..

1. Kitorang mula-mula cari susu perisa coklat. Alah, budak. Mestila suka coklat2 ni kan. Susu sustagen coklat masa tu. Tett..Die taknak. Sob2, dah la 30 lebih 1tin ek. Sebelum ni susu free je. Hehehe. Bagi susu Dumex dugro yang fruit & vege tu (papa die dulu baby dumex tu yang die nak shahadah pun berdumex). Tapi taknak jugak. Ok takpe. Try pedisure yang mahal tu. Rasa sedap tau. Taknak jugak. Fine.

2. Kitorang berehat beberapa hari dari trying bagi die botol, still bf tapi start kurang. Bagi die banyak makan. Jangan dan2 tu terus nak berhenti BF, kena slow2 kayuh ye. 

3. Lepas tu ting! Idea mari. Kitorang bubuh air Koko Tamar dalam botol. Koko Tamar ni macam Milo tau, tapi die disertakan dengan makanan2 sunnah contoh macam kurma la kan. Price RM20 untuk 1 packet tu kalau tak silap. Haa..die suka la. Sebab manis kan. Boleh beli online jugak. 

4. Second session kitorang tambahkan sustagen coklat dengan Koko Tamar. Dalam nisbah 1:4. Eh. Die minum lah! Happy sket. Sebab takkan nak bagi die selamanya koko tamar kan. Dah la banyak gula. 3rd session kitorang buat nisbah 1 : 3. Menjadi!Tetap minum! 4th session buat half sustagen coklat & half koko tamar. Minum jugaaak. Last2 kitorang tak bubuh dah koko tamar. Full sustagen coklat. Alhamdulillah.minum jugak. Terus hi-5 mama & papa. Dulu kan die reject. Nasib tak buang or let go lagi. Namun begitu kegembiraan hanya seketika. Shahadah asyik berak je. Jadi susu sustagen tu tak sesuai. Pulak dah. Susu formula kena banyak try & error. Mencabar jugak.

5. Beli pulak susu dutch lady 1 2 3 coklat. Ok sket. Sambung dengan susu pedisure. Tak sesuai jugak.

6. Kitorang nak die minum susu plain. Takmau la coklat sepanjang masa. So, apa yang kitorang buat, buat macam nisbah2tu jugak. Campurkan susu coklat & susu plain dumex yang die reject dulu tu sampai la hanya susu dumex tu sahaja. Taktik penyamaran berhasil..Clap clap clap. Last-last die minum jugak susu dumex dugro fruit & vege tu sahaja. Poo pun ok. So kita continue je dengan dumex. Dutch lady 1 2 3 perisa madu pun die ok. Beli susu mahal tak ok. Bagus nak, tak high maintenance. Hahaha. Nak bagi susu wildan tapi tak beli2 sampai la ni. Hahaha. Susu kambing fresh yang kina minum untuk elakkan jaundice shafiyah pun die nak2 jugak, tapi kina bagi sket2 je sebab nanti dekat bintulu mana plak nak dapat susu kambing fresh.

Malam2 selalu jugak die tido sendiri lepas minum botol. Takyah nak letak kat bahu & tepuk2.
7. Tak sedar bila, shahadah langsung tak bf dah. Mintak pun tak. Kalau nak tido, buat susu bagi botol, jap lagi senyap dah tido. Macam berdikari sangat rasa tengok die masa tu. Kakak2 sangat la kononnya. Kina ingat lepas bersalin nak tandem. Sambung menyusu. Tapi die taknak bf. Kalau nampak shafiyah bf kadang2 die cakap nak tapi die tak hisap pun, main2 je. Masa bengkak susu ritu bukan die nak tolong mama. Hahaha. Nasib ada pam MHS. Takde la sakit macam dulu, nak angkat ketiak pun ya ampun. 

Minum susu lepas mandi pagi. Nak gak duduk sebelah adik baby.
SO..ingatkan shahadah dah wean off la sebab dah 5 bulan tak bf langsung. Tup tup, semalam di kala umur 2 tahun 5 hari die mintak. Ingatkan macam biasa la main2. Tak pun. die bf betul2 siap 2 2 belah lagi ko! Pastu shafiyah pun nak jugak. Tandem la serentak. 1st time rasa tandem. Boleh tak si shahadah tolak2 muka shafiyah. Aiyoo. Dah la sambil baring. Papa die gelakkan je. Happy pulak mama rasa. Sebab memang nak sambung at least 6 bulan ke. (Konon bayar balik..hahaha)..Hopefully cukup untuk 2 2. Tapi kalau 2 2 mintak dekat luar memang nanya la mama. Kihkih. Shahadah dah la bam2  sket sekarang ni. Nak nyorok pun tak muat. hahaha. Pengalaman baru utk mama. Semoga Allah permudahkan perjalanan bf utk kami & utk ibu2 di luar sana.

P/S: semoga cerita ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu yang fully bf & nk introduce ke susu lain plak atas pelbagai sebab. Kalau susu ibu ada & takde halangan teruskan jela sebab susu ibu itu yang terbaik kan.








10 comments:

.ieLah. on August 22, 2014 at 2:41 AM said...

Alamak. Tetibe da 2 taun mintak balik eh? Hahaha

puan.mila on August 22, 2014 at 8:44 AM said...

risau pulak zara ni cmne..haruuu..huhu..dh prnah intro susu lain dia xmau..sob2

Mila Hilas on August 22, 2014 at 8:51 AM said...

hehe hepi sy bace entry akak... mcm comel je..ekeke...

anak sy skrg 1 tahun 4bulan..niat memang nak cukupkan 2tahun..semoga dipermudahkan :-)

athi FATHIYAH on August 22, 2014 at 8:54 AM said...

bestnya syahadah nak lg..
ilyaas xnak terus. ebm pn xnak.
dia kata busuk ..
susu adik busuk
tp dia nak gesel2 sebelum tido jer..

iallah u boleh

aznor ibrahim on August 22, 2014 at 8:59 AM said...

wahhh..shahadah dapat susu mama balik lah..hehe.mntak2 la lepas bersalin nnti aqeel nak bf balik

ct cucubi on August 22, 2014 at 9:54 AM said...

wah kakak syahadah tumpang tempat baring adik ye..

Liyana on August 22, 2014 at 10:01 AM said...

Tq kina! Mmg tgh plan nak wean off tp alahai x sampai nye hati huwaa.. .susu ada lg tp klu ngempeng mlm2 tu rasa sakit ler pulak.. mcm dh xde susu je. Ai is confuse haha

.:anaChronistic:. on August 22, 2014 at 10:22 AM said...

1st time komen kat sini. huhuhu.

Auni plak doctor da soh campur sbb underweight tp still malam bangun nk ngempeng lg. Alhamdulillah still bf, susu ade lg tp da xbrape meriah la. Thanks kak kina. hihi

Sheila Salim on August 22, 2014 at 10:28 AM said...

Assalamualaikum kak kina. mencabarnya nak wean off kan. takpelah ada rezeki lagi utk Shahadah tu. hihi tandem best. sheila bagi Adam sambil pam sebelah. seronok tapi letih sikit. hihiii

Chekgu Azrine on August 22, 2014 at 11:41 AM said...

kenapa la senang sangat anak kina minum botol nih
anak akk reject botol
susu fm putih pun taknak
susu kotak fresh milk pun tak nak
huuuuuuu

so memang bf jela
tp susu dah tak banyak sangat
kesian plak minum susu lembik2 dah tek...
skang ni lagi kuat dia nyusu
tak tau ada banyak ke x
huuuu

mood susah hati kalau mikirkan pasal benda ni

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork