Salam
Bila masuk 3rd trimester ni dah kurang sikit nafsu membeli barang baby. Bukan takde tapi kurang. Hahaha. Sebabnya dah mula fikir pasal bersalin, tambah plak ramai rakan-rakan seangkatan blogger mommy share pengalaman bersalin dorang. Setiap orang lain pengalamannya tapi tak salah kita first time mommy nak baca at least tak terkejut beruk sangat nanti walaupun kadang-kadang seriau gak membacanya. hihihi
Amalan air zam-zam amat digalakkan untuk memudahkan bersalin. MIL dah bagi 1 botol air zam-zam tapi rasanya tak cukup sampai nak bersalin. Rasa balik Kuantan nanti kena beli lagi air zam-zam dari Tabung Haji. Tak silap 1 tong RM130 eyh? Hari tu ada gak pakcik bagi 1 botol untuk baby,dan-dan je ayah kina pegi teguk habis. Sabar jela atuk die ni. Hehe. Kat rumah tu memang kena labelkan kalau tak habis la.
Kina ada baca dari blog ni. Air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. (Bergantung kepada individu bila waktu terbaik utk minum).
Jadi kina copy, paste & share jela dari blog http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.
Jadi kina copy, paste & share jela dari blog http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.
Penyediaan air selusuh
1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}
(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.
3. Al-Hashr; ayat 21-24.
(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
4. Ayat selusuh
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.
5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5
(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
6. An-Nazi'at; ayat 46.
Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.
7. Ayat selusuh
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.
8. Ayat permudah
Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.
Sharing is sexy!
#Jadi, suami-suami yang gentleman di luar sana boleh la sediakan air selusuh untuk isteri tercinta. Semoga Allah permudahkan semuanya. Kita hanya ikhtiar & berusaha, yang lain berserah pada Di Atas. : )
Pesanan dari Prof Muhaya : Setiap hari tanya suami berapa markah untuk hari itu. 11 per 10 atau 1 per 10?
-Sama-sama kite berusaha utk menjadi isteri yang lebih baik setiap hari..
#Update 8/3/2013
Kina tak sempat pun minum air selusuh ikut bacaan seperti di atas sebab bersalin awal dari jangkaan tapi kina minum air zam2 yang suami doakan & baca ayat2 hafazan sebabnya masa tu dah dekat wad.. Alhamdulillah.
29 comments:
good info :)
btw ct dah suruh abah buatkan. hopefully dapatlah minum air tu time sakit nnt.nak minum skarang mcm x berani laks and mak pun xbg minum kalau x sakit.selalunya hospital government ni kena curi2 minum.kalau nurse nampak depa marah.haishhhh
thnkz kina for this info !
itu la..takut jugak nak minum awal2..hee..air kosong pn nurse marah eyh kalau nampak..maybe kina bleh tanya BIL nanti utk dari segi perubatan..
thanks kina for sharing.
thanks sharing kina! amin mudah2an kita mnjadi isteri y baik tuk suami sendiri :)
u most welcome pzaedy, rara & mila..:)..moga bermanfaat..
good sharing kina..:)
tue la ada hosp gov yg x bg minum air selusuh..nape ek?org tua lak byk suruh wat..ada yg kata nk minum ms dekat nk bersalin..x leh awal2x..mana 1 la yg betul ek?
aty buat mase nak beranak ritu..tapi mase nak bersalin lupe nak minum..hahaha...
I ape pun x buat haritu sbb tetiba je nak bersalin, ape pun x ingat dah. Haha. Kat spital haritu nurse marah sorg patient ni sbb minum air selusuh ms contraction sbb air tu bole efek ctg baby. Hoho.
thanks kina...
sharing is sexy... =)
air selusuh ni ramai ckp jgn minum awal2...minum bila dh bukaan 5cm...hehe
As salam.Terima kasih kerana berkongsi.
slm...mtk share ye
slm...mtk share ye
Info yang sangat berguna. Thanks for sharing
Actually yg nurse x bg mnum air slusuh yg cmpur mcm2 herba kat dlm..tp kalu stakat air zam2 atau air putih yg dibacakan doa..xda mslh n xda effect kat baby pn..u all ble start mnum 36 week 2 kali sehari..insyaallah nt kontraksi x lm n cpt jln bk kurang skit..tp kalu da nk bslin br nk mnum..trus trang da xda effect pun..sy pn amalkn..ms 1st baby..jz 3 jam n baby trus kuar dgn skali push..air slusuh bacaan doa bg baby tng ms kuar n uall kurang skit..jgn tkut sgt..yg pki herba2 tu ptot tkut..k..lg satu..mohon kemaafan drpd ibubapa, ibubapa mertua, suami, n rkn...spy dipermudahkan. Kalu hrp air slusuh je tp suami x redha atau maafkn kt mmg pyhla nt..k..sharing is caring..bud luck
Pembtulan bud luck=gud luck..hehe..sy pn tgh mnunggu khadiran this 2nd baby..doakn smoga dipermudahkan..
Yeay thanks for sharing this :)
Tq sharing....good info...
Jom lawat blog saya..
www.sihatnatural.blogspot.com
Tq izinkan saya mengambil ilmu ini
Tq for sharing... baby first nie..
Nervous lain macam..^_^
Tq for sharing... baby first nie..
Nervous lain macam..^_^
Tq for sharing... baby first nie..
Nervous lain macam..^_^
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Cara buat air selusuh.
TQ for share
Salam. Bole ke baca dlm bhsa melayu?
.
Alhamdulillah smpt baca artikel nie dlm kul 5.15am n bwt air selusuh tu sbelum sy dpanggil msuk dlm blik brsalin. Kul 5.56am wife dh selamat beranak n nseb baik smpt bg mnum seteguk 2 sbelum tu. Alhamdulillah dpermudahkan urusan. Terima kasih xterhingga utk Tuan penulis. Doa semoga dmurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.
Post a Comment