Thursday, January 12, 2012

Macam mana tahu diri sendiri pregnant?

Salam

Wanita mana yang tak gembira bila dirinya hamil? Bahkan sebulan selepas kahwin pun sebenarnya kita belum pregnant tapi rasa diri seakan-akan pregnant which is mainan perasaan ataupun terlalu berharap. Ada simptom sikit je sama macam Google cakap dah happy pastu nak check UPT. Kina rasa kina antara isteri macam tu. Kina memang suka la check UPT walaupun result dia akan menghampakan tapi rasa macam best je uji air kencing sendiri. HAHA. 3 bulan kahwin adalah dalam 4 5 UPT kina beli. Pudin sampai cakap kita tunggu miss period la eh. Dia seorang yang tak suka membazir. Kina plak jenis suka ikut hati ni. hehe. Yela, satu UPT harga RM8-RM15, beli selalu tak ke membazir. Tapi ni rahsia kina & pudin sahaja sehingga sekarang bukan rahsia. haha.

Selepas site visit dari Bintulu hari tu, kina kena Kerusi Merah Beruang Merah (Sila translate English). Lepas tu macam ada darah sekali dengan cirit tu. Tapi kina tak rasa sakit langsung. Cuma penat je 2 3 kali ke toilet dan darah tu ada. Kina pun tanya dengan kawan kina seorang pharmacist. Dia cakap maybe sebab kurang minum air. Yekot, kina ni memang jarang sangat minum air kecuali masa makan je la. 

Badan rasa panas tapi bukan demam. Antara simptom-simptom pregnant la orang kata. Apa lagi, nak test UPT la, masa tu dekat rumah ibu kina di Kuantan. hahaha. tapi confirm la takde apa-apa kan sebab lagi 10 hari kot untuk due period. Supposely kina datang 1 Januari 2012 & cycle period 27-28 hari memang regular. Cycle period dikira dari hari pertama datang period sehingga period yang seterusnya. Jadi, 4 Dis kalau 1st day period next expected period 1 Jan. Gitu la kira. Masa sekolah dulu walaupun budak Biologi tapi biol tak faham-faham. Esoknya, ibu kina tanya awak dah mengandung ke? macam mengandung je. Naluri seorang ibu kot dia nampak ada perubahan dekat kina. Terus la kina cakap takde la, lambat lagi due period.

Selepas beberapa hari, kina rasa perut macam lain macam. Keras dari biasa. Badan pun panas-panas. Dalam perut macam rasa berdenyut & cramp sekali sekala. Mula-mula kina ingat sebab efek makan asid folik ke kan. hehe. Sebab kina dah makan hampir belas biji. Start awal bulan disember, kadang-kadang je lupa nak makan 1 biji 1 hari. hehe. Namun, dalam hati kina rasakan kina pregnant kot. Sebab rasa lain la dari biasa. Apa lagi, minta pudin belikan UPT paling murah dekat 7Eleven walaupun lagi 4 hari nak due date next period. Ops, I didn't again! hahaha. Sebelum period nak gak check UPT.

Berbekalkan 1 UPT jenama ForSure berharga RM8.90 dari 7Eleven, kina pun test la sebelum Subuh hari tu. Hari tersebut adalah hari Khamis iaitu check 3 hari sebelum period. Mula-mula ada 1 line je, tiba-tiba ada 1 lagi line samar-samar sangat. Kina pun panggil pudin. Biasanya kalau lepas check tak panggil dia, buat diam je sebab negative. hahaha. Pudin pun mengiyakan dia nampak line walaupun sikit je. Kitorang macam terkulat-kulat pastu sengih-sengih tapi belum betul-betul yakin. Pudin pun cakap macam ni " Patut la budak 7E tu suruh beli 2 UPT tu untuk betul-betul confirm''. Maka petang tu pudin beli lagi untuk test esok paginya. Hasilnya tetap ada double line tapi samar. 
Boleh nampak walaupun sangat blur, result 3 hari sebelum period

Lepas tu tanya la kawan-kawan. Ramai cakap UPT jarang buat silap, kalau 2 kali check ada double line yela tu pregnant. Ibu kina pun suruh tunggu lambat datang period pastu jumpa doctor. Tapi ketidaksabaran menguasai diri. 31 Dis pegi jumpa doctor Azman (Eh, nama sama ngan ayah saya la doctor) Klinik Panel yang dekat Klebang. 

Doctor: Ok, ada apa-apa sakit?
Kina : Saya nak check pregnancy.
Doctor: Nak check ke nak confirmkan pregnancy?
Kina: Ha..Nak confirmkan pregnancy.
Doctor: Bila first day period hari tu?
Kina: 4 Dec.
Doctor: 4 Dec ke 4 Nov? (Seakan-akan tidak percaya sebab masih bulan Dec walaupun 31 Dec)
Kina: 4 Dec. Sepatutnya period esok 1 Jan.
Doctor: Dah pernah check UPT?
Kina: Dah pernah kemarin & semalam. 2 2 ada double line tapi samar la.
Doctor: Test masa pagi ke? Sebab pagi memang senang nak detect hormon tu.
Kina: A,ah.
Doctor: Awal lagi sebenarnya, tapi kalau nak check kita boleh check je. (Check ke confirm ni doc? :P)
Kina: Nak check. (Tak sabar nak tahu)
Doctor: Ok, pegi ambil air kencing. (Sambil bagi bekas)
----------Intermission----------Takkan nak cerita. Dah setel bagi nurse.
Doctor: Sekarang ni petang, jadi nak check tu mungkin lagi susah nak detect sebab hormon kurang.
Kina: Oo..Ok..
Doctor tu pergi ambil result test. Dia tengok. Dia letak atas meja lepas tu dia menjauhkan diri sikit sambil cakap. " Ok, tengok''. (muka dia tak tahu muka positif ke muka negatif). Kitorang dua dah risau. Macam negative je. Bila tengok.....
Double line masih samar tapi lebih jelas walaupun test dibuat pada waktu petang

Positif! Malah lagi jelas dari test kat rumah aritu. Namun doctor masih taknak confirmkan sebab dia rasa terlalu awal. Belum 4 minggu lagi usia kandungan dan dikhuatiri 'false positive'. Jadi, doctor tu bagi kina 1 lagi pregnancy test untuk ditest kat rumah. Best-best dapat test UPT lagi. Yihaa. 2 hari kemudian kena test dan kalau double line yang lebih jelas memang confirm kalau double line sama je samar mungkin bukan.

2 hari kemudian iaitu 2 Januari, kina pun test la. Alhamdulillah, semakin jelas double line. Pagi tu pudin terus sujud syukur. Tapi ni la manusia, selagi doktor belum sahkan masih was-was. Pergi la Klinik Panel Dr Habsah dekat Tanjung Minyak yang sepatutnya kitorang pegi aritu tapi doktor takde.

Prosedur masih sama. Pertanyaan yang sama. Cuma ada 1 soalan berbeza. "Awak akan period makin awal ke makin lambat?'' Kina pun cakap kina makin awal setiap bulan. Dr Habsah tu pun pergi tengok result test. Lepas tu dia pun cakap ''A,ah, ada 2 line. Biasa terlalu awal ni tapi sebab awak punya period semakin awal tiap bulan.....Alhamdulillah, Shakina, Sharifuddin..saya sahkan awak mengandung 4 minggu 1 hari''. Dr Habsah tak tunjuk pun result tu pada kami berdua. Cuma, beliau minta datang semula ke klinik untuk buat scan pada bulan 2 nanti. 

Haa..panjang kan ceritanya? Begitu la kisahnya kina pregnant. Syukur Alhamdulillah, tak semua orang boleh detect positive awal, ada kes 2 bulan pregnant baru ada double line sebab hormon kurang dapat detect. Setiap orang lain pengalamannya. Wallahuallam. Berada dalam 1st trimester ni membimbangkan betul. Harap-harap baby dalam perut ni kuat macam mak/ibu/mama/mommy/umi dia. haha. tak tahu lagi nak bahasakan diri apa.

Next entry: Pasal Kina's Kitchen plak la. Dah lama tak berasap dapur tu. hihi

UPDATE 1 Sept 2015
: Kina juga ada menjual pregnancy test paling murah di pasaran. Boleh baca post ini macam mana kina punya result untuk second pregnancy!
Pregnancy test strips : RM0.80 (Buy 10 free 1)
Pregnancy test cassette : RM3.00 (Buy 5 free 1)
Ovulation test strips : RM1.00 (Buy 10 free 3 ovulation atau 1 pregnancy cassette)
Belian RM35 free postage semenanjung.
Memang sangat murah ok..

Wassap laju-laju +60132126952 




45 comments:

Fariza on January 12, 2012 at 11:28 AM said...

alhamdulillah. seronoknya kina :)

Honey Sakura @ eiMyLiciOus on January 12, 2012 at 11:28 AM said...

*kelip2matabaca*

TAHNIAHHHHHHHHHHHH Kinaaaaa!!! Mom-To-Be yerrrr!!!!

Jaga kandungan elok2. JGn lasak2 tauuuu!!!

- eiMy -

Liyana on January 12, 2012 at 11:37 AM said...

tahniah kina, jage diri jgn lasak2 sgt k.

kita dulu mase blm peknen pun suke giler beli benda alah tu, walaupun tau negatif, tp mcm suke je uji air kencing sndiri, wakaka

Unknown on January 12, 2012 at 11:45 AM said...

macm2 hal ye...hehe...masih anak dara lagi..wlaupn dh sebuln kahwin..PJJ..huhu..nk jgk rase sindrom beli pregnancy test tu..huhu

puteriraifana on January 12, 2012 at 12:00 PM said...

tak pernah beli n try lagi..hee. belum rasa pregnant kot.hee... tahniah tahniah.. lamanya tak borak2 rindulah!

.ieLah. on January 12, 2012 at 12:22 PM said...

senyum2 baca entry kina..:)

sama macam sy la, excited teramat lepas sebulan kawen tu.lagi nak dekat period, lagi la teruja. badan sakit and panas, batuk teruk. tapi pegi jumpa doc dia taknak cek sbb dia cakap terlalu awal.(masa tu cukup sebulan dari tarikh 1st period)

alhamdulillah, lepas tu cek pon +ve jugak (tak sabar macam kina jugak) hehe

tahniah kina! :)

http://kakisaizlapan.blogspot.com/2011/12/i-am-5-weeks-pregnant.html

Shakina Farhan on January 12, 2012 at 2:25 PM said...

fariza: Alhamdulillah..insyaAllah nt tiba masa fariza pula..

eimy: tq..take care too..:)

liyana: kan? sama la kite..hehe..take care too..

purpleyellow: nikah gantung ke? takpe..masa kamu akan tiba..hee..tq 4 mentioning my name dlm post..sgt terharu..

put: tula..jarang dah bergosip2..haha..rindu jugak!

ielah: hehe..sama la kite xsabar..kadang naluri ibu tu betul kan..doktor ni xnk check plak..:P

dilla nadila on January 12, 2012 at 3:11 PM said...

tahniah kina... =)
nanti kenduri kat uma pudin bertiga la ye..hehehe

Nurul Ain on January 12, 2012 at 4:07 PM said...

Alhamdullilah...

Gadis pun baru cek pagi tadi tapi x pegi cek doktor lagi...

risau gak...
huhuhu

~ NANA ~ on January 12, 2012 at 4:33 PM said...

kina...i pon kerap buat UPT tu walaupon result dia -ve...sbb rse mcm pegnant...hehe

amal salleh on January 12, 2012 at 5:38 PM said...

wuuu dup dup dap.. :p

Husna Adnan on January 13, 2012 at 12:58 PM said...

Memula masa saya dapat tahu saya pregnant, sebab makan banyaaaaaaak sangat! Hahaha! Buat UPT, dua kali double band, tapi doktor kata tak pregnant. Main badminton dua tiga round, esoknya tanya doktor lagi. Barulah +ve... hehe alhamdulillah. Kina ada morning sickness tak?

Unknown on January 14, 2012 at 5:53 PM said...

hihi..tahniah shake..nampak keterujaan nak jadi seorang ibu..hihi

Nurul Izayani on January 15, 2012 at 4:55 PM said...

touching baca part "pudin terus sjud syukur"..betapa dia hepi nk jadik ayah.. :)

~YUN~ on January 16, 2012 at 6:08 PM said...

memang best kan masa tgk 2 line tu..yun teringt plak masa yun dulu,punya excited laki bini,smapi rebus telur hangus!hehehe!

aneway,take care dear kina..=)

Ms and Mr Red Ribbon on January 17, 2012 at 10:41 AM said...

kina... tahniah... me masa kenduri kat belah lelaki pon naik pelamin ber 3 hehe... kne control betul2 coz tengah mual2 masa tue...

love to hear the news anyway, kina... sekali lagi, tahniah untuk kina dan pudin ;)

Fazlina Zainudin on January 17, 2012 at 2:14 PM said...

Congrats Kina,

Happy for u, pasni update pasal pregnancy yeh, boleh follow bila pregnant nanti..hehe

cheq sue dieyha on January 17, 2012 at 6:34 PM said...

x sbrnya nk tunggu 2 line,entah ble..setahun sebulan menunggu dgn penuh harapan:)

Liza Razak on January 30, 2012 at 5:59 PM said...

Congrats...saya pon menunggu bila lah giliran saya :)

NainZnyer on February 9, 2012 at 10:00 AM said...

Alhamdulillah..bestnye k.kina..Tahniah.. ;)

Miss Ika on April 3, 2012 at 3:03 PM said...

Alhamdulillah, Shakina, Sharifuddin..saya sahkan awak mengandung 4 minggu 1 hari.

Ok, kita yang terharu baca. Bergenang air mata. Huhu

Congrates dear. Be extra good care.

princess lyra on October 5, 2012 at 5:58 PM said...

thanks for the info kina. i haruslah x kawin lagi kan...heheheh..so sekarang tgh mengarang novel.your blog about pregnancy sgt2 membantu.tq3...just nk mintak permission to put a few word from ur blog to my story...if u don't mind.realy appreciate it.luv ya!

◤därkspidєrz◥ on June 18, 2013 at 11:56 PM said...

Sronot baca pngalaman kina.. mmg btol, tiap2 bln prasan pregnant bla ada tanda2 hamil mcm kt dlm internet..

Sy pn nervous gk ni.. perut rsa keras lain mcm..mcm senak...ketat... las period 21 mei.. kalau 28d cycle, patut next period 17 jun.. tp takut nk test upt.. tggu sok la...hehe.. doakan sy ada rezeki utk dpt baby.. ujg bln ni dh genap setahun kawin.. :)

◤därkspidєrz◥ on June 18, 2013 at 11:57 PM said...

Sronot baca pngalaman kina.. mmg btol, tiap2 bln prasan pregnant bla ada tanda2 hamil mcm kt dlm internet..

Sy pn nervous gk ni.. perut rsa keras lain mcm..mcm senak...ketat... las period 21 mei.. kalau 28d cycle, patut next period 17 jun.. tp takut nk test upt.. tggu sok la...hehe.. doakan sy ada rezeki utk dpt baby.. ujg bln ni dh genap setahun kawin.. :)

Unknown on June 20, 2013 at 8:22 PM said...

sy br wat test sm mcm kina p klinik kt ayer keroh dia suh dtg blik after 2 week msih bharap untuk pregnat. .. tiap2 ari bc blog kina bab ni untuk smgt sy yg confius prgnant or x. ..

su on December 17, 2013 at 12:05 AM said...

hihiii..ble bce je ni..gaya cm sama je...smlm sy test upt walau lagi 3 hri nk period..rsnye 4 hri la kot sb smlm ahad..klo kire cycle dtg rabu ni..tp dh rasa cm gatal je nk cek..biasa cek mst negative de 1 line je..tp kli ni cek ade 2 line sme cam Puan Kina kabur2 je line kedua tu..sbb rs exted+nervous tu wt cm xsbr je nk cek sblm peod kan...ni yg dok google tgk ade ke yg kes cm sy..skli bce jmpe kt blog ni..hrpnya kali ni mg betul..n rezeki sy juga..In sha Allah..nk tgu hr rabu/kamis ni nk cek lg cam Puan Kina...opss sori trpjg lak cite..hihiii

Unknown on January 12, 2014 at 8:27 PM said...

Kak kina, skrg ni perut sy mmgbuat hal. Memulas,mcm byk angin. Buang air bsar/kcik kerap. Mkn byk,asyik lapar je..sntiasa rasa nk mkn.. Kalau ikut priod bln lpas 18hb.. Bln ni blum kua lg, kira menunggu hr jgk ni nk priod.. Tp xtau la kak, nk cek upt sok hubby g belikan..hehe doakan sy ya kak kina..

CXopportunities on February 3, 2014 at 1:11 AM said...

Tahniah sis! Msti skrg baby da setahun lebih umur die. doakan cx pula ye :) cx baru 3month nikah. Nk sgt baby. Skrg mls nk cek upt, just tgu due period lg 5hari. kaki da rs krem2. 2,3 lps asik loya tah pape je. perut kembung la, dmm la, flu plg terok. coughing la. then kentut2 sendawa sume. .tp tknk mghrp, tgu je nxt period. heheh breast pon sakit. Period pon sjk kawen suke dtg makin awal. Org kate kalo dtg awal selain kebiasaan, org kate da nk lekat tp tahla. hope so la kan :) doakan cx ye. :)

CXopportunities on February 3, 2014 at 1:11 AM said...

Tahniah sis! Msti skrg baby da setahun lebih umur die. doakan cx pula ye :) cx baru 3month nikah. Nk sgt baby. Skrg mls nk cek upt, just tgu due period lg 5hari. kaki da rs krem2. 2,3 lps asik loya tah pape je. perut kembung la, dmm la, flu plg terok. coughing la. then kentut2 sendawa sume. .tp tknk mghrp, tgu je nxt period. heheh breast pon sakit. Period pon sjk kawen suke dtg makin awal. Org kate kalo dtg awal selain kebiasaan, org kate da nk lekat tp tahla. hope so la kan :) doakan cx ye. :)

Anonymous said...

Sy last period 19 Januari, period yang seterusnya 9 atau 10 February tp skg dh 17 February blum period lg..mcm2 je sy rasa skg nie perut kembung la, kentut2 Buang air bsar/kcik kerap. Mkn byk pun mcm rasa lapar je..

Anonymous said...

Sy last period 19 Januari, period yang seterusnya 9 atau 10 February tp skg dh 17 February blum period lg..mcm2 je sy rasa skg nie perut kembung la, kentut2 Buang air bsar/kcik kerap. Mkn byk pun mcm rasa lapar je..

Unknown on February 17, 2014 at 3:57 PM said...

SALAM KINA.. BLEY SY TANYE.. AWK MSH ADE JUAL LG X PREGNANCY TEST NI?

Kenari Putih on March 3, 2014 at 5:21 PM said...

seronok pulak say abaca kesah dan pengalaman kina ni. yela, bukan semua orang sentuh je jadi, hihi.. Allah makbulkan juga ye akhirnya. Alhamdulillah

Unknown on August 4, 2014 at 12:07 AM said...

Nk oder la prgnt test

Anonymous said...

Sy pon ada bt upt kat umah.tgk ada dua line tp rasa was2.

Unknown on January 6, 2017 at 11:35 PM said...

Alhamdulillah sy hamil 3 minggu.pg td masa nk pegi kerja rasa tk sedap bdn.mual dn loya je.bawa bekal asam.ingt takde pape.tp sy minta half day dgn bos.balik rumah sy buat prgnt test.sy check tghri td ade 2 line.sy bg tau dgn hubby.so hubby bawa pegi klinik.doktor bg tau hamil 3 minggu.melompat hubby tanda happy.sy pun turut happy tk terkata.walaupun sy istri kedua,tp sy bangga dgn suami sbb dia masih mampu lg utk bg zuriat.lengkap satu keluarga.doakn kami sekeluarga bahgia ye semuanya.

Unknown on March 27, 2017 at 9:40 AM said...

Sis smlm sy beli upt kt kdai rm2.. 😂😂..ad 3 dlm tu.. Bentuk cassett ..jd pg ni try lah sje nk cube sbb period xkua drh.. Kua coklt2 😂😂 smpi ckp kt diri sndri dah knp aku ni ttbe xnormal plk period xkua drh.. Bile cek kluar 2 line 1 trg.. 1 kabur mcm sis pye tu.. Sy try 2 skli.. Due2 sama.. Bole ke percya upt tu 😅😅

Unknown on April 7, 2017 at 2:43 AM said...

Sis..sy skang tiba2 demam panas..mual..sakit kepale..kuat makan..sy baru habis period dlm 9hari..4 hari lepas sy cek negatif..perot sy tetibe sakit sgt2 tangkap sampai ke pinggang..sampai skang perot sy x selesa..nak cek upt takot kecewa...

Unknown on April 10, 2017 at 1:26 AM said...

Sy skrg pun terasa nak cek upt tp period dalam sminggu lagi. Badan rasa panas.
.perut rasa cramp...haha..padahal baru ja buka implan sbulan lalu..mengandung ka ni? Haha

Tggu lewat period laa...

www.iburayyan.com

Unknown on May 10, 2017 at 9:47 AM said...

Saya lagi 3 hari nk period. Tapi rasa nk buat utp dah. Doakan yg baik2 ye utk saya 😂

Unknown on December 15, 2017 at 2:24 AM said...

hahaha. kite sama. asyiklah berharap. doakan sy jgk

Ida on April 27, 2019 at 11:12 AM said...

Saya pon sma..sya cek upt lg smgu na priod..sbb sya dmm n skit pinggang pning kpla...bla cek smpai 10test upt..smua naik 2 line samar..esok nya test lgi pkai upt digital clearblue, alhamdulillah result pregnant 3weeks.. then test lg upt sbb na confirm g smua naik 2 line lbih terang skit dri hri sblum tu..

Unknown on July 5, 2019 at 10:51 PM said...

Waaahh kina upt awak yg samar tu mcm upt saya lah dha dua kali test mula test samar yg amat bila dua kli test ada nmpk double line lbih terang sikit dri yang first tapi masih was was tak tahu preggy ke tak .. Tunggu selepas seminggu lgi nak cek upt doakan saya preggy yeee😘🌷

Unknown on October 23, 2019 at 8:58 PM said...

Lebey kurang mcm sy..sy due piod 19/10/19 tp da lewat 3 ari..kdg mmg agk lewat jugak piod tu dtg..td try buat kt opis wktu ptg..double line tu terang..tp org cakp result petang kdg x betul..hope esk pepagi dpt result ue positip la..hehehe

Rina Kifli on December 25, 2020 at 4:22 PM said...

Alhamdulillah tahniah sis.Doakan sy pregnant juga yer pada bulan ini dan dengan cepat..amiinnn.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork