Tuesday, October 28, 2014

Review : Asset vs Spanx vs Leonisa

Salam

Hari ni buat review tentang seluar pengurus bump. Hahaha. Masa 2010 dulu kina beli brand ASSETS dari kerryblogshop masa tu kan tengah semangat nak kurus & sembunyikan bonjolan sebab nak kawen. Boleh tengok post ni. fuhh. dah 5 tahun dah punya post. Lepas tu, 2011 kina dapat SPANX super higher power. Menang contest kot tahun tu. Hahaha. Tak ingat. Banyak putus urat. This year plak Leonisa bodysuit. Haa..yang follow instagram terscroll tu nampak la yang ni. Tapi sebab seksi jadi cover2 sket gambar die. Hihi.
My new collection of seluar kurus. : p
Harga
Dari segi harga ASSETS yang paling murah compare dengan SPANX & LEONISA. SPANX & LEONISA harga lebih kurang tp SPANX paling tinggi harganya kot.

Sizing
Kalau korang confuse korang pakai size ape, just bagitau berat & tinggi dengan kak kerry. Pandai la die arrangekan size. Haa. Sebab lain brand lain size. Macam ASSETS & SPANX kina pakai size S. Untuk LEONISA masa mula2 dapat tu terkejut size L/XL. Ingat kak kerry salah pos ke kan. Rupanya memang kecik weh. Nasib tak wassap tanya sebelum try. Hahaha. Jadi antara 3 tu LEONISA paling ketat & kemas. 

Material
Pada kina, material SPANX &ASSET lebih kurang tapi SPANX lagi win lah dari segi kualiti. Sebab bila pakai selesa je tau. Lembut sangat kain die. ASSETS mcm mudah sangat nak terkoyak.  Jadi jangan beli lah ASSETS. Err..LEONISA paling keras & tebal compare both. Mungkin tu untuk membantai lemak2 terbojol yang degil ketegaq. Hahaha. Macam kina lagi prefer SPANX untuk santai2. LEONISA plak bila diperlukan untuk protection dari bonjolan yang lebih tinggi. Hahaha.

Style
Tak tahu nak kategorikannya. Jadi kina cakap style. Hahaha. Ni berdasarkan jenis yang kina ada je tau perbezaan ni. Setiap brands ada macam-macam jenis style ikut citarasa kita. ASSETS macam seluar shaper biasa je. Dari pinggang sampai atas paha. Selalu bergulung2 gak. Hahaha. SPANX super higher power atas sket dari pinggang sampai paha. LEONISA bodysuit ni plak, nama pun bodysuit, dari atas sampai hujung kaki. Die ada tali macam tali bra tu untuk tahan dari bergulung gelung kot. Tali tu plak boleh dicabut bila tak diperlukan. Untuk yang breastfeeding ok jenis gini kan. Nak tengok style LEONISA yang lain bleh click sini.  Tapi kina baru pakai je jadi xtau la cmne nanti. Lepas tuuuu, kina baru perasan kak kerry upload yang SPANX yang ada penyangkut dekat bra, tak sampai kaki. Macam lagi best je yang tu, khas untuk bermasalah di bumper & perut. Hahaha. Nama die Slim Cognito Shaping Mid-Thigh bodysuit. Style2 SPANX boleh tengok dekat sini.

Nak iklankan sket, kak kerry ada jual Belly Bandit postpartum girdle yang Kourtney Kardashian (betul ke eja ni?) pakai. Ramai celebrity obersea pakai. Jessica Alba yang berlakon fantastic four tu pun pakai gak. Material dari bamboo. Dekat Amazon & IG pun banyak good reviews on Belly Bandit ni. Kina tak pernah pakai jadi xle nak review yang ni. Korang tengok lah sendiri dekat facebook page Kerry's Blogshop. 


Sekarang ni kak kerry ada buka pre-order untuk Oct sehingga 31 OCT ni. Cepat grab sebelum terlepas batch ni sebab pre-order dari US ni kan amek masa. Wassap kak kerry - +60132220841



P/S: Perbandingan ini berdasarkan pendapat peribadi utk koleksi peribadi bukan semua model setiap brands tau. Kalau ada lagi akanku review..TQ..:)..Baru insof nak  diet ni..Sebab lepas pantang aritu makan macam ape je sampai berat jadi 58kg sket lagi dah sama berat masa nak beranakkan shahadah..hahaha





Wednesday, October 15, 2014

Review : Alahai Moreena Butik

Salam

Sekarang ni kan jubah tengah trending. Saya suka saya suka. Terutamanya jubah nursing. Sayangnya kalau jubah cantik tapi takde zip sorok kan. Kina prefer zip dari butang. Sebab anak menangis nak susu die bukan boleh tahan sabar. Kina dah la terhegeh2 nak buka butang, nak tutup balik pn makan masa kan. Kdg2 butang sket je. Itu lah bergunanya tudung labuh menutup dada. Bukan nak jadi ustagajah kat sini ek. Hahaha. Tapi better la jubah ada butang dari takde langsung kan. Nak recommendkan 1 lagi butik yang baru keluar dari oven. Fresh lagi butik online ni ha. Yeay..Jubah!!!

Pemiliknya juga seorang blogger yang comel lote dari ganu. Rahsia hatiku nana. Fames kot nana. Tercapai impian die nak buka online butik. Kina pon naaaaak. Tunggu lah nanti. Bila tak tau. Hahaha. Semua nak kan.

Unik kan nama Moreena? Apa yang istimewa tentang moreena butik ni? Moreena butik ada jual jubah dress yang cun. Kain die sangat2 berkualiti tau. Kina tertarik sangat dengan corak sequin die. Lagi2 jubah alana yang corak macam sisik tu. Paling penting nursing friendly & wudhu' friendly. Dan yang paling super penting sekarang kalau korang beli dapat harga introductory ok. RM120 sahaja (belum termasuk postage) ! Lepas ni harga dah lain so baik jangan jual mahal ye.. hahahaha..Yang tak minat sequin boleh try jubah yang digabungkan dengan velvet, lace & ruffle di wrist. Macam jubah alana kat bawah ni ada 20 design ok. Alahai. Rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana weh. 
Jubah Alana. Ada 20 design semuanya. Banyak kan sampai tak cukup nak crop ha..:P

4 jubah ni kira top pick kina. Color yang takde lagi. Alahai,yang mana satu ni nak pilih ni korang.?

Mommy2 yang geng kina yang malas nak iron (sepppp) boleh beli instant shawl moreena yang sangat cun. Tak payah iron (oh yeah!), tak payah lilit2 terbelit, cantik (design yang tak pernah nampak lagi org pakai). Harga??? Takkan buat korang makan megi awal bulan. Hahaha. Bukan RM150,bukan RM100, juga bukan RM50.. RM40 only..Buat masa ni pudin suh kina pakai bawal, jadi terpaksa la kan. Sebab die cakap macam budak sekolah. Nampak muda. Nampak comey. Otometik rajin lah kan! hahaha. Nanti nak pujuk boleh tak pakai instant shawl plak. Teringin bila tengok ni. 
Antara koleksi instant shawl yang cantik. Geram tengok yang color grey belang2 dengan silver grey tu.
Kosmetik yang tengah meletop2 yang kina jugak dah terpengaruh sama moreena butik ada jual. Die bukan jual baju dan tudung semata tau. Nanti akan ada lagi product baru. Kina dah ade 2 collection nyx smlc ni. Color antwerp & zurich. Sape yang follow ig tau la kina siap beli nak bagi moyang shahadah kan dl. Sekarang ni kina tgh tggu nana pos nyx smlc color cannes pulak. Color kina seme color selamat. Hahaha. Nanti dah habis 1 nak try stolkholm. (Yeke ni tggu habis? Lol)

Ni kina punya beli dari nana warna zurich. My fav color buat masa ni.
Ok, jadilah follower awal2 moreena butik. Nana tuan punya moreena butik ni bapaklah baiknya. Friendly sangat. Tak rugi punya. Kina percaya moreena butik bakal menggegarkan industri butik online. Gitu. Jadi cepat follow,like & beli ok. Nanti share dekat ig korang pakai ek ek ek. :). Moreena, more to come..

WhatsApp : 018-9122376
Facebook : Moreena
Instagram : Moreena.Butik



Instagram : MOREENA.BUTIK 

Monday, October 13, 2014

Susunatur : Makeover workstation (bintulu)

Salam..

Lamanya x update blog. Takde mood. =_=.

Moga cik mood tak lari2 lagi lah. Just nak share keadaan meja kerja di rumah sewa di bintulu. Hari tu dekat kuantan punya (rumah ibu). Harap2 lepas ni workstation dekat rumah sendiri plak. Aamiiin..

So..the story begins bila beli meja warna kelabu macam meja cikgu dulu. Tak suka tapi itu je yang ade dan affordable dekat bintulu masa tu. Masa sebelum tahu pregnantkan shafiyah gedik2 nak cat meja ni jadi color putih. Pakai cat minyak. Tak igt aih brand apa. Untuk die punya pemegang spray color gold. Kite guna kaedah cat hentam-saja-lah .



Progress..yang kiri atas sekali yang original..suke pemegang tu color gold.
Bila baru siap nampak cantik bangat. Tapi tak tahu la mungkin tak cukup kering dan tak bubuh finishing ke ape ntah. Die melekat dan mula berubah jadi buruk.


Walaupun cat tak sekata tapi rasa menarik la sket kot..hahaha..maapla 1st timer
Before and after
Lepas shafiyah dah lahir (9 bulan gak jaraknya ye.hahaha)..Tak tahan tengok keadaan meja ni. Tepek dengan wallpaper beli dari mr Diy. Ade 2 jenis yg 2meter RM3.50 yg 5 meter RM8.90 ( kot )..

Jadi macam ni..so far so good..rasa licin sket..kalau tak menggerutu je..Nanti dah masuk rumah sendiri akan ku cat semua dengan betul2. Pakai primer segala. 



Tadaaa (suara shahadah)..
P/S: Sekarang ni mood berangan je pasal rumah. Tabung ayam pun tak cukup. hahaha. Takpe berangan itu freeeeee kan..:)



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork