Tuesday, October 28, 2014

Review : Asset vs Spanx vs Leonisa

Salam

Hari ni buat review tentang seluar pengurus bump. Hahaha. Masa 2010 dulu kina beli brand ASSETS dari kerryblogshop masa tu kan tengah semangat nak kurus & sembunyikan bonjolan sebab nak kawen. Boleh tengok post ni. fuhh. dah 5 tahun dah punya post. Lepas tu, 2011 kina dapat SPANX super higher power. Menang contest kot tahun tu. Hahaha. Tak ingat. Banyak putus urat. This year plak Leonisa bodysuit. Haa..yang follow instagram terscroll tu nampak la yang ni. Tapi sebab seksi jadi cover2 sket gambar die. Hihi.
My new collection of seluar kurus. : p
Harga
Dari segi harga ASSETS yang paling murah compare dengan SPANX & LEONISA. SPANX & LEONISA harga lebih kurang tp SPANX paling tinggi harganya kot.

Sizing
Kalau korang confuse korang pakai size ape, just bagitau berat & tinggi dengan kak kerry. Pandai la die arrangekan size. Haa. Sebab lain brand lain size. Macam ASSETS & SPANX kina pakai size S. Untuk LEONISA masa mula2 dapat tu terkejut size L/XL. Ingat kak kerry salah pos ke kan. Rupanya memang kecik weh. Nasib tak wassap tanya sebelum try. Hahaha. Jadi antara 3 tu LEONISA paling ketat & kemas. 

Material
Pada kina, material SPANX &ASSET lebih kurang tapi SPANX lagi win lah dari segi kualiti. Sebab bila pakai selesa je tau. Lembut sangat kain die. ASSETS mcm mudah sangat nak terkoyak.  Jadi jangan beli lah ASSETS. Err..LEONISA paling keras & tebal compare both. Mungkin tu untuk membantai lemak2 terbojol yang degil ketegaq. Hahaha. Macam kina lagi prefer SPANX untuk santai2. LEONISA plak bila diperlukan untuk protection dari bonjolan yang lebih tinggi. Hahaha.

Style
Tak tahu nak kategorikannya. Jadi kina cakap style. Hahaha. Ni berdasarkan jenis yang kina ada je tau perbezaan ni. Setiap brands ada macam-macam jenis style ikut citarasa kita. ASSETS macam seluar shaper biasa je. Dari pinggang sampai atas paha. Selalu bergulung2 gak. Hahaha. SPANX super higher power atas sket dari pinggang sampai paha. LEONISA bodysuit ni plak, nama pun bodysuit, dari atas sampai hujung kaki. Die ada tali macam tali bra tu untuk tahan dari bergulung gelung kot. Tali tu plak boleh dicabut bila tak diperlukan. Untuk yang breastfeeding ok jenis gini kan. Nak tengok style LEONISA yang lain bleh click sini.  Tapi kina baru pakai je jadi xtau la cmne nanti. Lepas tuuuu, kina baru perasan kak kerry upload yang SPANX yang ada penyangkut dekat bra, tak sampai kaki. Macam lagi best je yang tu, khas untuk bermasalah di bumper & perut. Hahaha. Nama die Slim Cognito Shaping Mid-Thigh bodysuit. Style2 SPANX boleh tengok dekat sini.

Nak iklankan sket, kak kerry ada jual Belly Bandit postpartum girdle yang Kourtney Kardashian (betul ke eja ni?) pakai. Ramai celebrity obersea pakai. Jessica Alba yang berlakon fantastic four tu pun pakai gak. Material dari bamboo. Dekat Amazon & IG pun banyak good reviews on Belly Bandit ni. Kina tak pernah pakai jadi xle nak review yang ni. Korang tengok lah sendiri dekat facebook page Kerry's Blogshop. 


Sekarang ni kak kerry ada buka pre-order untuk Oct sehingga 31 OCT ni. Cepat grab sebelum terlepas batch ni sebab pre-order dari US ni kan amek masa. Wassap kak kerry - +60132220841



P/S: Perbandingan ini berdasarkan pendapat peribadi utk koleksi peribadi bukan semua model setiap brands tau. Kalau ada lagi akanku review..TQ..:)..Baru insof nak  diet ni..Sebab lepas pantang aritu makan macam ape je sampai berat jadi 58kg sket lagi dah sama berat masa nak beranakkan shahadah..hahaha





6 comments:

FadMN on October 28, 2014 at 1:22 PM said...

Tapi kan kina , i pakai spanx cepat lak koyak.ke pungkok tajam ke lemak lebih ke apa tak tau la tapi mmg spanx tu best la.tak mendera emosi sgt time nak sarung.hehe

Shakina Farhan on October 28, 2014 at 10:21 PM said...

Hahaha..stress kan kl nk sarung mcm ape jd..been there done that!
a,ah..kina pnh bce gak org dpt spanx koyak rabak..so far ok lg..xtau la kl ikut mcm assets tu nt..hahaha..

raihanah on November 3, 2014 at 11:11 AM said...

ala dah confuse ni nak amik spanx ka leonisa tu.. huhuh

raihanah on November 3, 2014 at 11:12 AM said...

ala dah confuse ni nak amik spanx ka leonisa tu.. huhuh

raihanah on November 3, 2014 at 11:12 AM said...

ala dah confuse ni nak amik spanx ka leonisa tu.. huhuh

kirfufff on March 2, 2022 at 1:12 AM said...

صيانة افران
مكافحة حشرات
 جلي بلاط
تنظيف مسابح
نقل اثاث
شركة تنظيف
كشف تسربات
تسليك مجاري

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork