Salam
Alhamdulillah..hari ni dah genap 36 weeks..Pejam celik pejam celik dah 9 bulan..Kak long shahadah dulu keluar masa 36weeks 5 hari yang memang unsangkarable..Hari ni pudin balik dari bintulu sebab kebetulan ada kursus dekat Paka (mula2 dekat kuantan, tapi takpe paka tak jauh pun)..
Bisik-bisik..."Adik baby, sabtu ni boleh la kalau nak keluar sampai la 20hb sebab papa ada sini"..
Memang cuak kalau adik baby nak keluar masa papa takde sebab macam segan la kalau orang lain teman nak beranak. Kurela sorang-sorang dalam labor room dengan nurses & doc. Huhu.
Kemarin la tiba-tiba rasa macam ada contraction, dah cuak dah..tak pasti sebenarnya contraction ke atau apa..anak dah 2 masih tak cam lagi..hahaha..tapi esoknya relax pegi jalan-jalan dekat Megamall cari kain buat baju raya shahadah & moyang, pastu beli coolblog..Huwaa, nanti lama tak boleh minum ais..Kihkih..
Tak habis takat tu, balik rumah solat, tengok Temptation of Wife keluar balik pegi kedai gunting rambut Kak Salina dekat Indera Mahkota 2..Kakak tu tak percaya pulak dah 9 bulan sebab perut kecik..tapi dia cakap genetik kan..bagus kakak ni memahami..Ku cuci, potong & blow..ada la gaya rambut chantal sket..(ok, tipu sangat ni..hahaha)..Kina memang ketagih tengok cite Temptation of wife tu sebab suka semua pelakon dalam cite tu..Cantik-cantik handsome-handsome sape tak suka tengok kan..Jalan cerita pun best walaupun awal tu macam lamaaaaa je nak sampai ke detik pembalasan..hihi..Next week last kot.
Pregnant kali ni memang kuat betul berjalan. Kalau dekat Kuantan ni almost everyday lah keluar. Pegi pej pos ke, pegi balik rumah nek dekat Sg. Lembing (1 jam perjalanan pegi balik), pegi makan ke, pegi meronggeng dengan ila ke, dengan harapan mudah & cepat bersalin. Hope so..Hari tu sampai wan mi dah bising sebab ajak gi Popular nak beli buku color untuk shahadah.
"dah-dah la kak, kang beranak kat kedai kang"..Hahaha..
Beg hospital untuk adik baby dah setel, beg mama je belum setel tapi semua barang dah ada. Wan mi pegi Langkawi hari ni, dah kirim towel & kain batik. Semoga adik baby sihat-sihat sahaja dalam tu dan get ready melihat dunia. Rindu bau wangian syurga, tapi dah lupa macam mana nak pegang baby kecik. Hihi..