Tuesday, May 21, 2013

Geng bas sekolah Toy Storage

Salam

Just nak share toy storage ni..Bentuk bas sekolah..kina beli dekat courts mammoth bintulu..tak terniat nak beli pun tapi sebab nak cukupkan RM50..hahaha..nak yang color biru tapi dah habis..=_=
School bus storage box
RM25 untuk size ni..Ada 2 size 1 lagi besar..hari tu kina ada nampak dekat JJ mid valley..RM23 dan ada color biru plak tu..Warna biru bukan bas sekolah tapi wagon..Grrrrrrr..normal la harga dekat sini mark up sket sebab shipping..kalau tengok mydeal ke, groupon ke banyak yang free shipping ke semenanjung tapi sabah sarawak xnak hantar..sob3..bersabarlah wahai hati..ada hikmahnya supaya tak shopping online sangat..hahaha.. 
Foldable
Bila die dah boleh bukak sendiri..
Melembang toy..
Selain dari simpan toy boleh jugak jadi kerusi budak kot..senang nak cuci sebab material die PVC ke PU kot..bila pagi start keluarkan toy, bila malam masukkan balik dalam bas ni..ok la sebab toy shahadah takde la banyak sangat lagi..kalau banyak maybe tak practical sangat kot..Dalam hati dah ada DIY storage wardrobe yang memikat di hati untuk letak dalam bilik shahadah nanti..nanti kina share yang tu di lain masa..
Antara menan shahadah..ada lagi kat bilik..
 

Friday, May 10, 2013

21 resepi untuk baby 8 bulan

Salam
Masa shahadah 7 bulan die takmau makan makanan sihat..nak buah yang manis je..bubur takmau..macam-macam resepi try tapi makannye 1 sudu je..akhirnya mama yang kena habiskan..sedih gila kot..syukur sangat masuk 8 bulan die dah suka makan semula..so, kina rasa budak2 ni memang ada masa die takmau makan kot..6-7 bulan ok lagi as long as susu die nak kan..

InsyaAllah semua resepi ni mengikut rules la kot..Kina takde la skema sangat dalam bagi makan dekat anak..Macam-macam dah masuk dalam perut shahadah tu..roti, coklat, kopok, biskut tiger,london roll..ape lagi ntah sampai lupa..(kalau anak jenis alergik jangan ikut ye)..Alhamdulillah so far shahadah xsembelit atau cirit birit..maybe sebab die kuat minum air & minum susu..Semua ibu pun nak yang terbaik untuk anak kan..

Ok..straight to the point je..ni resepi-resepinya..gambar ni dah bercampur aduk..kalau nak tengok ikut aturan tengok dekat instagram..hari2 upload resepi tapi kalau tak upload tu maksudnya makanan tu dah pernah disiarkan..hahaha..cukuplah dengan gambar, bahan2 & cara ye eh, kuantiti atau sukatan ikut suka ye..: p (tak sempat weh, shahadah tu every 1-2 hours malam2 nak susu)

PLEASE TRY AT YOUR OWN RISK (Lain anak lain alergiknya ye). Kina just share gabungan-gabungan bahan. Kita pun boring kalau makan benda yang sama kan. Selamat mencuba! (Abaikan nama-nama pelik resepi. HAHAHA)

1) Nasi ayam sempoi 
Bahan-bahan : Beras + Isi Ayam + Carrot + Celery + Tomato + Stok Ayam + Air secukup rasa
Resepi: Tanak nasi menjadi bubur..Kina biasanya lenyek2 masa nak bagi shahadah makan..Tambahkan 1 cube isi ayam (kina biasanya dah buat stok dalam cube2, senang bila masak campak aje..patutnya buat post pasal frozen + stok dulu tapi saje je bagi resepi dulu..kihkih)..Part nasi ayam dah siap..Part sup plak, masukkan 1 stok ayam (dah ada unsalted butter, bawang, kayu manis segala),air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot tu empuk. Dah siap!







2) Snowgurt chintaku 
Bahan-bahan: Yogurt greek (atau plain/natural yogurt) + Puree apple
Resepi: 1 Cube frozen puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap! Tengok muka shahadah chinta tu. Suka betul die. 












3) Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Isi ikan tenggiri + Stok ikan bilis
Resepi: Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pon boleh. Kita nak isi die je ye puan-puan. Tanak beras jadi bubur. Kalau tengok gambar ni, kina pakai nasi sebab tu nampak berstruktur gitu kan. Masa bagi makan kina lenyek2. (Ikut cakap MIL..hehe). Kalau prefer hancur buat hancur ye. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis ni untuk bagi rasa masin2 ikan bilis tu. Cara penyediaan, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk bekas. Selalu kalau takde bahan nak masak buat bubur nasi ikan bilis pun sodap.





4) Caramelized apple & banana with cinnamon
Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api sebab kita taknak die jadi pisang goreng ke goreng pisang kata kak lisa. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.





5) Nasi tomato untuk si cilik
Bahan-bahan: Nasi + Tomato + Stok ayam + Puree Isi Ayam + Puree Peas + Unsalted butter
Resepi: Sila tengok gambar. Hahaha. Malas betul nak menaip..Kina campak je semua. Kacau2 sampai tomato tu lembut betul. Siap! Sedap tau. Sebijik rasa nasi tomato.













6) Pasta shrek
Bahan-bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni kina pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke. Berkenan dengan pasta huruf-huruf tu tapi dekat Bintulu ni sik ada.







7) Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot
Bahan: Beras+ Cheedar cheese + Puree Carrot + Stok ikan bilis
Resepi: Macam biasa. Tanak bubur. Campakkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu half dari 1 slice dalam burger tu. Simple tapi sedap. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak disukai ramai. Masa ni kina campur je ape yang ade. Akhirnya mama yang lebih-lebih makan sebab ade cheese. hihi.










8) Volcano mash potato with chessy chicken gravy
Bahan: Puree potato + Puree isi ayam + Cheddar cheese + Stok ayam + Oregano
Resepi: Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese & stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi. Sedappppp sangat2. Gravy tu buat banyak sket nanti tak cukup.







9) Greek potato salad
Bahan-bahan: Puree potato + Egg (alert2 elergik) + yogurt + carrot + brokoli
Resepi: Masukkan puree potato, carrot, brokoli & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau2 bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api. Sesuai dimakan untuk breakfast, lunch atau dinner.











10) Puding kastad banananana TV9
Bahan: Setengah sudu kecik tepung kastad + 3 oz Susu Ibu/Susu formula+ Puree banana
Resepi: Bancuhkan tepung kastad dengan susu dan pisang. Tambah air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Best makan masa minum petang si kecil. 













11) Pumptato
Bahan-bahan: Puree Potato + Puree Pumpkin + SI
Resepi: Rujuk pada gambar. Bongkah tu puree potato, bulat macam telur tu puree pumpkin. Tapi yang shahadah tak suka sangat. Sebabnya rasa pumpkin tu kuat die tak suka. Actually kina sendiri tak makan pumpkin. Hahaha. Resepi ni baby 7 bulan pun boleh makan.











12) Chicken curry with carrot & aspalela asparagus
Bahan-bahan: Unsalted butter sikit + Puree isi ayam + Yogurt + Cheese cheddar + Puree carrot + Puree asparagus + Air sikit.
Resepi: Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap. Yogurt tu 1 teaspoon je tapi die acts macam santan. Jadi sebab tulah die rasa macam curry. Boleh makan begitu saja atau dengan bubur nasi.












13) Spagetti bolognaise simple
Bahan-bahan: Pasta+Puree Isi Ayam + Tomato +Stok ayam+ Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Sama macam pasta shrek. Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang dipotong dadu, stok ayam, cheese & akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano & blend. Great for lunch or dinner.











14) Carrot cek mek molek
Bahan-bahan: Keledek + Carrot + Cinnamon
Resepi: Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ade air susah nak bentuk. Lenyek2 dan kepal2 menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ade kurma letak inti kurma macam etty. Hehe.












15) Chessy carrot as finger food
Resepi: Potong carrot bentuk jejari. Rebus sehingga empuk. Potong cheese memanjang & halus. Bila carrot dah masak & ditoskan terus masukkan cheese supaya cheese mencair sebab panas. Sila perhatikan kalau anak makan finger food takut tercekik kalau baru introduce finger food.











16) Tomato soup
Bahan-bahan:  Half tomato + 1 cube potato puree + 1 cube chicken stok + air
Resepi: Potong dadu tomato. Masukkan semua bahan dengan air. reneh sehingga masak sebati. Sambil tu lenyek2 tomato. Sedap dicicah bersama roti. (kalau bagi anak makan roti la kan)













17) Chicken & broccoli pasta with apple sauce
Bahan-bahan: Pasta + Puree ayam + Puree brokoli + Puree apple
Resepi: Resepi ni dari website annabelkarmel. Cara masak sama macam pasta yang lain. Just campur camtu je. Tapi masa ni shahadah tak mau makan sangat. 1-2 sudu je die makan. Maybe boleh test balik campur dengan cheese sebab masa ni belum intro cheese.











18) Bubur nasi aneka warna
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Brokoli + Kismis + Kentang
Resepi: Resepi ni ramai je rasanya dah buat. Ilham dari group HSFFYB yang sekarang ni dah ade fanpage. Bolehlah like di sini. Cara masak campur je seperti gambar di bawah. (oh..makin lama makin malas nak menaip yeeee..hehehe..)












19) Bubur lambuk baby
Bahan-bahan: Beras+Isi Ikan tenggiri+ Cheese + Brokoli + Stok ikan bilis + Kuning telur
Resepi: Tanak beras jadi bubur, masukkan isi ikan tenggiri, puree brokoli, cheddar cheese, kuning telur & stok ikan bilis. Pastika kuning telur tu masak dan alergic alert on. Masa ni second day bagi kuning telur. Cuak jugak. Alhamdulillah takde pape alergik setakat ni.











20) Banana split for baby
Bahan-bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket. Hehe. Kategori finger food jugak ni.











21) Steak ikan tenggiri for baby
Bahan-bahan: Isi ikan tenggiri + Puree kentang + Unsalted butter + Oregano
Resepi: Panaskan unsalted butter, masukkan isi ikan tenggiri & kentang. Tambah sedikit air. Tutup api. Taburkan oregano. Masa ni lah shahadah suka balik makan homemade food yang mamanye sediakan. So akan ingat makanan ni sampai bila-bila. Tak sia-sia mama tak putus asa. Semoga shahadah bertambah sihat dengan air tangan mama. Hhihi.








 Sekian, terima kasih. Moga bermanfaat. : ) 

Thursday, May 9, 2013

Koleksi gambar ustajah shahadah

Salam
Just a simple post..
Gambar2 budak kecik tu pakai tudung saje2..Semoga menjadi anak yang solehah..insyaAllah mlm nanti atau jumaat kina kongsi koleksi resepi makanan sepanjang shahadah 8 bulan..
Layan dulu gambar ustajah pilihan..hehe..bye2..

Thursday, May 2, 2013

Review : Re-Gen Oil

Salam 
Bagi yang follow instagram kina maybe pernah la ternampak kina post tentang minyak ni..Re-gen oil baru je launching bulan 28 Februari 2013 yang lepas..Kina dijemput untuk join lauching tu tapi nampaknya jarak mencemburui kita..Hee..Namun, pihak re-gen oil telah menghantar 1 botol Re-gen oil untuk kina test & then review. 
Ini lah rupa Re-gen oil

Kina telah pakai selama 1 bulan (ofcos ade la jugak skip 1-2 hari..heh).. Mula-mula masa kina dapat Re-gen oil ni kina rasa botol die lebih kurang Bio-oil yang memang dah well-known dekat Malaysia ni kan. Masa 2 minggu pertama kina memang pakai biasa-biasa je. tak mengharap sangat la. Kina pakai pada pipi (yang banyak tanda-tanda parut jerawat), dekat tangan (kulit jenis cepat luka walaupun tak rasa sakit tiba-tiba dah ade parut2..huh) & stretchmarks pada perut (Alhamdulillah tak banyak sangat stretchmarks sebab dari awal dulu dah sapu minyak vco & lavender belly oil (read previous post)). 

Tapi lepas pudin tegur "Kulit sayang makin bersih lah..jeles abg"..Ingat die saje nak bodek kan. Kina rasa macam takde la apa-apa yang berubah. Esoknya die tegur lagi cakap kulit muka bersih. Terus lah teringat benda yang baru diapply baru-baru ni adalah minyak re-gen ni. Maybe jugak sbb MAB? xtau la..Nanti kina review MAB plak..

Eh..berkesan ke? 

Tak puas hati terus google review tentang re-gen oil ni. Rupanya dekat oversea dah 3-4 tahun ada. Ramai review cakap re-gen oil ni berkesan. Banyak good reviews dekat amazon & blog omputeh and I think I'm one of them! Lepas tu, kina jadi makin rajin nak sapu. Kina sapu sebelum tido, selepas sembahyang Subuh & selepas mandi. Lepas pakai tak rasa berminyak (atau sebab kina pakai under acon? ke sebab tu rasa tak oily?)..Banyak kali dah rasanya pakai tapi tengok macam tak luak sangat minyak ni. Ada banyak lagi padahal botol yang paling kecik kot. Re-gen oil ni ada 2 size 1 75ml 1 lagi 125ml if I'm not mistaken. Harga pun lebih murah dari Bio-oil. Lepas tu rasa kulit smooth je lepas pakai. Blemish & stretchmark memang nampak pudar sikit. Pudin lah yang tukang komen. 

Selepas sebulan guna rasa macam ciput je luaknye
Cuma 1 tempat yang kina tak boleh & tak sesuai sapu minyak ni iaitu dekat pergelangan tangan kanan kesan alergik pakai jam masa pregnant.Lepas pakai rasa gatal dekat situ. Tangan kiri ok je kina pakai. Ke kina pregnant? Hahaha. Tak kot. Kalau ye nanti kina roger2. Kekeke.

Re-gen oil ni boleh dibeli di Watson. Bagi mom-to-be atau mommy2 boleh pergi booth Re-gen oil masa Expo Mom & Baby dekat Mid Valley 10-12 May nanti. Ada promotion kot masa tu. Kina macam biasa tak dapat pergi.Huhu.. Ya Allah cepat-cepatlah pudin dapat transfer semenanjung balik. Aaamiiin..Hee.. Ok lah..itu sahaja..selamat mencuba re-gen oil!

Monday, April 29, 2013

Resepi homemade pearl ala coolblog

Salam 
I'm too excited about this..^_^ Ada lagi hutang post tapi nak share yang ni dulu. Hehe.

Minggu lepas etty ada share dekat fb beliau cara-cara nak buat pearl sendiri..Ala, pearl coolblog tu..bulat2 liat2 sedap diminum dengan ice blended atau shake..dekat Bintulu ni nan ado coolblog..Ada pun macam takut nak beli, xd tanda halal & tukang buat bukan Islam..Nampak etty share, terus try buat semalam..Tengahari buat sekali, malam buat sekali tapi adunan yang sama..Tapi untuk second time buat menderhaka la sket dekat resepi asal..TQ buat owner resepi ni..kalau tengok dari post yang disharekan tu dari my resepi..jadi xtau nak creditkan link ke mana..:P.. 
Ini rupa post yang dishare oleh cahaya rumah etty

Resepi ni versi kina otter2 sket..berapa banyak dapat bergantung kepada size bulat yang korang buat..kina rasa better buat kecik2 je mcm coolblog..size jari shahadah chinta..hahaha.. Sorry takde gambar masa tengah buat. Huhu.

Bahan yang diperlukan 
1) Tepung ubi - setengah cawan 
2) Air 
3) Pewarna - kina takde warna coklat jadi pakai pink punye 
4) Gula - 1 sudu besar. (kalau tak rasa tepung kosong..hehe..kalau takmau pun takpe..takde rasa manis sangat sebab rebus air banyak jugak)

Cara-cara 
1) Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung ubi. Tambah setitik dua pewarna. Gaul-gaul sampai boleh buat bulat-bulat. Kalau lembik tu tambah tepung ubi lagi. 

2) Dah gentel bulat-bulat rebus atas periuk air mendidih selama 20-30 minit. Masukkan gula. Kacau sekali sekala. Kalau air kering topup lagi air. Rebus sehingga masak. 

3) Kemudian tos dengan tapis, alirkan air sejuk supaya tak melekat2 benda tu. Siap! Mudah kan? 

 Tips 
- Pastikan tangan kering masa nak gentel-gentel. 
- Semasa proses gentel tu letak dalam mangkuk yang kering baru tak melekat sebelum nak transfer masuk ke dalam periuk.. 
- Kina masukkan air sikit dalam mangkuk tu dulu then terus campak dalam periuk. Baru cantik bentuk die tak terjejas sangat. 
- Nak tahu masak ke tak die warna macam lutsinar. Macam masak sagu. 

Masa first time buat bentuk macam bersegi-segi sebab masuk 1 1 ke dalam periuk. Haha. Mula-mula buat nescafe blended untuk pudin rasa. Kina tak minum sangat sebab cafein banyak plus susah nak tido malam. Minum sket sekali sekala. Dulu minum nescafe lah masa stay up study. Oh..rindu plak UM..

Malam kina buat horlick blended plak. Kina pakai shake n take untuk buat ice blended. Seronottt sgt. Kalau dekat semenanjung mungkin tak segigih ni la nak buat bulat2 tu, beli dekat coolblog je. Take time nak gentel kecik-kecik tu lah. Shahadah pun geram je rasa nak tolong gentel time malam tu. Masa tengahari tu die tido jadi takde la yang ommmamama..
Percubaan pertama size agak besar
Begini rupanya lepas rebus & alirkan air sejuk
Horlick blended dengan pearl siap! bestnya boleh letak banyak-banyak kan!
Tak perlu nak tambah 50sen utk extra bubble pearl lagi..hahaha..boleh letak sebanyak mana yang mahu..Selamat mencuba ladies! Next kina akan review pasal Re-Gen oil..Stay tune!

Tuesday, April 23, 2013

Majlis aqiqah serentak

Salam
Ni lagi post pospone..hee..dah sebulan yang lepas baru nak cerita..
Seingat kina la, kina tak pernah pegi majlis aqiqah..jadi tak pernah tau cmne dari segi protokol..hahaha..siap protokol tu..Maybe dulu ibu kina pernah buat untuk adik tapi tak ingat kot..aturcara pun tak tahu..jadi ni kira first time la bermajlis aqiqah..

Kalau dulu kami majlis bertandang serentak..Majlis bertandang lambat jadi kami berdua tengah pregnant 7-9weeks time ni..sebab tu bertambah seri kan? kahkah..
Masa ni pudin tak pakai spek lagi..turun tengok bila pakai spek..
Muka sama je dgn abang die..lahir anak pun sama bulan..rambut sama lebat..hehe..
Sekarang majlis aqiqah pun serentak jugak..tapi tambah lagi sorang anak kedua abang sulung pudin..jadi tigarentak..jadi semua sekali 3 ekor kambing, sekor dapat harga RM650 tak silap..semua baby girl..shahadah yang paling tua..hee..

Time majlis aqiqah ni lah 1st time masak rendang dengan biras kina..ingatkan MIL bergurau je..yela..masak untuk ramai kot..nak bajet tu memang fail lagi lah..kalau raya memang kina tak pernah join masak rendang pun..lagi suka bakar sate & buat / bakar lemang (tiap tahun xmiss kecuali tahun lepas lah berpantang..hehe)..biasanya kina akan goggle je resepi tapi time tu internet slow lah pulak kan! teruslah call ibu kina camne nak masak rendang..apa ingredient2nye..just ingat2 gitu je..dari segi teknik masak je macam biasa, cuma nak tau apa bahan penting kena ada..Rasa macam iklan dalam TV dulu2 yang call mak tanya resepi..Nasib baik MIL puji kami masak sedap..(eventho kina rasa mcm terlebih masam sket)..Apa yang penting handphone kena ada battery bila2 dan di mana saja anda berada! hahaha..

Lepas masak mandi, siapkan shahadah cun-cun..Nasib baik pudin ada tolong mandikan shahadah dulu..Dah siap shahadah dah nak susu nak tido..Dah pakai baju lawo2 tido kan..tapi bagus gak..lepas tu baca yasin die lena sepanjang orang baca yasin..(kalau die tak tido confirm la kina tak dapat join baca yasin sekali)..Habis baca yasin terus bangun tido..

Anak dara ni..dah lawo da siap tapi tido terbungkang ye..hee
Lihat mereka tido berjemaah..baby humaira tengah menyusu kot masa ni..
Lepas tu kina ikut je biras yang anak kedua tu, pusing2 bulatan makcik2 sambil selawat..Kina memang blur, ikut ajelah..rupanya masa tulah nak potong-potong rambutnya..kina memang taknak potong sebab masa shahadah baby dah cukur habis dah..tapi orang potong je, ikut jela..nasib baik sikit je..Seorang makcik potong sikit2, dengan ada air pandan (wangi) tapi kina tak tahu apa fungsinya..haha..

Selepas kena cantas sket rambut..Tq aunty intan for the headband..matching gituu
Sweet..ajak humaira main ye..
Lepas habis tu makan-makan..ambil gambar..habis..
Doorgift yang kitorang bagi untuk 100 orang je..Beli bag plastik dekat cowboy je..
Ada yasin, wajid, kuih bangkit & buah..Share-share je beli masing-masing..Jimat buat serentak ni..Nak balik semua pun senang sekali harung je..Nanti kalau ada rezeki next baby nk buat aqiqah kt sini lagi..kalau berentak2 pun i go on je..best..ok..good nite!





Tuesday, April 16, 2013

Pokok kelapa Shahadah Chinta

Salam
Hari ni tak mau sembang byk..
Sebabnya extra capik sebab papanye kursus dekat kuching 3 hari 2 malam..tinggal berdua2an dgn si kenit yg aktif & cerdik ini..jadi layan 2 keping gambar shahadah chinta..

Bertahan 5 saat sebelum die cabut..hehe
Esok dah 8 bulan dah dia..
Esok dia dah 8 bulan! Cepatnya masa berlalu ye..mama tak sabar nak tocang2, buat ikat ekor kuda, ikat baby doll..hahaha..dulu pun wan mi buat mcm2 dekat rambut mama..so sekarang giliran awk mamanye..hehe..ni yg syoknya baby girl..
:)
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork