Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Penginapan di KK : Hotel Grand Borneo

Salam
Ampun baru nk update. Terperam dalam draft sebab gambo. Next itinerary insyaAllah.

Selepas 2 malam di kundasang. Kita pindah ke KK. Di Kota Kinabalu ktorang duduk hotel grand borneo. Ntah macam mana kina boleh igt book hotel grandis. Choi je. Hahaha. Hotel grand borneo dan grandis dua-dua attached dengan mall. Tapi grand borneo ni jauh dengan jeti, grandis dekat dan of course lagi mahal.
Sebelum langsir dibuka

Selepas langsir dibuka..budak2 ni wajib berendam dalam tu..boleh angkat blind tu nampak permandangan (takde la menarik pun pemandangannya.hihi)
Kenapa amek hotel ni sebab ada bathtub dan ada mall. KK kan panas, budak-budak ni pulak memang suka mandi dalam bathtub. Dekat KK banyak berehat sebenarnya lagi-lagi hari last sebelum nak balik. Tak banyak berjalan pun.
Katil. kakak shahadah tido dekat sofa depan tu je. hihi
Shower dan toilet asing.

Ktorang book melalui Agoda. 2 malam RM518 termasuk breakfast. Jadi 1 malam RM259 termasuk taxs. Ada halal jakim paling penting. Breakfast dia ok la. Turun awal supaya tak ramai orang.
Kemain sapu butter, orang amek gambar terus sengih2.

Kereta sewa pulang dah sehari sebelum nak balik sebab nak jimat naik Uber je esoknya pegi airport. Kereta sewa kina dapat RM350 untuk 8 feb amek 3.30ptg -11 Feb pulang 3.30 petang dengan Sahabat kereta sewa. Ktorang pilih MYVI. Jalan ke kundasang berbelit-belit pastu jalan tak ok sangat, jadi pilih kereta yang ok sket. Sebab kereta sewa dah pulang petang tu, petang sebelum maghrib tu kitorang ukur mall jela. hihi. Dapat seluar songket & baju budak2 ni dekat bawah tu.


Pintu doremon ke mall sebelah..

Next year nak pegi lagi lah. Nak duduk Kinabalu Pines  dekat kundasang & dekat KK hotel Grandis tak pun La Meridien. Sebab hazab jugak nak parking dekat bandar KK tu. Grandis dekat je dengan Jetty Jesselton, La meridien pula dekat dengan pasar filipina dan tempat makan seafood tu. Kumpul duit dari sekarang. Tapi yang penting kundasang 3 malam. hihi.

Monday, November 14, 2016

Review : Grand Hyatt KL (Grand King)

Salam

Ni pun entry lama baru nak buat. Better late than never kan. : p. Ok, sebab pudin ada meeting dekat KLCC dok hotel ni. Nak try sekali selain Hotel Corus & Impiana yang dekat dengan KLCC.. Harga korang boleh tengok Agoda, takpun Trivago. Sebab ni ditanggung company dan ada corporate rate murah lagi dari Agoda tak silap. Kalau duit sendiri tak lah kot. Ok. Ni antara hotel yang tercantik dan termewah yang kitorang pernah pegi kat Malaysia ni. 

Kitorang amek Grand King without breakfast. Kalau dengan breakfast lagi mahal. Claim company pun mesti ada limit. (banyak cantik kan, orang tanggung mujur) Tak silap breakfast dia RM80 seorang. Pastu bilik yang tak mengadap Twin tower. Kalau twin tower lagi mahal ala macam dok hotel tepi laut, view laut mesti mahal lagi. Kita tengok gambar jela ye.

Check in dekat tingkat 38! Ye..first time check in hotel kena naik lif sampai ke tgkat 38..Pastu semua pakai computer saja. 
Patut la lobby dekat atas, baru nampak view cantik kan. Walaupun banyak tingkat tapi lif dia laju, kadang2 rasa macam tekanan dekat telinga sket. Lupa plak dok tingkat berapa. Adui. Makin menjadi-jadi penyakit lupa ni sekarang. Banyak sangat urat putus. Baru 3 anak. Huahua.

Ok, sekarang jom kita tengok bilik Grand King. Nama pun king katilnya bersize king. Muat la kami berlima. Oh, kakak shahadah tido dekat kerusi bulat. Hihi.
Macam ada 2 partition, belah depan katil, tv meja semua, belakang toilet, wardrobe, powder room
Katil mengadap langsir,meja. TV tu kat tepi.
Bantal tu terlebih lembut, baring terus jerlus. Tengok orang dok komen bantal lembut sangat rupanya memang ye. Huahua. Kena pakai 2 bantal baru rasa ok sket.
Gerak ke belakang, semua marble. Sejuk kaki.
Toilet asing, yang penting ada paip. Tak selesa kan kalau jenis takde paip tu. Bath tub dia special sangat, terdelete plak gambar. Boleh tengok video dekat instagram kina cermin die boleh berubah bila tekan butang privacy.


Banyak barang yang kita boleh request with no charge contohnya macam yoga mat ni. Ada yang bagi terus contoh macam sabun basuh baju, toiletries budak2.


Port wajib amek gambar nampak KLCC twin tower tuuu.
Kitorang tak amek breakfast, tapi last day tu nak try lah. Prepare jela bayar. Tup tup dia bagi free je. Katanya compliment sebab duduk lama. (3 hari). Rezekiiii. Tak tahu la sebab apa. Ke sebab kitorang makan tak berapa banyak sebab pudin rushing nak gi KLCC. Sedap gila makanan dia. Tak puas. 

Tips kalau booking hotel penting pilih high floor, katil besar (anak 2 takpe lagi) & non smoking room. Kitorang kalau dok hotel kalau boleh request high floor, takut kalau bawah2 ni bising ke kan. Tau-tau jela kalau ada pub, bar segala tu. Sekali tinggi gila macam ni. Gayat. Mengigil kaki tapi nak tengok jugak. Hahaha. 

Last but not least, kina recommend sangat hotel ni kot-kot ada nak honeymoon ka, anniversary ka, special occasion ka, ada budget terlebih-lebih ka atau macam kitorang company tanggung.  Silalah booking hotel ni. 

Kalau ada rezeki lagi, nak turun breakfast kol 6.30 pagi, kol 10 baru keluar. Bahaha.

Thursday, February 27, 2014

Umrah part 1 : the invitation

Salam
Alhamdulillah..kina dah selamat pegi & pulang dari tanah suci..ni pun baru rasa sihat sikit dari batuk2..kina tak tahu nak start share dari mana sebenarnya, cite ikut hari ke..jadi kina buat je ikut part2 yang kina rasa penting kot..next kina akan cerita pasal agensi yang kitorang pilih dan kos..moga bermanfaat..last part insyaAllah cerita ikut hari secara ringkas..

Pegi : 4 February 2014
Balik : 15 February 2014
Agency : CS Holiday Sdn Bhd (will be reviewed dalam part 2 insyaAllah)

Bermulanya cerita tentang umrah ni lepas je kina tau pregnantkan shahadah..Pudin ada cakap '' kita pegi umrah dulu la sebelum pegi tempat lain ek"..Lepas menghantar mak abah pudin tahun 2012 lagi berkobar-kobar rasa nak pegi. Hasrat pudin nak pegi umrah sebelum melancong ke tempat lain termakbul jua..(boleh la kite beli tiket AA murah2 tahun depan ek ek ek..hihi..)..Memang takde vacation dah selepas honeymoon, kalau ada pon menumpang time kursus pudin yang kebanyakkannya dekat Kuching, Miri, Sibu & KL even kitorang banyak duduk dalam hotel tapi dapat gak la tu berjalan.  

Hasrat kina utk bawak shahadah pun termakbul despite of aral2 yang perlu ditempuh..tapi kina bawak sekali ibu kina, takut tak larat sebab tengah pregnant kan..its my best decision ever..!(nanti kina cite ye pengalaman bawak budak setahun 5 bulan tu ke sana)..

Kina pernah cite kan mula-mula pudin tak nak bawak shahadah sebab nak fokus beribadah kan..kalau nak tunggu shahadah besar 3 4 tahun nak gi umrah, nanti confirm la adik die plak menyusul..kena tunggu adik die besar pulak nanti..kata nak anak ramai kan, takkan nak beranak bila da tua..cakap pasal tua dah 27 tahun da last week! Dekatnya nak ke 3 series.. Hahaha..so, kalau tak pegi umrah sekarang bila lagi..bawak seorang anak lagi senang kot dari 2 3 4 orang nanti..senang kalau dorang dah besar tapi confirm masa tu kudrat tidak segagah sekarang..sekarang pun dah semput..hihi..kina memang tak pernah berpisah dengan shahadah walaupun sehari..lagi pun die fully breastfeeding, masa tu pikir sikit lagi nak setahun 6 bulan..kl die nak dalam botol memang kina tak kisah nak tinggal die..selagi ada susu badan selagi tu nak bagi shahadah..doctor & ustazah pun cakap boleh menyusu masa pregnant asalkan tak memudaratkan dan pregnancy yang sebelumnya takde masalah..

Tapi alasan utk bawak shahadah tak berapa kukuh lagi utk diterima oleh papanya..hihi..Tak lama lepas tu, ustaz ada cakap bawak jela anak, lagi susah lagi banyak pahala..Masa tu pudin da lembut hati nak bawak tapi still risau2 mampu ke kina nak jaga die kan. Die kesian dekat kina sebenarnya. :)

Bila kina pregnant untuk 2nd baby ni, ada alasan yang kuat sket la nak bawak ibu kina..hehe..ibu kina dah pegi umrah 2x sebelum ni, jadi boleh la die ajar kina, jaga kina & jaga shahadah sekali masa kina dan pudin buat umrah..kina risau jugak kalau pitam kat sana ke kan..(plannya begitu la kina usulkan pada pudin..)..walaupun masa tu duit short kalau nak tambah sorang lagi..bukan short ratus2 tapi ribu jugak..pudin cakap "ok jugak tu, ibu boleh teman sayang dekat masjid..tapi sayang kena topup utk ibu tau sebab peruntukan cukup untuk kita berdua + shahadah je"..Alhamdulillah, happy tak terkata lah kina dah dapat green light nak bawak shahadah sama..demi nak bawak shahadah kina berusaha untuk topup ibu..masa tu ade 2 bulan lebih sebelum nak bayar full dekat agency..cukup ke ni nanti dalam pikiran..mampu ke tak..(ni nanti la cite tentang cost dalam next part)..

Sebenarnya kina risau tau selagi belum berpijak di tanah suci selagi tu kina rasa belum betul2 pegi lagi atau jadi tetamu Allah lagi..eventho visa dah lulus, barang da packed, semua dah bayar..yela, kadang2 kita da niat nak ke sana, tapi ada saja halangan & alasan yang kadang2 bukan kita saja-saja reka cipta..sebab itu la kot dipanggil the invitation..

Ada orang yang visa tak lulus lagi,dalam family die je yang belum lulus tapi die gamble je bawak je barang semua pegi jugak ikut ke airport, memang dah dijemput Allah, on that day visa die lepas..ada orang plak visa da lulus semua tapi ticket flight bermasalah jadi xjadi pegi..kina risau jadi mcm tu..so masa dekat airport tu memang dup dap dup dap rasa macam nak bersalin pun ada..hehe..

Alhamdulillah, dah lepas..selamat sampai Malaysia semula da..rasa macam tak percaya pun ada..Betul la orang cakap kalau dah pegi memang rindu terus nak pegi lagi..moga ini bukan kali terakhir..Kina pun doakan moga yang belum dapat pegi lagi semua dapat pergi juga lepas ni..InsyaAllah, ada niat, usaha, doa & tawakal..Aaamiiiin..

P/S: Gambar nanti la ek kina upload..malas beno nak transfer sekarang..>_<
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork