Ampun baru nk update. Terperam dalam draft sebab gambo. Next itinerary insyaAllah.
Selepas 2 malam di kundasang. Kita pindah ke KK. Di Kota Kinabalu ktorang duduk hotel grand borneo. Ntah macam mana kina boleh igt book hotel grandis. Choi je. Hahaha. Hotel grand borneo dan grandis dua-dua attached dengan mall. Tapi grand borneo ni jauh dengan jeti, grandis dekat dan of course lagi mahal.
Sebelum langsir dibuka |
Selepas langsir dibuka..budak2 ni wajib berendam dalam tu..boleh angkat blind tu nampak permandangan (takde la menarik pun pemandangannya.hihi) |
Katil. kakak shahadah tido dekat sofa depan tu je. hihi |
Shower dan toilet asing. |
Ktorang book melalui Agoda. 2 malam RM518 termasuk breakfast. Jadi 1 malam RM259 termasuk taxs. Ada halal jakim paling penting. Breakfast dia ok la. Turun awal supaya tak ramai orang.
Kemain sapu butter, orang amek gambar terus sengih2. |
Kereta sewa pulang dah sehari sebelum nak balik sebab nak jimat naik Uber je esoknya pegi airport. Kereta sewa kina dapat RM350 untuk 8 feb amek 3.30ptg -11 Feb pulang 3.30 petang dengan Sahabat kereta sewa. Ktorang pilih MYVI. Jalan ke kundasang berbelit-belit pastu jalan tak ok sangat, jadi pilih kereta yang ok sket. Sebab kereta sewa dah pulang petang tu, petang sebelum maghrib tu kitorang ukur mall jela. hihi. Dapat seluar songket & baju budak2 ni dekat bawah tu.
Pintu doremon ke mall sebelah.. |
Next year nak pegi lagi lah. Nak duduk Kinabalu Pines dekat kundasang & dekat KK hotel Grandis tak pun La Meridien. Sebab hazab jugak nak parking dekat bandar KK tu. Grandis dekat je dengan Jetty Jesselton, La meridien pula dekat dengan pasar filipina dan tempat makan seafood tu. Kumpul duit dari sekarang. Tapi yang penting kundasang 3 malam. hihi.
1 comments:
wahhh...bestnya KIna..akk dah lama tak jejak ke Sabah since abah akk pun dah balik KL..dulu 2x duduk sabah..seyes rindu sabah
Post a Comment