Monday, September 26, 2016

Islamic Planner 2017

Salam

Planner 2017 dah up untuk preorder! Awalkan kali ni. Sebab last year 2x buat preorder pastu ramai yang nak order lagi tapi tak berani nak restock dah sebab tiap kali restock minimum 500pcs dah tu bulan 2 baru dapat jadi kali ni buat awal-awal. Kali ni plannerhut ni lebih special, lebih extra pages, harap lebih better. Last year dah terjual sebanyak 1000pcs, kali ni kina buat 2000pcs. InsyaAllah cukup, kalau habis nanti sempat nak preorder lagi sebelum masuk 2017 kan.

Ni adalah mockup design by zafran design
Ini pula mockup sample yang da siap print :)..shahadah tak sabar dah nak tulis dalam planner ni!
Mesti malas nak baca panjang lebar, kita tengok serba sedikit isi dalam planner 2017. Cun bak hang! Hahaha.

2016 takde monthly macam ni, 2017 ada, jadi senang nak tengok overview utk 1 bulan, di tepi ada special dates & notes

Weekly planner ruang utk tulis lebih banyak, ada box checklist untuk 1 minggu, tiap bulan color lain-lain tau. tapi kina paling suka yang design december ni.
Quotes from Alquran 
Ramadhan Ibadah Checklist, belah kanan kita highlightkan sebab 10 malam terakhir
Ramadhan menu planner sama macam 2016
Checklist yang banyak-banyak macam 2016 tetap ada tau. 



Mana nak dapat planner yang ada banyak checklist, pastu colorful macam ni dengan harga yang sangat berpatutan. Hanya RM38 sahaja tak termasuk postage. Nak order boleh order melalui whatsapp : 01120777497 (umar)

RM38 sahaja tau. Preorder tinggal 5 hari untuk first batch ni.
Yang lagi menarik 2000 yang pertama ni dapat free sticker & bookmark yang comel! Apa lagi. Cepat-cepat order. Kalau nak bagi hadiah dekat orang pun sangat best sebab planner ni didatangkan dengan kotak yang exclusive. 

Korang ikat reben pastu bagi as hadiah mesti best punye!
Ok, cepat-cepat order ye. Tinggal 5 hari sahaja lagi. WHATSAPP : UMAR (01120777497)


Jangan lupa follow instagram @plannerhut & our distributor @chintacreative.

Friday, September 2, 2016

Hotel Corus & Garsa Kitchen

Salam..

Last week ikut pudin outstation. Paling suka ikut sebab dapat dok hotel free. Kira vacation la lagi-lagi untuk budak2 ni petang confirm terjun swimming pool. Selalu pudin booking hotel guna agoda, suka pakai agoda sebab ada point lepas tu boleh redeem point tu nanti bila memerlukan. Hotel Corus ni kira dekat la dengan KLCC, senang pudin nak pergi balik. Sebelah ada hotel Le Apple boutique sebelah tu pulak Avenue K. 
cantik kan bilik die..sesuai kalau honeymoon kot.

First impression dengan hotel Corus ni ala=ala macam hotel lama-lama yang ok. Bilik yang kitorang duduk katil king lepas tu ada tiang kayu dengan tirai tu. Feeling-feeling romantik la kan. Nasib die jenis tepek je tirai tu, senang je nak tarik pasang balik bila budak ni tarik cabut. Pudin cakap renovate/upgrade kot, dulu die selalu duduk Corus katil biasa je. 

Kina tak kisah sangat pasal rupa katil yang penting katil besar muat 5 orang. Paling suka tentang bilik Corus ni ada blind yang boleh tutup buka untuk tengok bilik air. Senang la kina tengok budak2 ni mandi dari atas katil je. Sambil menyusu shahir pun boleh tengok dorang tu bergalak dalam bathtub. Sehari ada la 3 kali dorang dua mandi dalam tu.
2 kepala timbul dari bathtub. kenapa gambar ni panjang sgt. huhu. biarkan.

Kitorang duduk dekat tingkat 2, jauh dari lif tapi dekat dengan pool. Denai Spa pun sama tingkat, ingat nak pegi sebab ada promo tapi hmm sayang plak duit lagipun nak siapkan design untuk planner 2017 tu. Takpe, lain kali boleh berurut dengan kadar yang lebih murah. Dari pool tu boleh nampak menara KLCC. Sebelah pool ada gym. For the first time pergi hotel siap bawak kasut sukan sebab nak workout dekat gym hotel. Berbaloi la sebab dapat burn almost 300cal. Tapi tapi tapi, tu untuk bayar makan garsa kitchen je. Hahaha.
Mandi manda, hujung tempat ade cermin tu gym.
Shahir budak baik, kalau kakak mandi die dok je dlm tu.
Eh mandi lagi.

Cakap pasal garsa kitchen plak, lepas hantar MIL pegi haji, dok hotel peninsula residence ada nak order garsa kitchen order malam untuk pagi esoknya tapi sayangnya da full. This time order awal 2 hari. Disebabkan min order RM40, terpaksa la order 2 set M. M ada 12pcs, L ade 24pcs. Amek perky turkey & eggxtra ordinary chicken size M. 2 set dah RM50, tmbh delivery jadi RM60. Mahal jugak rasa. Tapi nak try punya pasal plus ngidam gak rasa nak sandwich yang terjual 80000pcs sebulan tu.

Antara 2 set tu kina recommend perky turkey, gabungan smoked turkey, cranberry jam & 2 secret sauce (maybe salah 1 tu cream cheese 1 lagi macam bawang). Gabungan yang pelik tu tapi hasilkan rasa yang unik. Sedap! Tapi kalau ada rasa pedas sket lagi sedap. Eggextra ordinary chicken tu biasa je, boleh buat sendiri je. Takde rasa pedas pun. 
Gaye je lebih 2 orang tu, sorang dok makan chicken sorang dok makan roti kosong.

Next time kalau nak order garsa kitchen nak try tuna on fire & salted egg. Hari tu takde salted egg sebab katanya limited edition. Baru tahu roti tu boleh request tukar wholemeal. Delivery time awal dari estimation, order pukul 8, 7.30 die call lagi 5 min nak sampai. Nasib baik masa tu pudin tak solat maghrib lagi. Hihi. Kalau tak kina plak nak kena pegi turun amek dekat lobby. Itu je review ringkas. Next..



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork