Monday, January 26, 2015

Perihal rumah sewa

Salam..

Sejak kawen 2011, next rumah sewa ni adalah rumah sewa ke3 kitorg..melaka>bintulu>penang..

Rumah sewa paling murah melaka = RM300 sebulan. Corner lot setingkat 3 bilik 1 bilik air. Rumah kosong. 20min dari tempat keje pudin. Dekat gak dengan tesco, kedai makan, pantai.

Rumah sewa paling mahal bintulu = RM1000 sebulan. Mula2 RM1200 tapi bos pudin nego2kan dgn owner tu. Corner lot 2 tingkat 3 bilik 3 bilik air. Kenapa tak cari rumah lagi murah,setingkat ke, ni la paling murah masa tu. Ade kawan mak sedara tanya macam mana dapat murah die tak jumpa da rm1000. 1k murah? Lap peluh. Rumah kosong, xd kipas tapi owner bagi water heater. 17km dari tempat keje pudin. Tapi die still balik lunch. ; )


Rumah sewa penang ni ktorang punye target:

Sewa bulanan : bawah RM750
Teres setingkat. Malas nak turun naik tangga. Senang ada anak kecik tak payah hirau pasal tangga.
Dekat dengan tempat keje pudin. Jimat minyak kete dan masa utk die ulang alik lunch. Kalau boleh bawah 10km.
Bukan corner lot. Hahaha. Ni pudin punya permintaan. Die malas nak merumput dah (lebih pada buang duit upah org). Kina baru nak berbakti kepada tanah. Hahaha. Nampaknye tanam dalam pasu kecik jela. Seyes, ni azam rumah sewa baru. Dekat bintulu takut nak keluar sebab pagar pon berlubang, anjing berkeliaran.
Kawasan melayu. Ade surau. Di bintulu bukan kawasan melayu. Takde masalah pn. Xd la mesyuarat tingkap atau gadoh2 antara jiran. Cuma kadang2 karaoke masa party dorg. Dan too many dogs. Tapi memang takde apa lah. Dorg baik2 aje. Kina ni pemalu,kalau tak mungkin boleh belajar buat belacan bintulu dgn jiran. Hahaha. Tapi bau masyaAllah. Jemur dekat luar sampai dalam boleh bau.


Hari-hari tengok mudah. Walaupun belum confirm betul2 date pindah tengok jugak. Kadang2 rasa ala, melepas rumah yang ok. Tapi sokmo doa harap2 nanti ada rumah yang terbaik masa da confirm masa.



Alhamdulillah, kitorg da confirmkan date dan confirmkan rumah sewa. Kitorg ganti rumah yang pudin akan ganti tempat die. Sebelum ni ade org nak rumah die tapi last minute tak jadi. Dapat la kat kami.


Kriteria pun memenuhi apa yang ktorg nak.

Teres setingkat, 3 bilik 2 bilik air,RM600 sebulan, middle xd rumput..hahaha, 7km sahaja, pegi keje takde traffic light. Wow! Tak dapat bygkan. Bestnya. Alhamdulillah, senang pudin nak balik lunch. Tapi maybe jem tu tetap la jem kan. Kawasan melayu. Centre plak tu dengan banyak kemudahan. Bonus point, ade taska2. Pudin kata nak hantar shahadah gi taska masa 3 tahun ni so kina boleh focus jaga shafiyah, jaga rumah, jaga bisnes. Rasa xnak plak. Nanti rindu dgn budak gemok tu. Lagipn mmg kelam kabut tp boleh handle lagi la anak 2 ni. Hahaha. Will see. Tapi 4 tahun nanti nak hantar tahfiz dekat area tu jugak.

Ya Allah. Happy rasa. Tak sabar nak pindah masuk rumah sewa baru. Semangat baru. Nak mintak izin cat dgn tuan rumah sewa. Harap2 die bagi la nanti.



Countdown : 18 hari lagi.



posted from Bloggeroid

Tuesday, January 20, 2015

Pengalaman tandem nursing

Salam

Bacaan utk kaum ibu dan wanita shj..terima kasih..

Masa shahadah dl kan susu start kering masa pregnant 4 bulan gitu. Kalau pregnant tapi nak bf boleh tapi tanya 2 3 org doctor ye. Jangan org lain boleh rse diri boleh juga. Sebab kalau ade history gugur ke high risk disarankan stop bf. Fully bf shahadah sampai die 1y 6m masa pregnant 5 bulan xsilap..lepas tu introduce dengan fm..Cara nak introduce dah pernah cite dulu. Tak mudah utk budak fully bf lagi2 banyak bagi direct bf nak tukar jadi slow2 dan bertabah la ye. Shahadah dulu dalam seminggu juga.

Bila shafiyah lahir shahadah 1y 11m..Shahadah pun bf semula tapi bukan fully la. Kina cakap dekat nurse menyusu baby dl lepas tu bagi shahadah dgn confident je. Rupanya nurse cakap cara tu salah. Kena bagi kakak dulu baru bagi adik. Kalau tak kakak dapat yang lagi berkhasiat,adik dapat yang hampas. Nurse la cakap gitu. Lepas tu baru teringat pasal hindmilk & foremilk. Foremilk ni susu awal2, cair. Hindmilk lebih pekat dan berkhasiat.  

Bila dah ajar gitu shahadah akan bf lepas tu dalam 2 minit die akan cakap "ok dah,baby plak". Kadang baby xnak lagi die yang lebih2. Hahaha. Lepas tu cakap sebelah die punye,sebelah lagi baby punye. Nak nyusu cakap chinta nak pet2 chinta. Ni pet2 chinta. lol. Tandem nursing ni 2S. Seronok & seram. Hahaha. Mana tak seram gigi penuh kot. Dah pernah kena aritu gigit. Sakit ya ampun. Stop kejap. Dah ok baru sambung.

Shafiyah setakat ni fully bf. Alhamdulillah. Agaknya sempat tak kejar kakak die. Mana tau preggy. Dl tak tahu preggy akan kering. Hahaha. MIL cakap kina boleh je la tambah lagi,pandai bahagi masa dok dekat rumah. Huahua. Haru biru jugak ni. Sebab bukan dok rumah saja2,ade bisnes online yang harus ku hadap. Ibu kina plak cakap jarak 5 tahun. Tak kot. At least 3 orang atau 5 orang lagi kot. Hahaha. Takkan dah tua baru nak beranak ye. Letih woo. Bila dah ready nanti boleh la. Tapi bukan bulan ni. Atau bukan lebih 5 tahun lagi. Hahaha. Allah knows. Yup,memang nak anak ramai, sebabnya kita tak tahu anak yang mana akan mendoakan kita di alam barzakh. Biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kata nenekku yang ank 10. Huahua. Bff cakap anakmu comel2 beranak tiap tahun xpe. Hahaha. Xmampu weh. Respect mak anak setahun sorang. 

Shafiyah makan da kurg tapi suke sangat minum air kosong. Maybe dok tgk mama dan kakak die dok togok sokmo..huhu. Papa kata pindah nanti boleh la pasang coway. Tapi kena kira-kira dulu. Hihi. Kali ni tak start dengan buah manis. Sebab taknak die suke manis je. Bubur nasi, brokoli, peas,  karoot komedia.carrot lah. Then start sweet potato,die xnak. Huahua. Ni dalam fasa kurg nak makan. Anak 2 ni relax2 sudah. Nanti nak la die. Asalkan menyusu ok,berat ok. Berat sekarang 6kg++ kot. 

Next month shahadah 2y 6m, boleh la betul2 wean off. Ni pun papa die kata eee,dah besar tak malu. Kina cakap takpe la. Next month stop,saje bayar balik masa 6 bulan xbf dl. Lagipun die bukan bf banyak pon. Hihi.


Ok la..tu je nak share..25 hari lagi nak pindah penang..yeaaaaa..Alhamdulillah..harap dipermudahkan semua.


Mama anak 2. Jubah moreena. Sempat lagi tlg promote nana. : p

Thursday, January 15, 2015

Review : Bedung barut baby yang memang penting

Salam 

Shafiyah dah 6 bulan. Memang dah tak bedung dan barut. Dah ligat merangkak sekarang ni. Hahaha. Barut sangat penting untuk elakkan baby kembung. Macam shahadah dulu sampai 5 bulan berbarut. Memang jarang sangat kena kembung. Ke tak penah. Shafiyah pulak salahkan mama die la yang malas, tak sempat, huuu..alasan sangat..barut sampai 3 bulan je. Huahua. Terbukti ade jugak kembung sekali sekala tu. Huuuuuu..sorry shafiyah..Jadi silalah barut selama yang boleh. Huhuhu. 

Now nak share pasal online shop shaz bedung barut baby yang awesome ni.  Banyak testimoni-testimoni dah, tengok je dekat facebook die. Dont worry, shaz bedung barut baby ni company yang berdaftar dengan SSM macam theshopablog. EH. hahaha. Dan dan je.


Shaz bedung & barut baby ni jual macam-macam tapi yang paling special tentunya bedung & barut die. Bukan untuk baby je, untuk mak baby pun ada. Mak baby punye bengkung pon ado. Mandian herba yang susah nak buat sendiri zaman la ni pun ade. Kualiti tip top. Harga berpatutan. (Kina pernah jahit barut nak memotongnye satu hal, nak jahit lagi, dengan ada 'pembantu kecik' susahnye nak siapkan barut yang nampak macam simple tu..pffft..beli jela weh..sobsob..).. 

Barut baby ade yang colorful, ade color putih. Material 100% cotton flanel, memang lembut. Ada 3 size untuk dipilih. Packaging baru sekarang ni comel sangat. Macam mana nak pilih size barut untuk baby? Tengok size ni ye. (kalau tanya kina, kina prefer size M..tapi ikut size baby jugak la kan, anak2ku memang size cenonet..)


Saiz : 
S 17" x 5" (up to 3kg)
M 19" x 5.5" (up to 6kg)
L 21" x 6" (5kg & above)


Antara corak-corak yang ade.
Macam nak ade baby lagi je bila tengok packaging barut secomel ni even warna putih..eh eh eh..
Bengkung tradisional sarimah siap ade macam-macam color lagi. Ceria sket mak dalam pantang. 12 meter ok. RM42 je.

Untuk first time mom kina memang suggestkan belilah dalam bentuk pakej. Senang tak payah nak survey banyak tempat. Jimat kos. Ni pakej-pakej yang available dari shaz bedung barut baby.Pilih la mana yang paling berbaloi dan sesuai  dgn keperluan korang. Kina tak cakap lagi kan  shaz bedung& barut ni agent kak kekabu yang famous tu,ala tilam kekabu yang tebal gile lagi empuk tu anak cik ta pun pakai. Bagi contoh glamour je kan, padahal anak sendiri pun bertilam kekabuonlinedotcom jugak..Hahahahaha. Jadi boleh order jugak dengan shasha ye. Apa lagi, gi lah terjah fb dan cuci mata dekat instagram die. Link tersedia untuk korang klik je. 

Instagram : @bedungbarutbaby 
Website : http://www.bedungbarutbaby.com.my (bakal beroperasi tak lama lagi)


P/S:Alhamdulillah, dapat 2nd diploma in breastfeeding. Mengejar ijazah pula. InsyaAllah. Pasni cite pasal tandem bf 2 anak dara tu plak. :)

Wednesday, January 14, 2015

Freebies : Printable duit kutu checklist

Salam

Masa mula2 nak jual printable planner aritu saje la tanya pudin.

Agak-agak berapa yang beli ye?
Hmm..kurang 10 orang kot. Sebab softcopy kan.


Memang la tak terpikir nak jual mula2, tapi sebab ada orang nak order lepas tu penat nak buatnya, jadi ganjaran la untuk diri sendiri kn..:p..lagipun memang dah niat nak kumpul sekali utk derma. Alhamdulillah bukan 10 orang,20 orang, 30 orang..lebih dari 50 orang..gile tak sangka ok. InsyaAllah next year kina try buat dalam bentuk hardcopy pulak. Sebab lebih 10 orang pudin belanja secret recipe. hahaha.

So, lepas ni kina buat freebies jela bila ada masa. Moga bermanfaat. Sape yang ade planner boleh masukkan je nanti dalam file planner korg kalau berkaitan.

Sape ade main kutu? Kina ibu kutu dan bulan ni turn dapat duit kutu.Yehaaaaandre2..So kina buat checklist ni utk ibu kutu yang pegang tanggungjawab yg besar ni.
Pakai design macam budget aritu..hehe


Sebab kina main 10 orang je. Tapi turn sampai Dec sebab tu buat sampai Dec Ibu kutu boleh la pakai checklist ni utk tick sape yang da bayar dan turutan sape. Klik link bawah untuk download ye.



Main kutu jangan lupa akad masa bayar ye..penting tuuuu..:)
Cth akad : "Kina bayar duit kutu sebanyak RM100 utk bulan jan tunaiiiii."



Monday, January 12, 2015

Rumah kami : Dah ada nama taman

Salam
Kali ni dah lama tak tengok progress rumah..padilah la tukang informer..harap2 da balik nanti dah setel dan boleh masuk tengok rumah contoh ke. (Macam lambat je). Person in charge die dah tak bagi masuk sebab org masuk komplen2. Memang tak siap buat ape nak komplen, komplen la time dah siap ye dok..Dah tak dapat tengok dah. Hmmmm

Nama taman perumahan ni nanti Cenderawasih Pesona. Mungkin CP? macam indera mahkota IM. So kiranya mukim cenderawasih la ni. Sebelah dengan IM, Kg Tiram.

Padilah yg amek gambar ni
Kena banjir tak? Ayah kina cakap kena jugak sipi2. Jadi kena stand by jugak kalau banjir. Macam cina jual sofa tu promote ini sofa kalis banjir..huahua. Harap-harap tak teruk la. Rumah setingkat nak bawak lari mana perabot, mungkin tumpang rumah padilah. hahaha. 

Dah ade gelongsor, wakaf, pokok dan jalan. Cuma surau ada tapak je sebab kena kumpul duit untuk buat sendiri. Cop nak tempat wuduk dalam surau. Takmau luar surau. Hii.  Shahadah tengok gambar gelongsor dah ajak pegi. hihi.
Taman permainan dah ada rupa. Tapak surau dekat tepi yg color biru dan kereta putih tu.
Cakap kat pudin, benti keje ,jom jual bege ke. Masuk waktu die jadi imam kat surau tu. InsyaAllah..Will see. will see.


Monday, January 5, 2015

#sayajual : Printable Planner 2015 Malaysia (Islamic)

Salam..

Alhamdulillah siap juga planner. Uiii..pening banyak hari nak membuatnya. Semua pakai Microsoft Publisher tau. Takde photoshop ke ape sebab tak reti. Rumit gak. Lagi-lagi bab nak isi calendar. Nak kena isi satu-satu, nak color satu-satu. Nak colorful so baru bersemangat. Konon.


My inspirations :http://iheartorganizing.blogspot.com
http://misstiina.com
http://myjoyfilledlife.com
http://nadiahelena.com

Memang banyak planner kat kedai, yang free tapi yang ni kina buat khas yang kina rasa perlu untuk diri sendiri contohnya nak cleaning, nak homeschoolingnye la, nak bloggingnye la, nak khatam quran, nak savingnya la, nak kurusnya la (opps).

Bila upload dekat instagram tak sangka plak ada yang nak beli. Lebih 5 hari tido lambat nak siapkan. Kina nak bagi jual yang editable sebenarnya tapi kalau tak dalam bentuk PDF font yang pelik2 tak keluar untuk diedit. Semua dalam bentuk PDF kecuali cover dan calendar untuk korang masukkan nama ke gambar ke. Tapi yang font di cover yang pelik2 tak keluar ye. Jom tengok apa yang ada dalam printable planner ni. Ni sebahagian je tau. (Tak larat nak copy paste dan edit dah -_-)
To do list, Covers, Calendar
Budget. 2015 tahun berjimat cermat, tahun menyimpan
Paling penting yang ibadah checklist tu..

Ok. Features die ek. Ada 5 bahagian divider kina asingkan. Ada tab untuk korang potong jadi boleh nampak bahagian ape. Cth gmbr di bawah.

1) Celebrate
  • Anniversaries
  • Birthdays
  • Gifts list
  • Party planner
  • Notes

2)To do list
  • Daily schedule (Time based)
  • Daily to do list
  • Weekly cleaning schedule
  • Weekly blogging planner
  • Groceries
  • Notes

3)Budget
  • 52 Weeks saving challenge (Cuma tick every week, habis setahun dapat la RM1378)
  • Bills to pay 
  • Monthly budget
  • Wishlist

4)Ibadah
  • Table timeline untuk khatam Al-Quran
  • Al-Quran recitation (How many pages, what surah, lesson learnt)
  • Monthly prayers time (Cut and paste every month)
  • To-do-ibadah
  • Weekly ibadah checklist
  • Daily zikir
  • Ramadhan menu planner
  • Tazkirah/ceramah/usrah to jot down

5)Fitness
  • Weekly meals plan
  • Weekly exercise plan
  • Weekly weight log (Please nak berat sebelum kawen..hahaha)

6)Calendar
  • Public holiday for
  • 12 months calendar (Editable, boleh bubuh gambar sendiri, letak important dates)
  • 2016 at a glance
Untuk pembaca blog kina boleh download Tab calendar di link di bawah ye. Untuk nak beli full version boleh teruskan membaca. Hihi.
{Free download calendar 2015 lengkap dengan cuti sekolah dan cuti umum Malaysia }



Bila dah print macam ni rupanya. Kalau macam rasa takde kaitan dengan korang (cth ruangan blogger) tak perlu print. Kalau macam daily schedule dan daily to do tu boleh print banyak terus. Minimum 96 pages semuanya kalau print semua. Tapi belum termasuk yang kena print banyak. Jadi memang tebal. Kina belum punch sebab takde puncher. Nak beli pudin tak bagi sebab die suh tunggu esok die bawak balik dari office. Hihi. Jangan mintak nak suruh print sebab ni pon printer pinjam ok. Hahaha. Next year insyaAllah 





Tab divider tu kina print atas kertas A4 pastu tampal atas kertas keras.



Cover pilihanku semestinya color biru. :)



Bahagian Ibadah. Akan ditambah lagi next time.



Page yang akan diisi setiap hari! 


Untuk full version printable planner ni kina jual RM10 sahaja! Oversea boleh cecah RM100 tau. RM1 dari setiap pembelian akan diinfakkan kepada mangsa banjir. Jom la beli sambil menderma. :)

Macam mana nak beli?
Email : theshopablog@yahoo.com
Kina akan bagi account no. Dah setel payment kina akan email 1 folder printable planner yang ada 25 files.

Pastu kan, kalau korang dah print please guna hashtag #iwantmyplanner #myplannerbabes tag la kina ye @shakinafarhan @theshopablog ye. Mana tau nanti ada hadiah pulak untuk korang. :) Yes, you read it right. Nanti kina akan buat random sape yang upload dan tag ye.


Azam 2015 :
Nak tingkatkan ibadah. (rasa makin dekat kiamat kan? sobsob)
Nak bagi laki gemok dengan masakan. (walaupun tak sedap. hahaha)
Nak jadi mak dan anak yang baik.
Nak hidup lebih teratur walaupun dah beranak ramai.(letih tu memang)
Nak turunkan berat badan.
Nak kumpul saham di dunia dan di akhirat.
Nak pindah penang! ni bukan azam kot. hahaha.


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork