Showing posts with label pregnant tapi menyusu. Show all posts
Showing posts with label pregnant tapi menyusu. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Pengalaman tandem nursing

Salam

Bacaan utk kaum ibu dan wanita shj..terima kasih..

Masa shahadah dl kan susu start kering masa pregnant 4 bulan gitu. Kalau pregnant tapi nak bf boleh tapi tanya 2 3 org doctor ye. Jangan org lain boleh rse diri boleh juga. Sebab kalau ade history gugur ke high risk disarankan stop bf. Fully bf shahadah sampai die 1y 6m masa pregnant 5 bulan xsilap..lepas tu introduce dengan fm..Cara nak introduce dah pernah cite dulu. Tak mudah utk budak fully bf lagi2 banyak bagi direct bf nak tukar jadi slow2 dan bertabah la ye. Shahadah dulu dalam seminggu juga.

Bila shafiyah lahir shahadah 1y 11m..Shahadah pun bf semula tapi bukan fully la. Kina cakap dekat nurse menyusu baby dl lepas tu bagi shahadah dgn confident je. Rupanya nurse cakap cara tu salah. Kena bagi kakak dulu baru bagi adik. Kalau tak kakak dapat yang lagi berkhasiat,adik dapat yang hampas. Nurse la cakap gitu. Lepas tu baru teringat pasal hindmilk & foremilk. Foremilk ni susu awal2, cair. Hindmilk lebih pekat dan berkhasiat.  

Bila dah ajar gitu shahadah akan bf lepas tu dalam 2 minit die akan cakap "ok dah,baby plak". Kadang baby xnak lagi die yang lebih2. Hahaha. Lepas tu cakap sebelah die punye,sebelah lagi baby punye. Nak nyusu cakap chinta nak pet2 chinta. Ni pet2 chinta. lol. Tandem nursing ni 2S. Seronok & seram. Hahaha. Mana tak seram gigi penuh kot. Dah pernah kena aritu gigit. Sakit ya ampun. Stop kejap. Dah ok baru sambung.

Shafiyah setakat ni fully bf. Alhamdulillah. Agaknya sempat tak kejar kakak die. Mana tau preggy. Dl tak tahu preggy akan kering. Hahaha. MIL cakap kina boleh je la tambah lagi,pandai bahagi masa dok dekat rumah. Huahua. Haru biru jugak ni. Sebab bukan dok rumah saja2,ade bisnes online yang harus ku hadap. Ibu kina plak cakap jarak 5 tahun. Tak kot. At least 3 orang atau 5 orang lagi kot. Hahaha. Takkan dah tua baru nak beranak ye. Letih woo. Bila dah ready nanti boleh la. Tapi bukan bulan ni. Atau bukan lebih 5 tahun lagi. Hahaha. Allah knows. Yup,memang nak anak ramai, sebabnya kita tak tahu anak yang mana akan mendoakan kita di alam barzakh. Biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kata nenekku yang ank 10. Huahua. Bff cakap anakmu comel2 beranak tiap tahun xpe. Hahaha. Xmampu weh. Respect mak anak setahun sorang. 

Shafiyah makan da kurg tapi suke sangat minum air kosong. Maybe dok tgk mama dan kakak die dok togok sokmo..huhu. Papa kata pindah nanti boleh la pasang coway. Tapi kena kira-kira dulu. Hihi. Kali ni tak start dengan buah manis. Sebab taknak die suke manis je. Bubur nasi, brokoli, peas,  karoot komedia.carrot lah. Then start sweet potato,die xnak. Huahua. Ni dalam fasa kurg nak makan. Anak 2 ni relax2 sudah. Nanti nak la die. Asalkan menyusu ok,berat ok. Berat sekarang 6kg++ kot. 

Next month shahadah 2y 6m, boleh la betul2 wean off. Ni pun papa die kata eee,dah besar tak malu. Kina cakap takpe la. Next month stop,saje bayar balik masa 6 bulan xbf dl. Lagipun die bukan bf banyak pon. Hihi.


Ok la..tu je nak share..25 hari lagi nak pindah penang..yeaaaaa..Alhamdulillah..harap dipermudahkan semua.


Mama anak 2. Jubah moreena. Sempat lagi tlg promote nana. : p

Friday, August 22, 2014

Ingatkan dah terwean off dah..

Untuk bacaan wanita sahaja..terima kasih..

Salam

Ok, dah lama berhutang cerita macam mana start shahadah minum susu formula (FM)..Alhamdulillah, dapat fully bf genap 1 tahun 6 bulan..Betul-betul lepas balik umrah..Masa tu preggy dah nak masuk 5 bulan. Oh ye, kalau pregnant tapi nak menyusukan memang takde masalah kalau previous pregnancy takde masalah. Kina tanya 3 orang doktor dan semua bagi sebab takde risk masa pregnantkan shahadah. Please consult dengan doctor, jangan ikut orang sebab setiap orang itu berbeda bukan. Cewah, berbeda. Kina memang berhasrat nak bf until bersalin tapi memang tak expect susu kering kontang start 4 bulan lebih tu. 

Memang takde la istilah demand ada, susu ada masa tu. Bayangkan shahadah lepas bf mintak air, air,air. Bangun pagi2 pegi amek botol air mineral. Teguk minum banyak gila. Hausnya dia. Kesian tengok. Dah la kurus gila lagi2 lepas balik umrah tu. Jadi masa tu rendahkan ego, redha, takpe tak fully sampai 2 tahun pun asal shahadah dapat jugak calcium & khasiat dari FM so kita terus campur dengan FM. Bersyukur bersyukur bersyukur.

Kurus sangat masa ni..
Budak fully bf,direct bf plak, mak 24jam depan mata. Memang susah la kan kalau dipikirkan. Tapi Alhamdulillah. Seminggu lebih macam tu die boleh accept botol. Kagum & sedikit jeles masa tu. Hahaha. Macam mana ajar die minum botol? sedangkan dulu die reject2 ebm dalam botol. Haa, macam-macam taktik buat. Meh nak story..

1. Kitorang mula-mula cari susu perisa coklat. Alah, budak. Mestila suka coklat2 ni kan. Susu sustagen coklat masa tu. Tett..Die taknak. Sob2, dah la 30 lebih 1tin ek. Sebelum ni susu free je. Hehehe. Bagi susu Dumex dugro yang fruit & vege tu (papa die dulu baby dumex tu yang die nak shahadah pun berdumex). Tapi taknak jugak. Ok takpe. Try pedisure yang mahal tu. Rasa sedap tau. Taknak jugak. Fine.

2. Kitorang berehat beberapa hari dari trying bagi die botol, still bf tapi start kurang. Bagi die banyak makan. Jangan dan2 tu terus nak berhenti BF, kena slow2 kayuh ye. 

3. Lepas tu ting! Idea mari. Kitorang bubuh air Koko Tamar dalam botol. Koko Tamar ni macam Milo tau, tapi die disertakan dengan makanan2 sunnah contoh macam kurma la kan. Price RM20 untuk 1 packet tu kalau tak silap. Haa..die suka la. Sebab manis kan. Boleh beli online jugak. 

4. Second session kitorang tambahkan sustagen coklat dengan Koko Tamar. Dalam nisbah 1:4. Eh. Die minum lah! Happy sket. Sebab takkan nak bagi die selamanya koko tamar kan. Dah la banyak gula. 3rd session kitorang buat nisbah 1 : 3. Menjadi!Tetap minum! 4th session buat half sustagen coklat & half koko tamar. Minum jugaaak. Last2 kitorang tak bubuh dah koko tamar. Full sustagen coklat. Alhamdulillah.minum jugak. Terus hi-5 mama & papa. Dulu kan die reject. Nasib tak buang or let go lagi. Namun begitu kegembiraan hanya seketika. Shahadah asyik berak je. Jadi susu sustagen tu tak sesuai. Pulak dah. Susu formula kena banyak try & error. Mencabar jugak.

5. Beli pulak susu dutch lady 1 2 3 coklat. Ok sket. Sambung dengan susu pedisure. Tak sesuai jugak.

6. Kitorang nak die minum susu plain. Takmau la coklat sepanjang masa. So, apa yang kitorang buat, buat macam nisbah2tu jugak. Campurkan susu coklat & susu plain dumex yang die reject dulu tu sampai la hanya susu dumex tu sahaja. Taktik penyamaran berhasil..Clap clap clap. Last-last die minum jugak susu dumex dugro fruit & vege tu sahaja. Poo pun ok. So kita continue je dengan dumex. Dutch lady 1 2 3 perisa madu pun die ok. Beli susu mahal tak ok. Bagus nak, tak high maintenance. Hahaha. Nak bagi susu wildan tapi tak beli2 sampai la ni. Hahaha. Susu kambing fresh yang kina minum untuk elakkan jaundice shafiyah pun die nak2 jugak, tapi kina bagi sket2 je sebab nanti dekat bintulu mana plak nak dapat susu kambing fresh.

Malam2 selalu jugak die tido sendiri lepas minum botol. Takyah nak letak kat bahu & tepuk2.
7. Tak sedar bila, shahadah langsung tak bf dah. Mintak pun tak. Kalau nak tido, buat susu bagi botol, jap lagi senyap dah tido. Macam berdikari sangat rasa tengok die masa tu. Kakak2 sangat la kononnya. Kina ingat lepas bersalin nak tandem. Sambung menyusu. Tapi die taknak bf. Kalau nampak shafiyah bf kadang2 die cakap nak tapi die tak hisap pun, main2 je. Masa bengkak susu ritu bukan die nak tolong mama. Hahaha. Nasib ada pam MHS. Takde la sakit macam dulu, nak angkat ketiak pun ya ampun. 

Minum susu lepas mandi pagi. Nak gak duduk sebelah adik baby.
SO..ingatkan shahadah dah wean off la sebab dah 5 bulan tak bf langsung. Tup tup, semalam di kala umur 2 tahun 5 hari die mintak. Ingatkan macam biasa la main2. Tak pun. die bf betul2 siap 2 2 belah lagi ko! Pastu shafiyah pun nak jugak. Tandem la serentak. 1st time rasa tandem. Boleh tak si shahadah tolak2 muka shafiyah. Aiyoo. Dah la sambil baring. Papa die gelakkan je. Happy pulak mama rasa. Sebab memang nak sambung at least 6 bulan ke. (Konon bayar balik..hahaha)..Hopefully cukup untuk 2 2. Tapi kalau 2 2 mintak dekat luar memang nanya la mama. Kihkih. Shahadah dah la bam2  sket sekarang ni. Nak nyorok pun tak muat. hahaha. Pengalaman baru utk mama. Semoga Allah permudahkan perjalanan bf utk kami & utk ibu2 di luar sana.

P/S: semoga cerita ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu yang fully bf & nk introduce ke susu lain plak atas pelbagai sebab. Kalau susu ibu ada & takde halangan teruskan jela sebab susu ibu itu yang terbaik kan.








 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork