Monday, June 30, 2014

Tekaan makcik salah belaka

Salam 

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..Alhamdulillah berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan.. Selamat berpuasa semua!

Ramadhan kali ni confirm tak penuh sebab due date bulan ni. Ingatkan adik baby macam kakak die nak lahir awal. Tapi die nak ikut kakak die lahir bulan Ramadhan. Tekaanku salah belaka. Tettt. Semalam (Sabtu) pegi check up 38weeks. Dr Suraya pun keluarkan ayat yang sama seminggu lagi kalau tak bersalin kita jumpa lagi ye. Hihi. Alhamdulillah, adik baby ok, air ketuban masih cukup. Sekarang hanya tunggu show jela. Tak tahu la adik baby kembar air macam kakak die atau kembar darah pulak. Yang penting selamat. 

Berat anggaran adik baby 3.2kg! Glup3..Shahadah dulu 2.75kg sebab lahir 36w 5d kan. Sekarang ni 38w. Tapi nama pun anggaran Dr Suraya cakap +- 300g. Oh..nevesnya..Eh..IKEA ade sale lah! tiba iklan kaaaaan. Hahaha..suke ikea tapi tunggu pindah semenanjung lah belek2.. 
: p





Oh, shahadah tak ikut masa check up kali ni, die ikut wan mi die. Siap bye2 lagi mama & mak adik masa wan mi dropkan depan pintu KSH. Ni jugak 1st time check up adik baby papa tak ikut sebab papa dekat Bintulu. Dah setel, tunggu nak bayar bil.  Seat memang penuh. Ade hamba Allah ni bagi seat, mak die kot duduk belakang tu. Makcik tu peramah sangat dan senyuman tak pernah lekang dari muka die. 

Makcik: Anak pertama ke?  
Kina : Bukan, anak kedua. (Sengih..terasa muda..hahaha..padahal sebab shahadah tak ikut kan)
Makcik: Berapa bulan dah? 7 bulan?
Kina : 9 bulan dah makcik, 38minggu. Tunggu hari je ni. (Sengih2..kecik2 pun dah 3 kilo ni makcik..hehe)
Makcik: La..yeke? perut kecik je. Macam anak lelaki je.
Kina : Perempuan InsyaAllah. Dr scan ckp girl. (Sengih lagi..)


Ting tong..dah no giliranku..
Siap, terus tunggu wan mi. Masa tengah berdiri tunggu tu makcik tu lalu nak balik kot siap pegang perut lagi. Die cakap semoga selamat semuanya ye sambil tersenyum. Walaupun agak janggal orang tak kenal pegang perut tapi takpela. Ku aminkan je doa makcik. Thank you makcik! Walaupun tekaan makcik salah belaka. Hihi.

P/S: Berapa hari agaknya dapat puasa bulan ni...:)


Tuesday, June 24, 2014

Susun atur : Tutorial hanging pen holder

Salam..

Hari tu ade share gambar ni dekat group kami suka susun atur (kssa). Eh, suka la group tu. Selain menaikkan semangat untuk organizing banyak gak ilmu yang dapat. Strictly no iklan & advertisement there. Itu akan menjaga kualiti sesebuah group. Share pasal susun atur je. Thank you dekat admin dan tukang invite. :)

Macam ni la rupa hanging pen holder dan bahan-bahan yang diperlukan.

DIY hanging pen holder


Sorry..nan ado step by step punya gambar tengah buat sebab masa ni dok kalut jugak dengan shahadah nak tolong sekali. Pudin was not around plak so memang buat cepat2 asal siap. Kina just terangkan one by one cara nak buat dengan harapan anta2 semua paham no..

Bahan-bahan
1) Botol mineral
2) Tali ( boleh beli dekat kedai stationery)
3) Selotape (takde plak dalam gambar kat atas..hihi)
4) Gam gajah
5) Penyangkut (kina beli dekat cowboy RM1.99 je yg logo fb tu, ade 3 ketul..smart gak kan)
6) Gunting atau pisau

Cara-cara

1) Potong botol mineral lebih kurang size gelas. Kina pakai botol mineral yang jenis nipis plastic die senang je kina potong dengan gunting. Takde la tajam-tajam lepas gunting.

2) Ukur tali just untuk buat holder. Buat just nice untuk gantung. Macam yang kina buat ni lebih kurang 15cm. Potong dan selotapekan kiri kanan pada botol. Jadi macam bentuk U terbalik.

3) Kemudian coverkan dengan tali bahagian tali dan badan botol tadi. Sambil lilit dengan tali sambil bubuh gam gajah supaya die kemas dan lekat pada botol. Kalau rajin buat dari bawah sampai atas. Kina xbuat dari bawah sebab senang nak tengok kot2 ade bendasing ke kan. Lepas tu nampak la kalau barang kecik macam pemadam ke. Hihi.

4) Tepekkan penyangkut ikut ketinggian yang disukai. Hang la pen holder korang. Siap!

Sangat mudah kan. Kebaikkan die kalau anak kecik macam shahadah tak boleh nak capai dari atas meja. Lepas tu lebih kemas la meja kita. Macam workstation kina memang ruang limited sebab meja kecik je, buat macam ni lebih jimat ruang kan. Kalau semua letak atas meja mau tak missing in action je pen tak pun banyak je keserabutan yang beranak atas meja. Kalau ada duit lebih boleh la pasang para-para sakura atau cabinet kan, hihi..Rumah sendiri nanti insyaAllah..Buat sementara waktu ni solution yang menjimatkan dan boleh dibuat untuk my workstation.

P/S: nanti kina share keseluruhan mini workstation.



Monday, June 23, 2014

Review : tudung Adelin happy circle

Salam

*Belum beranak lagi buat masa ni. Hehe.

Dah lama sebenarnya nak review tapi baru teringat. Hihi. Kina suka tudung yang labuh depan tapi tepi dia biasa-biasa cukup syarat. Kalau kat sekolah semsas dulu tudung memang spot check kena lebih dari bahu. Kalau orang yang tak cukup tu beratur mesti buat pendekkan leher pastu dok tarik-tarik bagi labuh. Hahaha. Kenangan zaman sekolah. 

Ni kina jumpa tudung macam bawal tapi tak jarang dan size die labuh ke depan. Pastu die bentuk curve dekat depan bila pakai. Material die chiffon jojet tapi pakai memang tak jarang sejarang macam bawal sebab bila pakai die jadi macam berlayer-layer gitu. Yang kina pakai ni bidang 55'. Dulu-dulu tudung bawal pakai bidang 50', sekarang rasa singkat plak bidang 50'. Now baru berjinak-jinak pakai bidang 55'. Bidang 60' insyaAllah nanti.....hi hi hi..

Kan dah bagitau die curve dan labuh kat depan. Masa ni 17 weeks tak silap. bidang 55'.
Orang kata pakai tudung gini nampak lagi muda compare to tudung awning kan..hahaha..
Kesimpulannya memang jatuh hati, tapi sebab daku ni memang tak pandai sangat nak maintain die punya kekemasan atas tu kena cari lilin la lepas ni. Tambah plak bila shahadah tarik kan. Hahaha. Zaman sekolah dulu gigih lilin tudung kan. Tapi tak senonoh gak rupa tudungku! Kalau korang berminat boleh beli dekat sini. Kina memang berminat nak tambah lagi koleksi tudung ni. Boleh jadikan shawl jugak tapi kina tak reti. Hahaha. Harga die pun ok RM35 masa kina beli dulu, sekarang RM33 kalau tak silap. I'm a happy customer.

Adelin Hijab : https://www.facebook.com/adelinhijab?fref=tsWatsapp: 0169225292

Friday, June 20, 2014

Shahadah beraksi dengan huggies dry pants di Paka

Salam..
*Entry ni banyaaaaaaak gambar..
Pertama sekali tengok gambar ni..
Feeling-feeling princess..:P

Oh..behavenya budak ni..sopan santun je..lemah lembut je memperagakan flower crown headband..

Yang ni pulak..

hiiiii..saya nor shahadah chinta..mmuah
Ololoh..sweet je buat flying kiss..geram je rasa kaaaaan..

Yeee..shahadah memang sweet2 mashmellow lembut2 tu tapi apa yang orang tak tahu di balik tabir nak pakaikan diaper, dress segala..lap peluh mama dan papanya..hihi..tapi budak kan, biasa la. Aktif la bagus kan.! Kalau orang tengok gambar di atas ni memang tak tahu the true color or her. Hehehe.

Shahadah kalau orang dah kenal memang jenis tak nak duduk diam kecuali time tido. Hahaha. Aksi-aksi die memang buat orang tak kering gusi dan pening kepala.  
---------------------------------------------------------------------

Jom layan gambar shahadah beraksi dengan huggies dry pants semasa ke the qamar, paka baru-baru ni. Tujuan utama bukan bercuti tapi ikut papa outstation. Jadi alang-alang bercuti la kan. Sampai je dekat resort ni terus kina bawak pegi kolam dan rekreasi. Mama hanya bawa towel & huggies dry pants sahaja untuk salin after mandi kolam. Biar die rasa airy & bebas. Senang dengan huggies dry pants ni sebab shahadah tak boleh nak cabut sendiri. Sejak dari setahun lebih dia dah suka cabut2 sedar2 dah togel. Nak pakai pun senang sebab lepas mandi kolam & shower lap2 dengan towel dan pakaikan sambil berdiri tak perlu tempat baring-baring nak pakaikan diaper. 

Penyerapan Huggies Dry Pants power, nak koyakkan pun super senang just koyakkan tepi. Paha anak tak sakit, tangan kita pun tak sakit sebab tak kena getah yang berjentat. Hahaha. So sangat tepat dengan kempen Huggies Maximum Movement, Maximum Comfort dengan Huggies Dry Pants.

Dah siap mandi kolam. Just after papa die pakaikan huggies dry pants & sandal terus jadi adegan kejar mengejar macam ni. Hihi.

Run baby run! 
First time main buai ni. Suka sangat dia. Rambut pun tak sempat sikat.

Feeling-feeling babymoon
Lepas tu kena paksa menjalani latihan ketenteraan papa cakap. Hahaha.

Kenapa tak boleh bergerak-gerak ni? Hahaha.

Jalan ikut tengah lah cepat sket. Kite ngelat sket..hahaha
Ok. Dah habis latihan, naik bilik kena basuh kaki dulu ye kawan-kawan.

Basuh kaki duluuuu
Belum habis lagi! Nikmati pemandangan pantai dari depan chalet pulak. 

Emm..Kan best kalau rumah depan pantai macam ni.....
Eh..ada something yang nak dibuat lah..

Cepat-cepat...
Nak call room service, dah kelaparan ni.

Hello room service..saya nak order burger 1!
Macam tu lah kisah shahadah dan huggies dry pants dekat the qamar tempoh hari. Tak lama lepas tu. Zzzzzzzz dengan selesanya. Mama lupa nak ambil gambar. =_=

Papa suka pakaikan shahadah huggies dry pants ni sebab kalau pakaikan mesti shahadah lentok2 peluk papa die. Nama pun HUGgies kan mesti la kena hug2. Daddy & daughter quality bonding time! So mama out there, buy huggies dry pants for your lovely gentleman hubby. Hihi.

Panjat & peluk papa masa pakai Huggies Dry Pants

Papa & shahadah bonding time..:)


Last word dari shahadah:

Utk frequent traveler, aktif, cergas dan bijak macam saya harus dapatkan huggies dry pants. Hihi.



Bagi yang belum tahu tentang pencarian baby Huggies boleh baca di previous post ye. :) 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawatiwww.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.


Tuesday, June 17, 2014

“Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search”

Salam.. 

Masa shahadah newborn nak pakaikan diaper kacang aje . Tutup mata pun boleh. =_= . Cewah! Walaupun berpuluh-puluh sehari tukar pun takpe kan. Bila dah start dapat kaki mula lah bersilat kita nak pakaikan diaper kan. Mula lah episod dialog klise...

"Papa lah tukar"
"Mama lah tukar" 
(Selalunya kalau papa ada, papa yang tukar..hihi..you are the greatest dad dear!)

Hahaha..

Huggies Dry Pant menjadi pilihan untuk mama dan papa yang ada anak yang aktif, cergas dan bijak macam shahadah ni. Hihi. Siapa yang tak tahu Huggies? Huggies dah mula testing market pada 1968 lagi dan mula diperkenalkan pada semua pada 1978. Huggies ni kalau korang tak tahu adalah di bawah naungan Kimberly Clark yang memang dah menjadi 1.3 billion orang ramai setiap hari! Jenama yang tak boleh dipertikaikan lagi kan.

Huggies Dry Pant direka untuk memberikan keselesaan maksimum & kebebasan maksimum dengan penyerapan yang cepat serta aliran udara yang buatkan kulit si manja kering. Bila anak selesa dan bebas meng'explore' dorang akan jadi lebih bijak. Bukan anak sahaja yang selesa, mama dan papa pun selesa. Tak pening-pening nak salin walau di mana sahaja berada. Bersesuaian dengan kempen Huggies Maximum Comfort, Maximum Movement.

Berita gembira lagi. Mulai 1 Jun 2014 - Ogos 2014 Huggies mencari si manja yang berusia 6 bulan sehingga 3 tahun dalam kempen Huggies Dry Pants : Most Comfortable Baby Search.

Cara penyertaannya mudah sahaja:

  • Si manja berusia 6 bulan sehingga 3 tahun.
  • Beli mana-mana produk Huggies Dry Pants dan attachkan resit tersebut bersama gambar dan borang pendaftaran. Gambar apa pulak ni kina?
  • Gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’  (Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan dekat kedai tu akan ada booth untuk ambil gambar si manja anda beraksi.)


Korang juga boleh join contest ni dalam jelajah Huggies di pasar raya-pasar raya sehingga akhir Julai ini. Nampak ada team Huggies je terus pegi usha ye! Pastikan si manja korang beraksi sebebas dan seunik yang mungkin. 

Kenapa korang wajib sertai pertandingan ni? Sebab hadiah dia superb ok! Meh sini kina bagitau.

Hadiah Utama : RM10,000 

Hadiah Kedua : RM7000

Hadiah Ketiga : RM4000

7 x hadiah saguhati : Bekalan Huggies Dry pants selama 6 bulan!

Wow wow wow! 

Bukan itu saja tau. Ni ada berita yang lagi menggemparkan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®. Glamour weh! Bukan senang kan nak masuk TV, jadi bintang Huggies plak tu. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.

P/S: Shahadah masuk bunting natasha hudson promote dekat instagram pun ku dah suka sangat dah. Kalau masuk tv mau berdarah hidung mamanya. Hahaha.


Friday, June 13, 2014

Pssst..adik baby..dah 36 weeks ni..

Salam 
Alhamdulillah..hari ni dah genap 36 weeks..Pejam celik pejam celik dah 9 bulan..Kak long shahadah dulu keluar masa 36weeks 5 hari yang memang unsangkarable..Hari ni pudin balik dari bintulu sebab kebetulan ada kursus dekat Paka (mula2 dekat kuantan, tapi takpe paka tak jauh pun)..

Bisik-bisik..."Adik baby, sabtu ni boleh la kalau nak keluar sampai la 20hb sebab papa ada sini"..

Memang cuak kalau adik baby nak keluar masa papa takde sebab macam segan la kalau orang lain teman nak beranak. Kurela sorang-sorang dalam labor room dengan nurses & doc. Huhu.

Kemarin la tiba-tiba rasa macam ada contraction, dah cuak dah..tak pasti sebenarnya contraction ke atau apa..anak dah 2 masih tak cam lagi..hahaha..tapi esoknya relax pegi jalan-jalan dekat Megamall cari kain buat baju raya shahadah & moyang, pastu beli coolblog..Huwaa, nanti lama tak boleh minum ais..Kihkih..

Tak habis takat tu, balik rumah solat, tengok Temptation of Wife keluar balik pegi kedai gunting rambut Kak Salina dekat Indera Mahkota 2..Kakak tu tak percaya pulak dah 9 bulan sebab perut kecik..tapi dia cakap genetik kan..bagus kakak ni memahami..Ku cuci, potong & blow..ada la gaya rambut chantal sket..(ok, tipu sangat ni..hahaha)..Kina memang ketagih tengok cite Temptation of wife tu sebab suka semua pelakon dalam cite tu..Cantik-cantik handsome-handsome sape tak suka tengok kan..Jalan cerita pun best walaupun awal tu macam lamaaaaa je nak sampai ke detik pembalasan..hihi..Next week last kot. 

Pregnant kali ni memang kuat betul berjalan. Kalau dekat Kuantan ni almost everyday lah keluar. Pegi pej pos ke, pegi balik rumah nek dekat Sg. Lembing (1 jam perjalanan pegi balik), pegi makan ke, pegi meronggeng dengan ila ke, dengan harapan mudah & cepat bersalin. Hope so..Hari tu sampai wan mi dah bising sebab ajak gi Popular nak beli buku color untuk shahadah.

"dah-dah la kak, kang beranak kat kedai kang"..Hahaha..

Beg hospital untuk adik baby dah setel, beg mama je belum setel tapi semua barang dah ada. Wan mi pegi Langkawi hari ni, dah kirim towel & kain batik. Semoga adik baby sihat-sihat sahaja dalam tu dan get ready melihat dunia. Rindu bau wangian syurga, tapi dah lupa macam mana nak pegang baby kecik. Hihi..





Tuesday, June 10, 2014

Sponsored video : Lifebuoy membantu kanak-kanak mencapai usia 5 tahun!


Salam
Korang pernah tak dengar atau tengok dekat TV orang tanam pokok untuk menandakan umur anak dorang. Memang ada tau!

Cuba korang tengok video ni. Mediumkan dulu volume kemudian click play. Shahadah pun suke tengok walaupun die tak paham satu apa. Share video yang touching ni untuk membantu ramai lagi parent betapa pentingnya membasuh tangan. #helpchildreach5.



Video ni berdasarkan kisah benar. Mula-mula pelik kenapa Utari selalu berada dekat dengan pokok tu. Macam orang meroyan pun ada. Rupanya itulah kenangan anaknya yang tinggal. Anak Utari mati sebelum sempat capai usia 5 tahun. Semakin besar pokok maksudnya semakin dewasa anak dorang. Sampai part suami Utari wish birthday ke5 anak die terus kina rasa nak nangis tau. Kalau jadi kat diri sendiri tak tahu nak kata macam mana. Even kita mungkin tak menanam pokok macam Utari, tapi bila tengok Utari ni memang sayu je. Jom share video ni! Supaya kita pun alertkan orang lain selain diri sendiri.

Lifebuoy sekarang tengah bergiat aktif melancarkan kempen Tree of Life ni, eh takkan tak kenal Lifebuoy kan? Sabun yang wangi dan mampu membantu mengalahkan kuman2 durjana! Kempen basuh tangan ni bertujuan untuk membantu kanak-kanak supaya dapat hidup sihat.

Tahu tak at least 5000 orang kanak-kanak dalam sehari tak sempat nak celebrate birthday yang kelima pun sebab dijangkiti penyakit yang berpunca dari kuman contohnya macam diarrhoea & pneumonia. Nampak remeh tapi penting. Lifebuoy dah pegi banyak tempat untuk memberi kesedaran tentang pentingnya membasuh tangan. Sebelum ni di India dan tahun ni di Indonesia. Percaya atau tidak Lifebuoy dah membantu dalam pengurangan penyakit diarrhoea dari 36% kepada 5%. Nampak kan kesan membasuh tangan!

Rasulullah pun berpesan pada kita pentingnya menjaga kebersihan lagi2 sebelum makan. Sebab tu sunnah kan kena basuh tangan sebelum makan, tak boleh pakai tangan kiri. Kina memang didik shahadah basuh tangan sendiri. Kalau cakap jom basuh tangan, laju je dia pegi cari paip. Kalau paip rendah boleh la dia sendiri, kalau tinggi kita plak kena dukung dia kan tapi takpe demi kebersihan dan kesihatan dia jugak kan. Sebelum ni basuh dengan air paip je, lepas ni nak ajar basuh tangan dengan sabun sekali.
Saya suka basuh tangan (aka main air)
Jom kita sama-sama didik anak kita basuh tangan bersama Lifebuoy. Simple tapi membawa makna yang besar.Untuk info lebih lanjut tentang kempen dari Lifebuoy dalam membantu kanak-kanak mencapai usia 5 tahun:

Like juga Facebook Lifebuoy 



Post ini disponsor oleh Lifebuoy namun setiap kata-kata itu adalah dari lontaran keypad sang penulis.

Thursday, June 5, 2014

Susun atur : Tutorial tukar cover kerusi lipat

Salam
Sebenarnya confuse nak letak dalam label tutorial atau susunatur. Sekarang kan kina dah 2 minggu duduk semenanjung sementara menanti nak bersalin lagi a few weeks. Dekat bintulu kalau buat keje mesti duduk dekat workstation berkerusi gaye bos bagai padahal...... Bukan apa, sebenarnya sakit bumper kalau dok atas lantai, sakit belakang semua. (Faktor usia kottt..hahaha). Dah biasa bermeja pastu rasa bersemangat sket lagi2 bila tersusun teratur tertema sama color.

Alang2 dekat bilik kina rumah ibu kina ni memang takde meja untuk menulis (ala dulu2 atas tilam je buat keje) , meja solek macam tak appropriate nak tulis2 nak type2 kan. Jadi kina cari la meja murah2 dekat Giant. Dapat la writing desk warna biru putih harga RM59 ke RM55.90 kalau tak silap. Teruja sebab menepati budget. Nanti la share gambar full mini workstation ek.

Kite nak cite pasal kerusi je sebenarnya. (Mukadimah punya la pjg ek!) Lepas tu cari kerusi murah2 nak color biru jugak. Ternampak di sudut promosi kerusi lipat negara2 world cup. RM29 sahajo! Ade brazil, argentina, itali dan macam2 warna lagi. Eh, warna biru matching ni dengan meja. Tak pikir la bendera union jack sparrow ke tanda cross ke. Yang tau nampak lawa, murah dan matching dengan mejaku je masa tu.

Beria lah watsapp gambar dekat pudin. Lepas tu pudin cakap eh, tu macam lambang salib je. Masa tu rasa down terus. Google la pasal benda ni. Tanya-tanya orang. Memang rasa menyesal plak. Frust pun ade sebab haish..takleh ni..walaupun tak pasti bendera tu tanda salib atau tak kan..

Update:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/944-red-devil-bola-salib-a-hukum-fiqh.html

Tiba-tiba ting! Mana boleh buang. Membazir kan amalan syaitonirrojim. Terpandang screw kat belakang kerusi tu. Apa kata tukar cover ganti dengan kain lebihan buat baju shahadah dulu. Selalu kan tengok cite deco2 orang putih atau blog dorang, depa upholster kerusi lama-lama tu, tukar cover terus nampak macam baru macam cantik je. Best. Menjimatkan. Lepas tu ada sentimental value kan.
After & Before..(Ampun terbalik..pastu pencahayaan xsama..hihi)

Sesi try test cuba jaya pun bermula. 

Bahan-Bahan yang diperlukan:
1) Kerusi Lipat
2) Perca Kain
3) Stapler tembak (Kina pakai selotape)
4) Gunting
5) Screw Driver

1) Mula-mula bukak screw dengan screw driver.

Tangan milik pudin. Hidung tu milik siapa? Nak jugak die tengok. Hahaha..
2) Potong kain ikut ukuran die. Lebihkan sket untuk tepek kat belakang. Jangan sampai tertutup lubang screw dekat belakang tu.

Potong lebih sket dalam 1 inci lebih gitu..
3) Tepek2 bagi kemas. Kina pakai selotape sebab takde stapler tembak tu. Kalau pakai stapler lagi kukuh dan lagi kemas kot. Tak pe la..First time punya pasal. Lepas tu bahagian kerusi ni kecik je. Selotape pon selotape la labu. Janji tenang hati.
Dari belakang, yang dah diselotape.

4) Screwkan semula. Siap! Misi berjaya! (Walaupun tak sekemas mana)

So, how do I look?
Serious rasa tak sangka plak dapat buat macam Samantha Pynn. Kihkihkih. Korang boleh try buat gak. InsyaAllah tak susah mana. Pakai selotape pon voley bah. Hahaha. (Tapi tengok gak jenis perabot yang korang nak change look tu ye). Kalau kecik macam ni takpela pakai selotape. Better pakai stapler tembak tu. Nanti ada masa nak upholster menda lain. Tambah span tebal2 sket. Ok, itu saja sesi sharing kali ni. Sharing is sexy! Moga bermanfaat. ;) 














 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork