Tuesday, June 24, 2014

Susun atur : Tutorial hanging pen holder

Salam..

Hari tu ade share gambar ni dekat group kami suka susun atur (kssa). Eh, suka la group tu. Selain menaikkan semangat untuk organizing banyak gak ilmu yang dapat. Strictly no iklan & advertisement there. Itu akan menjaga kualiti sesebuah group. Share pasal susun atur je. Thank you dekat admin dan tukang invite. :)

Macam ni la rupa hanging pen holder dan bahan-bahan yang diperlukan.

DIY hanging pen holder


Sorry..nan ado step by step punya gambar tengah buat sebab masa ni dok kalut jugak dengan shahadah nak tolong sekali. Pudin was not around plak so memang buat cepat2 asal siap. Kina just terangkan one by one cara nak buat dengan harapan anta2 semua paham no..

Bahan-bahan
1) Botol mineral
2) Tali ( boleh beli dekat kedai stationery)
3) Selotape (takde plak dalam gambar kat atas..hihi)
4) Gam gajah
5) Penyangkut (kina beli dekat cowboy RM1.99 je yg logo fb tu, ade 3 ketul..smart gak kan)
6) Gunting atau pisau

Cara-cara

1) Potong botol mineral lebih kurang size gelas. Kina pakai botol mineral yang jenis nipis plastic die senang je kina potong dengan gunting. Takde la tajam-tajam lepas gunting.

2) Ukur tali just untuk buat holder. Buat just nice untuk gantung. Macam yang kina buat ni lebih kurang 15cm. Potong dan selotapekan kiri kanan pada botol. Jadi macam bentuk U terbalik.

3) Kemudian coverkan dengan tali bahagian tali dan badan botol tadi. Sambil lilit dengan tali sambil bubuh gam gajah supaya die kemas dan lekat pada botol. Kalau rajin buat dari bawah sampai atas. Kina xbuat dari bawah sebab senang nak tengok kot2 ade bendasing ke kan. Lepas tu nampak la kalau barang kecik macam pemadam ke. Hihi.

4) Tepekkan penyangkut ikut ketinggian yang disukai. Hang la pen holder korang. Siap!

Sangat mudah kan. Kebaikkan die kalau anak kecik macam shahadah tak boleh nak capai dari atas meja. Lepas tu lebih kemas la meja kita. Macam workstation kina memang ruang limited sebab meja kecik je, buat macam ni lebih jimat ruang kan. Kalau semua letak atas meja mau tak missing in action je pen tak pun banyak je keserabutan yang beranak atas meja. Kalau ada duit lebih boleh la pasang para-para sakura atau cabinet kan, hihi..Rumah sendiri nanti insyaAllah..Buat sementara waktu ni solution yang menjimatkan dan boleh dibuat untuk my workstation.

P/S: nanti kina share keseluruhan mini workstation.



6 comments:

Mally on June 24, 2014 at 9:09 AM said...

hai salam berkenalan...
Senang & murah je kalau DIY...
Anyway i pun nak try utk workstation sy!! by the way ur daughter is so cute..

Unknown on June 24, 2014 at 10:43 AM said...

kssa ? haaa ade grupp e? bole a nk skodeng ..

safurara on June 24, 2014 at 3:13 PM said...

huaaaa,rara baru je buang semua botol2.hahaha

Unknown on June 25, 2014 at 5:14 PM said...

eh...sonang jo.. nnt nk buat la..

Unknown on June 26, 2014 at 3:16 PM said...

kina, group tu sp2 pn leh join ke? nak join jugakk!huhu

Unknown on June 27, 2014 at 8:42 AM said...

jom join

http://amal-salleh.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan.html

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork