Tuesday, June 17, 2014

“Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search”

Salam.. 

Masa shahadah newborn nak pakaikan diaper kacang aje . Tutup mata pun boleh. =_= . Cewah! Walaupun berpuluh-puluh sehari tukar pun takpe kan. Bila dah start dapat kaki mula lah bersilat kita nak pakaikan diaper kan. Mula lah episod dialog klise...

"Papa lah tukar"
"Mama lah tukar" 
(Selalunya kalau papa ada, papa yang tukar..hihi..you are the greatest dad dear!)

Hahaha..

Huggies Dry Pant menjadi pilihan untuk mama dan papa yang ada anak yang aktif, cergas dan bijak macam shahadah ni. Hihi. Siapa yang tak tahu Huggies? Huggies dah mula testing market pada 1968 lagi dan mula diperkenalkan pada semua pada 1978. Huggies ni kalau korang tak tahu adalah di bawah naungan Kimberly Clark yang memang dah menjadi 1.3 billion orang ramai setiap hari! Jenama yang tak boleh dipertikaikan lagi kan.

Huggies Dry Pant direka untuk memberikan keselesaan maksimum & kebebasan maksimum dengan penyerapan yang cepat serta aliran udara yang buatkan kulit si manja kering. Bila anak selesa dan bebas meng'explore' dorang akan jadi lebih bijak. Bukan anak sahaja yang selesa, mama dan papa pun selesa. Tak pening-pening nak salin walau di mana sahaja berada. Bersesuaian dengan kempen Huggies Maximum Comfort, Maximum Movement.

Berita gembira lagi. Mulai 1 Jun 2014 - Ogos 2014 Huggies mencari si manja yang berusia 6 bulan sehingga 3 tahun dalam kempen Huggies Dry Pants : Most Comfortable Baby Search.

Cara penyertaannya mudah sahaja:

  • Si manja berusia 6 bulan sehingga 3 tahun.
  • Beli mana-mana produk Huggies Dry Pants dan attachkan resit tersebut bersama gambar dan borang pendaftaran. Gambar apa pulak ni kina?
  • Gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’  (Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan dekat kedai tu akan ada booth untuk ambil gambar si manja anda beraksi.)


Korang juga boleh join contest ni dalam jelajah Huggies di pasar raya-pasar raya sehingga akhir Julai ini. Nampak ada team Huggies je terus pegi usha ye! Pastikan si manja korang beraksi sebebas dan seunik yang mungkin. 

Kenapa korang wajib sertai pertandingan ni? Sebab hadiah dia superb ok! Meh sini kina bagitau.

Hadiah Utama : RM10,000 

Hadiah Kedua : RM7000

Hadiah Ketiga : RM4000

7 x hadiah saguhati : Bekalan Huggies Dry pants selama 6 bulan!

Wow wow wow! 

Bukan itu saja tau. Ni ada berita yang lagi menggemparkan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®. Glamour weh! Bukan senang kan nak masuk TV, jadi bintang Huggies plak tu. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.

P/S: Shahadah masuk bunting natasha hudson promote dekat instagram pun ku dah suka sangat dah. Kalau masuk tv mau berdarah hidung mamanya. Hahaha.


6 comments:

ct cucubi on June 18, 2014 at 9:42 AM said...

Shahadah join ke? gud lak tau! ;-)

ct cucubi on June 18, 2014 at 9:42 AM said...

Shahadah join ke? gud lak tau! ;-)

ct cucubi on June 18, 2014 at 9:42 AM said...

Shahadah join ke? gud lak tau! ;-)

Basyirah Abd Rahman on June 18, 2014 at 9:47 AM said...

Agak2 kalau Muhammad masuk boleh ke tdak eh.. haha

Sheila Salim on June 18, 2014 at 9:59 AM said...

assalamualaikum kak kina. alaaa newborn baby depa taknak ke? hiewhiewww ~~~

Shakina Farhan on June 18, 2014 at 11:55 AM said...

ct cucubi : a,ah..shahadah join jugak! hihi..tq kak..

basyi: boleh..!muhammad comel & aksi die yang bam2 tu buat org geram..join la!

sheila: wslm..hihi..newborn xsesuai lg pki pants..xpe, nt mst ade lagi..hehe..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork