Friday, May 10, 2013

21 resepi untuk baby 8 bulan dan ke atas

Salam
Masa shahadah 7 bulan die takmau makan makanan sihat..nak buah yang manis je..bubur takmau..macam-macam resepi try tapi makannye 1 sudu je..akhirnya mama yang kena habiskan..sedih gila kot..syukur sangat masuk 8 bulan die dah suka makan semula..so, kina rasa budak2 ni memang ada masa die takmau makan kot..6-7 bulan ok lagi as long as susu die nak kan..

InsyaAllah semua resepi ni mengikut rules la kot..Kina takde la skema sangat dalam bagi makan dekat anak..Macam-macam dah masuk dalam perut shahadah tu..roti, coklat, kopok, biskut tiger,london roll..ape lagi ntah sampai lupa..(kalau anak jenis alergik jangan ikut ye)..tapi kalau masak memang follow rules. Alhamdulillah so far shahadah xsembelit atau cirit birit..maybe sebab die kuat minum air & minum susu ibu..Semua ibu pun nak yang terbaik untuk anak kan..

Ok..straight to the point je..ni resepi-resepinya..gambar ni dah bercampur aduk..kalau nak tengok ikut aturan tengok dekat instagram..hari2 upload resepi tapi kalau tak upload tu maksudnya makanan tu dah pernah disiarkan..hahaha..cukuplah dengan gambar, bahan2 & cara ye eh, kuantiti atau sukatan ikut suka ye..: p (tak sempat weh, shahadah tu every 1-2 hours malam2 nak susu)..*Update: sekarang ni mmg da tak upload la resepi sbb shahadah pun da 2 tahun, shafiyah baru lahir belum boleh makan..hehe

PLEASE TRY AT YOUR OWN RISK (Lain anak lain alergiknya ye). Kina just share gabungan-gabungan bahan. Kita pun boring kalau makan benda yang sama kan. Selamat mencuba! (Abaikan nama-nama pelik resepi. HAHAHA)


Update: Buat yang bertanya macam mana nak buat stok ayam..stok ayam bukan yang cube beli kat kedai tau..buat macam nak masak sup ayam, tapi tak bubuh garam..dah siap tapis masuk dalam bekas ice cube simpan dalam peti..nak guna boleh pakai..


1) Nasi ayam sempoi 
Bahan-bahan : Beras + Isi Ayam + Carrot + Celery + Tomato + Stok Ayam + Air secukup rasa
Resepi: Tanak nasi menjadi bubur..Kina biasanya lenyek2 masa nak bagi shahadah makan..Tambahkan 1 cube isi ayam (kina biasanya dah buat stok dalam cube2, senang bila masak campak aje..patutnya buat post pasal frozen + stok dulu tapi saje je bagi resepi dulu..kihkih)..Part nasi ayam dah siap..Part sup plak, masukkan 1 stok ayam (dah ada unsalted butter, bawang, kayu manis segala),air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot tu empuk. Dah siap!







2) Snowgurt chintaku 
Bahan-bahan: Yogurt greek (atau plain/natural yogurt) + Puree apple
Resepi: 1 Cube frozen puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap! Tengok muka shahadah chinta tu. Suka betul die. 












3) Bubur nasi carrot dengan ikan tenggiri bakar
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Isi ikan tenggiri + Stok ikan bilis
Resepi: Masukkan ikan tenggiri dalam oven. Nak masak atas kuali pon boleh. Kita nak isi die je ye puan-puan. Tanak beras jadi bubur. Kalau tengok gambar ni, kina pakai nasi sebab tu nampak berstruktur gitu kan. Masa bagi makan kina lenyek2. (Ikut cakap MIL..hehe). Kalau prefer hancur buat hancur ye. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis ni untuk bagi rasa masin2 ikan bilis tu. Cara penyediaan, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk bekas. Selalu kalau takde bahan nak masak buat bubur nasi ikan bilis pun sodap.





4) Caramelized apple & banana with cinnamon
Bahan: Apple + Unsalted butter + Banana
Resepi: 1 biji apple dipotong2 direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang. Terus tutupkan api sebab kita taknak die jadi pisang goreng ke goreng pisang kata kak lisa. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali tu. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ade serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert dorang sebabnya cinnamon ni banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan & menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis ni.Sesuai buat dessert.





5) Nasi tomato untuk si cilik
Bahan-bahan: Nasi + Tomato + Stok ayam + Puree Isi Ayam + Puree Peas + Unsalted butter
Resepi: Sila tengok gambar. Hahaha. Malas betul nak menaip..Kina campak je semua. Kacau2 sampai tomato tu lembut betul. Siap! Sedap tau. Sebijik rasa nasi tomato.













6) Pasta shrek
Bahan-bahan : Pasta + Puree brokoli + Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta. Pastu blend. Taburkan oregano. Cheddar cheese ni kina pakai brand anchor. Boleh je beli apa2 brand yang penting white cheese. Cheddar adalah sejenis white cheese. Oregano tu plak herbs orang itali selalu pakai utk pasta. Pasta tu tak kisah jenis apa, spagetti ke, angel hair ke, spiral ke. Berkenan dengan pasta huruf-huruf tu tapi dekat Bintulu ni sik ada.







7) Cheesy rice dengan ikan bilis & carrot
Bahan: Beras+ Cheedar cheese + Puree Carrot + Stok ikan bilis
Resepi: Macam biasa. Tanak bubur. Campakkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu half dari 1 slice dalam burger tu. Simple tapi sedap. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak disukai ramai. Masa ni kina campur je ape yang ade. Akhirnya mama yang lebih-lebih makan sebab ade cheese. hihi.










8) Volcano mash potato with chessy chicken gravy
Bahan: Puree potato + Puree isi ayam + Cheddar cheese + Stok ayam + Oregano
Resepi: Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese & stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi. Sedappppp sangat2. Gravy tu buat banyak sket nanti tak cukup.







9) Greek potato salad
Bahan-bahan: Puree potato + Egg (alert2 elergik) + yogurt + carrot + brokoli
Resepi: Masukkan puree potato, carrot, brokoli & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau2 bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api. Sesuai dimakan untuk breakfast, lunch atau dinner.











10) Puding kastad banananana TV9
Bahan: Setengah sudu kecik tepung kastad + 3 oz Susu Ibu/Susu formula+ Puree banana
Resepi: Bancuhkan tepung kastad dengan susu dan pisang. Tambah air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Best makan masa minum petang si kecil. 













11) Pumptato
Bahan-bahan: Puree Potato + Puree Pumpkin + SI
Resepi: Rujuk pada gambar. Bongkah tu puree potato, bulat macam telur tu puree pumpkin. Tapi yang shahadah tak suka sangat. Sebabnya rasa pumpkin tu kuat die tak suka. Actually kina sendiri tak makan pumpkin. Hahaha. Resepi ni baby 7 bulan pun boleh makan.











12) Chicken curry with carrot & aspalela asparagus
Bahan-bahan: Unsalted butter sikit + Puree isi ayam + Yogurt + Cheese cheddar + Puree carrot + Puree asparagus + Air sikit.
Resepi: Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap. Yogurt tu 1 teaspoon je tapi die acts macam santan. Jadi sebab tulah die rasa macam curry. Boleh makan begitu saja atau dengan bubur nasi.












13) Spagetti bolognaise simple
Bahan-bahan: Pasta+Puree Isi Ayam + Tomato +Stok ayam+ Cheddar cheese + Oregano
Resepi: Sama macam pasta shrek. Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang dipotong dadu, stok ayam, cheese & akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano & blend. Great for lunch or dinner.











14) Carrot cek mek molek
Bahan-bahan: Keledek + Carrot + Cinnamon
Resepi: Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ade air susah nak bentuk. Lenyek2 dan kepal2 menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ade kurma letak inti kurma macam etty. Hehe.












15) Chessy carrot as finger food
Resepi: Potong carrot bentuk jejari. Rebus sehingga empuk. Potong cheese memanjang & halus. Bila carrot dah masak & ditoskan terus masukkan cheese supaya cheese mencair sebab panas. Sila perhatikan kalau anak makan finger food takut tercekik kalau baru introduce finger food.











16) Tomato soup
Bahan-bahan:  Half tomato + 1 cube potato puree + 1 cube chicken stok + air
Resepi: Potong dadu tomato. Masukkan semua bahan dengan air. reneh sehingga masak sebati. Sambil tu lenyek2 tomato. Sedap dicicah bersama roti. (kalau bagi anak makan roti la kan)













17) Chicken & broccoli pasta with apple sauce
Bahan-bahan: Pasta + Puree ayam + Puree brokoli + Puree apple
Resepi: Resepi ni dari website annabelkarmel. Cara masak sama macam pasta yang lain. Just campur camtu je. Tapi masa ni shahadah tak mau makan sangat. 1-2 sudu je die makan. Maybe boleh test balik campur dengan cheese sebab masa ni belum intro cheese.











18) Bubur nasi aneka warna
Bahan-bahan: Beras + Carrot + Brokoli + Kismis + Kentang
Resepi: Resepi ni ramai je rasanya dah buat. Ilham dari group HSFFYB yang sekarang ni dah ade fanpage. Bolehlah like di sini. Cara masak campur je seperti gambar di bawah. (oh..makin lama makin malas nak menaip yeeee..hehehe..)












19) Bubur lambuk baby
Bahan-bahan: Beras+Isi Ikan tenggiri+ Cheese + Brokoli + Stok ikan bilis + Kuning telur
Resepi: Tanak beras jadi bubur, masukkan isi ikan tenggiri, puree brokoli, cheddar cheese, kuning telur & stok ikan bilis. Pastika kuning telur tu masak dan alergic alert on. Masa ni second day bagi kuning telur. Cuak jugak. Alhamdulillah takde pape alergik setakat ni.











20) Banana split for baby
Bahan-bahan: Pisang + yogurt + cinnamon
Resepi: Masukkan yogurt ke freezer selama 15 min. Potong pisang. Letakkan yogurt ke atas pisang. Taburkan sedikit cinnamon. Boleh juga kalau nak potong pisang dulu, letak yogurt & cinnamon kemudian bekukan. Cuma nanti pisang tu sekali beku sket. Hehe. Kategori finger food jugak ni.











21) Steak ikan tenggiri for baby
Bahan-bahan: Isi ikan tenggiri + Puree kentang + Unsalted butter + Oregano
Resepi: Panaskan unsalted butter, masukkan isi ikan tenggiri & kentang. Tambah sedikit air. Tutup api. Taburkan oregano. Masa ni lah shahadah suka balik makan homemade food yang mamanye sediakan. So akan ingat makanan ni sampai bila-bila. Tak sia-sia mama tak putus asa. Semoga shahadah bertambah sihat dengan air tangan mama. Hhihi.








 Sekian, terima kasih.  Moga bermanfaat. : ) 

92 comments:

Asz Miza on May 10, 2013 at 7:54 AM said...

Banyak gilaaaa resepi..thanks Kina! tapi anak kita ni allergic skit so kena hati2 jugak..haha..menarik kot semua resepi ni..

fifi on May 10, 2013 at 7:56 AM said...

bestnya!!! i suka giler..thanks banyak2!

pet09 on May 10, 2013 at 8:18 AM said...

whoaa banyak memberi idea..thank you for sharing :)

Siti Nursyamimi on May 10, 2013 at 9:01 AM said...

rajin betul kina masak..
ni wat sy lagi semangat nk msk ni..
thanks for sharing..:)

Cik Puan Tqah on May 10, 2013 at 9:03 AM said...

kina memang hebat..kagummmm

Unknown on May 10, 2013 at 9:31 AM said...

rajinnye masak
best2

LisaLisut on May 10, 2013 at 10:11 AM said...

gigih!!1 bole buat buku. kene bg thousand claps to u kerana publish this entry. thanks alot Kina!!! :)

BAIZURA NATASHA on May 10, 2013 at 10:50 AM said...

Kina!! U sgt rajin. Boleh cedok resipi nanti. I suka part yg u tak kesah sgt. Bg mkn mcm2 dah, u jns x straight. As long as shahadah okay, takde hal la kn?

Hana Soffelia on May 10, 2013 at 10:55 AM said...

Wah.. koleksi. Suka2.. nanti mana2 yg hana tak buat lagi, hana nak cuba. TQ darling!! mmmuah untuk shahadah sikit.

BLuRpL3 on May 10, 2013 at 11:10 AM said...

wah..kreatif2!hehe...bukan setakat baby, mommy pun suka gak ;p

leeza on May 10, 2013 at 12:17 PM said...

tq kina.. umar dah 8 bulan, dah boleh cuba! :)

e.t.t.y on May 10, 2013 at 12:31 PM said...

INI MACAM, ACIK PUN NK MAKAN TAU. NAMA SIAP SHREK BAGAI. HAHAHA

Umie Aisya on May 10, 2013 at 12:52 PM said...

menarik giler ok.thanks for sharing this!

Super Ummi on May 10, 2013 at 1:28 PM said...

tq kina for the recipe..
hanafi selera org melayu.. suka sangat makan bubur.. puree yg manis2 ditolak tepi...

Azura on May 10, 2013 at 4:04 PM said...

gud effort lah mama shahadah ni!
kagum! tak sabar nak apply juga...

Tengkubutang on May 10, 2013 at 5:12 PM said...

haiiiiii.. follower ke 402

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Cik Puan Mimi on May 11, 2013 at 11:16 AM said...

Tq kinaaaaaa. U are the best!!!

Syima Syaz on May 11, 2013 at 3:07 PM said...

dah habis buntu dok google resepi untuk aisya tetiba nampak ni kat blog kina... thanks kina...

21 resepi = 3bulan pun tak recycle respi yang sama.takdelah aisya boring

puteriraifana on May 11, 2013 at 11:50 PM said...

Mohon copy n print terus. Hihik thanks kina

cha on May 12, 2013 at 10:34 PM said...

bagus giler u baynyak resepi i pulak terliur haha

ctmah on May 13, 2013 at 9:22 AM said...

congrats kina!thanks a lot..sgt awesome..clap2 kat mama shahadah ni

safurara on May 13, 2013 at 10:51 AM said...

wow gighnya kina,good2,hee thanks kina.princess pon dh 8bulan.leh lah try sume ni.dh masuk 8bulan xrisau dh.

ct cucubi on May 16, 2013 at 10:56 PM said...

makin sehat lah baby.. B-)

Aine Ainun on May 20, 2013 at 10:24 PM said...

byaknye resepi...nanti ble terjah sini bila anak da stat makan..=)

teruja betul tgkmama yang sgt rajin buat resepi bagai utk anak..

saya Nak jugak gigih macam tu..=)

-zalehaj- on May 21, 2013 at 10:15 AM said...

thanks idea2 ni... tgk2 blog ni br ada idea nk msk apa utk baby saya.. yg kuat mkn...hehehe


http://zlhaj.blogspot.com/ - jom tgk khasiat Marrine Essense Beauty bar...

~ NANA ~ on May 22, 2013 at 9:03 PM said...

Waaaas bestnya! Boleh la tiru buat entry cmni utk share resepi baby..kekeke..rajin sgt kina ni!

cplud miera on July 10, 2013 at 1:48 PM said...

wah banyaknya resepi. thanx sharing. nk try buat nnt. tq

Shufishumi on July 17, 2013 at 3:52 AM said...

menarik resepi ni . anak saya memg x suka mkn bubur.. boleh la saya cuba resipi ni.. nampak pun dh macam sedap.. terima kasih ya sis sbb kongsi kan resipi ni.. Hehe

nora razalli on August 4, 2013 at 12:12 PM said...

wah!
byk glew resipi .
boleh try ni nanti xdela ank mkn bubur sma je.
yg lain bahan2 die je .
nice kak!
tq sharing. love it! :)

Unknown on September 13, 2013 at 3:44 PM said...

Assalam... banyaknya resepi untuk baby kat sini... Untung anak u :)
Thanks for sharing :)

Anonymous said...

salam, rajinnye awk!
Utk 2nd baby sy nnti boleh cube resepi2 ni :) thanks!

Unknown on September 25, 2013 at 3:55 PM said...

kina..terima kasih banyak2..saya nak try semua resepi awak..

thanks

Unknown on October 4, 2013 at 3:05 PM said...

nice sharing sis

dairistira.blogspot.com

::: MySha Touches ::: on October 5, 2013 at 6:59 AM said...

How to do stok ayam ye..? Hehe...seriously I dont have any idea utk buat stok ayam...

Unknown on October 9, 2013 at 12:50 PM said...

ktk urg srwk kah?? best juak menu2 baby tok.. mok mek merik twins mek encerik nya.. sik byk gilak rules.. sik stress.. but 4 days rules ya nang sik dpt ditinggal.. :-D tq

Unknown on October 9, 2013 at 12:51 PM said...

one more thing.. lupak nk nanyak tek.. puree buah ya tauk mek molah.. hw abt puree ayam? sama jak kah step nya?? tq

Liyana Leanne on October 13, 2013 at 9:27 PM said...

Thanks for sharing! Sangat berguna utk semua ibu2 especially mcm saya yang tak reti masak ni :)

Unknown on October 27, 2013 at 12:34 AM said...

Thanks 4 sharing..lps ni leh la try kat baby saya..dia cerewet psl makan.

http://sehat1man.blogspot.com

are-need on November 7, 2013 at 10:47 AM said...

wah...menariknya resipi. rupa pun menarik. would like to try. thanks 4 sharing =)

MiszA on November 9, 2013 at 2:44 PM said...

menariklah semua resepi..baby sy next week dah 8 bulan..leh lah try nanti memandangkan baby sy susah nk makan..Thanks for sharing dear..:)

http://sukahealthyfood.blogspot.com/

Unknown on November 26, 2013 at 1:38 PM said...

My baby anta taska. Nak masak hari2 kadang x sempat. Resipi sume nampak menarik. Ni yang mana bleh buat stock then reheat? Sbb penah experience buat ngn bayam kena keracunan...

Nieza on December 5, 2013 at 5:27 PM said...

bekas putih tu menarik..kina beli mana?? brand apa?

Unknown on December 19, 2013 at 6:23 PM said...

hi sis..ade x tips pemakanan (bby 7 month) while travel..

Unknown on January 8, 2014 at 1:03 PM said...

salam perkenalan..kina,anak anis pn sama xnk makan..xlama lg msuk 9bln..mcm2 dh masak 3-4 sudu je mkn..kalau buah manis laju je makan..google2 resepi bby,terjumpa blog kina..byknye resepi..nk cuba ni..em..nk follow insta kina la tp xtau username kina..btw tq kina for sharing such a creative n healthy recipe..;)

alisa on March 4, 2014 at 11:16 AM said...

kreatif sgt... pasti bby suka.. baby 8 bln lebih dh ni.. kena rajin laj utk bby..

Afiqah Siti on March 17, 2014 at 10:58 AM said...

banyk ni..boleh try..tapi kite nk tanye..kite ni keje so selalu buat stok tuk 3 hari cam tu la utk baby kite.. nak tanye menu2 yg ade kat sini klu dah mask cam tu boleh beku kan n boleh makan tak bile dinyahbebukan balik?

Unknown on March 25, 2014 at 8:55 PM said...

so happy jumpa post ni.. ^^ my baby 8mths dah start xmau mkn bubur yg always i prepared utk dia... -_- nak jadikan rujukan n try buat resepi2 ni ye kak... hopefully he'll loves them !! Thank U So much.. ^_^

Akmar Ramli on March 26, 2014 at 10:25 PM said...

Banyak gile... @_@

Unknown on April 11, 2014 at 7:59 AM said...

Suka bc blog pg2 nih.ksian fawwz arini2 mama mask bubr ns jee bg bby sitter.pasni dh tau dh nk bg mkn pe.thnks....

Unknown on April 22, 2014 at 11:31 AM said...

Kina cane nak buat stok ayam and puree kentang n tomato and sayur2 tu you buat mcm mana...benda2 tu bleh tahan simpan bape lama?

aYenZ JamiL (^0^)/ on May 13, 2014 at 7:48 PM said...
This comment has been removed by the author.
aYenZ JamiL (^0^)/ on May 13, 2014 at 7:49 PM said...

Resepi2 yg bukan finger food kt atas, xplu di blender dlu ke?

sentuhan bonda on July 7, 2014 at 11:16 AM said...

Sis kina tq sgt2 post resepi ni..2-3 harini amirul (8bln) xlalu makan..bb sy bosan kot mkn nasi bubur je..mntk izin sy nk share di fb ye nak sharing sama mommies yg len kt luar sne..bleh sume baby mamam mknn sihat dn bkhasiat dr air tgn ibu sndiri..tq soo soo much...muah2 ntuk bb syahadah..ibu amirul doakn syahadah bsr nnt jd ank solehah yg bhagiakan mama papa syahadah..amin...

Suriati Rashid on July 8, 2014 at 1:04 PM said...

Thanks for sharing...

hanie on July 18, 2014 at 12:05 PM said...

thnks for sharing. mmg byk membantu.

Unknown on September 3, 2014 at 2:23 PM said...

thanks 4 sharing...

Ummu Athiyah Ismail on September 10, 2014 at 4:34 PM said...

nice sharing..tq

Syazwani Mohd Noh on September 23, 2014 at 3:21 PM said...

Thanks kina....Ammar dah 8 bulan, boleh lah cuba untuk Ammar

babyaelongz on October 7, 2014 at 5:12 PM said...

tq for sharing dear. barulah sel2 lam kpla otak ni nk berhubung. byk idea nk cipta resepi2 baru for my kids. ;-)

Pengedar Shaklee Klang on October 22, 2014 at 11:22 AM said...

Lega rsnya jumpa blog ni. Tq

Unknown on November 2, 2014 at 2:14 PM said...

Bestnye....Bole la buat untuk anak sy...Tq sharing..Boleh tk saya nk mohon share entry ni dalam blog sy?nant sy backlink ke blog ni..
REDAKAN DEMAM BAYI

Fazira Aziz on November 10, 2014 at 1:45 PM said...

wahhh overload dgn resepi baru baby. suke sgt. gonna try it!!

follow me back dear. i dah follow u

www.momsmilkyway.com

yatiesams on November 11, 2014 at 9:54 AM said...

mmg tgh mencari2 resepi untuk baby saya!nice recipe, mesti cube pasni!tenkiu sis...
jemput ye

Unknown on December 5, 2014 at 11:56 AM said...

thanks for the recipe. baby sy dah 8bln, bg bubur dia xnak.

Unknown on January 3, 2015 at 3:14 PM said...

Tq for sharing sis! ☆♡☆

Unknown on January 22, 2015 at 3:08 PM said...

Byk betul recipe....thanks sis

Diyana Sakura on February 9, 2015 at 12:05 PM said...

Wahhhh.. Banyaknya resipi. Best2x Tgh cari resipi yg berkaitan dgn cheese. Then jumpa blog you.. mucho gracias sis ♥ ♥
http://diyanamohamed.blogspot.com/

Ainul Mustafa on March 10, 2015 at 3:54 PM said...

bestnyer resepi.. yogurt tu yg plain je ke? igt baby tak boleh makan

Unknown on March 16, 2015 at 11:29 AM said...

Semua resepi best..tq kina....pas ni leh la saya try kt second baby

Abiedzainal,blogspot.com

colourfulsomethings on April 11, 2015 at 10:31 AM said...

Nak produk anda nampak standard dan lebih dikenali??

JOM TEMPAH STICKER LABEL UNTUK PRODUK ANDA
Nak buat sticker Majlis Kahwin & Aqiqah pun boleh

TENGOK CONTOH DESIGN KAT SINI https://www.facebook.com/colourfulsomethings/media_set?set=a.789438217819873.1073741830.100002611063587&type=3&uploaded=2

WHATSAPP / TELEGRAM : +6 017.277 1232
P/S : Follow Instagram @colorfulsomethings.design for latest update

Syahida Ali on April 22, 2015 at 1:08 AM said...

thank kina...syida tengah mencari menu untuk aqeef...sian pulak asyik makan menu same je..:)

Unknown on May 7, 2015 at 3:27 PM said...

Thanks for sharing...yay izhan ada makanan sedap!!!

rosy.lane on May 27, 2015 at 2:02 PM said...

Assalam,

minta izin nak print ya. Thanks.

-ros-

nurulhuda.cheisa on June 16, 2015 at 9:54 PM said...

thanks for sharing..

hayati suki on June 19, 2015 at 12:29 PM said...

bestnyeee...kte tengah semangat nak masak utk baby..hehe
nt nak cuba laa resepi2 ni :-)

chiku the chucuru on June 26, 2015 at 12:53 PM said...

wah.. banyaknya resepi... sekarang ni aseak blur blur je main campak2 asek2 benda yg sama, sian baby.. insya-Allah.. harap dapat cuba.. tq!

Ain Naim on July 7, 2015 at 8:47 PM said...

salam kina...alhamdulillah lega sgt jumpa blog kina.. anak sy akan masuk 8 bln raya nt..anak ketiga tapi mcm ank 1st maminya blur2 x tau nak masak. masa ank kedua dlu asyik bubur je smpai 1 thn...pastu serah kat taska je masak. sy mohon nak print ye..senang nak rujuk bila nak masak..tq in advance kina

Zatul Immah on September 11, 2015 at 9:23 AM said...

Banyaknye resepi. Boleh try. Saya buntu tak tau nak masak apa.. baby dah 9 bulan. Setiap ari saya bekalkan bubur nasi je kat BS. Nasib anak tak penah jemu hehe.. btw, thanks for sharing :)

Qaqiqu on October 5, 2015 at 10:10 AM said...

Shake.. tqa tumpg ambk resepi ni utk zayyan :) nk siap print terus ni.. tq byk2 ! :) lepas ni xpyh la pening2 dah pk menu.. yeayyy ! Big clap la utk mama shahadah ngn shafiyya yg rajin ni :D

Fiza Aizzawa on January 18, 2016 at 10:04 AM said...

banyak rupenye resipi.. selama nie duk buat bubur nasi jer.. sian kt baby

Mami Aisyah on April 13, 2016 at 9:01 AM said...

Wah banyaknya! Confirm baby tak bosan lepas ni :)

Jida on April 20, 2016 at 7:13 PM said...

Ibu baby pun rasa cam nak cuba bila tengok-tengok resepi ni semua..thanks for sharing.

Salt & Pepper on September 9, 2016 at 11:24 AM said...

Thanks for the sharing. Bukan baby je bosan makan resipi sama,mak die pon bosan masak bende yg sama. Definitely will try ALL these. Thanks again!

Pn.Wanie on October 4, 2016 at 1:32 PM said...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kami memberikan promosi sempena Maal Hijrah bagi Buku Resepi Bayi, Kanak-Kanak & Keluarga Volume 1 & Volume 2 dengan hanya RM 50.00 sahaja dan PERCUMA pengeposan.

2 buku ISTIMEWA tambahan juga akan kami berikan kepada anda iaitu 'Junior Chef Cookbook dan Panduan Pemakanan Praktikal untuk Keluarga.

Jom dapatkan segera!
SMS/WhatsApp : 012 - 957 9131

Terima kasih.

Azrina Mohamed on January 31, 2017 at 11:46 AM said...

Salam Kina,

Sy copy n print resepi baby ni ya..TQ.

kaBD79 on August 5, 2017 at 12:52 PM said...

Terima kasih atas perkongsian. Bersemangat nak cuba resepi ni.

Unknown on August 6, 2017 at 4:36 PM said...

Thanks for sharing! Nak cuba utk zuhair next tkme hehehe

Unknown on August 15, 2017 at 11:52 PM said...

Bukan ke kiub ayam to ada garam? Dn x elok utk ginjal baby

Unknown on July 14, 2018 at 5:23 PM said...

Thanks for sharing. Good recipe.. boleh try nie..

Unknown on September 10, 2018 at 4:46 PM said...

Mohon share ye.TQ

Unknown on March 28, 2019 at 12:12 PM said...

menarik ye... boleh cuba ni

Nisa on March 8, 2020 at 11:06 AM said...

Ni bukan stakat bb yg selera nk mkn, maknya yg tumpang skaki..tq for sharing

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork