Showing posts with label [beauty]. Show all posts
Showing posts with label [beauty]. Show all posts

Tuesday, November 1, 2016

Pengalaman first time beli di Sephora

Salam

Mula kenal sephora sebab masa pregnantkan shahir, kina macam suka sangat make up sampai pegi kelas personal make up (one-on-one lagi)..Kalau nampak macam peloles tu tandanya make up beria la tu. Hahaha. Tapi suka color yang natural je. Hanya utk bagi confident dan tak nampak kusam.

Masa shahadah tak suka make up, masa shafiyah suka make up jugak tapi tak sampai nak ke kelas jah..hahaha..cikgu makeupku ada story mory pasal barang-barang makeup ni lah sampai terjah jugak masuk Sephora.

Smart paper bag die..tapi dapat dekat anak2 selamat dah..hehe

First time pegi Sephora Queensbay dengan mak adik, dok hulu hilir tengok jela sebab mahalnya. Hahaha. Last-last keluar takde hasil apa. Selamat poket. Tapi bulan lepas pegi jugak Sephora tapi dekat Avenue K. Terbeli jugak beberapa tapi yang murah jela, 1 barang tu tu tak over RM30.++.

Apa yang ku tak berkenan nak membeli di Sephora ni bila yang pekerjanya dok tengok-tengok kita. Tau la kita ni tak semengah, tak kaya. Kadang-kadang feeling macam kita ni nak mencuri plak. Asyik tengok je. Eiissshh. Rimas tau dak. Sebab tu jugak kot kina membeli juga sket. Hahaha. Paham x? Feel tu. Hahaha.

Ok, lupakan pasal tu. Ni adalah barang hasil tangkapan pertama di Sephora. Buat simple review jela ye. Dah almost 2 bulan beli. Ada yang dah habis dah pun.

Kiri yang beli dekat Sephora, jenis gloss tapi pekat likat. Bila pakai tak berapa suka plak colornya. Macam terang sangat pulak. RM33 satu. Lepas ni tak beli dah la. Shahadah suka paw yang ni. Kanan tu matte punya dah beli lama suka color nude gitu. Tapi tak habis2. Hahaha.
Sejak pregnant shahir la ni berkenan pakai blusher tapi suka color macam ni je. Natural. Suka nyx punya ni.
Harga pun tak melampau sgt. RM30 sebutir ni. Pakai banyak kali jugak dah. Yang penting pernah jatuh dan tak pecah.
Scrub ni wangi sangat, tengah2 tunggu nak bayar boleh plak capai yang ni.
Walaupun kecik lambat je nak habis. Ada lagi dalam 2x guna kot. RM26.


Beli sleeping mask & eye mask konon untuk muka sembab dan mata panda. Sleeping mask RM10, Eye mask RM8 je. Boleh la pakai untuk 4-5 kali ni. Sleeping mask ada discount RM1 sebab bayar pakai CIMB.
Ok la, itu sahaja shopping haul dekat Sephora 2 bulan lepas. Hahah..Lambat gila update. Dapat la kad member white, kalau black katanya kena beli RM700. Huahua. Kesimpulannya Sephora indah untuk dikunjungi tapi tak indah di poket. Orang macam ku ini better shopping dekat kedai kosmetik korea & watson/guardian. Lps ni review Thefaceshop, Innesfree & Skinfood plak sebab last month wan mi pegi korea.

P/S : teringin laura mercier & nars. tapi cari yang dupe jela kot. hihi

Friday, July 3, 2015

Review: Nak tampil flawless di hari raya dengan Ephyra Skin Bar

Salam 

Hari ni nak cerita pengalaman pakai Ephyra Skin Bar selama 2 minggu. Tak pernah dengar pasal Ephyra? Biar betul-betul. Ramai gila blogger yang pakai. Paling kina perasan blogger aty fared sebab dulu pernah jumpa die masa time belum kawen dekat wedding blogger. Memang berbeza lah kalau tengok gambar kulit die sekarang ni. Tapi still masih belum juga terpengaruh lagi, tak rasa nak cuba. Kina selalu nampak iklan testimoni ephyra yang berlambakkan di instagram dan di blog. 
Lambakan testimoni tentang Ephyra Skin Bar. Retis pon banyak ha.
Macam Ehhhh, boleh caye ke ni? 

Jual mahal ko masa tu tak nak cuba lagi. Hahaha. Ditakdirkan kina join contest dekat blog Innanie Coklateyes. Keluar result awal Jun ritu. Alhamdulillah, terpilih. Dapat la test power Ephyra Skin Bar ni secara percuma dan hasilkan review ni. Suka no lah kan. Lepas tu kan kalau korang share gambar selfie sebelum dan selepas menggunakan ephyra skin bar berpeluang untuk menang iphone6 tau! Bestnyaaaaaaa. Mudah sangat-sangat. Kina pon nak join ni. Cara nak menang iphone6 adalah seperti berikut:

5 langkah mudah untuk memenangi iphone6. Wow weee.

Apa yang kina buat lepas receive ephyra skin bar?
Pertama-pertama sekali kina tolak tepi dulu any skincare, supplement, vitamin E dan mask-mask beli dekat korea aritu (walaupun banyak dan comel rupa bentuknya tapi ku tahan jebat). Sebab nak tengok betul-betul best ke Ephyra Skin Bar ni. Yela, nanti tak tau plak produk yang mana buat perubahan kan samada perubahan baik atau buruk then nak catat. 

Macam mana rupa ephyra skin bar ni?
Berbentuk square berwarna biru kehijauan macam air laut. Oh..my favorite color! Kina jarang pakai cleanser dalam bentuk sabun sebab kerap travel. Dengan cuaca yang panas boleh berubah bentuk sabunnya dalam kereta. Mengandungi bahan utama seperti Glutathione dan Alpha Arbutin yang famous dengan functionnya iaitu mencerahkan kulit. Collagen pula sudah pasti untuk awet muda sentiasa sesuai dengan wanita yang gemar menggunakan ayat usia hanya pada angka. Hihi. Bagi pencinta haiwan sepertiku, ephyra skin bar ni tanpa ditest dahulu kepada haiwan. Bagus bukan?


Not tested on Animal. Sokonglah buatan MALAYSIA!

Ok..mari kita mulakan my journey dengan Ephyra Skin Bar selama 2 minggu ni.

My skin condition - 
Type - Blemish prone & oily skin
Jeragat dan parut jerawat memang bersepah.

DAY 1 -  First time ni nak pakai. Paling menangkap adalah bau Ephyra Skin Bar tu. Bau die not too strong macam pencuci lain bahkan rasa macam tenang dan nyaman tau. Lepas tu kina tengok balik dekat kotak dia. No wonder lah, ingredient dia ada aromatherapy fragrance. Sedap sangat bau dia. Fresh je rasa. Rasa nak cuci muka je. Serious hari pertama pakai sampai 5 kali sebelum solat. Hihi. Foam dia halus-halus. Lembut je bila sapu dekat muka. Hasilnya kulit rasa sangat lembap. (Selalu confuse lembab & lembap..hahaha)

Foam dia halus-halus je. Lembut rasa. Yang penting takde pengelupasan!


DAY 2 - Petang, kina perasan kulit agak lembap tapi lembap sebab banyak minyak. Emm..tak sesuai ke? Pastu tengok balik pamplet. Boleh pakai lama sket masa cuci utk kulit bermasalah. Heh..tak sedar kulit bermasalah. Hahaha. Maksudnya cuci, biarkan dulu baru basuh. Kina pun try biar. Cuci muka, lepas tu gosok gigi dulu pastu baru bilas. Hasilnya rasa lagi bersih dan kurang berminyak. Yeah! Parut-parut semua tu tak rasa perubahan lagi. Mungkin terlalu awal kan tapi suka sebab kulit jadi lebih kering tapi lembap. Tapi tak boleh kalau terlalu lama dan terlalu kerap nanti kulit akan jadi terlalu kering ye.


DAY 3 - Hari ni yang kina paling ingat lah. Hahaha. Sebab apa nak tau? Pudin balik keje, masuk2 rumah ayat pertama dia. "Sayang nampak cerah sket lah arini". Kina tak perasan langsung la cerah ke tak kan sebab rasa macam sama je. Tapi laki perasan dulu. Gila tak kembang kempis hidungku menahan. Sumpah lillahi taala ini bukan rekaan tapi betul-betul. Orang lain puji rasa happy ni kan laki sendiri lagi lah happy. (Abang, kalau baca ni nanti teruskan pujian2mu tapi jujur tau. hahaha). 


DAY 4 - Gerutu pada muka rasa berkurangan sket. Macam mana boleh rasa? Sebab hari ni kitorang keluar. Bila keluar mesti pakai bb cream Seqy beauty tu. Masa sapu rasa licin dekat pipi. Sambil sapu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. First time rasa licin masa sapu bb cream. Kalau tak rasa kasar je kulit ni. Tak perlu nak letak bb cream banyak sebab nampak cerah tau. Jimat bb creamku. Hahaha.


DAY 5 - Sorry. Takde catatan. Kekeke. Jadi kita skip a few days.


DAY 9 - Topik kecantikan antara hot topik dalam whatsapp group. Masa tu bebudak dalam group whatsapp tu tengah cakap-cakap pasal pembersih muka dengan supplement. Dan-dan masa tu kina recommendkan ephyra skin bar ni. Sebab jerawat takde yang singgah sepanjang 9 hari pakai ni. Punya lah bangga jerawat tak keluar. Wahahaha. Biji kolesterol pun makin mengecil dan ada yang hilang terus.  Kolesterol tinggi. Kena kurangkan lah pasni. Tak sure pasal pakai ephyra ke atau sebab puasa ganti. hahaha. But surely I'm happy!


DAY 10 - Pernah dengar tak orang cakap jangan cakap besar nanti kena. Lagi-lagi bab jerawat. Sedang elok hari ni cik jerawat berskala 0.2mm menjadi tetamu di pipiku. Grrrr. Resah gelisah la mak eton. Tapi masa ni bertenang dulu sebab pernah baca kalau langsung tak tumbuh jerawat produk tu mungkin ada chemical yang berbahaya. Jadi terbukti Ephyra takde chemical yang boleh mematikan sel-sel kulitku. Tak risau pasal chemical tu sebab Ephyra ada berdaftar dengan KKM.


DAY 11 - Jerawat tu dah masak. Cepat ye masak macam pressure cooker. Hahaha. Kalau tak lamaaaa dia bertandang baru la nak masak. Jadi tu yang akan lamaaaa je jerawat singgah. Tona kulit pulak macam nampak lebih sekata.


DAY 12 - Jerawat terus kecut. Yippie yeh yeh. Kejap je dah kecut. Alhamdulillah. Sengsara kalau jerawat hidup subur sehingga raya. Taknakkkk. Pori pulak nampak semakin mengecil, bila pakai bedak takde la bertakung sangat macam tasik chini. Hahaha.


DAY 14 -  Parut jerawat dah semakin pudar. Kalau tak biasa parut jerawat amik masa sebulan. Sebab daku kaki kutes. Hahaha. Fine, tak pakai tangan, pakai yang besi. 1 lagi yang kina perasan blackhead dan whitehead berkurangan. Kalau dulu depan cermin boleh nampak titik2 hitam dekat hidung. Sekarang dah kurang lah. Scrub pon kina tak pakai sebab nak test ephyra skin bar ni je kan.

Ehem..kasi bergerak-bergerak sket secara ringkas macam mana kisahku dengan Ephyra Skin Bar ni. Tulis panjang-panjang kadang orang tak gemar nak membaca. Kasi interaktif sket. Kekeke.



Don't know how but it really works! Magical? Indeed. Selfie ciked. Sebelum dan selepas menggunakan Ephyra. Now nampak lebih natural gitu. Make up pun boleh lah kurangkan.

Dua-dua pakai bb cream tapi sebelum tu still banyak tak tercover. Hahaha. Tona pun lebih sekata.
Satu lagi gambar sebelum dan selepas. Nak tunjuk sebelum walaupun bermekap tapi nampak menggerutu dekat hidung, pipi dan bawah dagu. Tengok gambar selepas nampak macam shining licin. Hahaha. Walaupun sket je shining tak macam gambar orang yang kulit flawless tapi rasa bersyukur sangat dah. Harap boleh nampak perubahan yang nak diperkatakan sebab daku memang tak reti nak tunjuk gambar sebelum selepas sebab jenis tak tau camne nak set samakan lighting ka posing ka. hahaha. Tapi budak kecik tu tetap tak senyum. :p
Sebelum menggerutu kan, pori pun nampak..tu tak suka gambar dekat! hahaha..parut banyak..Selepas melicin sket, parut berkurangan. Ke arah make up less. InsyaAllah.

Have to agree to all this points! Semua kina ada rasai perubahannya. Jeragat je la lambat sket. Biasa la jeragat kan degil.
Sekali lagi! To summarize my verdicts : 

PRO : Amazing! Ephyra Skin Bar ni sangat berkesan untuk semua jenis kulit. Muka lebih bersih, blackhead & whitehead berkurangan. Parut & jerawat cepat hilang. Berjaya mencerahkan kulit yang kusam jadi glowing. Jimat sebab sebuku tu tahan lama, boleh potong-potong ikut kegunaan tapi kina tak potong pon. Paling penting masa gawat-gawat ni Ephyra skin bar ni murah plak tu. RM39 sajo! Kejap je nampak perubahan, kalau lama pakai insyaAllah kalah la memey yang kulit flawless gebu itu. Aaaamiiin2. Hihi. 

CON : Hanya 1 je penambahbaikan yang kina nak cadangkan pada pihak ephyra. Untuk hasilkan formulasi Ephyra skin bar ni dalam bentuk cecair/cream/foam pula. Sebab bila dalam bentuk sabun buku ni senang nak tergelincir dari tangan dan nak simpan dari terkena air susah sket. (Lagi-lagi toilet kecik ni ha) Kalau Ephyra hasilkan formulasi yang sama tapi bentuk berbeza nanti confirm kina adalah orang pertama yang beli tau. Janji ni!

Bagi yang nak mendapatkan Ephyra Skin Bar boleh la follow

Instagram :@ephyra2u@ephyraskin



Nota kaki: Review ikhlas dari mak anak 2. Flawless mari datang kepadaku sebelum raya ni. Hahaha. Ephyra Skin Bar...saya bagi 5 bintang! Boleh pakai dekat muka & seluruh anggota badan! Nak try set promo trial Ephyra lah RM100 sahaja boleh dapat ephyra skin bar & 10 sachet. Sempat lagi ni.



Thursday, April 23, 2015

Review: Seqy beauty yang awesome!

Salam

Pertama-tama sekali SAYA TAK JUAL ye. Hihihi. Tak tahu kenapa mesti orang ingat kina jual. Jadi cakap awal. Bagi yang pernah baca kina sebelum ni pakai pencuci muka safi rania. Dah 3 tahun dah memang stick dengan safi rania. So far ok aje, mula la boring kan. Masalah paling takde penyelesaian adalah jeragat. Jerawat tu biasalah, kadang ada kadang takde. Tangan gatal maka tumbuh melata. Hahaha. Jeragat yang paling horror sebab hormon & genetik kot. Wan mi pun banyak jeragat. Ni kan baru balik kuantan die pun sibuk la nak suruh order jugak. Hihi.

Terima kasih sangat dekat Eliz owner IG Estrella_onlineshop  sebab kenalkan kina dengan Seqy Beauty ni. Sebelum ni tak pernah dengar pun. Rupanya milik adik beradik blogger famous sepet & ceeramoon sekarang panggil ceeranoh. Banyak testimoni dah walaupun baru lagi. Kina paling ingat ayat Eliz cakap muka kina dah bersih dah. Hahaha. Kalau tengok face to face memang banyak sangat jeragat, parut jerawat, kolah2, kawah2 tau. Gambar tak nampak. (style amek gambar jauh dari kamera gitu la)

Eliz cakap ada customer die pakai set combo jerawat/jeragat cepat pudar. Ah, cuba lah. Set combo ni ada cleanser, sakura mask & bb cream. Harga promo sekarang ni RM190. Eliz boleh COD utk area Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Port Dickson & Nilai. Haruslah kina pilih pos laju ke office laki saje. Hahaha. Bila laki bawak balik barang pos laju seperti laki bagi hadiah. Hahaha. Syok tau.

Borak-borak di instagram tempoh hari..
Sampai-sampai terus test bb cream. Sebab nak keluar time tu. MasyaAllah, best weh. Tak berminyak muka. Steady je sampai dah bape jam keluar. Patut ah ramai bagi testimoni best2. Boleh tengok tqah juga rakan blogger pun komen dekat ig kina masa mula-mula kina upload aritu. Sape yang hidung die cepat berpeluh? Kina la tu. Pakai bb cream ni tak effect pun sebab peluh tu.

Bagi wan mi try, die cakap macam berlemey je (adik beradik berlengas), pastu tak sampai 5 saat. "Eh, ok. macam menyerap je". Semalam kina pegi makan dekat super kitchen, dengan menggril, berpeluh2, tapi muka still macam glowing. Wan mi kata nampak putih. Hihihi. Tapi kina tak pakai bb cream saja, wajib pakai bedak pixy! Namee roslan pun pakai, tapi die memang dah flawless dan cantik. Jangan dibandingkan dengan kulit xfeloles. Hahaha. Oh ye, kina pakai yang color natural. Ada fair, natural & brown.
Lepas dah bergrill segala, berpeluh2, masih maintain. Bb cream + pixy. No filter, no edit atau mode beautify ye. Tak rasa pelik ke mode beautify tu. Dooh sgt ye. Hahaha. Hanya lighting je lebih sket. Seyesly ni gambar paling dekat yang pernah amek gambar dan post. Hahaha. Memang tak flawless tapi getting better. Masalah lipstick cepat hilang lepas makan. Hihi.

Rupa cleanser seqy beauty
Next, kina pakai cleanser die plak. First impression masa picit tu color oren teringat sabun betik masa pakai dekat asrama dulu. Tengok dekat ingredient die nan ado pulak papaya. Risau kalau mengelupas je. Alhamdulillah, takde pengelupasan. Kulit rasa bersih dan selalu rasa nak cuci muka. Hihi. Cerah tu tak pasti sebab baru dekat 2 minggu pakai. Dahi takde naik jerawat-jerawat kecik. Rasa licin sket dahi.
Color oren. Susah ok nak tadah pastu nak amek gambar sendiri. Hahaha. Punya la nak share kan.
Bulat besar tu sakura mask, bulat slim tinggi tu bb cream.
Last one dan yang paling-paling kina suka. Cardcaptor Sakura Mask! Hahaha. Kina cakap betul, kina bagi 5 bintang untuk sakura mask ni.  Pricey sket RM110 tapi berbaloi sangat. 2x apply dah nampak & rasa perubahan pada kulit. Jeragat nampak pudar. Yes! Cepat! Ni 1st product yang kina pakai jeragat tu tergugat. Kahkah.

Paling win sakura mask ni boleh pakai bila2 masa tanpa perlu pikir tergelak masa pakai mask nanti berkedut. No, sebab die tak mengeras dekat muka. Aritu sambil-sambil nak packing balik kuantan dan kemas rumah kina pakai. Bila cuci terus emm, nampak bersih, glowing, jeragat pudar. Kina sangat recommendkan. Dah cakap dekat eliz nanti confirm wajibulghunnah repurchase sakura mask ni. Sekarang ni tengah ada contest menang iphone6 kalau amek gambar dengan sakura mask. Tolong like boleh dekat ig kina tu? Hahaha. Tau rasa tak leh menang tapi nak cuba jugak sebab alang2 dah ada sakura mask. Korang pun boleh nak join. Pastu kite like sesama kite nak? Hahaha.

Sekali picit akan cukup untuk 1x apply. Anak susah nak korek2 sapu dekat merata tempat. Hahaha
Shahadah kan die suke sangat nak cuba lipstick la bedak la. Anak dara gitu lah. Yang ni die cuba juga nak pakai, boleh buka sendiri tapi die tak reti nak keluarkan sebab kena picit. Hahaha. Padan muka. Jadi boleh jimat sekali picit sekali pakai. Dah tentu amount sama.
Hahaha. Tak tau nak picit. Korang tolong like gmbr ni dekat ig ye nanti.
Kesan jeragat sebelum dan selepas. Yang sebelum tu dah pakai beberapa hari, kanan latest. No edit, cuma crop dan color lighting xsama. Sebelum ni lagi horror tapi tak amek. Malu pun ye. Huahua.

Korang yang ada problem macam kina boleh beli dengan eliz. Agen seqy beauty yang boleh dipercayai dan akan reply dan pos barang dengan cepat. Kalau nak buat dropship pon boleh!
Nah contact die

Whatsapp: +60173945948 (Eliz Estrella Muslimah-die reply cepat)
Facebook: Estrella Muslimah
Instagram: estrella_onlineshop
Blog: shopperslandz.blogspot.com
Vendor boutique: 1) The Populous Bandar Baru Bangi (walk in untuk beli)
2) Popdonna Bangi, Seksyen 9 (sebelah manjaku atas zoukspa)
3) Sistersvendeur, PD waterfront port dickson (sebelah pizza hut)



Shafiyah : mama ni dah kenapa senyum depan handphone? Shahadah: tolong2 mama nampak pinkish ni macam menan chinta. Kahkahkah. Perasantannya mama tu. Kina pakai nyx lip cream, bb cream seqy beauty, bedak pixy. Itu sajo.
Panjang dan banyak gambar kali ni. Hihi. Semoga yang berkira-kira nak tukar skincare atau nak try seqy ni tapi was-was lagi. Silakan. Grab harga promo combo tu cepat.

Nota kaki: Alhamdulillah. Serasi. Jatuh cinta denga seqy beauty. Sesuai utk orang tak berkulit feloles tapi berusaha utk ke arah feloles. Kehkeh. Semua gambar takde edit2. Tq eliz!




Tuesday, October 28, 2014

Review : Asset vs Spanx vs Leonisa

Salam

Hari ni buat review tentang seluar pengurus bump. Hahaha. Masa 2010 dulu kina beli brand ASSETS dari kerryblogshop masa tu kan tengah semangat nak kurus & sembunyikan bonjolan sebab nak kawen. Boleh tengok post ni. fuhh. dah 5 tahun dah punya post. Lepas tu, 2011 kina dapat SPANX super higher power. Menang contest kot tahun tu. Hahaha. Tak ingat. Banyak putus urat. This year plak Leonisa bodysuit. Haa..yang follow instagram terscroll tu nampak la yang ni. Tapi sebab seksi jadi cover2 sket gambar die. Hihi.
My new collection of seluar kurus. : p
Harga
Dari segi harga ASSETS yang paling murah compare dengan SPANX & LEONISA. SPANX & LEONISA harga lebih kurang tp SPANX paling tinggi harganya kot.

Sizing
Kalau korang confuse korang pakai size ape, just bagitau berat & tinggi dengan kak kerry. Pandai la die arrangekan size. Haa. Sebab lain brand lain size. Macam ASSETS & SPANX kina pakai size S. Untuk LEONISA masa mula2 dapat tu terkejut size L/XL. Ingat kak kerry salah pos ke kan. Rupanya memang kecik weh. Nasib tak wassap tanya sebelum try. Hahaha. Jadi antara 3 tu LEONISA paling ketat & kemas. 

Material
Pada kina, material SPANX &ASSET lebih kurang tapi SPANX lagi win lah dari segi kualiti. Sebab bila pakai selesa je tau. Lembut sangat kain die. ASSETS mcm mudah sangat nak terkoyak.  Jadi jangan beli lah ASSETS. Err..LEONISA paling keras & tebal compare both. Mungkin tu untuk membantai lemak2 terbojol yang degil ketegaq. Hahaha. Macam kina lagi prefer SPANX untuk santai2. LEONISA plak bila diperlukan untuk protection dari bonjolan yang lebih tinggi. Hahaha.

Style
Tak tahu nak kategorikannya. Jadi kina cakap style. Hahaha. Ni berdasarkan jenis yang kina ada je tau perbezaan ni. Setiap brands ada macam-macam jenis style ikut citarasa kita. ASSETS macam seluar shaper biasa je. Dari pinggang sampai atas paha. Selalu bergulung2 gak. Hahaha. SPANX super higher power atas sket dari pinggang sampai paha. LEONISA bodysuit ni plak, nama pun bodysuit, dari atas sampai hujung kaki. Die ada tali macam tali bra tu untuk tahan dari bergulung gelung kot. Tali tu plak boleh dicabut bila tak diperlukan. Untuk yang breastfeeding ok jenis gini kan. Nak tengok style LEONISA yang lain bleh click sini.  Tapi kina baru pakai je jadi xtau la cmne nanti. Lepas tuuuu, kina baru perasan kak kerry upload yang SPANX yang ada penyangkut dekat bra, tak sampai kaki. Macam lagi best je yang tu, khas untuk bermasalah di bumper & perut. Hahaha. Nama die Slim Cognito Shaping Mid-Thigh bodysuit. Style2 SPANX boleh tengok dekat sini.

Nak iklankan sket, kak kerry ada jual Belly Bandit postpartum girdle yang Kourtney Kardashian (betul ke eja ni?) pakai. Ramai celebrity obersea pakai. Jessica Alba yang berlakon fantastic four tu pun pakai gak. Material dari bamboo. Dekat Amazon & IG pun banyak good reviews on Belly Bandit ni. Kina tak pernah pakai jadi xle nak review yang ni. Korang tengok lah sendiri dekat facebook page Kerry's Blogshop. 


Sekarang ni kak kerry ada buka pre-order untuk Oct sehingga 31 OCT ni. Cepat grab sebelum terlepas batch ni sebab pre-order dari US ni kan amek masa. Wassap kak kerry - +60132220841



P/S: Perbandingan ini berdasarkan pendapat peribadi utk koleksi peribadi bukan semua model setiap brands tau. Kalau ada lagi akanku review..TQ..:)..Baru insof nak  diet ni..Sebab lepas pantang aritu makan macam ape je sampai berat jadi 58kg sket lagi dah sama berat masa nak beranakkan shahadah..hahaha





Monday, May 26, 2014

Review : Secret Skin Kawaii White Collagen

Salam..
Kina ni pembaca tegar blog Dr Halina..Masa tau die punya beauty regime lagi-lagi pasal sk2 & secret skin kawaii white collagen tu rasa teruja sbb kulit die cantik gile kot..sk2 maybe belum sampai masanya (harga pun boleh tahan kan..jadi ku teruskan basuh muka dgn air basuhan beras je dulu..penganti sk2..hahaha)..
Camni rupa Secret Skin White Collagen..kalau kat instag tu banyak la gambar karpet ni..hahaha..

Secret skin kawaii white collagen tu die consume dulu baru die start jadi duta tau..masa die publish post pasal tu kina da agak da nanti mesti secret skin kawaii white collagen akan up as their testimonials..indeed! Tak lama lepas tu Dr Halina dilamar jadi duta dorang..so Dr Halina ni memang betul2 pengguna sebelum jadi duta lagi..tak macam certain2 product yang amek jadi duta dulu baru pakai.. (tu pn belum tentu pakai kan..kuikui)
Kina start consume ni bulan april..tak susah nak consume, boleh kemam atau bancuh dengan air..tak yah bancuh pon xpe, kerat sket curah dalam mulut..hahaha..ala..macam ratah milo @ creamer dekat hotel.. (ops..ke aku je yang buat keje gitu? Hahaha)..rasa die sedap..masam manis manis..rosemary tu spices la..hahaha..raspberry + strawberry..utk kite mak2 yang busy ni sesuai la..nak bancuh susu anak lagi, so save time la makan camni supplement ni..yang paling penting ada HALAL Jakim, preggy boleh makan & menyusu pun boleh. Ada banyak testimoni yang cakap susu dorang bertambah lepas consume ni. Kite tengok lepas bersalin nanti camne..
Start umo 27 tahun ni rasa macam taknak neglect tentang kesihatan dan kecantikan..rasa makin tua..hahaha..
My verdicts about this product:1) kulit rasa soft..bukan kulit muka je..kulit 1 badan tau.. Crack dekat kaki pun kurang. Tanya pudin die awal2 tu die cakap sama je..lama2 baru die cakap 'a, ah la, lembut kulit syg'..2) liang2 dekat hidung kembangku itu makin mengecil.3) blackhead masih ada tapi lesser la..4) tang jeragat rasanya tak effective untukku sebab jeragat masih berlegar2 riang ria.5) rasa bersih & glowing. Ke seri ibu pregnant? Hahaha..tapi pudin cakap makin bersih..sebab masa bulan 3 tu naik jerawat 2 3 ketul..


Latest picture after 1 month, no editing, no foundation, cuma pakai bedak pixy..lipstick pon tak sempat pakai lagi time ni tu nampak pucat je..camne nak cerahkan tepi-tepi bibir tu ek? huahua

Ni pulak about 3 weeks after consume, no foundation jugak. tapi sempat berlipstick dah..hahaha
Recommended! Boleh purchase lagi..kina punya trial untuk 1 bulan je. Pas bersalin nanti baru nak sambung semula. Kina beli dengan wife exsemsas merangkap wife bff pudin..Banyak lagi info tentang secret white skin collagen ni..Boleh baca dekat sini.
Harga: RM250 (label kat box)Promosi: RM170 FrEE postage for Semenanjung Msia. Add RM10 for Sabah Swak..Kandungan: 60 sachets per box. 15gram each.Trial package: 30 sachets for 1 month - RM90 for Semenanjung. RM95 for Sabah Swak.
Cara order: sms/whatsapp Nadialiyana 0134742456. Sistem die bank in hari ni, esok pos. Posting setiap hari kecuali Sabtu.
Korang boleh beli dengan die dan mention baca dari blog kina nanti die bagi freegift tau..
Boleh contact die dekat facebook Nadialiyana atau watsapp..testimoni pun korang tengok dalam album facebook die, no edited punya testimoni..nanti die akan follow dan consult korang tau..die tak lepas tangan la lepas korang da beli dgn die..jadi nak skip tu kena pikir banyak kali..hahaha..kina pun ada terskip2..ampun neddy..kalau ikut betul-betul maybe lagi banyak perubahan ye..









Monday, May 12, 2014

Review : Bio-essence Miracle Spring Water

Salam..
Dulu ade cerita pasal benda ni dekat entry barang bawak pegi umrah. So arini story details sket.

Camni rupa die..Bio-essence Spring Water
Kat Malaysia ni kan cuaca tak menentu, kalau dekat Tanah suci plak kering sangat. Memang sesuai mende alah ni ada dalam handbag. (Even da berat dengan barang anak kan). Kalau tengok dekat botol die tulis 20 kebaikan untuk muka, rambut & badan. Ala tapi bukan semua pun berhasil, biasa la tu.

Yang buatkan kina berkenan nak beli miracle sping water ni sebab die boleh apply seluruh badan. Yup, mist ni bukan untuk muka sahaja. Dan yang paling best juga sesuai untuk babies! Kalau untuk babies boleh juga soothes diaper rashes. Spray je. Senang kan. Shahadah pun boleh sibuk2 guna 1 badan. Hihi.

Masa dekat Mekah & Madinah hari tu rambut shahadah memang kering kalau tak spray ni. Kina pun selalu spray muka dan tangan. Ibu pun join sekaki. Ibu cakap kurang sket kering dan gatal2 compare sebelum2 ni die pegi. Mula2 kulit akan kering kemudian akan gatal2. Bila spray rasa sejuk & fresh ala2 ji hyo. Hahaha.
Papa & shahadah dekat Gua Hira'. Nampak tak kering gila rambut die masa ni. Sorry quality gambar tak seberapa.

Benefits yang kina rasa antara 20 yang die tulis tu antaranya:
1) control oils
2) make up tahan lebih lama
3) relieves tiredness, cool & fresh je rasa
4) lembapkan rambut
5) moisturize skin

Yang lain2 tu macam refines pores, reduces dark circles, reduce eye bag & bla3 tidak plak ku perasan perubahannya. Semua orang lain2 kan. Kawan kina pun die cakap die pakai ni lepas kina up dekat instagram. No wonder la kulit die selalu moist je tengok! Dr Halina pun pakai spring water tapi brand Evians kalau tak silap. Selalu nampak dekat KLIA tapi agak pricey compare to this one.

Harga: 100ml RM18.90 beli dekat Farley masa tu ada sale. Dekat watson, guardian ade tapi xtau la harga die. Semalam nampak botol die besar gajah RM35.90. Cmne nak sumbat dalam bag tu. Hahaha.
Beli dari bulan 12 ke bulan 1 sekarang tak habis lagi. Recommended!



Monday, January 27, 2014

Review : FARMASI Stay Matte Foundation (FCC)

Salam

Lepas shahadah keluar memang malas nak pakai foundation. Masa pregnant ke die pun cuci muka pun malasnya lahai. Bila dah bersalin ikut mood kerajinan. Tapi biasanya takde masa la kan nak tepek foundation. Last time beli foundation adalah jenis naturactor masa tu masih bekerja di IMR. 2 tahun lebih dah tak beli. Now, rajin pulak nak melawa. (Hormoooon..hahahaha) Tapi blusher, eye shadow tu takde la. Cuma rajin bab skincare & nak tutup bulan dan bintang di muka ni. 

Selalu jugak nampak brand FARMASI ni dekat kedai tapi takde nafsu pun nak beli. Tapi bila dapat voucher Zalora last month 'ter'beli la foundation Stay Matte brand FCC atau dulunya dikenali sebagai FARMASI. Hahaha. Tapi sebelum ku click button buy tu yang jadi nak beli tu sebab ade orang review 5 bintang dekat situ. Lepas tu google2 banyak review cakap best foundation ni. So try la, lagipun pakai voucher. No harm. Korang search la memang ramai yang puas hati. I'm of one them!

Stay Matte Mineral Foundation FCC
Macam ni rupanya foundation ni. 

Kina terbeli warna yang paling gelap sekali antara 3 warna rupanya. Hahaha. Soft Beige 06..Ingatkan medium. Tapi takpe sebab bedak pixy dah cerah jadi bila pakai nampak balance la muka tak nampak gelap pun. Dia bagi full coverage dengan matte finishing. Sesuai la dengan muka berminyakku ini. Tak nampak shining2. Seriously, rasa samar-samar je jeragat & parut jerawat. Takde la calit banyak pun. 

Lepas tu tak rasa macam cakey, rasa macam tak pakai foundation pun. Biasa kan kalau keluar balik rumah mesti rasa macam berlengaih, berminyak gitu kan. Tu yang buat menyampah nak pakai pun ada. Tapi pakai foundation ni kadang-kadang terlupa yang kita ni pakai make up. Ringan je rasa. Kalau dibandingkan dengan Naturator & BB Cream yang kina pernah pakai sebelum - sebelum ni this is the best foundation so far yang kina pernah try.

Sebelum dan selepas : pudar jadi yang rupa macam jeragat tu..kekeke..

Made in Turkey. Yang paling penting ia adalah HALAL. Saya suka saya suka. Rata-rata yang tulis boleh bawak semayang macam bedak arab tu. Yang paling best, lepas je first time pakai aritu, pudin tegur 'wow, licinnya kulit'..hahaha..sape tak suka laki puji..orang lain tak penting yang penting laki nampak..Bila upload gambar ramai cakap seri orang mengandung..takde makna tau..kalau tak pakai foundation & bedak scary weh tengok. Hahaha. Ok la, itu saja nak review. Lipstick FCC ade jugak beli pakai voucher aritu tapi tak berapa best. Tak sesuai denganku. Nama die pun tak ingat. Jadi bakal bagi dekat orang lain. Nasib baik free. Heh. 

Repurchase? Of course.. tapi bila tu tak tahu la kan. Hihi. Maybe pregnant kali ke3? Hahaha..


Monday, June 3, 2013

Review: Maajun Anggun Bistari

Salam


Hari ni Sarawak cuti lagi. Cuti gawai. Tapi tak balik pun semenanjung sebab tiket mahal + nak save cuti pudin untuk di masa hadapan. Dah 2 bulan lebih tak balik. Sobsob. Hujung bulan 6 ni balik sebab pudin ada kursus dekat Terengganu. 

So, bagi yang pernah baca blog post kina pasal MAB utk planning sebelum ni. Kina ada janji akan review bila botol ke5 kan. Ada la jugak mengelat masa botol ke3. Botol ke 4 ada miss sebiji tapi keesokannya terus makan 2 biji utk ganti ikut ke peraturan die la. Setakat ni belum pregnant lagi. Hee. 

Setelah penggunaan 5 botol pemerhatian kina:
1) Bila makan cepat haus. Bagus la kalau banyak minum air kan. Bila banyak minum air kulit pun mulus gitu. Mukaku memang tak mulus pun. Cuma sekarang ni ok la kot sikit. (sikit je tak banyak, maybe jugak bukan dari MAB)

2) Dah datang period 3x setakat ni even fully breastfeeding. First & second period memang kacau, lari ke laut. Warna pun tak sama macam biasa. Macam color MAB. Coklat pekat. Short cycle. Mula2 period 4 hari lepas tu bersih 7 hari lepas tu datang balik sampai istihadah a few days. (make sure korang tahu kira istihadah & period macam mana nanti kang istihadah xsolat plak). I just bare with that sebab tengok testimoni org lain memang awal2 die buang darah kotor ke ape gitu.

3) Period yang ke3 datang lewat sikit (ingatkan pregnant dah tapi bukan). Period yang ke3 ni baru macam period zaman dulu2. Tempoh 7-8 hari, warna pun sama sediakala bukan warna MAB dah. So i guess MAB dah teraturkan balik kot. Sebab tu ada MAB pun digalakkan utk period yang tak teratur & untuk TTC (trying to conceive). Tengok period yang ke4 kalau datang lah. Hihi. Kununnya nak berhenti planning dah tak lama lagi sebab kalau pregnant sekarang baby 2014. hehe. Shahadah punya perkembangan kan terover cepat macam budak besar sangat, maybe dia nak cepat ada adik. Hahahaha..InsyaAllah dah ready utk 2nd baby. Utk 3rd baby nanti akan teruskan makan MAB atau tak kita tengok dulu sebab igt 3rd baby nak jauh sket jarak. Maybe opt to IUD even rasa macam seriau je..(jauh tak fikir baby ke3 dah skg ni..hehe..yela, umur bukan makin muda). Tengok jiran nun di sana macam best je anak ramai main sesama sendiri. 

4) Tak mengganggu penghasilan susu. Alhamdulillah & paling penting xbuat alergik dkt shahadah. Pada pendapat kina lah sebab banyak minum air kot. 

5) Bertenaga dari segi dalaman & luaran. Memang rasalah berbeza. Hee. Malas cerita banyak segan lah.

6) Tak bestnya kena berdisiplin betul. Tiap2 hari alarm berbunyi sebabnya waktu makan kena sama sebab MAB ni berkesan 24jam, kalau lebih dari 24jam boleh jadi menghasilkan telur ke apa ntah.(padahal aku ni budak biologi tapi still blur gak kadang2 tu pasal ovulation). Kadang-kadang masa shahadah tengah tido berbunyi alarm memang geram rasa kat alarm tu. Hahaha.

7) Suka sebab ada habbatusauda dalam kandungan MAB. Habbatusauda kan ubat segala penyakit kecuali mati. (riwayat hadis sahih).

8) Harga dia ok la, RM15 sebulan punya. Hari tu borong terus 3 botol sebab malu nak jumpa kakak tu setiap bulan. Hehehe. 

9) Hari2 lawas nak membuang. Maybe sebab byk minum air.

Ok la..itu sahaja..kita hanya merancang Allah yang tentukan..kalau kita makan apa2 pun atau planning macam mana pun kalau Allah nak bagi kita kena redha sebab tu rezeki & amanah yang tak ternilai. Begitu juga kalau Allah nak bagi lambat, tentu ada sebabnya..Selalu fikir kalau Allah lambat bagi atau lambat perkenankan doa & permintaan kita maybe sebab dosa2 terdahulu ;( & Allah nak kita dekat dengan Dia. 

Bagi yang tengah TTC, tak kisah anak pertama ke anak ke2 or so on kina doakan. Bagi yang tengah planning, planning elok2. Hihi. Jangan cakap sedih, kesian dekat anak no1..kecewa anak yang 2nd kalau die tahu. No wonder anak ke2 selalu orang cakap degil sket tapi baik hati. (aku tau ko baca blog aku adik! sila jgn ketegaq.hahaha)

Sharing is sexy..Penjual MAB kalau nak pakai testimoni ni pakai lah..Bagi yang nak makan sebab lepas baca ni sila mencuba selepas berbincang dgn suami & TRY AT YOUR OWN RISK tau..

Last but not least, suka baca perkembangan anak2 org lain..Ada banyak yang sama & ada yang unik..tapi lama dah tak cerita perkembangan shahadah chinta dekat blog..

UPDATE: After 1 year, now kina pun jadi agen dah untuk MAB ni. Tapi harga tak sama dah macam dulu sebab dah tukar bottle. Watsapp me at 0132126952 kalau nak cuba ok. Saya pengguna yang berpuas hati jadi saya pun jadi la penjual sekarang ni. 



Saturday, March 2, 2013

Review make-up routine mama

Salam
Lepas bersalin kulit muka sangat la kusam masam..make up beriya memang tak la nanti budak kecik tu kang gigit2 muka ni..tapi kalau xmake up langsung horror gile kot..mcm xsiap..haha..taknak la nanti orang cakap dah ada anak muka sememeh walaupun memang la sememeh pun..hahaha..tapi kalau kulit cun mcm kulit telur tanpa jeragat xpo la berani tanpa bedak pun..eventho sekarang jerawat dah malu2 nak keluar..I like it..tapi yang kina perasan jeragat bertambah & bibir ada gelap2 kat hujung bibir..I hate it.


In my handbag now no more bag make up..(lagipun handbag kecik aje tak muat nak sumbat) kalau dulu ada macam-macam la jugak..lipbalm nivea, lip tint tony moly, lipstick maybeline, lip gloss, bb cream la, naturator ( foundation bulat tu ), compact powder, eyeliner..perlu la jugak bag kan..sekarang cuma pakai 3 benda ni sahajo..mama tak cukup masa..tak sampai 5min mama siap & ready to go..

Ini lah 3 barang make up mama sekarang. Haruslah gayakan keluar dari handbag. Hehehe. Handbag tu 50iggit sajo..Beli masa honeymoon sekarang baru pakai sebab handbag biasa pakai dah terkena milo sebab shahadah chinta..


Dari atas, bedak compact pixy, eyeliner silky girl, dior serum lipstick


1) Bedak pixy (UV Whitening)
Ini bedak pixy yang ke3 kot kina beli..since 2011 pakai..sebelum ni pernah pakai bedak miyami yg seakan pixy jugak die punya result tapi yang ni lagi murah, bedak clinique kununnya boleh kurangkan jerawat nay ade gak jerawat aku. Mahal yo yo o je. Huh. Bedak ronasutra susah nak dapat kalau offline dulu. Maybeline beli sebab daya tarikan dekat watson/guardian xsuka sgt finishingnya. Paling suka bedak pixy, dah la finishing cantik, murah plak tu tapi xboleh lawan bedak opera cina petak2 tu lagi murah..rasa sejuk mcm bedak sejuk kan..tau yang mana? kahkahkah..tapi suka gak bedak tu dl..kina sllu paw nenek punya..Back to pixy..Dekat mydin ada jual pixy ni dlm RM6++ kot kan..Bintulu harap maklum sik ada mydin..haha..Bedak pixy ni boleh mengurangkan cela2 bulan bintang dekat muka..tertutup la sikit jeragat tu..huhu..Kalau ada petua hilangkan jeragat sila roger..



2) Longlasting eyeliner silky girl (Black color)
Kina pakai yang ni rasa mcm bertahun2 xhabis..Beli dekat guardian ke watson ntah..RM12.90 rasanya..prefer yg pusing2 compare to pensil sebab kadang2 tak asah rasa tajam..huhu..sakit..bahayo woo..Silky girl ni dah lama jugak la pakai..macam forever je rasanya..Tapi favorite celak kina adalah celak mekah RM1 juga boleh beli kat Mydin..Ke sekarang dah naik harga?cuma die tak boleh asah & agak comot dalam bekas kaler biru @ merah tu..pastu senang patah & hujung xtajam..as you can see kina ade eye bag yang menawan..hahaha..sejak dari kecik ok ade eyebag ni..ala2 yoona SNSD kan..bff kina cakap 'ok, aku percaya dah ckp ko eye bag ko dari kecik sebab shahadah chinta pun mewarisi eye bag tu'..kalau tak pakai eyeliner ni nampak sgt mcm baru bangun tido even mmg baru bangun! Hahaha



Eye-bag mama diturunkan kepada anaknya..galok nampaknya dalam jellymom seat..nanti review ye..
3) Dior serum lipstick
Since bibir kina masyaAllah kering yg amat even dah minum byk air, ditambah plak ada gelap2 kat bibir..masa tgh belek2 lipstick promoter tu promote la dior serum ni..die cakap die tgk bibir kina sgt kering,terkejut gak tengok harga RM108 tapi buat2 muka cool..masa tu flight dah memanggil2 jadi rembat jugak la..lepas tu menyesal kejap tapi bila pakai rasa tak menyesal dah..haha..dok try2 warna die suggest warna kod 760 sebab nampak bibir gelap..kina xd la suka sgt warna tu tapi kina akui tak sesuai kalau amek warna yg kina biasa pakai dulu mcm coral brand maybeline nanti lagi obvious nampak line gelap tu..sobsob..
taken from thebeautyclub.com.au

Ada petua x nak hilangkan hitam2 dekat bibir?? 

So far sgt suka lipstik dior serum ni. Lepas beli hari tu tengok dekat makeupvalley memang banyak review yang bagus2..dapat 4.3 dari 5 point..kira hebat jugak la tu..Just dab sikit je dah cukup. NAK JIMAT! haha..tapi betul..sekali oles dah ok..easy breezy covergirl..haha..baca dengan nada america next top model..memang rasa moist je bibir..tahan lama sebab colek sikit je..next year plak beli..tu pun belum tentu habis kot kan..


So, ini gambar betul2 after make up..baru nak naik kereta..Natural je (macam tak make up sgt la) tapi kekusaman tidak kelihatan...gitu lah..atau perasan je lebih..haha..
Jeragat nampak tapi kurang la. Nampak tak bibir gelap kat lip liner..kina tak pernah pakai pun liner..
Shahadah takmau bagi kerjasama so mama posing sorang2..cahaya terik so nampak le cerah sket..
Ok lah..banyak sebenarnya nak update tapi ampun tak cukup masa..maybe kena buat banyak terus post lepas tu schedule..(lebih2 lagi masa pudin ada kat rumah, boleh la die pegang si cilik itu)..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork