Monday, January 27, 2014

Review : FARMASI Stay Matte Foundation (FCC)

Salam

Lepas shahadah keluar memang malas nak pakai foundation. Masa pregnant ke die pun cuci muka pun malasnya lahai. Bila dah bersalin ikut mood kerajinan. Tapi biasanya takde masa la kan nak tepek foundation. Last time beli foundation adalah jenis naturactor masa tu masih bekerja di IMR. 2 tahun lebih dah tak beli. Now, rajin pulak nak melawa. (Hormoooon..hahahaha) Tapi blusher, eye shadow tu takde la. Cuma rajin bab skincare & nak tutup bulan dan bintang di muka ni. 

Selalu jugak nampak brand FARMASI ni dekat kedai tapi takde nafsu pun nak beli. Tapi bila dapat voucher Zalora last month 'ter'beli la foundation Stay Matte brand FCC atau dulunya dikenali sebagai FARMASI. Hahaha. Tapi sebelum ku click button buy tu yang jadi nak beli tu sebab ade orang review 5 bintang dekat situ. Lepas tu google2 banyak review cakap best foundation ni. So try la, lagipun pakai voucher. No harm. Korang search la memang ramai yang puas hati. I'm of one them!

Stay Matte Mineral Foundation FCC
Macam ni rupanya foundation ni. 

Kina terbeli warna yang paling gelap sekali antara 3 warna rupanya. Hahaha. Soft Beige 06..Ingatkan medium. Tapi takpe sebab bedak pixy dah cerah jadi bila pakai nampak balance la muka tak nampak gelap pun. Dia bagi full coverage dengan matte finishing. Sesuai la dengan muka berminyakku ini. Tak nampak shining2. Seriously, rasa samar-samar je jeragat & parut jerawat. Takde la calit banyak pun. 

Lepas tu tak rasa macam cakey, rasa macam tak pakai foundation pun. Biasa kan kalau keluar balik rumah mesti rasa macam berlengaih, berminyak gitu kan. Tu yang buat menyampah nak pakai pun ada. Tapi pakai foundation ni kadang-kadang terlupa yang kita ni pakai make up. Ringan je rasa. Kalau dibandingkan dengan Naturator & BB Cream yang kina pernah pakai sebelum - sebelum ni this is the best foundation so far yang kina pernah try.

Sebelum dan selepas : pudar jadi yang rupa macam jeragat tu..kekeke..

Made in Turkey. Yang paling penting ia adalah HALAL. Saya suka saya suka. Rata-rata yang tulis boleh bawak semayang macam bedak arab tu. Yang paling best, lepas je first time pakai aritu, pudin tegur 'wow, licinnya kulit'..hahaha..sape tak suka laki puji..orang lain tak penting yang penting laki nampak..Bila upload gambar ramai cakap seri orang mengandung..takde makna tau..kalau tak pakai foundation & bedak scary weh tengok. Hahaha. Ok la, itu saja nak review. Lipstick FCC ade jugak beli pakai voucher aritu tapi tak berapa best. Tak sesuai denganku. Nama die pun tak ingat. Jadi bakal bagi dekat orang lain. Nasib baik free. Heh. 

Repurchase? Of course.. tapi bila tu tak tahu la kan. Hihi. Maybe pregnant kali ke3? Hahaha..


5 comments:

Sheila Salim on January 27, 2014 at 10:29 AM said...

Assalamualaikum kak kina, kulit sheila skrg bertompok kering. sedih betol sebab sendiri malas nak jaga muka. hahahaha. bestnya, sheila pakai voucher zalora beli kasut. heheheeee sheila ada naturactor, tapi malas nak pakai, acaner muka tak pucat Y________Y

Hidayati Farhan on January 27, 2014 at 11:52 AM said...

rajinnya kina berfoundation waktu preggy. kita dlu dan sapu bedak je. haha, x bagus betul.

nurul iman on January 28, 2014 at 11:18 AM said...

ahaha. baby boy kah

puan.mila on March 6, 2014 at 9:48 PM said...

mahal x foundation ni kina?? eh cmne dpt voucher zalora eh?? kena shopping kt dorg eh? byk plk ty..hehe

Unknown on July 18, 2014 at 9:50 PM said...


assalam. aku nak let go bbcream farmasi colour cosmetic atau lebih dikenali sebagai fcc bbcream. reason nak let go sbb xsesuai dgn kulit. aku kulit kering tp fcc ni lebih sesuai untuk kulit minyak. baru pakai 2 kali. nak let go RM29. aku bli light to medium tone. ade dua je pun tone kaler. apa yg pasti bb cream ni sgt wangi. aku terbayang2 koko bila pakai bbcream ni. rs nak makan je hehe. kalau minat leh contact 01112248901

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork