Thursday, April 20, 2017

Penginapan di KK : Hotel Grand Borneo

Salam
Ampun baru nk update. Terperam dalam draft sebab gambo. Next itinerary insyaAllah.

Selepas 2 malam di kundasang. Kita pindah ke KK. Di Kota Kinabalu ktorang duduk hotel grand borneo. Ntah macam mana kina boleh igt book hotel grandis. Choi je. Hahaha. Hotel grand borneo dan grandis dua-dua attached dengan mall. Tapi grand borneo ni jauh dengan jeti, grandis dekat dan of course lagi mahal.
Sebelum langsir dibuka

Selepas langsir dibuka..budak2 ni wajib berendam dalam tu..boleh angkat blind tu nampak permandangan (takde la menarik pun pemandangannya.hihi)
Kenapa amek hotel ni sebab ada bathtub dan ada mall. KK kan panas, budak-budak ni pulak memang suka mandi dalam bathtub. Dekat KK banyak berehat sebenarnya lagi-lagi hari last sebelum nak balik. Tak banyak berjalan pun.
Katil. kakak shahadah tido dekat sofa depan tu je. hihi
Shower dan toilet asing.

Ktorang book melalui Agoda. 2 malam RM518 termasuk breakfast. Jadi 1 malam RM259 termasuk taxs. Ada halal jakim paling penting. Breakfast dia ok la. Turun awal supaya tak ramai orang.
Kemain sapu butter, orang amek gambar terus sengih2.

Kereta sewa pulang dah sehari sebelum nak balik sebab nak jimat naik Uber je esoknya pegi airport. Kereta sewa kina dapat RM350 untuk 8 feb amek 3.30ptg -11 Feb pulang 3.30 petang dengan Sahabat kereta sewa. Ktorang pilih MYVI. Jalan ke kundasang berbelit-belit pastu jalan tak ok sangat, jadi pilih kereta yang ok sket. Sebab kereta sewa dah pulang petang tu, petang sebelum maghrib tu kitorang ukur mall jela. hihi. Dapat seluar songket & baju budak2 ni dekat bawah tu.


Pintu doremon ke mall sebelah..

Next year nak pegi lagi lah. Nak duduk Kinabalu Pines  dekat kundasang & dekat KK hotel Grandis tak pun La Meridien. Sebab hazab jugak nak parking dekat bandar KK tu. Grandis dekat je dengan Jetty Jesselton, La meridien pula dekat dengan pasar filipina dan tempat makan seafood tu. Kumpul duit dari sekarang. Tapi yang penting kundasang 3 malam. hihi.

Wednesday, March 8, 2017

Penginapan di Sabah : Kiram Village

Salam..

Akhirnyaaaa..Baru mood datang. Plus masa terluang sket. Lama delay nak cite pasal trip ke Sabah dengan anak-anak bulan lepas. Harap2 tak lupa lah. Hihi. 

Ok, flight takmau cite lah sebab semua orang boleh book dan cari dekat Air Asia kan. Kitorang pilih 8-12 Feb sebab masa tu thaipusam, penang cuti. Lepas tu Sabah Sarawak tak sambut thaipusam, bukan time cuti sekolah jadi maybe tak pack sangat kan. 

5 hari 4 malam di sana : 2 malam di Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu. Next time nak amek 3 malam dekat kundasang lah sebab Kundasang best! Lepas ke Sabah ni baru iols sedar Iols suka tempat yang sejuk compare dengan pantai & bandar.

Kiram Village
Di kundasang kami pilih Kiram village, mula-mula nak kinabalu pines resort tapi dah full. Kalau nak book Kiram village takde dekat Agoda dan sewaktu dengannya (setakat ni lah). Boleh whatsApp no kiram village. (sabar lah menunggu reply ye).
Rate untuk rujukan korang. Tapi ada yang review bilik yang besar tak ok sgt. Kitorang amek Pineapple. Baby tak kira la jadi boleh walaupun max 5 orang. hihi. Tu no tel whatsApp je.

Ada banyak jenis bilik. Semua nama-nama sayur dan buah-buahan. Kitorang amek bilik Pineapple.  Ada 1 katil queen lepas tu tambah extra mattress. Extra mattress tu charge per hari. RM25 tak silap. So jadinya kitorang sewa semalam RM100 + RM25. Towel korang bawak la sendiri ye. Kiram village ni guna kaedah macam Air Asia, nak add on semua kena bayo ye. Hahaha. Towel xigt berapa RM5 kot, extra mattress RM25, iron sewa RM5.
Dalam bilik Pineapple. Luar kayu, toilet je tile simen semua.

Toilet bersih, ada water heater tapi air slow (what to expect dekat tempat tinggi water pressure rendah). Pagi weols tak mandi pon sebab sejuk yang amat masa hari tu. Kaki kakak siap cramp, bukan cramp die kebas pastu sakit la bila pijak. Bilik tu kayu jadi bila pagi tu rasa taknak pijak lantai. Tido malam memang sejuk sangat. Rasa 10 darjah kot. Dekat rumah ktorang selalu acond sampai 24 je. Jenis tak tahan sejuk.

Malam tido seme pakai baju sejuk. Tengok bibir kakak biru. Hahaha.

Dorang cakap bulan feb & mac paling sejuk. Bawak lah stokin dan sweater utk tido. Kina bawak baju tido biasa je sebab orang cakap tak sejuk sangat. Rasa macam 10darjah celcius je malam ke subuh tu.

5700 ft above sea level
Ada gaya kampung hobbit tak? 

Brocolli ni pun comel sangat. beza RM20 dgn pineapple.

Dekat Kiram ni nak senang breakfast dan dinner korang boleh makan dekat cafe die je dan dijamin halal. Pemilik Kiram ni orang Islam. Ktorang merasa breakfast je. Biasa-biasa saja roti canai RM2 dan air nestum, milo..Malam kitorang tapau luar dan tido pun awal. Laki iols pulak dah start diet masa ni, ngengade kan cuti pon diet. Hihihi.
Turun tangga dari bilik nak pegi breakfast. Shahir wajib dalam carrier. 
Masa check in. Ktorang lambat sampai sebab banyak berhenti dan jem sebab time orang balik keje.

Kalau next year duduk penang lagi boleh la amek direct AA ke KK sebab penang direct je ke KK jadi tak lebih nak drive ke KLIA bagai. Ok tak bawak 3 budak2 ni jalan2? Ok je kalau ada kerjasama. Hihi. Shahir pun dok dalam carrier je tido..Kalau dia dah start jalan maybe susah la sket tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan utk berjalan2..hihi.. Ok, next pasal hotel grand borneo plak. 


Thursday, January 19, 2017

Review : Lekit! Slime mampu milik.




Salam,

Hari ni kina nak review LEKIT!. Lekit ni nama je lekit tapi die tak melekat dekat tangan. Lekit! adalah nama bagi slime yang mampu milik.  1 bekas sekarang ni promo RM19 (harga pasaran mencecah RM56 tau kalau slime biasa). Korang boleh tengok dekat instagram lekitmalaysia atau facebook Lekit.

Pagi-pagi tadi budak-budak ni bangun mintak nak main Lekit. Shafiyah sampai sudah panggil slime ni slide. Hahaha. Apa yang best sangat dengan lekit ni?

1) Harga yang berpatutan!
2) Bau wangi (Macam honeydew)
3) Tak melekat pada tangan.
4) Ada macam-macam warna.
5) Limited edition Glow in the dark pun ada. (Boleh tengok video dekat instagram)
6) Sejuk pada tangan.
7) Paling penting selamat untuk kanak-kanak (Dah tested no heavy metal dekat National Poison Centre of Malaysia)


Founder Lekit! adalah seorang chemist dan ibu macam kita. Tujuan utama Lekit ditubuhkan utk memberi peluang pada golongan kurang berkemampuan utk membeli slime sedia ada yang memang agak mahal. Lekit dapat merangsang perkembangan anak-anak melalui sentuhan, rasa, hidu dan melihat dgn mata.

Dengan bermain Lekit! kina tengok Shahadah & Shafiyah dapat salurkan imaginasi dorang dengan happy. Macam-macam boleh bentuk dengan Lekit ni. Masa mula-mula keluarkan Shafiyah tak habis-habis cakap Wow. Its pretty. Kakak shahadah pulak bila tanya best tak kakak? Kakak cakap Best Ever!

Sekarang ni kitorang dah kuarantin main playdoh sebab habis karpet, lantai kena playdoh. Hahaha. Lekit ni senang je kalau stained boleh cuci dengan air suam. Kalau melekat pada rambut pun mak-mak terperlu risau. Boleh basuh je. Pastu sifat slime kan die macam senang bercantum balik bila macam terpisah tu. (errk, paham tak maksud ni? kalau tak paham pegi beli skg..hahaha). Boleh main atas meja, atas cermin, takde meja atas tiles pun boleh sangat2.

Untuk glow in the dark, kina ritu buat guna flashlight (Apps Zotox) letak lama-lama dekat Lekit tu. Lepas tu kina tutup lampu. Best woo. Glow in the dark color hijau. Nanti kina upload video budak-budak ni main.

So, tu je kina nak review. Kina sangat-sangat recommended Lekit! ni.
Muka happy je dapat main ni.

Muka bangga letak mata dekat itik, dapat sekali mata dan spider. Spider boleh buat mcm spider web.
Letak mata pada gajah. Die suruh kina buat lion. Tak terjangkau permikiran cmne nak buat lion.
Ta daaaa..comel kan.
Ni pula kura-kura. 


Aksi dorang bermain. tengok la si shafiyah tu sampai muncung2 ha. Shahir kesian tak boleh main lagi, nanti bukan main, die masuk mulut je terus. Kuat ngutip die ni.

Ok, ulang siaran..korang boleh dapatkan Lekit ni di

Instagram : lekitmalaysia
Facebook : Lekit
WhatsApp : 0133207051
( 1 bekas RM19, 2 bekas RM37, 3 bekas RM53)

Anak happy, mama happy!



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork