Monday, December 28, 2015

#sayajual: Preorder hardcopy islamic planner 2016 telah dibuka! [SOLD OUT]

Salam

Alhamdulillah..dah check sample printing yang company buat hari sabtu lepas. Sekarang tengah process printing. Sebab buat UV spot dekat cover jadi lama sket amek masa. UV spot ni hasilnya nanti tulisan timbul-timbul. Dekat sample tak nampak lagi timbul2 sebab die tak buat kalau 1 je.

Model planner. Hahaha. Size A5. 160 pages full color printing (80 sheets) Tak terlalu berat.
Sekali imbas..menggunakan kertas 100gsm, kalau A4 biasa 80gsm. Takde isu kertas nipis.

Ini gambar sample setelah dibukukan. Bila dah nampak depan mata baru la senang hati nak buka pre-order. Orang pun boleh tengok macam mana rupanyanya kan.

Calendar 2016 dengan cuti sekolah & cuti2 yang bermacam2 di Malaysia

52 weeks saving challenge

Daily checklist ni fav kina

Tiap2 bulan lain color. Colorful sangat

Monthly expenses tracker sangat penting untuk tahun 2016 yang semua mende harga naik!
Description: 
Size - A5
160 pages full color printing (80 sheets - 100gsm paper)
Black hardcover with UV spot printing
Black wire-o binding

Special features : 
12 months daily checklist
Ramadhan ibadah checklist
Ramadhan menu planner
Monthly expense tracker
Monthly bills to pay checklist
Cleaning checklist
Fitness checklist

52 weeks saving challenge

Untuk video boleh tengok di Instagram/facebook shakinafarhan.

https://www.facebook.com/shakina87/videos/10204035260681624/?theater

PREORDER - 14 DEC - 28 DEC
PREORDER BATCH KEDUA (last batch ye) - 2 JAN - 14 JAN (POSTAGE 18 JAN)


Harga : RM30 sebuah. Postage RM6. Murah yang amat kalau compare dekat etsy mencapai RM100++
Beli 2 buah postage sama juga RM6 sahaja. 
Kalau beli 3 buah free postage! (Jadi kumpullah order ramai2 jimatttt)

Jadi sape yang berminat nak dapatkan hardcopy yang da dibukukan boleh whatsapp atau email kina ye untuk pre-order. Kita pos ikut turutan payment ye.

Whatsapp: 0132126952 (lebih cepat tapi dengan 2 anak kecik harap bersabar ye kalau lambat.hihi)
Email: theshopablog@yahoo.com

Penghantaran dijangka 28-29 December. Nama pun pre-order ye, lambat sket dapat tapi sape yang pre-order akan didahulukan bila hardcopy dah sampai. Kina pre-order sebab nak tulis siap-siap, nanti dapat terus pos. Maklum la dah sipi2 nak masuk new year kan.




Tuesday, December 22, 2015

10 hari lagi kakak shahadah pegi tadika

Salam

Setakat ni anak excited nak pegi school. Mak plak nervous terlebih. Aiyyyh. Cuaknya. Masa awal bulan 10 start survey-survey, risik-risik. Ada 3 je la list school jadi pilihan. Yang lain tolak tepi sebab nak location yang dekat & selamat.

1) tadika tahfiz fitrah
2) little caliph
3) graduan kecil

Mula-mula apply online tadika tahfiz tu. Memang pilihan no 1 sebab paling dekat & islamik sket. Maklum la kakak shahadah malas nak ngaji. Drama je lebih. Hahaha. Pegang pada kejar akhirat pasti dunia akan kejar kita. Pilihan no.2 little caliph, islamik jugak. Bonus english & kuantiti pelajarnya tak ramai. Consnya yuran la kot. Tak tahu berapa tapi dapat agak berapa. Graduan kecil plak location belakang tadika tahfiz je, banyak cawangan, pernah pegi nak daftar nampak environment ok. Bila call tadika tahfiz, katanya dah penuh. LC pun sama masuk waiting list no.4. Gitu siap waiting list. Macam nak masuk IPTA dah. 

Bila dah penuh tu, kina kata kat pudin takyah la sekolah lagi. Nampak tak mamanya yang taknak. Hahaha. Pudin kata biar lah die pegi sekolah, die nak belajar dengan kawan-kawan. Boleh la kina fokus dekat shafiyah pulak. Macam mana la shafiyah bila takde kakak pagi-pagi. BFF sangat dorang dua tu. Over mama ni kan, padahal kakak shahadah gi sekolah 5 jam je. HAHAHA. Shafiyah mesti melekat dengan mama macam ni sebab takde teman bermain.

Lepas pudin bayar deposit RM50 dekat Graduan Kecil baru ni, tiba-tiba tadika tahfiz call kata dulu ada apply online kan?Laaa..dapat ke rupanya. Takde plak direply applicationnya. Alhamdulillah. Rezeki kakak shahadah la. Burn la RM50 GK sebab nak pegi tadika tahfiz. Lepas dah bayar tadika tahfiz, amek baju siap. LC plak call lepas dah berkali-kali follow up kata ada 2 orang je withdraw tak sampai waiting list shahadah, rupanya ada lagi orang withdraw. Hahaha. Takpe la, 2017 la kita join LC kalau ada rezeki. Wan mi memang nak shahadah masuk LC sebab speaking english. Shahadah memang ade accent omputeh pengaruh cartoon. Hahaha. 

Pegi paso dengan wan mi, wan mi die cerita kakak shahadah bebel dekat paso.
"this is green, this is red, this is yellow (sayur2). I like it"..I like it la sangat tapi sayur tak makan! hahahaha.

Tapi ada sebabnya tak join LC utk 2016 selain dah bayar yuran tadika tahfiz. Yuran tadika tahfiz pada kina ok sangat. Tak ingat exact amount. 300-400 setahun. Tiap-tiap bulan RM190. Kalau ponteng takde la terasa sangat ye. Hahaha. Apela mama ni, belum ape2 dah pikir nak ponteng kelas. :p

Uniform sekolah kakak. Tudung tak dapat lagi. Faveret color die tu.

Kakak shahadah, belajar la elok-elok. Semoga menjadi anak yang solehah & mendengar kata cukup lah bagi mama. 








Thursday, December 10, 2015

#sayajual : Printable planner 2016 Islamic (versi Softcopy)

Salam..

Sebab yang hardcopy belum siap printing lagi. Jadi yang mana dah ada planner atau ada printer sendiri nak jadikan insert boleh la beli yang softcopy. Lain sket dari tahun lepas tapi insyaAllah berguna dan berwarna warni. Hahaha. Ape ntah mukaddimah. Layan jela gambar ye.

Cover black & gold. Versi hardcopy punya tulisan timbul2 tau. :)

Bila buka-buka planner akan ada this reminder. :)
Next, kita ada segala mak nenek checklist. Kena isi one time je. Untuk bills je tick bila dah bayar. Sama mcm last year.
Khas untuk bulan Ramadhan. Last year takde yang ni.
Ini daily checklist. Setiap bulan lain color.
Monthly expenses tracker setiap bulan, ruangan nota & tazkirah/ceramah. Sorry tak ikut turutan. hihi
Calendar beserta cuti untuk seluruh Malaysia. Boleh plan la utk cuti2.
Saving challenge mcm last year ikut week. 
So camne? Excited tak? Hihihi. Untuk hardcopy nanti kina review lepas dah dapat ye.

Features printable planner :
Files dalam bentuk PDF
Size A5 (separuh A4)
160 pages


  • IMPORTANT NUMBERS
  • GOALS & WISHES FOR 2016
  • DAILY IDABAH CHECKLIST
  • CLEANING CHECKLIST
  • FITNESS CHECKLIST
  • BILLS TO PAY CHECKLIST
  • 52 WEEKS SAVING CHALLENGE
  • MONTHLY EXPENSES TRACKER
  • 2016 CALENDAR + HOLIDAY
  • DAILY CHECKLIST
  • RAMADHAN CHECKLIST
  • RAMADHAN MENU PLANNER
  • TAZKIRAH TO JOT
  • NOTES

Harga : RM12 sahaja ( RM2 akan diinfakkan kepada tabung kebajikan )-murah sangat kan. Upah design sticker pun RM10-RM30 sekarang ni. Hihi.
BONUS : Bagi yang membeli softcopy akan dapat 20% discount untuk beli versi hardcopy nanti!

Cara untuk order softcopy printable planner 2016 ni:
1) Email : theshopablog@yahoo.com - Saya nak beli printable planner softcopy
2) Kina akan bagi no account untuk buat payment.
3) Dah setel payment. Kina send link untuk download sebab sizenya besar dalam 26-25MB

Terima kasih. Happy planning!

P/S: Saya juga tak sabar nak tunggu versi hardcopy siap.

Tuesday, December 8, 2015

Rumah kami : Perihal langsir

Salam

Cerita tentang langsir ni sangat-sangat panjang berliku-liku. Percaya tak first time kina pegang kain langsir ni tengok depan-depan bila dah siap pasang dekat rumah. Hihi. Semuanya whatsapp. Alhamdulillah kina dapat harga yang murah untuk langsir sebab wan mi die pegi Ghuangzhou. Harus lah menumpang kirim kan. Die lah yang tolong carikan. Kalau ikutkan kina nak plain seplain plainnya tapi knowing her mesti tak amek gambar mana yang plain. Hahaha. So, wan mi amek la gambar ada dalam 5-6 corak. Walaupun tak minat coklat tapi yang ni paling plain dekat situ, jadi kina pun pilih yang tu. 
Langsir color light brown & dark brown ada stripes


Beli 1 gulung/sekayu terus untuk dapat harga borong, ada separuh lagi tak pakai nak let go nanti..hihi.. RM18 semeter untuk kain bidang 120. Wan mi kata kalau dekat sini kain tu harga dalam RM35-RM50 semeter agaknya. Lepas tu kain sheer yang ada timbul2 stripe dapat RM10 semeter beli dalam 10 meter. Akhirnya kain yang pakai lebih kurang 30meter + 10meter.

KOS KAIN :
1) Kain langsir : RM18 x 30meter = RM540
2) Kain sheer : RM10 x 10meter = RM100
Total kos kain langsir untuk 1 rumah kecuali dapur = RM640

Habis cerita tentang kain, cerita pasal tukang jahit langsir. Mula dengan survey online. Mintak quotation dengan mr. A. Untuk living hall yang tinggi + dining room sahaja = RM1500 lebih kurang tapi jenis french pleated xtermasuk railing. Macam blur lagi masa ni sebab die pun tak terang betul cuma bagi anggaran kan..Ok, survey lagi. Jumpa dekat mudah kak rose nama die. Kina memang cakap awal-awal tak reti sangat pasal langsir ni. Kak rose ni buat part time je rupanya langsir ni dan die ada nak buka gerai makan dekat depan UMP, husband die yang tukang pasang railing. 

Discuss la nak buat langsir jenis apa, ukuran berapa. Mula-mula nak butterfly pleated tau. Tengah in kan design tu, lawa gile alunan die. Tapi sekeping RM18. Agak lari bajet la. Lepas tu kak rose cakap eyelet RM14 sekeping ke RM15 lupa lah pastu yang jahit biasa RM12. Kina banyak ikut suggestion die. Jadi untuk living room & dining room amek yang bentuk eyelet la sepesel sket 1st impression. Dalam bilik semua jahit lurus je.
Masa ni kak rose tak tau lagi kain kina tu bidang berapa. Jadi die bagi la harga. Lepas tu berubah la sket tapi tak jauh mana. Harga die bagi masa tu lebih kurang 1K untuk 1 rumah termasuk railing, sheer utk dining room sahaja. Jauh la beza dari Quotation mr. A.

Entah macam mana, kak rose ni cakap die pasni tak amek upah langsir dah, railing boleh amek dengan husband die pastu boleh amek tempahan langsir dengan adik die yang memang ada kedai langsir. Rupa-rupanya adik die mr. A. Hahaha. Keciknya dunia ye.

Kina cakap la "oooo..dah pernah tanya die..hihi"
Kak rose cakap "yeke, mahal ek?"
Kina "a,ah, mahal sket..hihi..kalau boleh nak sekaligus je" {ofcos nak murah je}
Kak rose cakap "ok la, sebab puan ni baik tak cerewet sy tolong jahitkan" {kembang semangkuk lagi haku masa tu..hahaha..} 

Pada kina sebab kina ni seller, kina tak suke customer cerewet kekwat meluat..jadi kita sendiri kena la jadi customer yang tak cerewet, tak kekwat dan tak buat orang rasa meluat. Buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita. Tak buat baik pun Allah yang balas baik nanti. Aaamiiin.

Mula la sesi ukur-mengukur kak rose dan husband dekat rumah. Wan mi dengan mak adik la yang buka rumah jumpa dorang. Oh, kina sampai sekarang tak pernah jumpa kak rose. hihi. Masa tu rumah pun takde lampu & grill lagi masa tu. Tak bersihkan lagi. Sebab igt lepas setel seme-seme baru lah nak cuci. Tak silap tengah awal bulan Ogos camtu. Beberapa hari kemudian husband kak rose pasang railing seme. Time baru kak rose amek kain. Sebab akhir bulan Ogos kak rose nak buka gerai makan die, jadi die nak kena setelkan cepat langsir kina ni. 2 minggu lepas amek kain langsir dah siap dah. Cepat jugak. Kina ingat dalam sebulan macam tu.

Dalam masa nak siapkan tu kak rose cakap living room tu terlalu tinggi. (Memang banyak hal lah siling tinggi ni kan. hahaha). Kalau nak buat corak melintang kena sambung kain. Die cadangkan yang belakang pusingkan sambung ke atas. Kina masa tu gelabah la jugak camne la tak berapa paham mula-mula. Tapi kina letakkan kepercayaan pada kak rose sambil doa harap-harap ok la.

30 ogos kak rose nak pasang langsir. Masa tu grill dah ada jadi takpe nak pasang, tapi rumah tak cuci lagi. Hahaha. Lepas tu kak rose tu kata boleh die buatkan upah cuci rumah. Pikir-pikir susah tu nak pasang meleret kain panjang dengan lantai kotor kan. Die nak iron lagi. Alatan mencuci pon takde, nasib la mak adik ade suh die gi antakan alatan mencuci. Sian kak rose & husband mencuci plak dengan kipas takde. Tapi die ok je kata dah biasa buat kerja-kerja. Bersalah rasa sebab masa tu baru lepas balik tapi tak cuci rumah lagi sebab nak cuci lepas seme setel.
Sebelum operasi mencuci..huahua.

Dekat 5 jam jugak die mencuci baru boleh start iron, pasang. Dapur je tak cuci sebab dapur tak pasang langsir kan. Hari ni dok berdebar dupdapdupdap camne rupa langsir. Menunggu whatsapp ayah sebab die pegi tengok. Masa tu dah 6 lebih petang. Ayah hantar gambar ni.

Langsir dekat area living terbalik dekat bawah. 

Terbalik kan? Masa tu alamak. Camne tu. Tapi kina buat-buat cool je. Kina cakap ke wan mi jangan marah die. Biasa la manusia buat silap. Lepas tu kak rose whatsapp cakap dekat living room tu terbalik, lepas pasang baru perasan. Die yang notice dulu baru wan mi perasan. Die bawak balik, malam nanti die datang pasang semula. Allah, gigih sangat die kan. Kina cakap sambung esok pun takpe sebab esok cuti. Die cakap esok die kena rehat dari menjahit sebab kedai makan die nak buka lusa. Malam tu dalam 10 lebih kak rose hantar gambar dah siap baiki semula dan pasang. Bayangkan dengan takde lampu pasang langsir. Die bawak torchlight je. Jadi ni lah hasilnya selepas dah baiki.

Langsir jenis eyelet. Takde sheer pun sebab da ada palang2 besi tu. Tak ingat nama die.

Malam tu jugak jiran sebelah datang kak rose cakap, pastu nak hire untuk pasang railing dekat rumah die. hihi. Rezeki kak rose. :) Orang kuantan kalau nak pasang railing boleh amek dengan husband kak rose ni. Harga sangat berpatutan. Ceiling tinggi ke rendah boleh buat. Hihi. Gambar langsir dalam bilik nan ado..nanti la update balik..

KOS RAILING:
Wooden rod + extend rod utk jenis melintang kat tepi
Double railing dekat 3 bilik
=RM653


Ok, saat mendebarkan adalah harga total. Masa pasang-pasang langsir tu kak rose bagitau dah ada perubahan harga sebab bidang kain kina tu besar, lepas tu die buatkan sheer untuk semua bilik. Kina request untuk dining room je sheer dulu sebab budget pastu tak sure kain sheer tu cukup tak. Sebab kak rose kata cukup, jadi die buatkan semua. Hihi. Takpela, setel jela. (kalau wan mi, die cakap kenapa buatkan orang tak suruh buat..hahaha..wan mi garang..:p) 

KOS UPAH JAHIT LANGSIR :
Living hall tinggi :RM100
Dining room :RM60
Masterbedroom, Bilik 3 & Bilik 4 :RM104
Aksesori (pita, eyelet,ring) :RM104.80
Total :RM476.80

Total keseluruhan untuk langsir :
KOS KAIN : RM640
KOS RAILING : RM653 (wooden rod utk depan & railing biasa dlm bilik)
KOS UPAH JAHIT LANGSIR :RM476.80 
TOTAL : RM1769.80

Alhamdulillah mencapai target harganya. Tak over sangat bajet. Tak lebih dari 2K. Boleh la pasang customade blind untuk dapur. Blind ni pun ada ceritanya jugak. Next time la ye..panjang beno dah ni. Orang kuantan yang nak pasang railing (langsir die tak buat dah) dengan husband kak rose boleh whatsapp die di : 0195623017













Tuesday, November 3, 2015

Accident & Planner 2016

Salam

Minggu lepas kitorang accident dekat Lanchang. Huhuhu. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, paling penting anak-anak selamat. Sebab tu tak meniaga 2 minggu. Hibernate dari handphone. Rest. Tenangkan jiwa. Syukur ada letak brg dekat vendor boutique Itsmeyous. Banyak plak sales bulan ni. Malah terbanyak selama 5 bulan ni kot. Allah ganti dekat situ. Alhamdulillah. 

Ramai yang tanya tentang planner 2016. Tahun lepas kan kina ada buat islamik planner 2015 softcopy yang tak sengaja jual sebab ramai plak nak, InsyaAllah memang nak sangat buat dan jual yang hardcopy size A5 jenis wire o ke 6 ring type ke tak tau lagi. Softcopy pun jual jugak. Yela, kang ade yang nak buat insert je ke kan.

Patutnya masa hari accident tu kononnya nak siapkan sebab trial Adobe Illustrator pun dah nak expired lagi 3 hari. Lepas accident memang takde la nak buka laptop atau handphone. Makanya now tergendala. Nak hantar printing camne tak siap lagi. Dah siapkan 100pages, ada la sket2 lagi nak edit & tambah. Nak subscribe AI tu mahal sangat. Bukannya guna selalu pon. Pudin plak ada laptop office je, takkan nak pakai laptop office die. Rasa bersalah plak nak pinjam. 

Untuk planner 2016 ni kina buat berbeza dari yang tahun lepas. Yang mana kali ni lebih kepada macam diari, ikut date. Inspired by Erin Condren. Tengok erin condren punya harga berapa. 50 USD paling murah. Hahaha. Erin condren versi budget. Tapi ni buat ada checklist untuk kita muslim. Budget. Cleaning. Fitness. Ramadhan checklist. Harga mampu milik. Kalau ada sape-sape ada company printing murah ke boleh roger kina. Sekarang ni paling murah dekat Kuantan (padahal baru tanya 2). Tapi ni tak tau lagi bila lagi balik kuantan. Prefer yang dekat Pulau Pinang ke Kulim ke. 


                                          Hopefully siap printing by mid Dec. Doakan.

Monday, October 26, 2015

#sayajual : Jubah printed Qinaraland

Salam.. 
Alhamdulillah..kina ada 1 lagi cabang bisnes baru. Sangat mencabar clothing line ni. Please support me. :p 

Sekarang ni ada 4 design tapi kina upload 1 design dulu which is my favourite. Ada 3 color. Tak suka model die tapi nak jimat punye pasal..hahaha..next time pakai model betul-betul lah. Color & corak pulak tak clear sangat dalam gambar ni. Tapi kalau tengok depan-depan memang sangat sweet. Kena amek gambar guna iphong mak adik nanti. Nanti upload semula.

Please follow IG: Qinaraland
Jubah printed ni sangat limited dan takkan direstock dah. Jadi possibility untuk jumpa orang pakai jubah yang sama adalah sangat rendah. Hahaha. Jubah ni size besar. Kalau mengandung dan menyusu pun sangat selesa nak pakai sebab die tak ketat. InsyaAllah gerenti puas hati.

Size boleh tengok dekat ig qinaraland. Tapi kalau korang selalu pakai XL, kena amek L. Kalau selalu pakai M amek S. Time ni lah nak feeling pakai size kecik kaaaan. Hahahaha.

Harga : RM149
Postage semenanjung : RM8
sabah sarawak : RM10
Setiap pembelian akan dapat freegift!

Whatsapp untuk order : +60132126952




Tuesday, October 20, 2015

Review : Nurraysa DD glowing moist cake & pearl magic lipstick

Salam

Pernah tak terbaca surirumah berusia 23 tahun dan dapat keuntungan 1 juta sebulan. Tu lah pemilik Nurraysa Beauty. Muda-muda dah jutawan. Kina dah try 2 product dari Nurraysa Beauty dari seller Liza Estrella_onlineshop. Ada 1 lagi dapat sample collagen soap tapi tak try pun sebab sabun cuci muka banyak lagi.
Nurraysa Glowing DD Moist Cake & Pearl Magic Lipstick
Sebelum ni BB cream, CC cream sekarang  DD plak hah. DD stands for dynamic defence. Die berfungsi sebagai concealer. foundation & powder. Bekas die color silver, bukak-bukak terus nampak moist cake nye. Ingatkan takde span, rupanya tersorok di bawah. Mengingatkan kina pada bb cushion beli dekat korea. Tapi kina dah let go sebab rasa tak sesuai dengan diri. Ibu kina pun tak berkenan bb cushion tu. Brand innersfree.
Bila dibuka. Kina punya color medium.
Span die ade dekat bawah

My verdict tentang DD glowing moist cake ni:
Pros:
1) Bila sapu rata je dekat muka sebab die pakai span. Jenis orang yang takde nak brush-brush. Selalu pakai foundation/bb cream pakai tangan je memang comot. Kina la tu. Hahaha
2) Full coverage. Dapat tutup jeragat & jerawat biji2 kecik.
3) Nampak glowing gitu
4) Mesra solat.
5) Ringan.
6) Menarik pada kina ingredient die ada air zam-zam.
7) Lagi suka dd glowing moist cake ni bila compare dengan bb cushion innersfree

Cons:
1) Ada 3 color, Light, Medium & Dark. Color medium agak gelap. Jadi kalau biasa pakai medium baik amek yang color light. Ibu kina pun nak sebab pos sampai ke office die aritu, die lah tukang rasmi. Hahaha. Die pun cakap best pakai tapi agak gelap color tu. Terus order pulak color light satu utk ibu kina.
2) Bekas mungkin boleh upgrade di masa hadapan.

Harga : RM39 sahaja!



Tentang pearl magic lipstick pula. Pearl magic lipstick ni color die ikut warna darah kite. Bestnya lipstick ni die takde plumbum dan tak menghitamkan bibir. Masa dekat U dulu bibir kina tak start menghitam lagi. Lama-lama mula lah. Dulu pakai lipstick maybeline gi kuliah..hahaha..feeling2 moist je. Hahaha. last-last hitam.
Pearl magic lipstick

My verdict tentang Pearl Magic Lipstick ni:
Pros
1) Rasa moist
2) Celek sket je dah naik color
3) Color natural
4) Mesra solat, senang nak travel

Cons
1) Not long lasting

Harga : RM24 sahaja!

Esok gaji kan kan kan? Sape nak try 2 produk ni jangan segan silu boleh la contact Liza. Die pos cepat tau.

Whatsapp: 0172666154
Instagram : Estrella_onlineshop
Facebook : Estrella Muslimah
Butik vendor: Popdonna Bangi Seksyen 9 (Sebelah manjaku atas zoukspa)
Kalau nak COD pun boleh tapi untuk pembelian lebih RM100 di Seremban, Senawang, Port Dickson & Putrajaya. Kina recommend beli lah sakura mask seqy beauty & dd glowing moisst cake tu boleh la mohon COD. Hihi.

Suri rumah yang nak buat dropship cari duit lebih pun boleh contact Liza ni tau.

Ni gambar tempoh hari. Kina pakai 2 menda alah ni je. Tak pakai bedak pun sebab bedak habis. Nampak glowing ke idok? Hahahaha. Baru beli bedak baru semalam. Masuk guardian nak beli pixy tapi terbeli bedak lain pulak.Hahaha. Nanti la review, tak pakai lagi.



Monday, October 12, 2015

3 perkataan pertama shafiyah

Salam

Semalam shafiyah 1st time melontarkan 3 patah perkataan yang boleh difahami. Hihi

"I lah U" = I Love You

How sweet is that! Tergelak-gelak ktorang dengar die dok ulang i lah u i lah u..

Akhirnya di usia 1 tahun 3 bulan baru boleh ikat rambut die. hihi.
Ye, rambut shafiyah ni kerinting. Kalau pegi mana-mana orang akan cakap oh kakak rambut lurus (terlalu lurus & tebal lebat), adiknya rambut kerinting (lembut, nipis dan nampak tak panjang). Nasib baik sorang 3 tahun sorang 1 tahun, kalau beza setahun sorang mesti ingat kembar tak seiras.



Tuesday, October 6, 2015

Review : Orlin Mix Botanical Drink

Salam..

Hari tu ada return customer theshopablog kina offer trial orlin ni. 
"Kina menyusu lagi tak? kite nak bagi free trial orlin bagus utk ibu menyusu"
"A,ah, still fully bf shafiyah.."
"Kite nak honest review dari kina, jujur kalau tak berkesan pun takpe"

Katanya bagus untuk ibu menyusu dan die pun nak tau honest review dari bf mom. Ok la, why not try lagipun shafiyah da la kuat menyusu. First time dengar orlin ni seriously. Orlin ni mix botanical supplement drink. Takyah bancuh. 
Trial orlin 60ml, smart gak botol die.

Bila dapat trial pack ingat macam pack kecik-kecik packet, rupanya dalam botol comel ini. Cara pengambilan 2 sudu besar semasa perut kosong, masa sebelum breakfast. Kina mula-mula takut2 jugak nak makan. Hahaha. Bila dah ngap rasa ok je, teringat minum prun maya karin tu. Ha..innershine. Kok lupa ya namanya. Lebih kurang rasa die, macam manis-manis-masam-pahit. Sedap je pada kina. Ada 1 hari tu shafiyah nampak, die mengamuk2 nak jugak. Bagi la sket je. Mengamuk pulak nak lagi. Sabo ye syg nanti mama beli supplement untuk awak yang ada habbatusauda,kurma & madu macam orlin ni. Kang tak pasal-pasal montok apa yang tak patut montok lagi di usia awak. Hahaha. Nak makan pun kena sorok-sorok.
Kina makan guna sudu plastic ikea. kuikui. air jangan lupa minum banyak2.

Kandungan orlin ni: Kurma, Madu, Serapat, Kolagen, Sirih, Habbatussauda, Mirifica, Garciania Cambogia. Kurma , madu, habbatussauda memang takle disangkalkan memang milk booster terulung di alam semesta. Kolagen, Serapat, Sirih & Mirifica pula memang sesuai untuk perempuan yang meningkat usia. Hahaha. Garcinia Cambogia pulak famous untuk kuruskan badan, ada doktor yang buat kajian tentang garcinia camborgia ni tu banyak product gunakan garcinia cambogia.

Ok, mari teruskan review selepas makan trial Orlin :
Hari pertama : Tak rasa apa-apa perubahan pon.

Hari kedua : Rasa susu cepat sket penuh lepas time bf. Shafiyah tu sekarang kalau bf taknak sebelah je. 2 2 belah. Mengamuk tu kalau tak bagi. Lepas tu cepat haus.

Hari ketiga :Bangun pagi tu rasa segar sket badan. Tak lembik. 

Hari keempat : Terlupa langsung nak makan. Hahaha. Jadi no progress this day. Macam biasa2 je.

Hari kelima : Hari ni ingat lagi pudin cakap "sayang tak penat ke?" Sebab tak tido pun dari lepas subuh sampai tengah malam. Padahal traveling day.

Hari keenam : Perasan selera nak melantak tu kurang sket. Walaupun makanan lauk faveret uols. 

Hari ketujuh : Penghadaman makanan lebih cepat. Tak cirit tak sembelit. Happy tummy. Kurus? Taklah. Cuma rasa metabolism ada naik sket. Timbang sama je takde perubahan.

Lepas dah habis 1 botol trial orlin tu kina pegi order plak 1 botol besar. Nasib dapat harga special. Thank you Alya! Kalau kina order maknanya kina suka la. Kina beli sebab suka susu rasa cepat penuh, bertenaga & metabolism tinggi sket. 
Ni botol besar kina beli dengan harga spesel itu. Compare dgn size trial yg da habis.

Yang takde effect pada kina selama trial tu adalah kuruskan badan, keputihan taktau sebab takde keputihan masa tu jadi tak boleh bagi pendapat & kulit bertambah cantik tarak (what to expect seminggu je try kan). Ibu-ibu mengandung tak boleh makan tau tapi boleh masuk dalam list to buy untuk dalam pantang nanti sebab elok untuk tengah dalam pantang kan yela tengah stress pasal susu, kena banyak tenaga jaga baby, takde hal sembelit.


Harga asal sebotol RM99.00, promotion sekarang ni RM85 tapiiii kalau 10 orang pembeli cakap tau dari blog kina dapat harga RM70 exclude postage. Banyak tu jimat. 
Ok, fine, taknak lah beli besar terus. Beli la trial je dulu. RM20 sahaja sekarang ni. Harga biasa RM25.90. Kalau takde effect takyah beli dah. Trial pun ada limited time offer beli 4 free 1 free postage!


Sape yang nak order jugak boleh order dengan 
ALYA : WHATSAPP +60129193839 {KALAU CAKAP TAU DARI BLOG KINA DAPAT HARGA SPECIAL TAU TAPI 10 ORANG TERAWAL JE LA} 

Sekian review seikhlas hati dariku.....


















Monday, September 21, 2015

Rumah kami : Kipas living room bersiling tinggi

Salam

Rumah sekarang banyak design ceiling tinggi. Termasuklah rumah kami. Bila rumah tinggi, nak pasang kipas kena pakai downrod. Lampu pun ada jenis yang boleh pasang untuk ceiling tinggi camni. Nasib baik la pegi kedai lampu tu orang tu cerita camni boleh yang camtu tak boleh. Kipas macam ni tahan lasak & laju. 

Kipas kitorang beli color dark grey brand Panasonic, plan nak warna gelap lain sket dari dalam bilik. Google punye google jumpa dekat lelong.com. RM158 di kedai Ban Huat dan kebetulan pulak kedai tu dekat Butterworth, Penang. So pergi sana jela nak beli untuk jimat postage, tengok harga RM169. Jadi harga dekat online lagi murah. Kitorang pun nego nak harga online, mula-mula SA tu blur2 tak tau kot. Pastu cite la kat die. Hahaha. Dapat la harga RM158.

Ini kipas yang kitorang beli dari banhuat

Jadi, untuk orang yang rumah bersiling tinggi ni. Dekat sini ada guideline untuk tau berapa ketinggian/panjang downrod yang diperlukan. Discuss la dengan tukang pasang. Sebab kena match jugak dengan lampu nanti ada bayang.
Macam kina siling 15 kaki, jadi downrod perlu 60inch atau 5 kaki. Credit pic to : www.formplusfunction.com

Kalau siling korang 13 kaki, beli rod size 3 kaki. Kina memang cakap dekat die nak 4-5kaki. Mula-mula die nak buat 3 kaki pastu kina cakap takut tak rasa angin. Die pun ok je. Die yang setelkan semua. Beli rod seme. Nasib bukan rod color putih, kalau tak tak matching la kan. Kina tak tahu die beli dekat kedai mana. Tau-tau setel. Hihi.

Ye..gayat menengoknye..hahaha..tu shamsul, nasib die pun tinggi orangnye..skg asyik nak tutup buka lampu tu je..awal lagiii kan..
Rumah ni takleh pasang downlight utk ceiling ni sebab katanya wiring dekat beam la ape kina langsung xpaham. hahaha. Kalau nak pasang pun kena buat external. Takpe, so far biar camni je dulu. 10 tahun lagi baru pikir. Next catatan tentang lampu & langsuir langsir pulak..







Thursday, September 17, 2015

Rumah kami : Kipas murah-murah untuk bilik

Salam.. 


Ok, untuk kipas memang target panasonic & KDK tapi bukanlah yang mahal-mahal fancy-fancy pon asalkan ade angin dan ada kualiti. Beli yang paling basic dan semua brand Panasonic, KDK mahal sket tapi orang cakap motor KDK tu pakai panasonic so ok la panasonic semua kecuali kipas dinding. 


Rumah perlukan 4 kipas ceiling & 1 kipas dinding sebab tinggi ceilingnya. Kipas living hall special sket proses die sebab ceiling tinggi, next cite pasal kipas living room. 


So 3 kipas ceiling + 1 kipas dinding ni kina beli dekat mana? Dekat LAZADA. Hahaha. Kipas pon beli online jah sekarang ni. Bukan apa, harga murah, warranty pun ada, terus hantar ke rumah/office. Senang untuk yang dok jauh dari rumah ni. Asal balik kuantan macam-macam nak setel. Memang tak sempat, dah la kina ni jenis suke survey seme kedai. (mana nak sempat!hahaha) Yang penting beli kalau nak beli online harus yang ada 5 stars review. Macam theshopablog. Eh eh..:p

Kina beli 1 twin, 1 single sebab nak pakai 3.
Kipas ceiling amek yang panasonic F-M15A0 3 bilah 60inch (standard size) untuk semua bilik. Sekarang ni dah siap pasang dah pun dekat rumah, upah kawan wan mi untuk pasang. Nanti kina share upah wiring shamsul kawan wan mi tu. 

Kipas dinding pulak kina beli kipas MIDEA yang ni je sebab tengok banyak review 5 stars dalam belas2 review cakap bagus. Lagipun nanti nak buh kipas diri je dekat bilik tengah tu. Kipas berdiri banyak sebab dekat bintulu dulu ada menang cabutan bertuah la, beli pun ade sebab rumah sana takde kipas ceiling.

size die 16inch, besar.

Kipas midea yang da selamat bersemayam di bilik no 2.

Total harga untuk kipas beli dekat LAZADA
Panasonic F-M15AO - Twin pack - RM298
Panasonic F-M15AO - Single - RM149
Midea wall fan - RM105 (Minggu lepas da no info, da habis stock, semalam check da ade semula!)
Delivery charge - RM30 
Tapi sebab beli masa discount, alhamdulillah. 
Dari RM582 jadi RM505. Jimattt banyakkk..

Dalam bilik 3 & 4

Dalam bilik master
My verdict : Ketiga-tiga kipas panasonic tu laju & senyap. Recommended! Kipas MIDEA tu pulak tak sangka besar. Sangat berbaloi dapat grab harga RM105. Berbunyi la sket tapi kipas dinding biasa la kot macam kipas stand. Alhamdulillah kipas dah setel.

Wednesday, September 9, 2015

Sponsored video : Ramuan Enak Utk Dapur

Salam {sticky post}

Kitchen cabinet yang menawan adalah impian semua isteri-isteri/mak-mak..Sejak belum ada rumah sendiri dah mula berangan-berangan kan? Fall in love sangat dengan kitchen cabinet ikea. Dah pernah tengok tak video die? Kagum sangat. Sangat-sangat super duper creative lah IKEA ni. I hope IKEA nanti bina 1 dekat belakang rumah. Hahaha. Jom download katalog 2016 IKEA sekarang! Meleleh air liur tengok kitchen cabinet..huahua..

Saturday, August 29, 2015

Rumah kami : Grill dah siap pasang

Salam

Defect pun belum siap hantar lagi dekat developer tapi grill dah siap pasang. Hihi. Kina tak suka grill. Memang tak suka lah. Sebab die mencacatkan pemandangan. Hahahaha. Tapi nak buat guane kena la jugak pasang grill kan. Tengok omputeh mana ada grill tapi dorang pasang alarm system. Dekat Malaysia ni macam belum ramai yang pasang kan. Tak yakin je. Masa mula-mula dapat quotation uncle tan memang pengsan rasa harga 2x ganda dengan kitorang target. Lagi la rasa baik pasang alarm system gitu tapi dah nak buat homestay kang asyik bunyi alarm je. Pastu tiap kali orang nak duduk homestay nak kena ajar. Kalau owner duduk takpe la kan. Lain kali lah alarm system tu. 

Mula ada 3 orang kontraktor grill. Uncle tan & 2 lagi melayu (malas nak sebut walaupun famous jugak online). Sangat berbeza. Dengan Uncle tan pegi kedai die dekat IM14 tu pagi, kol 2 janji nak gi rumah kol 2 die dah tunggu depan kedai. Kitorang pulak yang terlambat. Lepas tu bawak die pegi rumah untuk ukur. Dengan anak die yang tengah tido, die bawak sekali. Mula ingatkan cucu. hihi. Sorry uncle. :p. Die ukur lukis-lukis atas 1 kertas, sambil tanya nak macam mana. Pastu bagi suggestion. Lepas tu die bagi la harga. Tak confirmkan lagi sebab nak tanya orang lain lagi.

Lepas tu wassap 2 kontraktor melayu tu. Reply memang reply tapi masih mood raya agaknya. Nak cek masa dan jadual bila boleh datang ukur rumah tapi sampai sudah tak bagitau bila nak datang rumah. Busy beraya agaknya walaupun dah seminggu lebih raya. Seminggu lepas tu juga takde kabar berita. Haiih. Tak dapek nak menolong bangsa sendiri. Dalam masa tu uncle tan ni 2x jugak call tanya macam mana nak ke. Siap bagi discount sket. Kali ke3 bagi sket lagi discount. (Jadi, kalau nak discount jangan terus confirm.hahaha) 

Orang kata kalau dari awal dah problem jadi janganlah amek. So kitorang confirm amek uncle tan. Lepas je ktorang kata confirm uncle tan cakap die pegi cari dulu besi. Dalam 2 hari kemudian die cakap ok dah ada stock wrought iron tu. Kitorang bayar deposit then terus die start la buat keje. Tak sampai seminggu lebih uncle tan cakap die dah siap untuk pintu sliding, boleh la nak pasang. Cepat pulak uncle ni tak sempat nak kumpul duit lagi. Hahaha. 

Ktorang communicate ikut fon call sebab uncle tan takde wassap, wassap pun dengan aunty kedai sebelah die. Hahaha. Die send gambar grill ikut wassap aunty tu. Die send gambar grill tu tak ikut color yang kina nak. Kina nak black matte tapi die buat black yang kilat-kilat tu. Terus die cakap oh matte ha..ok2 i cat semula. 
Mula ingat die buat menegak. Hahaha. Die baringkan je. Ni hitam berkilat yang mula-mula die siapkan.

2 hari kemudian die call cakap sudah siap hampir semua grill kecuali dapur punya. Ok. Cepat sangat. Die wassap gambar dah tukar cat. Mak adik bukakan pintu semua esoknya. Mak adik cakap cepat pekerja die buat keje. Kol 11 die buka, pastu gi makan balik semula 3 dah siap pasang.
Grill yang belum dipasang. Pintu sliding kot.
Pintu bilik belakang. Hi jiranku syaliza..hihihi..
Grill sliding door dari dalam rumah. Railing pasang petang lepas pasang grill. :) Nanti cite pasal ni plak.

Tingkap di master bedroom. Uncle tu tanya nak sekalikan ke atau buat 1 1. Nampak kemas kan.

Pintu grill dapur. Masa ni tak pasang siap lagi. Nampak tak dinding tu defect. hihi

Ni faveret kina..Pandai uncle tu pilih tombol tu. Senang sket nak nampak / buka kalau tengah gelap sebab color contrast.
Grill dalam toilet master bedroom

Grill dekat wet kitchen/laundry. Memang byk kena grill. Huuu.

Material : Wrought iron (uncle tak suggest steel biasa sebab senang kena kopak)
Color : Black matte (Ni semua gara-gara ila share pasal grill jiran terus berkenan, dulu nak color putih. Hitam lagi match sebab tingkap pun ada hitam kan. Tq ila!)
Design : Straight line je takde bunga-bunga. Suka simple.
Result : Puas hati (Pudin dah pergi tengok die cakap die puas hati. kina tak tengok lagi depan2.)
Harga : Tak payah disclose lah sebab pada kina mahal. huhuhu. slhkan GST. cet.

Kalau tengah survey grill dekat kuantan ni boleh la gi kedai uncle tan ni dekat Indera Mahkota 14 sederet dengan klinik syed badaruddin. Rasa dari segi harga tak la paling murah tapi cepat, kemas dan insyaAllah kukuh la hendaknya. Selalu update kite. Deal dengan die memang senang tak pening kepala di kemudian hari InsyaAllah. Tak semua detail kina includekan sebab grill ni kan pasal keselamatan. (Rasa dah details jugak tu. huwawawa)

So, grill adalah menda pertama yang disetelkan. Next lampu kipas & langsuir langsir! Balik bulan 9 ni setelkan defect dan cuci rumah. Yeayyy sambil berhuhuhu duit dok keluar. Orang kata kena tinted dulu baru grill. Tapi nan ado bajet utk tinted. Hahaha. Lain kali lah. Tinted color hijau sungguh menggoda. *_*






Tuesday, August 25, 2015

Tutorial : Contact tak keluar dalam Whatsapp?

Salam.. 
Bagi penjual online & pembeli online. WhatsApp adalah medium yang sangat penting. Tapi yang lecehnya bila kena save nombor tapi tak keluar pulak dekat contact whatsApp kan? Siapa yang pernah? Pastu kena sms seller. Dah kena bayar kan? Nah, now ada penyelesaian mudah. Ni bukan +6 tolak dash ke apa. Hanya perlu REFRESH je.


Buka whatsApp > click contact > refresh (button tiga titik di atas) 

Klik contact

Click 3 titik kanan tu (Pengguna android tak tau kalau iphone lain)

Click refresh..nanti bila nak cari keluar la nombor yang kite save
Penting benda ni bagi kina, sebab bila orang dah bayar kina akan save no telefon. Jadi masa nak kumpul alamat tu akan search ikut date, kalau dulu ada je yang tercicir sebab contact dah save tapi contact whatsapp tak save. Ok.. Sekian..Moga bermanfaat.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork