Tuesday, December 8, 2015

Rumah kami : Perihal langsir

Salam

Cerita tentang langsir ni sangat-sangat panjang berliku-liku. Percaya tak first time kina pegang kain langsir ni tengok depan-depan bila dah siap pasang dekat rumah. Hihi. Semuanya whatsapp. Alhamdulillah kina dapat harga yang murah untuk langsir sebab wan mi die pegi Ghuangzhou. Harus lah menumpang kirim kan. Die lah yang tolong carikan. Kalau ikutkan kina nak plain seplain plainnya tapi knowing her mesti tak amek gambar mana yang plain. Hahaha. So, wan mi amek la gambar ada dalam 5-6 corak. Walaupun tak minat coklat tapi yang ni paling plain dekat situ, jadi kina pun pilih yang tu. 
Langsir color light brown & dark brown ada stripes


Beli 1 gulung/sekayu terus untuk dapat harga borong, ada separuh lagi tak pakai nak let go nanti..hihi.. RM18 semeter untuk kain bidang 120. Wan mi kata kalau dekat sini kain tu harga dalam RM35-RM50 semeter agaknya. Lepas tu kain sheer yang ada timbul2 stripe dapat RM10 semeter beli dalam 10 meter. Akhirnya kain yang pakai lebih kurang 30meter + 10meter.

KOS KAIN :
1) Kain langsir : RM18 x 30meter = RM540
2) Kain sheer : RM10 x 10meter = RM100
Total kos kain langsir untuk 1 rumah kecuali dapur = RM640

Habis cerita tentang kain, cerita pasal tukang jahit langsir. Mula dengan survey online. Mintak quotation dengan mr. A. Untuk living hall yang tinggi + dining room sahaja = RM1500 lebih kurang tapi jenis french pleated xtermasuk railing. Macam blur lagi masa ni sebab die pun tak terang betul cuma bagi anggaran kan..Ok, survey lagi. Jumpa dekat mudah kak rose nama die. Kina memang cakap awal-awal tak reti sangat pasal langsir ni. Kak rose ni buat part time je rupanya langsir ni dan die ada nak buka gerai makan dekat depan UMP, husband die yang tukang pasang railing. 

Discuss la nak buat langsir jenis apa, ukuran berapa. Mula-mula nak butterfly pleated tau. Tengah in kan design tu, lawa gile alunan die. Tapi sekeping RM18. Agak lari bajet la. Lepas tu kak rose cakap eyelet RM14 sekeping ke RM15 lupa lah pastu yang jahit biasa RM12. Kina banyak ikut suggestion die. Jadi untuk living room & dining room amek yang bentuk eyelet la sepesel sket 1st impression. Dalam bilik semua jahit lurus je.
Masa ni kak rose tak tau lagi kain kina tu bidang berapa. Jadi die bagi la harga. Lepas tu berubah la sket tapi tak jauh mana. Harga die bagi masa tu lebih kurang 1K untuk 1 rumah termasuk railing, sheer utk dining room sahaja. Jauh la beza dari Quotation mr. A.

Entah macam mana, kak rose ni cakap die pasni tak amek upah langsir dah, railing boleh amek dengan husband die pastu boleh amek tempahan langsir dengan adik die yang memang ada kedai langsir. Rupa-rupanya adik die mr. A. Hahaha. Keciknya dunia ye.

Kina cakap la "oooo..dah pernah tanya die..hihi"
Kak rose cakap "yeke, mahal ek?"
Kina "a,ah, mahal sket..hihi..kalau boleh nak sekaligus je" {ofcos nak murah je}
Kak rose cakap "ok la, sebab puan ni baik tak cerewet sy tolong jahitkan" {kembang semangkuk lagi haku masa tu..hahaha..} 

Pada kina sebab kina ni seller, kina tak suke customer cerewet kekwat meluat..jadi kita sendiri kena la jadi customer yang tak cerewet, tak kekwat dan tak buat orang rasa meluat. Buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita. Tak buat baik pun Allah yang balas baik nanti. Aaamiiin.

Mula la sesi ukur-mengukur kak rose dan husband dekat rumah. Wan mi dengan mak adik la yang buka rumah jumpa dorang. Oh, kina sampai sekarang tak pernah jumpa kak rose. hihi. Masa tu rumah pun takde lampu & grill lagi masa tu. Tak bersihkan lagi. Sebab igt lepas setel seme-seme baru lah nak cuci. Tak silap tengah awal bulan Ogos camtu. Beberapa hari kemudian husband kak rose pasang railing seme. Time baru kak rose amek kain. Sebab akhir bulan Ogos kak rose nak buka gerai makan die, jadi die nak kena setelkan cepat langsir kina ni. 2 minggu lepas amek kain langsir dah siap dah. Cepat jugak. Kina ingat dalam sebulan macam tu.

Dalam masa nak siapkan tu kak rose cakap living room tu terlalu tinggi. (Memang banyak hal lah siling tinggi ni kan. hahaha). Kalau nak buat corak melintang kena sambung kain. Die cadangkan yang belakang pusingkan sambung ke atas. Kina masa tu gelabah la jugak camne la tak berapa paham mula-mula. Tapi kina letakkan kepercayaan pada kak rose sambil doa harap-harap ok la.

30 ogos kak rose nak pasang langsir. Masa tu grill dah ada jadi takpe nak pasang, tapi rumah tak cuci lagi. Hahaha. Lepas tu kak rose tu kata boleh die buatkan upah cuci rumah. Pikir-pikir susah tu nak pasang meleret kain panjang dengan lantai kotor kan. Die nak iron lagi. Alatan mencuci pon takde, nasib la mak adik ade suh die gi antakan alatan mencuci. Sian kak rose & husband mencuci plak dengan kipas takde. Tapi die ok je kata dah biasa buat kerja-kerja. Bersalah rasa sebab masa tu baru lepas balik tapi tak cuci rumah lagi sebab nak cuci lepas seme setel.
Sebelum operasi mencuci..huahua.

Dekat 5 jam jugak die mencuci baru boleh start iron, pasang. Dapur je tak cuci sebab dapur tak pasang langsir kan. Hari ni dok berdebar dupdapdupdap camne rupa langsir. Menunggu whatsapp ayah sebab die pegi tengok. Masa tu dah 6 lebih petang. Ayah hantar gambar ni.

Langsir dekat area living terbalik dekat bawah. 

Terbalik kan? Masa tu alamak. Camne tu. Tapi kina buat-buat cool je. Kina cakap ke wan mi jangan marah die. Biasa la manusia buat silap. Lepas tu kak rose whatsapp cakap dekat living room tu terbalik, lepas pasang baru perasan. Die yang notice dulu baru wan mi perasan. Die bawak balik, malam nanti die datang pasang semula. Allah, gigih sangat die kan. Kina cakap sambung esok pun takpe sebab esok cuti. Die cakap esok die kena rehat dari menjahit sebab kedai makan die nak buka lusa. Malam tu dalam 10 lebih kak rose hantar gambar dah siap baiki semula dan pasang. Bayangkan dengan takde lampu pasang langsir. Die bawak torchlight je. Jadi ni lah hasilnya selepas dah baiki.

Langsir jenis eyelet. Takde sheer pun sebab da ada palang2 besi tu. Tak ingat nama die.

Malam tu jugak jiran sebelah datang kak rose cakap, pastu nak hire untuk pasang railing dekat rumah die. hihi. Rezeki kak rose. :) Orang kuantan kalau nak pasang railing boleh amek dengan husband kak rose ni. Harga sangat berpatutan. Ceiling tinggi ke rendah boleh buat. Hihi. Gambar langsir dalam bilik nan ado..nanti la update balik..

KOS RAILING:
Wooden rod + extend rod utk jenis melintang kat tepi
Double railing dekat 3 bilik
=RM653


Ok, saat mendebarkan adalah harga total. Masa pasang-pasang langsir tu kak rose bagitau dah ada perubahan harga sebab bidang kain kina tu besar, lepas tu die buatkan sheer untuk semua bilik. Kina request untuk dining room je sheer dulu sebab budget pastu tak sure kain sheer tu cukup tak. Sebab kak rose kata cukup, jadi die buatkan semua. Hihi. Takpela, setel jela. (kalau wan mi, die cakap kenapa buatkan orang tak suruh buat..hahaha..wan mi garang..:p) 

KOS UPAH JAHIT LANGSIR :
Living hall tinggi :RM100
Dining room :RM60
Masterbedroom, Bilik 3 & Bilik 4 :RM104
Aksesori (pita, eyelet,ring) :RM104.80
Total :RM476.80

Total keseluruhan untuk langsir :
KOS KAIN : RM640
KOS RAILING : RM653 (wooden rod utk depan & railing biasa dlm bilik)
KOS UPAH JAHIT LANGSIR :RM476.80 
TOTAL : RM1769.80

Alhamdulillah mencapai target harganya. Tak over sangat bajet. Tak lebih dari 2K. Boleh la pasang customade blind untuk dapur. Blind ni pun ada ceritanya jugak. Next time la ye..panjang beno dah ni. Orang kuantan yang nak pasang railing (langsir die tak buat dah) dengan husband kak rose boleh whatsapp die di : 0195623017













7 comments:

Chekgu Azrine on December 8, 2015 at 6:11 PM said...

Cantik langsir kina..akk pun honestly buta pasal langsir2 nih..hahahaha

nora razalli on December 8, 2015 at 7:44 PM said...

Cantik color dia :)

ieza ashaari on December 9, 2015 at 9:45 PM said...

Lawaaaaa..

Momstoreretail on June 16, 2016 at 11:12 PM said...

Cantik...
www.momstoreretail.blogspot.com

Unknown on September 23, 2016 at 10:46 AM said...

Salam....Kina da let go ke baki langsir tu? Klu blum akak minat nak beli....hihihi

Unknown on October 16, 2016 at 11:35 PM said...

Salam puan saya berminat beli baki kain puan tu..please wasap 0192210712

Gjoyfitry on February 19, 2019 at 7:28 PM said...

Cantikk kainn langsir 😍

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork