Showing posts with label deco rumah setingkat. Show all posts
Showing posts with label deco rumah setingkat. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

Rumah kami : TV Cabinet dah siap pasang

Salam.. 

Ingat tak aritu post dilema-dilema nak pilih tv cabinet yang mana, siap buat simple giveaway main teka-teka. Ramai gak yang teka betul. Hihi. Tajuk macam la pasang TV Cabinet yang build in kan padahal Lazada mariii. RM350* + postage + voucher dalam RM390. Murah la kan. 
2 kotak dari lazada
Lama gak beli baru sampai, check tracking tak bergerak, tapi lepas call terus die call wan mi esoknya nak hantar tv cabinet, siap tukar address sebab takde orang dekat rumah ktorang tu. Berat dan panjang. Hebat ayah cu angkat sorang je masa angkut dari rumah wan mi ke rumah ktorang. 
Muat plak die nak panjat tu. Sekarang dah ada cermin tak leh la masuk. Hahaha

Kina & pudin pasang sama-sama dengan 'bantuan' si rambut kerinting. Hahaha. Mama asing-asingkan skru seme die alih, siap missing 1 skru last, nasib baik jumpa. Kalau tak tak siap la pintu tv cabinet tu. Actually tak tahu pun ada pintu, sebab ikut gambar tu ingat macam design saje. First time jugak kina mendrill. Cuak tapi sempat lagi berlagak dengan pudin. Hahaha.
Dah siap pasang! Matching x? Kahkah. Kekurangan warna. Nanti ingat nak cat atau buh wallpaper.
TV tu pun beli dekat Lazada jugak, sebelum beli survey banyak kali. Lazada ni kena selalu check kadang-kadang harga die boleh turun pastu ada discount pakai debit card Maybank lagi jimat. Mula aritu nak beli dekat Mydin je sebab RM599 takde postage bagai, brand Hisense sama je. Lepas tu Lazada bagi RM550 + postage RM50 dapat plak discount Maybank so jadi RM550 jela. Jimat RM40. Warranty pun ada, tapi tak hantar lagi. eemm..bab nak hantar kad warranty lemah betul. Asyik tunda sampai habis warranty. Kahhh. Dah pasang njoi, ok la tv tu. 5 stars jugak utk lazada.


So, ni yang dah siap pasang, zoom sket. Kalau roboh maksudnya tukang pasal la punya pasal. Hahaha. Seriously suka sangat, kaki die tinggi jugak, pastu panjang, berat so susah nak teralih-alih. Kesimpulannya puas hati sangat. Kalau korang nak beli jugak boleh tengok dekat SINI.



Tuesday, December 8, 2015

Rumah kami : Perihal langsir

Salam

Cerita tentang langsir ni sangat-sangat panjang berliku-liku. Percaya tak first time kina pegang kain langsir ni tengok depan-depan bila dah siap pasang dekat rumah. Hihi. Semuanya whatsapp. Alhamdulillah kina dapat harga yang murah untuk langsir sebab wan mi die pegi Ghuangzhou. Harus lah menumpang kirim kan. Die lah yang tolong carikan. Kalau ikutkan kina nak plain seplain plainnya tapi knowing her mesti tak amek gambar mana yang plain. Hahaha. So, wan mi amek la gambar ada dalam 5-6 corak. Walaupun tak minat coklat tapi yang ni paling plain dekat situ, jadi kina pun pilih yang tu. 
Langsir color light brown & dark brown ada stripes


Beli 1 gulung/sekayu terus untuk dapat harga borong, ada separuh lagi tak pakai nak let go nanti..hihi.. RM18 semeter untuk kain bidang 120. Wan mi kata kalau dekat sini kain tu harga dalam RM35-RM50 semeter agaknya. Lepas tu kain sheer yang ada timbul2 stripe dapat RM10 semeter beli dalam 10 meter. Akhirnya kain yang pakai lebih kurang 30meter + 10meter.

KOS KAIN :
1) Kain langsir : RM18 x 30meter = RM540
2) Kain sheer : RM10 x 10meter = RM100
Total kos kain langsir untuk 1 rumah kecuali dapur = RM640

Habis cerita tentang kain, cerita pasal tukang jahit langsir. Mula dengan survey online. Mintak quotation dengan mr. A. Untuk living hall yang tinggi + dining room sahaja = RM1500 lebih kurang tapi jenis french pleated xtermasuk railing. Macam blur lagi masa ni sebab die pun tak terang betul cuma bagi anggaran kan..Ok, survey lagi. Jumpa dekat mudah kak rose nama die. Kina memang cakap awal-awal tak reti sangat pasal langsir ni. Kak rose ni buat part time je rupanya langsir ni dan die ada nak buka gerai makan dekat depan UMP, husband die yang tukang pasang railing. 

Discuss la nak buat langsir jenis apa, ukuran berapa. Mula-mula nak butterfly pleated tau. Tengah in kan design tu, lawa gile alunan die. Tapi sekeping RM18. Agak lari bajet la. Lepas tu kak rose cakap eyelet RM14 sekeping ke RM15 lupa lah pastu yang jahit biasa RM12. Kina banyak ikut suggestion die. Jadi untuk living room & dining room amek yang bentuk eyelet la sepesel sket 1st impression. Dalam bilik semua jahit lurus je.
Masa ni kak rose tak tau lagi kain kina tu bidang berapa. Jadi die bagi la harga. Lepas tu berubah la sket tapi tak jauh mana. Harga die bagi masa tu lebih kurang 1K untuk 1 rumah termasuk railing, sheer utk dining room sahaja. Jauh la beza dari Quotation mr. A.

Entah macam mana, kak rose ni cakap die pasni tak amek upah langsir dah, railing boleh amek dengan husband die pastu boleh amek tempahan langsir dengan adik die yang memang ada kedai langsir. Rupa-rupanya adik die mr. A. Hahaha. Keciknya dunia ye.

Kina cakap la "oooo..dah pernah tanya die..hihi"
Kak rose cakap "yeke, mahal ek?"
Kina "a,ah, mahal sket..hihi..kalau boleh nak sekaligus je" {ofcos nak murah je}
Kak rose cakap "ok la, sebab puan ni baik tak cerewet sy tolong jahitkan" {kembang semangkuk lagi haku masa tu..hahaha..} 

Pada kina sebab kina ni seller, kina tak suke customer cerewet kekwat meluat..jadi kita sendiri kena la jadi customer yang tak cerewet, tak kekwat dan tak buat orang rasa meluat. Buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita. Tak buat baik pun Allah yang balas baik nanti. Aaamiiin.

Mula la sesi ukur-mengukur kak rose dan husband dekat rumah. Wan mi dengan mak adik la yang buka rumah jumpa dorang. Oh, kina sampai sekarang tak pernah jumpa kak rose. hihi. Masa tu rumah pun takde lampu & grill lagi masa tu. Tak bersihkan lagi. Sebab igt lepas setel seme-seme baru lah nak cuci. Tak silap tengah awal bulan Ogos camtu. Beberapa hari kemudian husband kak rose pasang railing seme. Time baru kak rose amek kain. Sebab akhir bulan Ogos kak rose nak buka gerai makan die, jadi die nak kena setelkan cepat langsir kina ni. 2 minggu lepas amek kain langsir dah siap dah. Cepat jugak. Kina ingat dalam sebulan macam tu.

Dalam masa nak siapkan tu kak rose cakap living room tu terlalu tinggi. (Memang banyak hal lah siling tinggi ni kan. hahaha). Kalau nak buat corak melintang kena sambung kain. Die cadangkan yang belakang pusingkan sambung ke atas. Kina masa tu gelabah la jugak camne la tak berapa paham mula-mula. Tapi kina letakkan kepercayaan pada kak rose sambil doa harap-harap ok la.

30 ogos kak rose nak pasang langsir. Masa tu grill dah ada jadi takpe nak pasang, tapi rumah tak cuci lagi. Hahaha. Lepas tu kak rose tu kata boleh die buatkan upah cuci rumah. Pikir-pikir susah tu nak pasang meleret kain panjang dengan lantai kotor kan. Die nak iron lagi. Alatan mencuci pon takde, nasib la mak adik ade suh die gi antakan alatan mencuci. Sian kak rose & husband mencuci plak dengan kipas takde. Tapi die ok je kata dah biasa buat kerja-kerja. Bersalah rasa sebab masa tu baru lepas balik tapi tak cuci rumah lagi sebab nak cuci lepas seme setel.
Sebelum operasi mencuci..huahua.

Dekat 5 jam jugak die mencuci baru boleh start iron, pasang. Dapur je tak cuci sebab dapur tak pasang langsir kan. Hari ni dok berdebar dupdapdupdap camne rupa langsir. Menunggu whatsapp ayah sebab die pegi tengok. Masa tu dah 6 lebih petang. Ayah hantar gambar ni.

Langsir dekat area living terbalik dekat bawah. 

Terbalik kan? Masa tu alamak. Camne tu. Tapi kina buat-buat cool je. Kina cakap ke wan mi jangan marah die. Biasa la manusia buat silap. Lepas tu kak rose whatsapp cakap dekat living room tu terbalik, lepas pasang baru perasan. Die yang notice dulu baru wan mi perasan. Die bawak balik, malam nanti die datang pasang semula. Allah, gigih sangat die kan. Kina cakap sambung esok pun takpe sebab esok cuti. Die cakap esok die kena rehat dari menjahit sebab kedai makan die nak buka lusa. Malam tu dalam 10 lebih kak rose hantar gambar dah siap baiki semula dan pasang. Bayangkan dengan takde lampu pasang langsir. Die bawak torchlight je. Jadi ni lah hasilnya selepas dah baiki.

Langsir jenis eyelet. Takde sheer pun sebab da ada palang2 besi tu. Tak ingat nama die.

Malam tu jugak jiran sebelah datang kak rose cakap, pastu nak hire untuk pasang railing dekat rumah die. hihi. Rezeki kak rose. :) Orang kuantan kalau nak pasang railing boleh amek dengan husband kak rose ni. Harga sangat berpatutan. Ceiling tinggi ke rendah boleh buat. Hihi. Gambar langsir dalam bilik nan ado..nanti la update balik..

KOS RAILING:
Wooden rod + extend rod utk jenis melintang kat tepi
Double railing dekat 3 bilik
=RM653


Ok, saat mendebarkan adalah harga total. Masa pasang-pasang langsir tu kak rose bagitau dah ada perubahan harga sebab bidang kain kina tu besar, lepas tu die buatkan sheer untuk semua bilik. Kina request untuk dining room je sheer dulu sebab budget pastu tak sure kain sheer tu cukup tak. Sebab kak rose kata cukup, jadi die buatkan semua. Hihi. Takpela, setel jela. (kalau wan mi, die cakap kenapa buatkan orang tak suruh buat..hahaha..wan mi garang..:p) 

KOS UPAH JAHIT LANGSIR :
Living hall tinggi :RM100
Dining room :RM60
Masterbedroom, Bilik 3 & Bilik 4 :RM104
Aksesori (pita, eyelet,ring) :RM104.80
Total :RM476.80

Total keseluruhan untuk langsir :
KOS KAIN : RM640
KOS RAILING : RM653 (wooden rod utk depan & railing biasa dlm bilik)
KOS UPAH JAHIT LANGSIR :RM476.80 
TOTAL : RM1769.80

Alhamdulillah mencapai target harganya. Tak over sangat bajet. Tak lebih dari 2K. Boleh la pasang customade blind untuk dapur. Blind ni pun ada ceritanya jugak. Next time la ye..panjang beno dah ni. Orang kuantan yang nak pasang railing (langsir die tak buat dah) dengan husband kak rose boleh whatsapp die di : 0195623017













Saturday, August 29, 2015

Rumah kami : Grill dah siap pasang

Salam

Defect pun belum siap hantar lagi dekat developer tapi grill dah siap pasang. Hihi. Kina tak suka grill. Memang tak suka lah. Sebab die mencacatkan pemandangan. Hahahaha. Tapi nak buat guane kena la jugak pasang grill kan. Tengok omputeh mana ada grill tapi dorang pasang alarm system. Dekat Malaysia ni macam belum ramai yang pasang kan. Tak yakin je. Masa mula-mula dapat quotation uncle tan memang pengsan rasa harga 2x ganda dengan kitorang target. Lagi la rasa baik pasang alarm system gitu tapi dah nak buat homestay kang asyik bunyi alarm je. Pastu tiap kali orang nak duduk homestay nak kena ajar. Kalau owner duduk takpe la kan. Lain kali lah alarm system tu. 

Mula ada 3 orang kontraktor grill. Uncle tan & 2 lagi melayu (malas nak sebut walaupun famous jugak online). Sangat berbeza. Dengan Uncle tan pegi kedai die dekat IM14 tu pagi, kol 2 janji nak gi rumah kol 2 die dah tunggu depan kedai. Kitorang pulak yang terlambat. Lepas tu bawak die pegi rumah untuk ukur. Dengan anak die yang tengah tido, die bawak sekali. Mula ingatkan cucu. hihi. Sorry uncle. :p. Die ukur lukis-lukis atas 1 kertas, sambil tanya nak macam mana. Pastu bagi suggestion. Lepas tu die bagi la harga. Tak confirmkan lagi sebab nak tanya orang lain lagi.

Lepas tu wassap 2 kontraktor melayu tu. Reply memang reply tapi masih mood raya agaknya. Nak cek masa dan jadual bila boleh datang ukur rumah tapi sampai sudah tak bagitau bila nak datang rumah. Busy beraya agaknya walaupun dah seminggu lebih raya. Seminggu lepas tu juga takde kabar berita. Haiih. Tak dapek nak menolong bangsa sendiri. Dalam masa tu uncle tan ni 2x jugak call tanya macam mana nak ke. Siap bagi discount sket. Kali ke3 bagi sket lagi discount. (Jadi, kalau nak discount jangan terus confirm.hahaha) 

Orang kata kalau dari awal dah problem jadi janganlah amek. So kitorang confirm amek uncle tan. Lepas je ktorang kata confirm uncle tan cakap die pegi cari dulu besi. Dalam 2 hari kemudian die cakap ok dah ada stock wrought iron tu. Kitorang bayar deposit then terus die start la buat keje. Tak sampai seminggu lebih uncle tan cakap die dah siap untuk pintu sliding, boleh la nak pasang. Cepat pulak uncle ni tak sempat nak kumpul duit lagi. Hahaha. 

Ktorang communicate ikut fon call sebab uncle tan takde wassap, wassap pun dengan aunty kedai sebelah die. Hahaha. Die send gambar grill ikut wassap aunty tu. Die send gambar grill tu tak ikut color yang kina nak. Kina nak black matte tapi die buat black yang kilat-kilat tu. Terus die cakap oh matte ha..ok2 i cat semula. 
Mula ingat die buat menegak. Hahaha. Die baringkan je. Ni hitam berkilat yang mula-mula die siapkan.

2 hari kemudian die call cakap sudah siap hampir semua grill kecuali dapur punya. Ok. Cepat sangat. Die wassap gambar dah tukar cat. Mak adik bukakan pintu semua esoknya. Mak adik cakap cepat pekerja die buat keje. Kol 11 die buka, pastu gi makan balik semula 3 dah siap pasang.
Grill yang belum dipasang. Pintu sliding kot.
Pintu bilik belakang. Hi jiranku syaliza..hihihi..
Grill sliding door dari dalam rumah. Railing pasang petang lepas pasang grill. :) Nanti cite pasal ni plak.

Tingkap di master bedroom. Uncle tu tanya nak sekalikan ke atau buat 1 1. Nampak kemas kan.

Pintu grill dapur. Masa ni tak pasang siap lagi. Nampak tak dinding tu defect. hihi

Ni faveret kina..Pandai uncle tu pilih tombol tu. Senang sket nak nampak / buka kalau tengah gelap sebab color contrast.
Grill dalam toilet master bedroom

Grill dekat wet kitchen/laundry. Memang byk kena grill. Huuu.

Material : Wrought iron (uncle tak suggest steel biasa sebab senang kena kopak)
Color : Black matte (Ni semua gara-gara ila share pasal grill jiran terus berkenan, dulu nak color putih. Hitam lagi match sebab tingkap pun ada hitam kan. Tq ila!)
Design : Straight line je takde bunga-bunga. Suka simple.
Result : Puas hati (Pudin dah pergi tengok die cakap die puas hati. kina tak tengok lagi depan2.)
Harga : Tak payah disclose lah sebab pada kina mahal. huhuhu. slhkan GST. cet.

Kalau tengah survey grill dekat kuantan ni boleh la gi kedai uncle tan ni dekat Indera Mahkota 14 sederet dengan klinik syed badaruddin. Rasa dari segi harga tak la paling murah tapi cepat, kemas dan insyaAllah kukuh la hendaknya. Selalu update kite. Deal dengan die memang senang tak pening kepala di kemudian hari InsyaAllah. Tak semua detail kina includekan sebab grill ni kan pasal keselamatan. (Rasa dah details jugak tu. huwawawa)

So, grill adalah menda pertama yang disetelkan. Next lampu kipas & langsuir langsir! Balik bulan 9 ni setelkan defect dan cuci rumah. Yeayyy sambil berhuhuhu duit dok keluar. Orang kata kena tinted dulu baru grill. Tapi nan ado bajet utk tinted. Hahaha. Lain kali lah. Tinted color hijau sungguh menggoda. *_*






 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork