Monday, August 13, 2012

Checklist baby : 3) Baby Nursery/Furniture

Salam
Lama menyepi bukan bermakna kina bersalin..kihkih..busy sikit dengan business theshopAblog, cari duit raya lebih la kununnya. Sekarang dah habiskan stock & tutup order sampai la lepas pantang..Lepas tu kena tolong buat kuih raya untuk jual di bazar dari pukul 8pagi - 2ptg (tapi kina bukan banyak tolong pun.hahaha). Balik rumah tido, bangun je dah asar. Tup-tup nak berbuka dah. Tak larat dah tengok kuih raya. Tak bernafsu pun nak makan sebab tiap hari tengok. Kalau korang nak rasa sila la pergi ke bazar terbesar kat Kuantan nu, depan masjid negeri. Cari Shakina's Cookies! Harus la nama anak sulung kan. Ha..ha..ha..Kuih yang sedap - Snow almond, Mocha, Cornflake madu (my fav!), Almond london. 

Tips untuk buat cookies yang sedap kuncinya adalah pakai butter yang bagus (lagi mahal lagi bagus),say no marjerin ok..kalau coklat jangan pakai cooking coklat yang rasa gula tu..lepas tu kalau ikut resepi kurangkan sikit gula.. 

Kina sekarang sudah 36 minggu..Kira 9 bulan dah ye? Alhamdulillah, terima kasih Allah..puasa masih penuh setakat ini la..lagi 6 hari lagi..chayok2 baby kite puasa penuh tahun ni! Terawih plak dapat 7 hari je..hehe..xlarat la lepas melahap air lebih 5 cawan tiap hari..Tu pun memang terawih dgn pudin je..Kalau sakit-sakit belakang kina mintak relax kejap. hahaha. Imam plak kena ikut makmum ye. Masjid tak pernah pegi tahun ni..Huhu. By the way, tahniah buat rakan-rakan blogger yang dah bersalin - lisa, syima, padilah..ada yang tertinggal? sorry..

Banyak sangat nak update sebenarnya tapi nak habiskan dulu checklist baby..Kang kalau dah bersalin memang tak update pasal checklist dah la..

Checklist baby: 3) Baby nursery/furniture
1. Baby Cot - Kina pernah review yang kina beli dekat kedai Yong Fong, Bachang, Melaka. Boleh baca dekat [entry ni] untuk details. Sangat puas hati dengan kualiti & harga die. Baby cot harga RM270 + tilam RM80. 

2. Bedding set - 7 in 1 bedding set doremon beli dekat Yong Fong jugak RM127.00. Worth it sangat sebab warna biru, comel, harga antara paling murah kina jumpa. Bedding set ni memang khas untuk letak dekat baby cot. Lepas tu dapat bedding set hadiah dari BFF Norzie jenama sweetcherry. Dalam hati nak beli set tilam kekabu tapi tak jumpa design yang berkenan & harga agak pricey. Nak bodek granny baby la. Hahaha. 

3. Blanket - Blanket ada 1 je, tu pun dapat free gift masa beli Drypers dekat Parenthood Expo. Serious walaupun dapat pegi sekejap je expo tu tapi seronok sebab banyak gila vendor best kan. Harga takde la murah sangat tapi ok la kot. Nanti la review pasal expo tu. (Bila la plak kan)

4. Mosquito Net with Stand - Yang ni untuk baby cot, beli lepas kena jet dengan amoi Yong Fong tu. Kihkih. RM80 untuk 2 benda ni.

5. Storage Drawer - Baru kemarin terserempak dengan wardrobe baby yang berkenan. Comel sangat! Colour putih. Harga pun ok la dalam RM200++ tapi dekat Bahau la. Satu hal plak nak beli lepas tu nak pos ke Bintulu. KIV dulu la untuk almari baby. Simpan je dalam almari mama & papanya.

6. Swaddle atau bedung - Tak beli lagi yang khas atau moden punya. Ibu kina suruh beli napkin je. Dah beli napkin brand Mickey Mouse dekat Manjaku, Kuantan, ada 8 pcs = RM27.90. Comel ada kepala mickey mouse warna warni. Sebab pegi dengan ibu, haruslah paw lagi. hahaha. Tq Granny!

7. Receiving blanket - Beli masa expo PWTC RM10 sehelai. Receiving blanket ni boleh pakai napkin jugak. Tak pasti dekat hospital nanti ada ke tak sediakan receiving blanket. Benda ni boleh buat bedung jugak. 
Design yang kina beli cmni

8. First year co-infant sleeper - Kina pernah review tentang ni dekat [entry ni]. Kalau pergi mana-mana memang nak bawak ni je. Tapi boleh pakai sampai 6 months je. Since kekerapan travel tu banyak beli yang ni, tapi yang pre-loved je.


9. Fisher Price Rocker - Dulu memang tak terfikir langsung nak beli benda ni. 1 sebab mahal jugak. Lepas tu rasa macam perlu ke kehendak saja? Bila tengok ramai yang cakap berguna & baby suka (harap-harap anak mama suka duduk dalam tu), lepas tu pikir boleh pakai sampai 4 tahun. Boleh pakai untuk next baby. Lagipun nanti kalau dekat bintulu, nak memasak ke, tengok tv ke letak la baby dalam tu. Plusssss, Safiyyah plak buat wholesale spree, kiranya pre-order ramai-ramai dapat harga murah. Plussss lagiii, yang Safiyyah tu warna biru dan Aty cakap walaupun yang tu lama punya tapi lagi canggih. Gittew. Yang design baru biru hijau smart jugak tapi yang tu lagi mahal. Harga biasa RM185-RM300, beli dengan Safiyyah dengan harga RM175 je! Harga borong tu terus la beli jugak akhirnya. 
Fisher price rocker
10. Attached Fan for Baby Cot - Actually bukan untuk baby cot je, boleh letak dekat stroller baby ke. Takde la panas kot. Beli dekat Parenthood Expo hari tu. Nasib baik terjumpa yang RM10 dulu sebelum RM15. Hahaha. Sebab takde masa nak survey paling murah masa tu. Kalau grab yang RM15 dulu pastu nampak plak RM10 mesti tension je. hahaha.

Perbelanjaan untuk baby furniture setakat ini. 

Sambungan: Checklist baby: 4) Baby Care/Grooming
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork