Tuesday, December 22, 2015

10 hari lagi kakak shahadah pegi tadika

Salam

Setakat ni anak excited nak pegi school. Mak plak nervous terlebih. Aiyyyh. Cuaknya. Masa awal bulan 10 start survey-survey, risik-risik. Ada 3 je la list school jadi pilihan. Yang lain tolak tepi sebab nak location yang dekat & selamat.

1) tadika tahfiz fitrah
2) little caliph
3) graduan kecil

Mula-mula apply online tadika tahfiz tu. Memang pilihan no 1 sebab paling dekat & islamik sket. Maklum la kakak shahadah malas nak ngaji. Drama je lebih. Hahaha. Pegang pada kejar akhirat pasti dunia akan kejar kita. Pilihan no.2 little caliph, islamik jugak. Bonus english & kuantiti pelajarnya tak ramai. Consnya yuran la kot. Tak tahu berapa tapi dapat agak berapa. Graduan kecil plak location belakang tadika tahfiz je, banyak cawangan, pernah pegi nak daftar nampak environment ok. Bila call tadika tahfiz, katanya dah penuh. LC pun sama masuk waiting list no.4. Gitu siap waiting list. Macam nak masuk IPTA dah. 

Bila dah penuh tu, kina kata kat pudin takyah la sekolah lagi. Nampak tak mamanya yang taknak. Hahaha. Pudin kata biar lah die pegi sekolah, die nak belajar dengan kawan-kawan. Boleh la kina fokus dekat shafiyah pulak. Macam mana la shafiyah bila takde kakak pagi-pagi. BFF sangat dorang dua tu. Over mama ni kan, padahal kakak shahadah gi sekolah 5 jam je. HAHAHA. Shafiyah mesti melekat dengan mama macam ni sebab takde teman bermain.

Lepas pudin bayar deposit RM50 dekat Graduan Kecil baru ni, tiba-tiba tadika tahfiz call kata dulu ada apply online kan?Laaa..dapat ke rupanya. Takde plak direply applicationnya. Alhamdulillah. Rezeki kakak shahadah la. Burn la RM50 GK sebab nak pegi tadika tahfiz. Lepas dah bayar tadika tahfiz, amek baju siap. LC plak call lepas dah berkali-kali follow up kata ada 2 orang je withdraw tak sampai waiting list shahadah, rupanya ada lagi orang withdraw. Hahaha. Takpe la, 2017 la kita join LC kalau ada rezeki. Wan mi memang nak shahadah masuk LC sebab speaking english. Shahadah memang ade accent omputeh pengaruh cartoon. Hahaha. 

Pegi paso dengan wan mi, wan mi die cerita kakak shahadah bebel dekat paso.
"this is green, this is red, this is yellow (sayur2). I like it"..I like it la sangat tapi sayur tak makan! hahahaha.

Tapi ada sebabnya tak join LC utk 2016 selain dah bayar yuran tadika tahfiz. Yuran tadika tahfiz pada kina ok sangat. Tak ingat exact amount. 300-400 setahun. Tiap-tiap bulan RM190. Kalau ponteng takde la terasa sangat ye. Hahaha. Apela mama ni, belum ape2 dah pikir nak ponteng kelas. :p

Uniform sekolah kakak. Tudung tak dapat lagi. Faveret color die tu.

Kakak shahadah, belajar la elok-elok. Semoga menjadi anak yang solehah & mendengar kata cukup lah bagi mama. 








2 comments:

humble.yat on December 22, 2015 at 9:51 AM said...

wah shahadah dah nak sekolah dah..insya Allah semuanya baik-baik..tapi sy pun tak smpi hati nak hantar aina gi sekolah lagi..hehe..abi dia kata nak hntar dia ke sekolah cina..tapi tak tahulah betul ke tidak..huhuhu

Shakina Farhan on December 22, 2015 at 2:25 PM said...

impian jugak tu nak hantar sekolah cina..boleh la belajar bahasa cina & tolong mama bisnes..:P.tp papa die xnak..hihi..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork