Thursday, June 16, 2016

Sponsored video: IKEA - Raya ni sediakan ruang untuk semua

Salam

Raya dah nak dekat, IKEA sudah pasti jadi sasaran termasuklah diriku ini. Semalam baru je kirim beli meja kopi vittsjo. Jarak bukan lagi penghalang. Dalam pantang pun masih boleh beli barang IKEA  Hihihi. Nak tahu kina beli yang mana? Beli meja kopi vittsjo yang tengah promosi tu. Hihi. 

Sekarang tengah sale RM119 sahaja! Jimat! Nanti kina share gambar ruang tamu dengan meja ni.

Sekarang ni ada produk yang khas untuk sambutan raya misalnya pinggan mangkuk, periuk kuali, meja makan, meja kopi, dulang, barang perhiasan dan machiam-machiam lagilah. Antara siri yang menarik perhatian kina adalah siri DOFTRIK ni. Baru rasa raya + scandinavian + eksklusif sangat.
4 produk pilihanku dalam series DOFTRIK yang sesuai buat beraya

Macam video ni plak, kina sangat berkenan dengan meja tu. Tengok jangan tak tengok macam mana dia BERUBAH!. Dari untuk makan 4 orang boleh dipanjangkan jadi panjaaaaaaaaaaaaang sampai 8 - 10 orang weh. Sesuai sangat bila makin bertambah ahli keluarga ni, semuanya kena lebih. Berbaloi kan bila beli boleh guna untuk jangka masa yang panjang. Bila anak-anak dah besar, pegi asrama ke jadikan meja tu kecik balik. Gitu jauh pemikiranku.


Betul apa yang makcik tu cakap kan? Hahaha. Raya ni mesti la kena sediakan banyak ruang sebab ramai yang datang bertandang. Kita kena raikan tetamu kan. Ada banyak warna & pilihan meja makan IKEA yang boleh dipanjangkan Contohnya siri BJURSTA, GLIVARP, INGATORP, NORDEN, STORNAS. Korang boleh klik IKEA dan cari meja makan, pilih meja boleh dipanjangkan.


Raya kali ni sangat istimewa bagi kina sebab dapat beraya dekat rumah sendiri. Tapi dekat rumah tu takde lagi pinggan yang sesuai. Pakai pinggan IKEA juga tapi yang plastik utk budak-budak tu. Hihi. Asal ado kan sebab jarang duduk pun, tapi nak raya ni macam kena rembat 1 set FARGRIK ni. Harga RM119 sahaja untuk 18 ketul tu. Suka warna biru tapi warna hijau macam sesuai dengan suasana rumah kina yang banyak warna coklat. Akhirnya pilih putih selamat ye. Hahaha.

mana pilihan kalbu?
Tapi kan dalam video tu pinggan warna hijau tu nampak sangat menyerlah dan menyelerakan kan kan. Hahaha.


Siaran ini disampaikan oleh IKEA  namun begitu semua tulisan dan pendapat adalah dari saya sendiri.


1 comments:

Anna R. on June 21, 2016 at 6:44 PM said...

Bestnyaa ikea sale ! Rambang mata tengok satu-satu. Hehe

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork