Monday, June 27, 2016

Misi 50kg?

Salam..

Hari ni hari ke40. Yeay. Dah habis pantang. Orang lain rasa sekejap tapi orang yang berpantang je rasa lamanya nak habis. Kohkohkoh. Bila orang lain melancarkan misi 50kg, eh, nak jugakkk. 50kg tu zaman masa bekerja dekat IMR & sebelum kahwin. Berat yang lepas usah dikenang. Hahaha. Tapi ofcos la semua orang nak berat sebelum kahwin, nak fit, nak size baju elok tak sendat, takde sakit kaki menampung berat yang tak ideal. Sian laki asyik nak kena urut kaki. Hihi.

Berat sebelum pregnant = 55kg (kot)
Berat last masa pregnant kali ni = 65kg
Berat 3 minggu lepas bersalin = 59kg 
Berat 4 minggu lepas bersalin = 58kg
Habis pantang = ???

Masa pregnant berat naik 10kg je. Memang tiap kali pregnant naik tak terlampau sangat. Tapi kali ni susah bebeno nak turun. Start makan supplement phytonatal & orlin masa dekat hari ke20 sebab shahir jaundice. InsyaAllah akan teruskan sampai habis. 

Kali ni juga first time berpuasa masa dalam pantang. First day pose masa hari nuzul Alquran. Tiba-tiba nak sembahyang zohor nifas ada sket lagi keluar. Maybe penghabisan kot, terus berbuka la. Lepas tu tunggu clear pose hari Sabtu lepas, hari ni hari ke3 la pose. Kalau takde apa-apa dapat la 10 hari pose terakhir. InsyaAllah. Alhamdulillah susu tak effect sangat, memang la less production compare masa tak puasa, tapi shahir still dapat susu kira ok la. 

Berat sekarang macam yoyo, bangun tido timbang 57kg, sebelum berbuka 55kg, lepas berbuka 58kg. Tak ke banyak tu naik, makan tak banyak sangat rasa, berat air kot, dah kalau minum 2 jug habis. Kuikui. So misi 50kg camner? Akan kuteruskan tapi yela, sket2 jela sebab masih breastfeeding kan. Workout sket-sket. Biar lambat asal selamat. Walaupun kadang-kadang menyampah jugak tengok lambat nak turun ni, bila stress terus makan 2 ketul kebab takde sayur. Hahaha. Dalam pantang kan takle makan timun tomato etc. Pasni makan la balik sayur.

Jadi berat habis pantang tu nak amek yang mana? Lepas bangun tido la kan? 57kg. Kohkoh. 2 minggu 1 kg. Tu makanan pantang tu. Lepas habis pantang xtau la camne. Raya pulak kan. Hahaha. Nak naik senang, nak turun susah. Dulu sebelum kahwin makan roti canai 2 keping pun tak heran. Redha ajela.


P/S : nak kecikkan paha sebab ada beli seluar tak muat kat situ. ciskek sungguh. hahaha. 


8 comments:

MG schmidt on June 27, 2016 at 11:20 AM said...

65kg je? sy lgi 4w nk due ni dah 88kg ...haha
mengembang dgn jaya nyeee..huhu

Chekgu Azrine on June 27, 2016 at 12:56 PM said...

misi ahkak is...58kg dik..sesama la kita doakan ye..

Shafizah on June 27, 2016 at 9:12 PM said...

6 bulan lepas bersalin baru dapat kurang 5kg, baby nak masuk 12 bulan baru dpt berat asal. Huhu Jom kita sama2 50kg dgn sihat. Hehe

AmVi on June 28, 2016 at 10:22 AM said...

OK dah tu kalo 57kg..maybe anak lelaki mmg ssh nak turun kot..sy pun mcm tu masa bby boy..masa bby girl senang ja..2mgu pantang dah dpt berat asal..ni ade lg 9kg nak buang tak hilang2 lepas besalin bby boy..padahal dah nak masuk 2 thun dah..hahahha

humble.yat on June 29, 2016 at 9:14 AM said...

sama la kina misi saya pun 50kg after bersalin nnti..tp mcm sush je..berat time bujang pun 45-48kg hew hew.yg tu lagi mustahil..

athirah hassin on September 15, 2016 at 7:56 PM said...

Wowww pakat lancar kempen 50kg.. Xleh jd kena join gak ni.. Heheheh

Reen Yanie on November 14, 2016 at 10:25 AM said...

Anak yg ni mcm mana..kuning ke tak..syahadah cinta macam mana skrg..

Reen Yanie on November 14, 2016 at 10:25 AM said...

Anak yg ni mcm mana..kuning ke tak..syahadah cinta macam mana skrg..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork