Tuesday, June 21, 2016

Exam pertama kakak shahadah

Salam, 

Masa awal-awal dulu ada pudin tanya cikgu.      "4 tahun ada exam ke cikgu?"
Cikgu menjawab                                         "takde, budak 5 tahun & 6 tahun je ada exam". 
Ok la, kecik lagi 4 tahun kan. 

Sebab kina nak bersalin dekat kuantan, shahadah cuti tak gi sekolah bulan 5, plan nak gi sekolah start awal bulan 6 tapi tengah bulan baru pegi balik. Hahaha. Time bulan 5 tu, masa tu kina dah bersalin. Cikgu upload gambar  kawan-kawan shahadah dok jarak-jarak dengan meja comel dengan caption gambar "Ujian penilaian 4 tahun, semoga berjaya".

Aik..kata takde exam. So pikir shahadah terlepas lah nak amek exam sebab cuti panjang. Kekeke. Bila kakak shahadah gi sekolah balik, balik-balik sekolah muka gembira dengan kertas-kertas dekat tangan. Pudin dekat belakang cakap "tengok lah, exam kakak, terer kakak". 

Kina terus belek kertas atas sekali 65%. Kina jawab "terer ke, macam mama je. hahaha". Dan-dan jumpa result yang paling rendah antara semua. Kikiki. Masa PMR sains dapat paling rendah sebab tertido masa jawab. Hahaha. Pudin cakap "ada 2 tu yang dapat 100%". Kina belek-belek lagi, 70%, 95%, 97%, 100%, 100%. "Wah, terernya kakak tak sangka mama" (tak baik mama underestimate anak sendiri). 

Yela, sebulan lebih tak gi sekolah tiba-tiba kena exam. Mana ada belajar pun, dok rumah asyik2 main, buat sepah, clean up, berebut, main pop-pop (eh). Ingat terlepas da exam tu, rupanya dia kena jawab juga sorang-sorang. Teringat kalau dulu-dulu jawab dekat bilik guru. Hehe.

Kakak shahadah kemain la senyum meleret. Shafiyah terlopong tengok tak faham. Shahir plak terlopong tido je kejenya. Hihi. Rasa tua plak weh bila anak start exam ni. 

Jadi ku abadikan di blog & instagram result pertama kakak shahadah. Nanti kakak dah besar boleh tengok. Hihi. Tahniah kakak. Sorry takde hadiah. Hadiah kasih sayang. Muahahaha. Mama bangga. Walaupun takde apa aih exam ni, tak kisah nombor berapa, mama cuma nak kakak berjaya menjadi anak yang solehah, hormati orang tua, berjaya dunia & akhirat. 







4 comments:

Chekgu Azrine on June 21, 2016 at 1:23 PM said...

tahniah shahadah!

Cik Belle on June 21, 2016 at 1:51 PM said...

hooreyy! tahniah kakak!

fathiyah jamaludin on June 21, 2016 at 2:50 PM said...

hebat kak long!
exam dia bertulis ke jenis soal-jawab (oral)

Anna R. on June 21, 2016 at 6:49 PM said...

Terernyaaa ! Tahniah-tahniah ! Semoga terus cemerlang aminnn

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork