Showing posts with label shahadah chinta. Show all posts
Showing posts with label shahadah chinta. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Beza PASTI elite & PASTI imtiyaz

Salam,

Sebab nak pindah, jadi kena survey sekolah & tadika utk kakak shahadah & shafiyah. Sebelum ni shahadah dan shafiyah sekolah dekat tadika tahfiz fitrah. Alhamdulillah, bagus sekolah tu. Shahadah pun dah 2 tahun berturut naik pentas. Tahun ni macam takdan dah convo sebab pindah maybe bulan 9 atau 10. Konvo bulan 11. Dan minggu ni last kakaks pergi sekolah. 1 sebab bulan September banyak cuti dan tak gi sekolah jadi macam membazir je rasanya.

Ok, back to PASTI. Sepupu budak2 ni semua masuk PASTI. Shahadah & Shafiyah je tak, 1 sebab yang tahfiz ni lagi dekat dengan rumah pastu PASTI yang dekat sini dia dalam surau. Kalau dalam rumah ok kot. Rasa macam terlalu open. Tu tak hantar situ. 

Dekat rumah sewa yang ktorang plan nak duduk tu ada Qdees, dekat tapi maybe mahal. Bukan maybe lah, pastilah mahal. hahaha. Silibus bagus tp tengok takde pun student yang pakai tudung. Uniform pulak ada seluar pendek. Pudin confirm2 reject. Padahal budak je kan. Its ok, ada PASTI..Tengok fb dia pun aktif macam tadika tahfiz fitrah gak. FB aktif penting tau untuk mak tengok2 gambar. Hahaha. 

Lepas tu tengok yuran ok la lagi. Bulan2 murah je. Pastu tengok eh ada 2 jenis. Elite & Imtiyaz. Elite nama pun elite mahal sket dari Imtiyaz. Yang membezakan Pasti Elite & Imtiyaz ialah acond. Elite fully acond. Nyaman lah budak2 belajar. Imtiyaz biasa je, takde acond. Silibus sama je. Elite lagi dekat dengan rumah tapi Imtiyaz pulak 1 jalan dan dekat dengan sekolah rendah yang kakak akan pegi. 

So in the end kitorang pilih Pasti Imtiyaz. Budak2 ni pun siang memang tak beracond, malam je la acond. Lepas ni shafiyah kena beli baju Pasti lah. Banyak baju tadika tahfiz fitrah ni. Plan nak bagi dekat orang. Ntah ade yang nak ke tak. hihi. 

Tuesday, June 21, 2016

Exam pertama kakak shahadah

Salam, 

Masa awal-awal dulu ada pudin tanya cikgu.      "4 tahun ada exam ke cikgu?"
Cikgu menjawab                                         "takde, budak 5 tahun & 6 tahun je ada exam". 
Ok la, kecik lagi 4 tahun kan. 

Sebab kina nak bersalin dekat kuantan, shahadah cuti tak gi sekolah bulan 5, plan nak gi sekolah start awal bulan 6 tapi tengah bulan baru pegi balik. Hahaha. Time bulan 5 tu, masa tu kina dah bersalin. Cikgu upload gambar  kawan-kawan shahadah dok jarak-jarak dengan meja comel dengan caption gambar "Ujian penilaian 4 tahun, semoga berjaya".

Aik..kata takde exam. So pikir shahadah terlepas lah nak amek exam sebab cuti panjang. Kekeke. Bila kakak shahadah gi sekolah balik, balik-balik sekolah muka gembira dengan kertas-kertas dekat tangan. Pudin dekat belakang cakap "tengok lah, exam kakak, terer kakak". 

Kina terus belek kertas atas sekali 65%. Kina jawab "terer ke, macam mama je. hahaha". Dan-dan jumpa result yang paling rendah antara semua. Kikiki. Masa PMR sains dapat paling rendah sebab tertido masa jawab. Hahaha. Pudin cakap "ada 2 tu yang dapat 100%". Kina belek-belek lagi, 70%, 95%, 97%, 100%, 100%. "Wah, terernya kakak tak sangka mama" (tak baik mama underestimate anak sendiri). 

Yela, sebulan lebih tak gi sekolah tiba-tiba kena exam. Mana ada belajar pun, dok rumah asyik2 main, buat sepah, clean up, berebut, main pop-pop (eh). Ingat terlepas da exam tu, rupanya dia kena jawab juga sorang-sorang. Teringat kalau dulu-dulu jawab dekat bilik guru. Hehe.

Kakak shahadah kemain la senyum meleret. Shafiyah terlopong tengok tak faham. Shahir plak terlopong tido je kejenya. Hihi. Rasa tua plak weh bila anak start exam ni. 

Jadi ku abadikan di blog & instagram result pertama kakak shahadah. Nanti kakak dah besar boleh tengok. Hihi. Tahniah kakak. Sorry takde hadiah. Hadiah kasih sayang. Muahahaha. Mama bangga. Walaupun takde apa aih exam ni, tak kisah nombor berapa, mama cuma nak kakak berjaya menjadi anak yang solehah, hormati orang tua, berjaya dunia & akhirat. 







Monday, November 25, 2013

Perkembangan anak daraku

Salam

Dah lama tak catat perkembangan shahadah. Anak dara ni membesar cepatnya. Setahun 3 bulan sudah.
Perkataan baru yang boleh difahami oleh mama dan papa setakat ni 'Nak', 'Amek','Nah.. (nah dengan amek tu macam die 1 makna bagi die, macam suruh amek ape yang die pegang tu), 'Atuh' (jatuh).

Saya dah 1 tahun 3 bulan tau!
Tak banyak lagi yang berbunyi tapi dari segi arahan dan tunjuk-tunjuk die paham. Kadang-kadang rasa cepat die tangkap, dan kadang-kadang rasa macam eh, die paham ke die hentam? Hahaha. Kalau macam suruh amek barang die ni boleh diharap jugak la. Hihi. Kalau suruh amek remote, hp, air (botol mineral besar pon die angkut), pampes, hanger, kita tak payah tunjuk die akan pegi cari sendiri dan bawak.

Tukang pass hanger merangkap tukang sepahkan hanger jugak..hihi
Pernah 1 ketika tu, rasanya masa tu die setahun sebulan. Kitorang tengah baring2 la atas katil, shahadah je duduk main menan die. Macam biasa kina tanya dekat pudin. 'Mana handphone mama ek?' Tak pandang pun dekat shahadah..tiba2 je shahadah amek handphone sebelah paha die pass dekat kina tapi mata die dok main menan lagi. Kitorang pakat gelak gila2. Tak sangka dalam dok ralit masa tu die dah tangkap instructions tu walaupun bukan utk die. Kekeke.

Sekarang kalau die nak tengok rancangan die, die amek la remote bagi dekat kite pastu mata die tengok tv. Walaupun die xcakap maksudnya kite WAJIB tukar channel x HI-5 upin ipin. No rancangan mama ye. Hahaha.

Dekat rumah wan mi pun die conquer tv ye..hihi
Kalau nak belajar die amek handphone suruh buka flash card. Hari tu beria marah2, yela. Ingatkan die nak tengok video rupanya nak belajar. Semangat belajar tu jangan awal2 je ye. Ada 1 masa tu papa die ajar flash card pastu papa die tertido, bising la die. Pastu amek handphone bagi mama suruh mama flashkan. Hihi. Kelako betul. High score jawab soalan flash card tu ada la 7/10 yang betul dengan jawapan pertama. Rasanya ikut mood die la , kalau die macam malas nak belajar tu die pakai tekan je jawapan ape. Tettt tettt tettt je jawapannya. Hihi. Kalau ada pilihan jawapan cat, jangan tanya haiwan lain la mesti die tekan dekat cat tu. Cat lover gitu!

Dah pandai tunjuk-tunjuk sikit bila orang tanya.
Mana cicak? Tunjuk kat atas walaupun takde pon cicak.
Mana lipas? Tunjuk kat bawah lantai. (Eeee..mama paling tak suka lipas!)
Mana hidung? Tunjuk dekat hidung mama. (Sebab dekat flash card nose kan ade orang tunjuk hidung kan)
Mana perut? Tepuk perut sendiri. (Ni lepas tengok video nana anak ila..haha)


Masa makan kitorang kat rumah xd meja makan tinggi tu, coffee table ada tapi kalau makan dekat situ die suka panjat atas meja. Jadi kitorang makan atas surat khabar je sama-sama dengan die. Nak ajar die makan sendiri walaupun bersepah. Kalau pegi makan dekat luar ok la behave sikit asalkan ada makanan untuk die. Biasanya kitorang akan keluarkan makanan die bila makanan kitorang sampai so makan sama-sama. Xd la nanti die habis dulu die mengacau kite. Hihi. Tapi masalahnya die makan laju. Nak makanan cepat je. Favourite makanan kat luar die roti canai & nasik. Nasi bodo2 gitu je pon die suka sangat da.

Paling suka nasi ayam..paha pun makan sekali..
Nak gendong pleaseee..
Potty training die xberjalan lancar sebab mama dah malas nak berlari naik atas. Toilet bawah mama tak suka guna sebab macam scary. Hahaha. (Alasan sangat)..Lagipun da tak boleh lari2 sangat dah. Hihi. Just continue siang bercloth diaper. Kalau naik tangga sekarang ni kina akan biar die naik dulu, kina kat belakang. Takpe la slow pon nak sampai atas tapi taknak ajar berdukung da. Kalau turun plak, bergendong. Hahaha. Yang ni kelakarnya die da pandai gendong, pantang orang duduk tak bersandar die mai la kat belakang pegang erat2 nak digendong.

Naik tangga sendiri lambat sket la sampai atas..hihi..
Kalau nak buka baju, just bukakan butang pastu die cabut sendiri, seluar tak pandai cabut sendiri lagi, kena lurutkan sampai bawah pastu die pegang kite dan angkat kaki. Nampak kita siap pakai tudung die g la amek kasut die. Kalau nampak stokin mama, die buat macam nak pakaikan dekat kaki mama. Macam boleh je. Hihihi.

Bab mandi plak, die suka main cebok. Dulu kena perhatikan die sebab die nak minum dari cebok tu ok! Bergaduh jugak la nak larang die minum. Pastu ajar die jirus sendiri. Ok la, die dapat jirus bahu dan perut sendiri. Dulu letak sabun dekat tangan die macam nak makan, sekarang da gosok2 dekat perut buncit die. Hahaha.

Kina rasa masa setahun ke atas ni la perkembangan anak-anak paling berkembang dan kita kena alert dan stimulatekan. Banyakkan bertanya dan bermain dengan die. Bukan bagi je die main. Tapi kadang-kadang datang malas+penat tu memang main la nak sorang-sorang ye mama nak rest. Tu yang nak adakan geng die tu. Haha. Sekarang banyak ajar die untuk berdikari as preparation untuk jadi kak long yang pandai bawa diri. Cewah. Senang sket mama nanti ada PA. Hihihi.

Monday, June 17, 2013

Dia sudah 10 bulan lah

Salam


Entry ni untuk peminat shahadah chinta. Hahaha. Seronok kamu ye si kenit, belum setahun dah ada peminat. Lagi-lagi mak adik yang sedang dalam alam hibernasi di rumah sambil menjual barang-barang baby di uptown benteng kuantan mesti menunggu-nunggu entry tentang anak sedaranya itu. Haa, nak cari barang baby murah kat kuantan pleaselah pegi uptown tu. Seyes murah macam online. (sempat lagi iklan)

Ok, apa yang shahadah dah pandai buat sepanjang usia 10 bulan hidup di Malaysia ni. Lagi 2 bulan je nak 1 tahun. Oh. >_<

1) Dah boleh berjalan. Ye. Dia memang cepat sebab ikut genetik papa dia kot. Rekod steps terbanyak sehingga hari ni ialah selama 30 seconds. Dulu kalau dekat luar dari rumah dia malas. Dia tahu orang akan dukung atau naik stroller. Dulu orang pakai kasut mesti dia takmau berjalan, sekarang dah ok dah. Siap buat u-turn lagi. Kasut shahadah ada 4 pasang. 2 belum muat lagi. 2 orang bagi. 1 merah, lain seme biru. Balik semenanjung ni mama paw kasut pink yang wan mi jual ye. Kihkih. Next entry kalau boleh nak upload video shahadah berjalan tapi laptop rosak, internet slow..Keek? Nanti lah..dah ada aritu tapi segan lah dengan suara kartun kina ni.
suka sangat dah boleh berjalan sambil tegur kakak guardian..

mama xpaham kenapa seluar pjg awk mesti jd mcm seluar pendek

2) Dah boleh turun sofa sendiri. Tapi kalau orang jauh sikit contoh macam mama pegi dapur kejap dia tak berani, makanya akan maaamaaamaaauwaaaaa. Maybe kalau orang dekat dia tahu ada orang yang boleh jadi penyelamat. 

3) Dah ada 4 batang gigi. 2 lagi sebelah kapak baru membentuk belum tumbuh lagi. Minggu depan kot keluar. Gigi kapak bukan main besar. Ada gap. Ikut gigi mama kot jarang2. Kahkahkah. Ala, omputeh suka tau gigi ada gap ni. Tengok tak ANTM season latest. Si leyla tu. Lawa tapi ada gap. Juri suka tau. Hahaha. Tak paham cek. 
Gigi saya ada 4..bila mama nak gosok saya tutup mulut rapat2.

4) Dah boleh hi2 bye2 orang. Masuk kedai roti die bye2 ke cashier tu. Shahadah walaupun die hari2 duduk rumah mengadap mamanya yang selenge ni tapi die tak takut dengan orang. Itu yang mama sangat happy. Takut tau die punya social kureng sebab tak de kawan. Maybe perlu bagi shahadah adik cepat2. Kahkah.  Syukur dia ni jenis friendly jugak. Cuma dia tak boleh kalau bangun2 tido nampak ada orang baru. Kalau dia tak tido, nampak orang baru dia boleh layan. Kalau tengok upin ipin kan ada upin ipin cakap "hiiii, saya upin, ini adik saya ipin"..time tu die pun angkat tangan jugak nak hii..Cute sangat rasa..

5) Masa 7 bulan dia pandai amin tangan sekarang dah tamau amin. Camno nak dapat duit raya nanti nak? Hahaha. 
masa 7 bulan ++..sekarang minta amiin xlayan..hi5 pun da xnak..hi2 & bye2 je mau.

6) Dah boleh minum pakai straw. Sebab selalu tengok mama minum vitagen kolagen kot. Ajar a few times die tiru. Mula2 die hisap pastu die buang. Pastu ok dah. Die suka minum pakai straw compare to yang muncung tu je. I know, die malas nak tonggengkan. Dalam sehari dekat 7oz minum air kosong. Tu poo2 lancar je kot. Kalau 2 hari tak poo2 esoknya siap lah..Banjir terus. hahaha
First time minum air fresh oren

Lepas penat main minum air masak banyak2 sampai tutup2 mata haa.

7) Mandi macam orang besar. Kalau mandi shahadah tamau duduk. Berdiri lah dalam bath tub tu. Kadang2 xpakai bath tub pon. Cucur dengan air paip atau shower. 

8) Makan dah tak berapa minat yang lembik2 hancur sangat. Nak pegang sendiri. Poo-poo busuknya. 

9) Berat terkini 7.5kg. Tinggi tak tahu sebab doktor tak ukur2. Yang kina tahu lebih lah dari ulat bulu menan die tu. Maybe dalam 65-70 cm kot. Dia ketot je. Hihi..See her parent la. Hahaha.
Nampak bertambah gebu dari dulu. Bye2.
Ok la..itu sahaja..Nak tengok banyak gambar shahadah boleh tengok #shahadahchinta di IG. In fact semua gambar di atas dari segram tu. hahaha.

Counting days...5 hari lagi nak balik semenanjung weh!






Friday, September 7, 2012

Saya sudah bergelar mama!

Salam

Ok..kali ni lama da xupdate & mmg dah bersalin..haha..tak sempat habiskan entry checklist..kalau ikut due date ahad ni kina bersalin, tapi nampaknya si budak kecik ni tak sabar nak beraya, kumpul duit raya, & nak papa dia bayar zakat fitrah. Ingat lagi masa pegi bayar zakat fitrah orang tu cakap 

''tahun ni bayar utk 2 orang, tahun depan insyaAllah bayar utk 3 orang ye''

Takde makna tahun depan..29 Ramadhan dah keluar minta papa die pegi bayar zakat fitrah..hee..
1 jam lepas bersalin

Alhamdulillah, 17 Ogos 2012, hari Jumaat, Nor Shahadah Chinta bt Mohd Sharifuddin selamat dilahirkan secara normal pada pukul 7.39 malam betul-betul lepas doctor, nurse & pudin berbuka dia lahir..Berat semasa dilahirkan 2.75kg, ringan eyh? sebab tu 2 kali push je kot sebab kenit je..Mama die tak dapat teruskan misi berpuasa penuh, jadi kena ganti 2 hari..takpe la, demi kamu Shahadah Chinta! Hari ni dah 21 hari @ 3 minggu da Shahadah Chinta..

Gambar cinta hati kami:


Dahi jendol..: p

Masa mula-mula bukak mata
2 weeks & sudah botak
18 hari, macam baby boy da..sebab pakai biru & botak kot
20 hari, ok jangan cakap sy boyish sebab ni semua pinky siap ade headband..hehe..


Maksud nama die Cahaya Penyaksian Cinta..bukti cinta kami..: p..kina & pudin memang panggil shahadah chinta..korang nak panggil shahadah boleh, chinta pun boleh..(tiada kaitan dgn sinetron Na..na..na..na..da Cinta @ apa-apa sinetron sebab nama tu popup sendiri..seyes tak tengok nada cinta...haha) 

After this kina akan share pengalaman bersalin Shahadah Chinta ni..:)

p/s: sorry tak dpt nak reply email2 & comment buat masa ni..T_T

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork