Thursday, April 23, 2015

Review: Seqy beauty yang awesome!

Salam

Pertama-tama sekali SAYA TAK JUAL ye. Hihihi. Tak tahu kenapa mesti orang ingat kina jual. Jadi cakap awal. Bagi yang pernah baca kina sebelum ni pakai pencuci muka safi rania. Dah 3 tahun dah memang stick dengan safi rania. So far ok aje, mula la boring kan. Masalah paling takde penyelesaian adalah jeragat. Jerawat tu biasalah, kadang ada kadang takde. Tangan gatal maka tumbuh melata. Hahaha. Jeragat yang paling horror sebab hormon & genetik kot. Wan mi pun banyak jeragat. Ni kan baru balik kuantan die pun sibuk la nak suruh order jugak. Hihi.

Terima kasih sangat dekat Eliz owner IG Estrella_onlineshop  sebab kenalkan kina dengan Seqy Beauty ni. Sebelum ni tak pernah dengar pun. Rupanya milik adik beradik blogger famous sepet & ceeramoon sekarang panggil ceeranoh. Banyak testimoni dah walaupun baru lagi. Kina paling ingat ayat Eliz cakap muka kina dah bersih dah. Hahaha. Kalau tengok face to face memang banyak sangat jeragat, parut jerawat, kolah2, kawah2 tau. Gambar tak nampak. (style amek gambar jauh dari kamera gitu la)

Eliz cakap ada customer die pakai set combo jerawat/jeragat cepat pudar. Ah, cuba lah. Set combo ni ada cleanser, sakura mask & bb cream. Harga promo sekarang ni RM190. Eliz boleh COD utk area Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Port Dickson & Nilai. Haruslah kina pilih pos laju ke office laki saje. Hahaha. Bila laki bawak balik barang pos laju seperti laki bagi hadiah. Hahaha. Syok tau.

Borak-borak di instagram tempoh hari..
Sampai-sampai terus test bb cream. Sebab nak keluar time tu. MasyaAllah, best weh. Tak berminyak muka. Steady je sampai dah bape jam keluar. Patut ah ramai bagi testimoni best2. Boleh tengok tqah juga rakan blogger pun komen dekat ig kina masa mula-mula kina upload aritu. Sape yang hidung die cepat berpeluh? Kina la tu. Pakai bb cream ni tak effect pun sebab peluh tu.

Bagi wan mi try, die cakap macam berlemey je (adik beradik berlengas), pastu tak sampai 5 saat. "Eh, ok. macam menyerap je". Semalam kina pegi makan dekat super kitchen, dengan menggril, berpeluh2, tapi muka still macam glowing. Wan mi kata nampak putih. Hihihi. Tapi kina tak pakai bb cream saja, wajib pakai bedak pixy! Namee roslan pun pakai, tapi die memang dah flawless dan cantik. Jangan dibandingkan dengan kulit xfeloles. Hahaha. Oh ye, kina pakai yang color natural. Ada fair, natural & brown.
Lepas dah bergrill segala, berpeluh2, masih maintain. Bb cream + pixy. No filter, no edit atau mode beautify ye. Tak rasa pelik ke mode beautify tu. Dooh sgt ye. Hahaha. Hanya lighting je lebih sket. Seyesly ni gambar paling dekat yang pernah amek gambar dan post. Hahaha. Memang tak flawless tapi getting better. Masalah lipstick cepat hilang lepas makan. Hihi.

Rupa cleanser seqy beauty
Next, kina pakai cleanser die plak. First impression masa picit tu color oren teringat sabun betik masa pakai dekat asrama dulu. Tengok dekat ingredient die nan ado pulak papaya. Risau kalau mengelupas je. Alhamdulillah, takde pengelupasan. Kulit rasa bersih dan selalu rasa nak cuci muka. Hihi. Cerah tu tak pasti sebab baru dekat 2 minggu pakai. Dahi takde naik jerawat-jerawat kecik. Rasa licin sket dahi.
Color oren. Susah ok nak tadah pastu nak amek gambar sendiri. Hahaha. Punya la nak share kan.
Bulat besar tu sakura mask, bulat slim tinggi tu bb cream.
Last one dan yang paling-paling kina suka. Cardcaptor Sakura Mask! Hahaha. Kina cakap betul, kina bagi 5 bintang untuk sakura mask ni.  Pricey sket RM110 tapi berbaloi sangat. 2x apply dah nampak & rasa perubahan pada kulit. Jeragat nampak pudar. Yes! Cepat! Ni 1st product yang kina pakai jeragat tu tergugat. Kahkah.

Paling win sakura mask ni boleh pakai bila2 masa tanpa perlu pikir tergelak masa pakai mask nanti berkedut. No, sebab die tak mengeras dekat muka. Aritu sambil-sambil nak packing balik kuantan dan kemas rumah kina pakai. Bila cuci terus emm, nampak bersih, glowing, jeragat pudar. Kina sangat recommendkan. Dah cakap dekat eliz nanti confirm wajibulghunnah repurchase sakura mask ni. Sekarang ni tengah ada contest menang iphone6 kalau amek gambar dengan sakura mask. Tolong like boleh dekat ig kina tu? Hahaha. Tau rasa tak leh menang tapi nak cuba jugak sebab alang2 dah ada sakura mask. Korang pun boleh nak join. Pastu kite like sesama kite nak? Hahaha.

Sekali picit akan cukup untuk 1x apply. Anak susah nak korek2 sapu dekat merata tempat. Hahaha
Shahadah kan die suke sangat nak cuba lipstick la bedak la. Anak dara gitu lah. Yang ni die cuba juga nak pakai, boleh buka sendiri tapi die tak reti nak keluarkan sebab kena picit. Hahaha. Padan muka. Jadi boleh jimat sekali picit sekali pakai. Dah tentu amount sama.
Hahaha. Tak tau nak picit. Korang tolong like gmbr ni dekat ig ye nanti.
Kesan jeragat sebelum dan selepas. Yang sebelum tu dah pakai beberapa hari, kanan latest. No edit, cuma crop dan color lighting xsama. Sebelum ni lagi horror tapi tak amek. Malu pun ye. Huahua.

Korang yang ada problem macam kina boleh beli dengan eliz. Agen seqy beauty yang boleh dipercayai dan akan reply dan pos barang dengan cepat. Kalau nak buat dropship pon boleh!
Nah contact die

Whatsapp: +60173945948 (Eliz Estrella Muslimah-die reply cepat)
Facebook: Estrella Muslimah
Instagram: estrella_onlineshop
Blog: shopperslandz.blogspot.com
Vendor boutique: 1) The Populous Bandar Baru Bangi (walk in untuk beli)
2) Popdonna Bangi, Seksyen 9 (sebelah manjaku atas zoukspa)
3) Sistersvendeur, PD waterfront port dickson (sebelah pizza hut)



Shafiyah : mama ni dah kenapa senyum depan handphone? Shahadah: tolong2 mama nampak pinkish ni macam menan chinta. Kahkahkah. Perasantannya mama tu. Kina pakai nyx lip cream, bb cream seqy beauty, bedak pixy. Itu sajo.
Panjang dan banyak gambar kali ni. Hihi. Semoga yang berkira-kira nak tukar skincare atau nak try seqy ni tapi was-was lagi. Silakan. Grab harga promo combo tu cepat.

Nota kaki: Alhamdulillah. Serasi. Jatuh cinta denga seqy beauty. Sesuai utk orang tak berkulit feloles tapi berusaha utk ke arah feloles. Kehkeh. Semua gambar takde edit2. Tq eliz!




7 comments:

Unknown on April 23, 2015 at 8:46 AM said...

tqvm kina...suke sebab kina happy...sape2 nak order boleh contact kita ye...

Liyana on April 23, 2015 at 10:09 AM said...

bestnye. bekas pun cantik haha. kita pun masalah jeragat jugak. jerawat tu biasa lah.

y i e n on April 23, 2015 at 10:59 AM said...

kite pakai bb cream je.. yg mask n cleanser x try lagi.. mmg best :)

Unknown on April 23, 2015 at 11:06 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on April 23, 2015 at 11:07 AM said...

jom liyana try juga...mmg best...

arysha_fayyadh on April 28, 2015 at 5:24 PM said...

Assalam kina,
alolooooooooo
nomeinya mak budak ni he3

Cik Puan Tqah on May 7, 2015 at 9:58 AM said...

eh eh..br prsn nama tqah di situ..hehee

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork