Tuesday, April 7, 2015

Super kitchen kuantan

Salam

Sabtu lepas berkesempatan makan-makan di Super Kitchen. Last time balik kuantan belum bukak lagi. Sign board super kitchen tu memang menangkap mata tiap kali lalu. Mula-mula ingatkan shop & dine tu shopping barang-barang kitchen. Hahaha. Bila dah pegi baru paham. Location Indera Mahkota 8, landmark KMC, UIA.
Pilih-pilih yang mana..nak daging ke, ayam ke, kambing ke, sayur ke, nasi ke, sambal belacan ke..
Kita shopping apa yang kita nak masak & makan. We'll be the chef! Bukan macam steamboat & grill yang lain, kite pilih dekat menu kan. Ni kita pegi pilih sendiri macam dekat supermarket. Nak sayur ke taknak ke boleh pilih. Ikut suka kite lah. Takde la berlaku pembaziran. Lagi-lagi yang tak makan sayur. Hahaha. Desert pun ada. Dan wan mi cakap kebanyakkannya tengku puan yang buat. Tengku puan pandai masak. Yes, super kitchen ni kerabat pahang punya tau! Tapi harga takde la macam harga kerabat, harga affordable. Wan mi cakap aritu die gi makan dengan aki RM35-40 je. Standard la kan makan sekarang? Ke die tengah promo sekarang ni tak sure. Best lah makan situ.

Lepas dah shopping kita masak la, ada steamboat dan ada grill
bawah meja boleh amek utensil, mangkuk, pinggan semua, tak pakai tak semak atas meja

Ada 4 pilihan untuk sup steamboat. Tomyam ke ayam ke, sayur ke. Tapi air tak semua air ada. Kina gi order air sirap. Takde ye. Hahaha. Ade air serai, air halia, air pink lady, air nescafe dll a few more tak ingat. Kina order lah air pink lady ingatkan air warna pink rupanya biru lahh. Sedap. Macam air 7 up + lemon + mint. 2 gelas kina order sebab tak cukup.
Comel kan gelas die..sedap pun sedap..hey pink lady

Pinggan, mangkuk, cawan, sudu garfu semua ada bawah meja. Jadi amek la yang perlu. Takde lah penuh atas meja dengan yang tak pakai. Good idea eh. Customer service pun bagus. Pekerja die ramai. Wan mi cakap ada pekerja yang memang kerabat. Tu yang bergaya & speaking. Wan mi kata time ni la nak kerabat layan. Hahaha. Wan mi dah jadi regular customer dah. Digalakkan utk reserved booking kalau datang time peak hour. Recommended!





7 comments:

Dewi Aja on April 7, 2015 at 12:59 PM said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

rini.borhan on April 7, 2015 at 2:50 PM said...

wah cam best je kan kina..nak kena cuba ni..dapat layanan dari kerabat eak..hehe..

Sheila Salim on April 7, 2015 at 3:43 PM said...

Assalamualaikum kak kina. walahiiii bestnya. terliur sheila ni hehehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH on April 7, 2015 at 4:50 PM said...

Assalam kina,
wa
canggeh segala utensil tarik bawah meja
ayor tu memang mabeles jer nampak he3

athi FATHIYAH on April 9, 2015 at 9:55 AM said...

wah first time dgr kerabat melayan rakyat. bagus nya concept kedai ni.
dorg patut bukak kt tpt lain jugak sbb org kt tpt lain nak gi gak.
idea utensils bawah meja tu mcm leh tiru je kat rumah sndiri

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on April 11, 2015 at 4:08 PM said...

2 ku cakap sedap tengok air tu.. memang tempting

NurFatihah Che Daud on July 22, 2015 at 3:50 PM said...

Macam best je...tengok pn menyelerakan..ada masa nant nak pergi la

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork