Tuesday, April 28, 2015

Terkena sindiket tabur paku di highway!

Salam

Kejadian ni berlaku Ahad lepas masa ktorang otw balik dari Tembangau (rumah MIL) nak ke Penang. Di highway nilai nak ke dengkil. Bermula dengan:

Pang!

Kina : Bunyi ape tu? Abang ada langgar mende ke?
Pudin : Entah, takde plak.

Lepas tu senyap, terus memandu. Pudin tak bawak laju pun. 110 je. Tu pun tak duduk lane kanan sekali.

Tak lama kemudian bunyi lain plak. Pungpangpungpang. Kuat. Kitorang pun berhentikan kereta dekat dengan line emergency & orang tengah buat construction jalan. Pudin keluar pegi tengok.

Pudin : Alamak, tayar pancit lah.
Kina : Eh, tayar baru takkan pancit dah. Mesti langgar mende ni.

Pudin pun nak mulakan usaha menukar tayar spare, ada mat bangla/indon yang keje dari tempat construction jalan tu datang tolong. Masa ni kina dah mula rasa tak sedap hati. Kina tengok dekat sepanjang jalan. Terpikir pasal sindiket yang orang dok cerita kan. Towing kereta bawak pegi bengkel dorg semua tu. Selagi tak datang kereta tu lega la. Bangla tu pun dah tengah tolong jet tayar. Pudin bubuh menda 3 segi emergency tu. Yela, bahaya kan tepi jalan.

Tak lama jauh sket ada kereta merah tak sure model apa tapi kereta lama berhenti jugak dekat lane emergency. Dalam 200meter dari kitorang. Dalam hati pikir terkena paku jugak ke? Pastu ada plak kereta proton biru berhenti depan kereta merah tu. Kejap je. Seminit macam tu kereta proton tu bergerak ke arah kereta ktorang. Bila keluar je 3 orang indian dengan pakai baju mekanik lengkap dengan peralatan. SAH DAH! confirm kena sindiket ni.


Indian tu tergopoh-gopoh sambil jerit2 "Tepi2, bahaya ni!"..Halau yang tengah tolong..Habis cabut lari bangla & indon yang tengah tolong tu. (Dah la kite tak mintak tolong tiba die mari2 jerit pastu amek alih nak tukar spare tyre) Nampak sangat kan? 

Dan-dan shafiyah yang tengah tido dalam carseat 30min yang lepas terjaga. Pastu nangis kuat sebab takut kan bising gitu. Geram betul. Tapi takleh nak buat ape la. India tu 3 orang. Pudin pun macam bagi la tukar. Takut ye gak. Masa tu pikir camne la kalau dorang bawak lari kereta ke, budak2 ke jual. Nauzubillah..Masa tu doa jela cepat la setel pastu chow.

Sambil tengah tukar tu dorang tanya la nak gi mana, dari mana. Cakap tayar spare ni kecik kena tukar cepat. Boleh pegi dekat bengkel dorang. Pudin cakap takpela, nanti saya cari mana-mana bengkel. Dorang cakap Ahad ni susah sket kedai tutup. Pudin pun cakap gak takpe2. Saya nak cepat. Mujur dorang tak push jugak.

Dah siap tukar spare tyre dorang mintak RM150. Banyak tak? Jawapan dorang sebab dekat highway, kalau dekat bengkel murah la sket. Hampeh tak? Dah la orang tak mintak tolong die. Ntah die yang letak paku atas jalan. Sorry memang takle nak husnozhon dah. Nak sangka baik camne kalau dah macam tu. Kitorang pun takde duit banyak dalam tangan. Pudin ada la RM50, kina ada RM30. Bagi apa yang ada je. Pudin pun macam persuade la ni je yang ada. Boleh la. Nasib sorang je time tu yang tinggal, 2 orang lagi dah masuk kereta. Pastu maybe sebab kesian tengok dengan baby nangis seme, die amek jela RM80. 

Pudin pun terus cepat2 masuk kereta chow. Cari bengkel dekat shah alam. Syukur ade bengkel buka ari ahad ni. Dah la nak balik penang jauh. 

Berita buruk tak habis dekat situ, cek tayar memang dah takleh tampal. Melayang RM330 beli tayar. Oh ye GST lagi RM20. Pffft. Cina kedai tu pun cakap bahaya tu sindiket. Kalau pancit benti la dekat tempat yang ramai orang ke, petronas ke. Kalau die tak towing ke bengkel tu ok lagi. Kalau die bawak ke bengkel die macam2 die cakap kena tukar. 

Sebelum ni dengar je, sekarang kena dekat diri sendiri. Memang gabra. Lepas dah kena baru terpikir jalan2 utk mengelak. Ni tips kalau korang mengalami kepancitan di highway akibat perbuatan zalim sindiket ni.

1) Jangan berhenti dekat tempat takde orang. Bawa la kereta tu ke tempat yang ramai biar drive macam kura-kura pun bila pancit tu. Kitorang benti dekat construction jalan.
2) Jangan bawak cash terlalu banyak. Nasib la kitorang bawak RM80 je. Huhu.
3) Simpan no tel peronda untuk highway2 macam PLUS ke. Simpan. Ok, sekarang baru nak amek simpan.
4) Call peronda cakap kereta pancit. Tunggu depa datang baru keluar dari kereta. Kalau sorang-sorang lelaki nak balas 3 memang tak la kan.


Bila sembang cakap kenapa tak lalu highway lagi 1, ntah la. Mula tu kina dah cakap dah dekat pudin biar kina drive dekat LEKAS. Tapi pudin kata takpela, tak tau exit mana nanti sampai perak rumah abang die, die tanya. Menda nak jadi kan. Kalau lalu highway lagi 1 (LEKAS) tu pun kalau orang tak bertanggungjawab tabur paku ke minyak ke. Jadi juga. Cuma kena berhati-hati lain kali. Sebab boleh berlaku dekat mana-mana pada siapa-siapa pun. Orang terdesak nak duit jadi camtu. Kalau kemalangan camne lah. Tak pikir ke. Syukur takde apa-apa yang berlaku kecuali melayang RM430. Huuu. Banyak tu, boleh beli barang dapur untuk sebulan kan. Anggap jela kiffarah dan bersihkan duit. Syukur pudin ada claim lebihan cukai tu. Hihihi. 

Dah tukar tayar kitorang gerak ke Perak singgah rumah abang pudin dulu. Lepas makan, rehat sikit baru gerak ke Penang. Alhamdulillah selamat sampai. Nak cakap fobia tu fobia jugak la. Siap terpikir camne kalau kena sekali lagi otw ke Penang tu. Huhu. Ada hikmahnya InsyaAllah. Berhati-hati la ye dekat highway nilai ke dengkil tu. Moga tiada yang terkena lagi.  


Lepas dari singgah rumah BIL. Syukur takde melibatkan nyawa ke kemalangan ke lagi2 kalau budak 2 orang ni ke. Mintak jauh..








16 comments:

Hamelia Hamid on April 28, 2015 at 2:58 PM said...

ish jahatnya, seram pulak dengar. dah banyak jugak dengar citer pasal ni, hope lepas ni tak de lah mangsa lain yg terkena..

FadMN on April 28, 2015 at 3:00 PM said...

huhu seram. terus save no plus laju-laju.tak kena kdg2 tak beringat .mujur kina & family semua ok.

Allene typicalmommy on April 28, 2015 at 3:05 PM said...

risau tau benda2 gini.. nasib tak ada pape...

Mila Hilas on April 28, 2015 at 3:07 PM said...

ahad lepas tu 26hb ke? sy pon lalu jln dengkil tu..Nauzubillah..mujur lah xde pape jadi..kat area mn ye?sb sy masa jumaat mlm lalu jugak dengkil - nilai msa nak balik Johor

Shakina Farhan on April 28, 2015 at 3:14 PM said...

mila hilas: yup 26hb..sy xsure exactly tempat tu..lepas exit, pastu ade construction tgh tebang pokok2 tepi highway..dlm 11 lebih pagi.

Sheila Salim on April 28, 2015 at 3:29 PM said...

Assalamualaikum kak kina, Allahurabbi. seramnya sheila baca ni kak. sindiket... bahaya betul. semoga Allah melindungi kita2 semua daripada bahaya dan muslihat orang jahat...

humble.yat on April 28, 2015 at 4:03 PM said...

huuu takutnya dgr cerita kina..kwn sy kena jln LPT , tabur minyak, accident tepi jalan langgar tebing tepi, kereta masuk longkang, anak dua orang mcm kina..alhamdulilah selamat..hrp hrp dijauhkan perkara perkara mcm ni..risau pulak mendengarnya...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH on April 28, 2015 at 5:23 PM said...

Assalam kina,
saspen iols baca
scray jugaks
syukur semua selamat

ieza ashaari on April 28, 2015 at 11:24 PM said...

Allahuakbar. Kenapalah jahat sangat cara manusia ni nak dapatkan duit? Kadang rasa nak je doakan yang buruk utk org macam tu. Hurm. Alhamdulillah korang takde apa2.

athi FATHIYAH on April 29, 2015 at 10:42 AM said...

syukur u semua selamat.
mmg menakutkan.
seb baik anak2 ok

athi FATHIYAH on April 29, 2015 at 10:42 AM said...

syukur u semua selamat.
mmg menakutkan.
seb baik anak2 ok

athi FATHIYAH on April 29, 2015 at 10:42 AM said...

syukur u semua selamat.
mmg menakutkan.
seb baik anak2 ok

maizun yusof on April 29, 2015 at 8:15 PM said...

salam kina..nk share boleh ke?

maizun yusof on April 29, 2015 at 8:15 PM said...

salam kina..nk share boleh ke?

Shakina Farhan on April 30, 2015 at 3:31 PM said...

wslm..boleh sis maizun..

Aida Tasrip on July 10, 2015 at 12:23 PM said...

Salam Shakina, masa kene tu kina lalu lane paling kiri ker??risau gak kalo masa tengah lalu lane kanan or tgh/masa tgh laju tiba2 tayar meletup..selalu guna jalan tu ulang alik kg..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork