Salam
Dah 3 tahun install instagram. Tapi masa mula2 install tak tahu macam mana die instagram ni berfungsi, ingatkan hanya apps untuk edit photo (gila nerd). Private je. Lepas setahun tengok orang post direct to facebook baru tahu instagram ni social network jugak. Masa tu baru tau, nak guna hashtag ikut gambar. Prefer upload dekat instagram dah dari facebook, sebab facebook tak semua orang suka nak tengok gambar yang kita upload. Kalau instagram, kalau orang tak suka unfollow jela kan. Kalau orang follow semestinya die nak tengok update.
Setelah instagram semakin maju..now ada banyak perkara yang menyebabkan Instagram menjadi semakin annoying. Bercambah dengan seller instagram. Daku pun seller di instagram. Memang membantu instagram ni, sebab senang nak scroll kan tengok barang yang dijual. Penggunaan hashtag yang bersesuaian memudahkan kita cari & jual barang.
Ni antara benda quite annoying yang berlaku di instagram sekarang.
1) Spam : Komen-komen visit my IG. Terutamanya retis la kena kan. Kita tak kena tapi kena sekali 2 pun dah rasa menyampahnya. Kan bagus dari komen macam tu just komen ikut lah gambar tu. Tak pun like sudah pastu diam2 lah. Buat lah hashtag banyak2 untuk marketing. Nanti orang nak beli ikut hashtag jumpa lah.
2) Swap review : Tak disangkalkan swap review amat membantu seller instagram lagi-lagi yang kecik macam @theshopablog yang follower ciput tak sampai 1K. (Yang penting tak pakai auto follower..duh). Swap sikit2 dah la. Tapi dah kalau bukak je instagram berderet semua pasal swap review. Adui. Serabutnya. Yang update kawan-kawan, sedara mara semua tak nampak dah kecuali kita type la nama dan tengok. 'Minimize'kan lah. Even sejam pun mengganggu sangat rasa. Lepas tu tak tahu mana 1 barang yang seller tu jual, dengan yang die promote. Sekarang ni kalau nampak IG yang asyik buat iklan je memang ku unfollow je senang. Apa heran? Duit masuk senang dengan swap review je. Tapi kadang terlalu banyak.
3) Private IG : I dont have any problem dengan personal IG. Personal ade hak la nak private. Ni seller IG. Bila dah buat review tu, ok kite tertarik kau memang da boom. Buka2 private plak. Ek ele. Main hide and seek plak die. Hilang mood nak membeli tu. Ok, request la follow, kalau terus die approve takpe, ni kalau dah lama2 sampai dah lupa dah. Sedar2 ada dalam timeline eh, kenapa aku follow IG ni? Huahua. Ye, mungkin nak tapis2 ada stalker ke apa. Tapi its not a good marketing strategy. Mungkin boleh amek satu satu masa khas untuk tapis, block ke. Takut dengan persaingan. Takpe Allah yang memberi rezeki. Orang nak caras ke cantas ke ikut die la.
4) Gambar promo tak sama : Baru ni terjumpa review IG yang macam best je baju die. Bukan sekali 2. Actually cari jacket/cardigan yang tak melekat. Gambar tu memang nampak kain yang tak melekat, labuh, lawa lah. Terus klik IG tu, tapi kena tggu dulu lah ye private. Tu takpe. Boleh la bersabar kejap. Bila dah accept tu, cari punya cari baju yang macam diiklankan nan ado pon. Menyampahnya. Buang masa dan macam bagi harapan pelsu tau. Pfft. Please la guna gambar yang mana memang ade barangnya. Tipah tertipu je. Unfollow terus.
5) Pre-order katakan pre-order : Pungpangpungpang. Rupanya pre-order. Kalau tak rushing ok je pre-order. Available tak? Jawab available. Ni kita dah wassap baru cakap ni preorder ye. Barang baby kebanyakkannya pre-order kan sekarang ni?
6) Paid review : Orang lain bayar, orang lain menumpang sekaki dengan freenya. Senangnya buat duit. Ada tu siap komen "eh, saya jual juga macam ni sebijik sejibon lagi murah, beli la dengan saya, siap tag". Common sense awak dekat mana? dekat mana? PIkir balik kalau terkena dekat diri sendiri.
7) Tak pamer harga : Ni malas nak cakap ape. Sangat menyampah. Tak kisah la dekat mana-mana. Instagram ke Facebook ke. Hahaha. PM ye (Perdana Menteri sibuk la). Whatsapp ye. Mungkin sebab jenis suka calculate terus sebelum beli. Yela, kalau tanya kang mahal, segan plak. Mengukur baju di badan sendiri. Tapi bila dah pamer harga ade juga malas nak tengok still tanya berapa harga. Hmmm.
8) Contest : Susah lah nak menang! Hahahaha.
Di sebalik perkara-perkara di atas yang tak menyenangkan ada juga sisi baik instagram.
1) Kenangan - Boleh scroll balik tengok gambar anak-anak. Macam throwback, setiap gambar ada umur. Semua tu kenangan. Tu suka sangat upload gambar budak2 ni. Malam kadang tengok tergelak-gelak. Kadang dekat handphone gambar terdelete la, xd tulis umur (unless kira la tarikh tu, satu kerja nak kira..hihihi)
2) Buat catalog - Untuk seller & buyer instagram ni senang nak tengok catalog. Macam IG yang meletup2 dorang buat IG khas untuk catalog sahaja. Contoh calaqisya. Untuk kita yang seller ciput-ciput ni boleh buat dekat IG yang sama, upload gambar dengan harga. Memudahkan orang, Allah mudahkan kita. Sungguh!
3) Hashtag membantu - Nak beli ape? Hashtag je #sayajual. Keluar macam-macam. Nak lebih specific tulis je. Sekarang ni banyak jugak bila search keluar dari indonesia. Kita kan serumpun. Huhuhu. Belum pernah lagi beli dari sana melalui IG. Tapi attempt tu ada. Hahahaha.
4) Kumpul saham akhirat - Share menda yang baik-baik, InsyaAllah. Saham untuk kita di sana. Contohnya macam share gambar orang dalam kesusahan, no account untuk menderma, reminder.
5) Tengok orang travel - Kita tak dapat nak pegi, tapi kita boleh cuci mata. Hehe. Melihat kebesaran ciptaan Allah. Suka tengok orang post pegi berjalan. Mana tau bila tiba masa kita nak pegi, dah tau serba sedikit. Pastu boleh tanya je member tu. Even tak kenal pun. Kihkih.
6) Dapat tips/resepi - Kalau pose jangan la bukak instagram, sebab kadang banyak gambar makanan. Hahaha. Kalau pregnant nanti terus mengidam bila buka IG. Ah, yang tak pregnant pun jadi mengidam tak tentu pasal kan. Bestnya siap ada share resepi. Pastu beauty tips ke, parenting tips ke, recommended kedai / item ke. Sharing is sexy kan.
7) Jemputan - Ada yang guna direct tu untuk jemput ke majlis atau jamuan. Clever! Orang yang ditag je nampak.
8) Khas untuk orang jauh di mata dekat di Instagram - Wan mi suka tengok gambar budak-budak ni dekat instagram. Pastu satgi wassap la tanya. Hahaha. Terubat la sikit rindu kan.
Last but not least, gunakan teknologi sebaiknya. Dah bosan nanti jadi macam friendster la kot. Bye2.
Ini pendapat saya sahaja sebagai pengguna IG & seller di IG.
18 comments:
Hahah.. so true kina! unfollow teruss
kalau ada button share memang nak sangat share kat insta.. dari A - Z memang tepat sekali!! serabut tgok iklan banyak sangat, pastu nak scroll tengok harga n baju yang nak tapi tak jumpa.. tipah memang tertipu
yg plg tk best sbb kompius ig ni jual brang yg mana sbb banyak sgt swap atau paid review
...huhu
hahaha.
i like duplohribukali.
hehehe
tang PM tu yang x thn.
nyampah rasa.
setuju n like semuaa..hhehee
setuju semua yg kina tulis ni!
tepat dan padu, paling menyampah xde harga, bila whatsapp berjanggut nak tunggu pdhal nak tahu harga je dlu.
swap review penuh timeline!
tp hashtag sangat membantu, semua ada..hihi
Agreed... swap review tue.. Citer baju RM5...pastu ig private.. Bila dh approve reques tgk xde pn baju RM5...Rupanya diskaun RM5... gittew... Misrepresentation btul...
part annoying kat ig tu..memang betul..sama rasa annoying..ingat kan aty jer rasa macam tu..sama..!! memang sebijik apa aty rasa.. huhu
sgt setuju! haha
so true...
rasa terus nak unfollow
kenapa lately banyak gila swap review eh? huhu
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
setuju semua tu. ada sisi positif dan negatifnya
Assalam kina,
haaaaaaaaaaa
iols baru 2bln kot pakai ig :P
semua yang uols senaraikan fungsi ig tu iols TAK TAU
yang iols tau up gambor
like gambor he3
panjang huraiannya tentang IG
tak berapa nk pandai lagi guna IG...huuu
Setuju sgt dgn no 2,3 and 7 tu. Annoyingggg sgt!
Setuju sgt dgn no 2,3 and 7 tu. Annoyingggg sgt!
Setuju sgt dgn no 2,3 and 7 tu. Annoyingggg sgt!
Ye ke brg baby kebanyakannya pre-order? Saya jual baju baby ready stock.. Tak de pakai swap review atau paid review.. Baru start.. Boleh tak nk mintak u tlg komen my IG kot2 ada cara yg tak kena? Kalau sudi la.. @friendscity_kids_apparel
Post a Comment