Wednesday, May 20, 2015

Review : Scrub sugar flirt moist choc & giveaway


Salam..

Semalam dah habaq dekat instagram, hari ni nak review details lagi pasal scrub yang best ni. Kina kan peminat choc, bagi yang pernah follow blog yang macam nak tenggelam tu. Hahaha. Blog kawen2 tu.  Minyak wangi kina semua bau choc. Hehe. Tapi baru semalam cari dekat bodyshop beli yang vanilla sebab tu yang paling hampir dengan bau choc. After 3 tahun tak beli perfume. Eh, cite pasal minyak wangi puloknye. Continue...

Comel kan packaging die? Belum bau lagi!
My verdicts tentang sugar flirt moist choc ni:

1) Bau sebijik moist choc. Geram rasa nak makan. Habis hari-hari berscrub. Kalau tak mandi 5min je. Tapi masa pudin ade la boleh mandi lama. Shafiyah mana bagi masuk toilet. Nak membuang pun susah weh sekarang ni. Hahaha.
Macam ni rupa scrubnya. Dah pakai 4x masa ni tapi still berlambak lagi.
2) Lepas 1x pakai rasa sikit2 perubahan tu. Lepas 3 hari pakai kulit lembut gile. Bila sedar? Masa nak tido kan kulit kite kena gebo (conferter), rasa macam bulu2 halus bergeser dengan kain tu. Tak reti nak describekan. Tak caye cuba la scrub ni 3 hari. Sumpah tak tipu. 

3) Nampak dalam gambar kecik, rupanya besar la jugak. Ada nak buat comparison tapi lupa plak nak amek gambo.

4) Boleh pakai dekat muka. Utk scrub ni perisa moist choc & coffee boleh pakai dekat muka. Jarang kan scrub boleh pakai seluruh badan. Sebab ni berasaskan bahan semula jadi. Takde bahan kimia. Selamat! Bukan plastic.  Ye, ada scrub yang katanya diperbuat dari plastic. Pernah baca la. Wallahualam. Kina tak tenyeh beria dekat muka sebab tekstur die kasar sket dari scrub biasa takut bercalar muka. Hahaha. Tapi pas berscrub rasa fresh. Pakai sket je. Jimat! Yang perisa lain boleh jugak pakai dekat muka tapi tak digalakkn sebab butiran gula lebih kasar dan ada sikit peppermint oil. Takut kulit sensitif tu rasa pedih or berangin.

5) Mula-mula pakai, tak reti. First time guna yang dalam bentuk gula semulajadi ni. Terjatuh2. Bila baca testimoni dekat IG scrubmeofficial, die scrub satu hari satu bahagian. Pastu buat la sebahagian2 tapi hari yang sama. Baru la terer sket apply. 

6) Baby friendly. Hahaha. Ni pun nak dijadikan good point ye. Dasar mak-mak sangat. Sebab bekas die tahan lasak. Shafiyah pegang baling2 takde la pecah. Shafiyah baru buat pecahkan bekas sakura mask. Huahua. Nasib la penutup je pun.
Tengok tu budak baru pandai berjalan angkut scrub mama.
7) Risau kalau letak dalam bilik air nanti termasuk air sebab bilik air size comel, air confirm terpencik. Tapi takpe, die ade penutup dalam tu. So, dijamin tak masuk air. Kina agak boleh tahan dalam 4-5 bulan ni. (Kecuali kalau pakai hari2..hahaha)

Ni penutup bahagian dalam

Sekarang ni ada giveaway tau dekat IG @scrubmeofficial. Tak ramai lagi yang join sebab tak tau kot. Untung-untung menang. Jap lagi nak join gak, kalau menang nak beli yang lemonade plak. Kehkehkeh. Pi lah follow IG @scrubmeofficial sekarang (Jangan risau tak private! Stress kan IG private..hahaha)


Sebekas tu RM25.
Ingredient ada essential oil, sweet almond oil, vit E & sunflower oils yg sgt bgus untuk melembapkan kulit. Selain gula, die ade jugak garam bukit jadi sambil buang kulit mati tu sambil berdetox!
Sel kulit ni kalau kita tak buang akan terkumpul pada permukaan kulit maka terhasil lah kulit kusam, kasar & gelap. Pastu bila lama-lama die akan menyumbatkan liang roma akibatnya jadilah jerawat!. Cara nak elakkan scrub at least 2x seminggu. Jerawat ni bukan pada muka je, belakang badan pon.

Ada 6 pilihan scrub sugar flirt ni:  OMG cuteness overload!

Gambar dari facebook scrubme. Comel sungguh kan packaging die. 

1. Coffee break (best seller!)

-Dibuat dari bijian kopi yg mampu utk menentang selulit dan stertchmark, di samping haruman kopi yg menenangkan. (peminat coffee baik grab yang ni..boleh sapu dekat muka jugak)

2. Moist choc (best seller!)

- Coklat yg mampu melembutkan dan menyihatkan kulit

3. Grittea grin

- Green tea atau matcha yg mempunyai antioksida yg tinggi mampu mencegah penuaan kulit

4. Lemonade

- lemon mampu mencerahkan kulit (ehem..next target ni..kina dulu cerah tapi sebab main sukan tu nak cerahkan balik..kahkah..perasantan)

5. Strawberry

- Meratakan tona kulit (ni pun macam best je)

6. Peppermint

- Memberi sensasi dingin, sejuk dan nyaman



Kalau nak order online boleh whatsapp scrubmeofficial : 0139948195
Facebook : Scrubme
Email : sebodyscrub@gmail.com
Kalau nak walk in dekat vendor boutique ade dekat 

  • @glamsisterboutique -Seri kembangan, Selangor
  • @kamishare -Skudai, Johor

Kina tak jual. Rasa macam nak jadi agent jugak sebab product ni pun masih baru, good product dan erma owner scrubme ni memang tengah cari agent/dropship tapi kina kelam kabut lagi dengan test kits tu nanti pikir. Tapi boleh gak sebab kina tak jual dah MHS jadi boleh la gantikan. Kalau korang berminat nak jadi agent contact la dorang na. Kina tak tau terms and conditionnya but worth it la to try. Saje bagi shahadah bau dengan harapan die cakap kitkat! Ye..seme coklat die panggil kitkat. lol. 













4 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH on May 20, 2015 at 3:13 PM said...

Assalam kina,
hamboih3
nomei toi model scrub yer he3

cikpuanputeri on May 21, 2015 at 6:42 AM said...

tak rasa mcm nak makan ke scrub tu. nyum nyum

Haziqah Muhamad on May 28, 2015 at 9:17 PM said...

Kenapa macam sedappppp je rupa dia. Risau termakan hahaha.

Kita ada buat giveaway dekat belog kita. Jemput join! :)

inijurnalkitapunya.blogspot.com

Raihanah Ahmad on June 8, 2015 at 3:32 PM said...

wah memang nampak meyakinkan la produk ni. a must try

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork