Sunday, June 14, 2015

Trip ke korea dengan anak kecil

Salam 

A short unplanned trip ke korea pada bulan lepas. 

Syukur sangat tarikh tu awal sket. Sebab apa?
Hari balik ke Malaysia tu cuaca dah start panas. Fuhhh.
Jadi sempat merasa suasana spring sejuk2 acon. Hahaha.
Seminggu lepas tu ada plak kes MERS virus kat sana kan. Scary.

Sebenarnya duit nak gi korea ni duit kina kumpul simpanan untuk rumah yang bakal dapat tak lama lagi. (to be exact kitchen cabinet!!!hahahaha) Tapi sebab meroyan nak berjalan release stress kaedahnya, lagipun pikir tak sempat pun rumah tu dapat sebelum raya nak siap. Nanti2 lah rumah tu. Huahua. Call pudin tanya date 21 May - 25 May 2015 free tak? Die cakap ok takde ape. Terus pegi booking. Masa tu sebulan lebih lagi. Tercapai status di facebookku pada 2013. Hahaha. Masa tu ada share pasal korea pastu tag pudin kite gi korea 2015 nak? Thank you Allah.

Dalam 2 minggu sebelum nak ke korea tu MIL dengan SIL tak berapa sihat, sampai SIL kena dok wad seminggu. Kitorang pun ulang alik weekend pegi tengok SIL. Risau pastu rasa tak sedap plak kan ade family tak sihat. Serba salah nak pegi ke tak ni. Pudin cakap kite pergi jela tapi diam2 jela. Kalau tukar date susah jugak pudin nak cuti, lepas tu nak kena tambah duit tukar ticket. Kadang beli tiket baru lagi berbaloi dari tukar date. Sekarang ni Alhamdulillah, MIL dah makin ok, SIL ada sikit2 lagi sakit tp beransur sihat. Hopefully. Cuba 2 2 kaedah moden & alternatif. Korang doakan sekali ye.

Untuk review trip ke korea ni kina malas la nak buat day by day. Tak ingat pon ye. Hahaha. Bawak buku nota tapi tak sempat la nak tulis bagai. Ala lagipun ramai dah blogger buat day by day. Kina pun baca dari blog-blog. Memang membantu sangat untuk yang pergi free and easy ni. Yup, ni first time bagi kitorang pergi free and easy. Lagi best free and easy, ikut suka kite je nak tukar itinerary dan of cos lebih jimat kalau kena gaya. Tapi make sure study lah kan. Kalau malas dan duit lebih amik la ground package. 

Jadi kina rasa akan share yang penting je lagi-lagi untuk parent yang nak bawak anak kecil 3 tahun dan ke bawah. Dah update akan dilinkkan di sini. Gambar dah transfer jadi cepat sket la update. (2 minggu baru lepas transfer. hahaha. Banyak hal la handphone tu. Hahaha. Amek gambar pakai handphone je, takde kamera canggih pun). Ni tajuk2 review, akan diusahakan habis minggu ni kalau sempat. Yela, sebelum semua dah lupa.

3) Tips bawa anak kecil (2 lagi tau. satu toddler dan satu infant. hihi)


Korea best tak? Besssst sangat! 5 hari tak cukup nak cover banyak tempat. Tapi tak jumpa la kembarku si yoona. Kahkahkah. Ok tak bawak anak? Ok aje. Shahadah dah gaye budak korea ha tapi die jadi pemalu kat sana. Shafiyah pulak kemain lagi tau bermesra dengan aweks korea. Sexy plak tu. Hahaha. Pudin kan gendong shafiyah dalam baby carrier, naik segan pudin sebab dorang seme dekat2 nak pegang shafiyah. Mana tak shafiyah buat cak2 dekat situ. Ahjumma (makcik2) nampak sama je semua, sama je macam rupa dalam drama korea. Yang muka ala kpop ade jugak jumpa tapi jarang lah nampak. Hahaha. Ade dapat 2 je gambar muka ala kpop. Yang lain semua muka korea original tanpa plastic surgery. Hihihi.

Nota tapak kaki panjang:
Kalau banding Korea dengan Mekah, sudah tentu Mekah & Madinah lah paling best. Kalau korang ade duit pergi lah mekah dulu. Indahnya hidup kat sana hanya pikirkan tentang beribadah. Nak puasa ni rindu sangat rasa dekat mekah. (tapi pudin kata kalau ada rezeki xnak bawak anak2 kalau pegi, apa alasan nak bagi pulak ye. hihihi)  My top list dalam tempat nak pegi semula sekarang Mekah hujung tahun & Korea dalam winter. Beijing & Bali tak rasa nak pegi dah. Hahaha. Tempat yang belum pergi dan teringin nak pegi New Zealand, Jepun & Ghuangzhou. Once dah pergi travelling free & easy memang rasa macam addicted nak pegi sebab dapat tengok keindahan ciptaan Allah & budaya tempat lain. Tak sedar poket dah rabak. Tapi bila tengok quote ni rasa sinar harapan tu ada. Hahaha. Panjang kan nota tapak kaki. :p







6 comments:

Julia Johari on June 15, 2015 at 9:12 AM said...

Jauh perjalanan luas pengalaman, tahniah sudah ke korea, best ada tips2 tu semua, well done dear...

Liyana on June 15, 2015 at 10:52 AM said...

bestnye kina.. teringin jgk nak pegi trip jejauh macam ni.. kumpul duit dulu hihi

Basyirah Abd Rahman on June 15, 2015 at 10:57 AM said...

Tula.. Tgk insta dh sampai Korea. Bestnya.. Hehe

Hana Soffelia on June 15, 2015 at 1:45 PM said...

yeay dah keluar entry yang ditunggu2 walaupun sikit je update. hahaha

Chekgu Azrine on June 15, 2015 at 3:45 PM said...

Huwaaa...korea plg akk nk pergi.bila nk smpi nih..huhuhu

NurFatihah Che Daud on July 2, 2015 at 5:48 AM said...

Bestnye korea....teringin jugak nk pergi....

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork