Salam
Hari ni nak cerita pengalaman pakai Ephyra Skin Bar selama 2 minggu. Tak pernah dengar pasal Ephyra? Biar betul-betul. Ramai gila blogger yang pakai. Paling kina perasan blogger aty fared sebab dulu pernah jumpa die masa time belum kawen dekat wedding blogger. Memang berbeza lah kalau tengok gambar kulit die sekarang ni. Tapi still masih belum juga terpengaruh lagi, tak rasa nak cuba. Kina selalu nampak iklan testimoni ephyra yang berlambakkan di instagram dan di blog.
Macam Ehhhh, boleh caye ke ni?
Jual mahal ko masa tu tak nak cuba lagi. Hahaha. Ditakdirkan kina join contest dekat blog Innanie Coklateyes. Keluar result awal Jun ritu. Alhamdulillah, terpilih. Dapat la test power Ephyra Skin Bar ni secara percuma dan hasilkan review ni. Suka no lah kan. Lepas tu kan kalau korang share gambar selfie sebelum dan selepas menggunakan ephyra skin bar berpeluang untuk menang iphone6 tau! Bestnyaaaaaaa. Mudah sangat-sangat. Kina pon nak join ni. Cara nak menang iphone6 adalah seperti berikut:
5 langkah mudah untuk memenangi iphone6. Wow weee. |
Apa yang kina buat lepas receive ephyra skin bar?
Pertama-pertama sekali kina tolak tepi dulu any skincare, supplement, vitamin E dan mask-mask beli dekat korea aritu (walaupun banyak dan comel rupa bentuknya tapi ku tahan jebat). Sebab nak tengok betul-betul best ke Ephyra Skin Bar ni. Yela, nanti tak tau plak produk yang mana buat perubahan kan samada perubahan baik atau buruk then nak catat.
Pertama-pertama sekali kina tolak tepi dulu any skincare, supplement, vitamin E dan mask-mask beli dekat korea aritu (walaupun banyak dan comel rupa bentuknya tapi ku tahan jebat). Sebab nak tengok betul-betul best ke Ephyra Skin Bar ni. Yela, nanti tak tau plak produk yang mana buat perubahan kan samada perubahan baik atau buruk then nak catat.
Macam mana rupa ephyra skin bar ni?
Berbentuk square berwarna biru kehijauan macam air laut. Oh..my favorite color! Kina jarang pakai cleanser dalam bentuk sabun sebab kerap travel. Dengan cuaca yang panas boleh berubah bentuk sabunnya dalam kereta. Mengandungi bahan utama seperti Glutathione dan Alpha Arbutin yang famous dengan functionnya iaitu mencerahkan kulit. Collagen pula sudah pasti untuk awet muda sentiasa sesuai dengan wanita yang gemar menggunakan ayat usia hanya pada angka. Hihi. Bagi pencinta haiwan sepertiku, ephyra skin bar ni tanpa ditest dahulu kepada haiwan. Bagus bukan?
Not tested on Animal. Sokonglah buatan MALAYSIA! |
Ok..mari kita mulakan my journey dengan Ephyra Skin Bar selama 2 minggu ni.
My skin condition -
Type - Blemish prone & oily skin
Jeragat dan parut jerawat memang bersepah.
DAY 1 - First time ni nak pakai. Paling menangkap adalah bau Ephyra Skin Bar tu. Bau die not too strong macam pencuci lain bahkan rasa macam tenang dan nyaman tau. Lepas tu kina tengok balik dekat kotak dia. No wonder lah, ingredient dia ada aromatherapy fragrance. Sedap sangat bau dia. Fresh je rasa. Rasa nak cuci muka je. Serious hari pertama pakai sampai 5 kali sebelum solat. Hihi. Foam dia halus-halus. Lembut je bila sapu dekat muka. Hasilnya kulit rasa sangat lembap. (Selalu confuse lembab & lembap..hahaha)
DAY 2 - Petang, kina perasan kulit agak lembap tapi lembap sebab banyak minyak. Emm..tak sesuai ke? Pastu tengok balik pamplet. Boleh pakai lama sket masa cuci utk kulit bermasalah. Heh..tak sedar kulit bermasalah. Hahaha. Maksudnya cuci, biarkan dulu baru basuh. Kina pun try biar. Cuci muka, lepas tu gosok gigi dulu pastu baru bilas. Hasilnya rasa lagi bersih dan kurang berminyak. Yeah! Parut-parut semua tu tak rasa perubahan lagi. Mungkin terlalu awal kan tapi suka sebab kulit jadi lebih kering tapi lembap. Tapi tak boleh kalau terlalu lama dan terlalu kerap nanti kulit akan jadi terlalu kering ye.
DAY 3 - Hari ni yang kina paling ingat lah. Hahaha. Sebab apa nak tau? Pudin balik keje, masuk2 rumah ayat pertama dia. "Sayang nampak cerah sket lah arini". Kina tak perasan langsung la cerah ke tak kan sebab rasa macam sama je. Tapi laki perasan dulu. Gila tak kembang kempis hidungku menahan. Sumpah lillahi taala ini bukan rekaan tapi betul-betul. Orang lain puji rasa happy ni kan laki sendiri lagi lah happy. (Abang, kalau baca ni nanti teruskan pujian2mu tapi jujur tau. hahaha).
DAY 4 - Gerutu pada muka rasa berkurangan sket. Macam mana boleh rasa? Sebab hari ni kitorang keluar. Bila keluar mesti pakai bb cream Seqy beauty tu. Masa sapu rasa licin dekat pipi. Sambil sapu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. First time rasa licin masa sapu bb cream. Kalau tak rasa kasar je kulit ni. Tak perlu nak letak bb cream banyak sebab nampak cerah tau. Jimat bb creamku. Hahaha.
DAY 5 - Sorry. Takde catatan. Kekeke. Jadi kita skip a few days.
DAY 9 - Topik kecantikan antara hot topik dalam whatsapp group. Masa tu bebudak dalam group whatsapp tu tengah cakap-cakap pasal pembersih muka dengan supplement. Dan-dan masa tu kina recommendkan ephyra skin bar ni. Sebab jerawat takde yang singgah sepanjang 9 hari pakai ni. Punya lah bangga jerawat tak keluar. Wahahaha. Biji kolesterol pun makin mengecil dan ada yang hilang terus. Kolesterol tinggi. Kena kurangkan lah pasni. Tak sure pasal pakai ephyra ke atau sebab puasa ganti. hahaha. But surely I'm happy!
DAY 10 - Pernah dengar tak orang cakap jangan cakap besar nanti kena. Lagi-lagi bab jerawat. Sedang elok hari ni cik jerawat berskala 0.2mm menjadi tetamu di pipiku. Grrrr. Resah gelisah la mak eton. Tapi masa ni bertenang dulu sebab pernah baca kalau langsung tak tumbuh jerawat produk tu mungkin ada chemical yang berbahaya. Jadi terbukti Ephyra takde chemical yang boleh mematikan sel-sel kulitku. Tak risau pasal chemical tu sebab Ephyra ada berdaftar dengan KKM.
DAY 11 - Jerawat tu dah masak. Cepat ye masak macam pressure cooker. Hahaha. Kalau tak lamaaaa dia bertandang baru la nak masak. Jadi tu yang akan lamaaaa je jerawat singgah. Tona kulit pulak macam nampak lebih sekata.
DAY 12 - Jerawat terus kecut. Yippie yeh yeh. Kejap je dah kecut. Alhamdulillah. Sengsara kalau jerawat hidup subur sehingga raya. Taknakkkk. Pori pulak nampak semakin mengecil, bila pakai bedak takde la bertakung sangat macam tasik chini. Hahaha.
DAY 14 - Parut jerawat dah semakin pudar. Kalau tak biasa parut jerawat amik masa sebulan. Sebab daku kaki kutes. Hahaha. Fine, tak pakai tangan, pakai yang besi. 1 lagi yang kina perasan blackhead dan whitehead berkurangan. Kalau dulu depan cermin boleh nampak titik2 hitam dekat hidung. Sekarang dah kurang lah. Scrub pon kina tak pakai sebab nak test ephyra skin bar ni je kan.
Ehem..kasi bergerak-bergerak sket secara ringkas macam mana kisahku dengan Ephyra Skin Bar ni. Tulis panjang-panjang kadang orang tak gemar nak membaca. Kasi interaktif sket. Kekeke.
Ehem..kasi bergerak-bergerak sket secara ringkas macam mana kisahku dengan Ephyra Skin Bar ni. Tulis panjang-panjang kadang orang tak gemar nak membaca. Kasi interaktif sket. Kekeke.
Don't know how but it really works! Magical? Indeed. Selfie ciked. Sebelum dan selepas menggunakan Ephyra. Now nampak lebih natural gitu. Make up pun boleh lah kurangkan.
Dua-dua pakai bb cream tapi sebelum tu still banyak tak tercover. Hahaha. Tona pun lebih sekata. |
Sebelum menggerutu kan, pori pun nampak..tu tak suka gambar dekat! hahaha..parut banyak..Selepas melicin sket, parut berkurangan. Ke arah make up less. InsyaAllah. |
Have to agree to all this points! Semua kina ada rasai perubahannya. Jeragat je la lambat sket. Biasa la jeragat kan degil. |
PRO : Amazing! Ephyra Skin Bar ni sangat berkesan untuk semua jenis kulit. Muka lebih bersih, blackhead & whitehead berkurangan. Parut & jerawat cepat hilang. Berjaya mencerahkan kulit yang kusam jadi glowing. Jimat sebab sebuku tu tahan lama, boleh potong-potong ikut kegunaan tapi kina tak potong pon. Paling penting masa gawat-gawat ni Ephyra skin bar ni murah plak tu. RM39 sajo! Kejap je nampak perubahan, kalau lama pakai insyaAllah kalah la memey yang kulit flawless gebu itu. Aaaamiiin2. Hihi.
CON : Hanya 1 je penambahbaikan yang kina nak cadangkan pada pihak ephyra. Untuk hasilkan formulasi Ephyra skin bar ni dalam bentuk cecair/cream/foam pula. Sebab bila dalam bentuk sabun buku ni senang nak tergelincir dari tangan dan nak simpan dari terkena air susah sket. (Lagi-lagi toilet kecik ni ha) Kalau Ephyra hasilkan formulasi yang sama tapi bentuk berbeza nanti confirm kina adalah orang pertama yang beli tau. Janji ni!
Bagi yang nak mendapatkan Ephyra Skin Bar boleh la follow
Instagram :@ephyra2u@ephyraskin
Website :www.oceanlife2u.com
Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u?fref=ts
Nota kaki: Review ikhlas dari mak anak 2. Flawless mari datang kepadaku sebelum raya ni. Hahaha. Ephyra Skin Bar...saya bagi 5 bintang! Boleh pakai dekat muka & seluruh anggota badan! Nak try set promo trial Ephyra lah RM100 sahaja boleh dapat ephyra skin bar & 10 sachet. Sempat lagi ni.
2 comments:
tetiba rasa nak guna ephyra hehe..nampak cam muka shahadah la plak..awet muda tu hehe
Assalamualaikum.. kepada sesiapa yg baru nk try ephyra boleh dm saya dkat ig hanna_nif atau email saya fatinh585@gmail.com
Saya bagi harga murah drpd asal sebab saya beli and then belom bukak lagi sebab xpakai.. so kalau rasa nk cuba tapi takot rugi sebab beli mahal boleh la dm saya dpat harga murah ..
Post a Comment