Monday, May 12, 2014

Review : Bio-essence Miracle Spring Water

Salam..
Dulu ade cerita pasal benda ni dekat entry barang bawak pegi umrah. So arini story details sket.

Camni rupa die..Bio-essence Spring Water
Kat Malaysia ni kan cuaca tak menentu, kalau dekat Tanah suci plak kering sangat. Memang sesuai mende alah ni ada dalam handbag. (Even da berat dengan barang anak kan). Kalau tengok dekat botol die tulis 20 kebaikan untuk muka, rambut & badan. Ala tapi bukan semua pun berhasil, biasa la tu.

Yang buatkan kina berkenan nak beli miracle sping water ni sebab die boleh apply seluruh badan. Yup, mist ni bukan untuk muka sahaja. Dan yang paling best juga sesuai untuk babies! Kalau untuk babies boleh juga soothes diaper rashes. Spray je. Senang kan. Shahadah pun boleh sibuk2 guna 1 badan. Hihi.

Masa dekat Mekah & Madinah hari tu rambut shahadah memang kering kalau tak spray ni. Kina pun selalu spray muka dan tangan. Ibu pun join sekaki. Ibu cakap kurang sket kering dan gatal2 compare sebelum2 ni die pegi. Mula2 kulit akan kering kemudian akan gatal2. Bila spray rasa sejuk & fresh ala2 ji hyo. Hahaha.
Papa & shahadah dekat Gua Hira'. Nampak tak kering gila rambut die masa ni. Sorry quality gambar tak seberapa.

Benefits yang kina rasa antara 20 yang die tulis tu antaranya:
1) control oils
2) make up tahan lebih lama
3) relieves tiredness, cool & fresh je rasa
4) lembapkan rambut
5) moisturize skin

Yang lain2 tu macam refines pores, reduces dark circles, reduce eye bag & bla3 tidak plak ku perasan perubahannya. Semua orang lain2 kan. Kawan kina pun die cakap die pakai ni lepas kina up dekat instagram. No wonder la kulit die selalu moist je tengok! Dr Halina pun pakai spring water tapi brand Evians kalau tak silap. Selalu nampak dekat KLIA tapi agak pricey compare to this one.

Harga: 100ml RM18.90 beli dekat Farley masa tu ada sale. Dekat watson, guardian ade tapi xtau la harga die. Semalam nampak botol die besar gajah RM35.90. Cmne nak sumbat dalam bag tu. Hahaha.
Beli dari bulan 12 ke bulan 1 sekarang tak habis lagi. Recommended!



3 comments:

FadMN on May 12, 2014 at 10:23 AM said...

hi kina.selalu tau avent jer.pernah la juga pakai yang tu.lepas ni boleh guna yang jenis ni pulak kan .thanks for review.
Fad-
http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/

Chekgu Azrine on May 12, 2014 at 12:09 PM said...

Ok.must buy..haha..
Tq for reviewing

Unknown on August 18, 2014 at 5:03 PM said...

Mmg bgus bnda ni.. sembur kat kulit ank2 yg suka main tgh pns.. kulit melecur kl spray ase sejuk je.. hubby pon pkai sbb sllu krja tgh pns.. kurng skit sunburn n kulit kering.. sepeket 3botol besar 89.90 @ 2botol 69.90.. yg kecik 2botol 35.90.. kena sllu ada lam hndbag.. ^_* v

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork