Thursday, June 5, 2014

Susun atur : Tutorial tukar cover kerusi lipat

Salam
Sebenarnya confuse nak letak dalam label tutorial atau susunatur. Sekarang kan kina dah 2 minggu duduk semenanjung sementara menanti nak bersalin lagi a few weeks. Dekat bintulu kalau buat keje mesti duduk dekat workstation berkerusi gaye bos bagai padahal...... Bukan apa, sebenarnya sakit bumper kalau dok atas lantai, sakit belakang semua. (Faktor usia kottt..hahaha). Dah biasa bermeja pastu rasa bersemangat sket lagi2 bila tersusun teratur tertema sama color.

Alang2 dekat bilik kina rumah ibu kina ni memang takde meja untuk menulis (ala dulu2 atas tilam je buat keje) , meja solek macam tak appropriate nak tulis2 nak type2 kan. Jadi kina cari la meja murah2 dekat Giant. Dapat la writing desk warna biru putih harga RM59 ke RM55.90 kalau tak silap. Teruja sebab menepati budget. Nanti la share gambar full mini workstation ek.

Kite nak cite pasal kerusi je sebenarnya. (Mukadimah punya la pjg ek!) Lepas tu cari kerusi murah2 nak color biru jugak. Ternampak di sudut promosi kerusi lipat negara2 world cup. RM29 sahajo! Ade brazil, argentina, itali dan macam2 warna lagi. Eh, warna biru matching ni dengan meja. Tak pikir la bendera union jack sparrow ke tanda cross ke. Yang tau nampak lawa, murah dan matching dengan mejaku je masa tu.

Beria lah watsapp gambar dekat pudin. Lepas tu pudin cakap eh, tu macam lambang salib je. Masa tu rasa down terus. Google la pasal benda ni. Tanya-tanya orang. Memang rasa menyesal plak. Frust pun ade sebab haish..takleh ni..walaupun tak pasti bendera tu tanda salib atau tak kan..

Update:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/944-red-devil-bola-salib-a-hukum-fiqh.html

Tiba-tiba ting! Mana boleh buang. Membazir kan amalan syaitonirrojim. Terpandang screw kat belakang kerusi tu. Apa kata tukar cover ganti dengan kain lebihan buat baju shahadah dulu. Selalu kan tengok cite deco2 orang putih atau blog dorang, depa upholster kerusi lama-lama tu, tukar cover terus nampak macam baru macam cantik je. Best. Menjimatkan. Lepas tu ada sentimental value kan.
After & Before..(Ampun terbalik..pastu pencahayaan xsama..hihi)

Sesi try test cuba jaya pun bermula. 

Bahan-Bahan yang diperlukan:
1) Kerusi Lipat
2) Perca Kain
3) Stapler tembak (Kina pakai selotape)
4) Gunting
5) Screw Driver

1) Mula-mula bukak screw dengan screw driver.

Tangan milik pudin. Hidung tu milik siapa? Nak jugak die tengok. Hahaha..
2) Potong kain ikut ukuran die. Lebihkan sket untuk tepek kat belakang. Jangan sampai tertutup lubang screw dekat belakang tu.

Potong lebih sket dalam 1 inci lebih gitu..
3) Tepek2 bagi kemas. Kina pakai selotape sebab takde stapler tembak tu. Kalau pakai stapler lagi kukuh dan lagi kemas kot. Tak pe la..First time punya pasal. Lepas tu bahagian kerusi ni kecik je. Selotape pon selotape la labu. Janji tenang hati.
Dari belakang, yang dah diselotape.

4) Screwkan semula. Siap! Misi berjaya! (Walaupun tak sekemas mana)

So, how do I look?
Serious rasa tak sangka plak dapat buat macam Samantha Pynn. Kihkihkih. Korang boleh try buat gak. InsyaAllah tak susah mana. Pakai selotape pon voley bah. Hahaha. (Tapi tengok gak jenis perabot yang korang nak change look tu ye). Kalau kecik macam ni takpela pakai selotape. Better pakai stapler tembak tu. Nanti ada masa nak upholster menda lain. Tambah span tebal2 sket. Ok, itu saja sesi sharing kali ni. Sharing is sexy! Moga bermanfaat. ;) 














14 comments:

Chekgu Azrine on June 4, 2014 at 7:40 PM said...

Pndai kina..idea spontan yg menarik..

ieza ashaari on June 4, 2014 at 10:10 PM said...

Betul2 kreatif kina ni..

Fizah on June 5, 2014 at 8:46 AM said...

fewiiitttt....terbaikkkk!!! =)

Shakina Farhan on June 5, 2014 at 9:12 AM said...

tq kak azrine, ieza & fizah..:)..

Allene on June 5, 2014 at 9:36 AM said...

senang je.... leh buat pasni... tapi gmbr lama lagi lawooo

Ibu Dilah on June 5, 2014 at 10:42 AM said...

cantik corak kain yg baru tu.. even pakai soletap pun tetap kemas.. good job kina.. ;)

~ NANA ~ on June 5, 2014 at 10:57 AM said...

nana minat sgt lambang union jack tu..tp bila baca sejarah mcm mana bendera/lambang tu tercipta, memang gabungan 2 salib pon...huhu

so tindakan kina utk tukar tu betul la kot...hehe...good job!

mrs kayrul on June 5, 2014 at 1:00 PM said...

kemas jer....lepas nie macam2 lagi la kerusi yg berubah wajahkan

Aty_Fared on June 6, 2014 at 12:19 PM said...

macam lagi cun jer yang baru ni.. heheh.. aty pon union jack tu.. kalau kene konsep memang dekorasi cantik jadi..tapi tu lah.. kene tau asal usul dari awal..tak ley main redah jer kan.. tak pasal2 dapat 'saham' nanti..tu yang risau..

FiZ on June 9, 2014 at 1:09 PM said...

nampak meja kina..cantikla biru putih..rasa mcm nk beli jgk..

puan.mila on June 9, 2014 at 3:27 PM said...

mcm cntik mcm comel je kain perca baju shahadah tu..gud job kina!! Kerusi murahh..

Cik Puan Rara on June 11, 2014 at 9:21 AM said...

wow! terbaekkkk! kina pandai lah.lawooo lahhhh!

O'gosh Iskandar on June 20, 2014 at 1:21 PM said...

wow...cantik sangat....ada lg x kerusi tu..macam berkenan pulak nak beli..

athi FATHIYAH on September 12, 2014 at 10:47 AM said...

kreatip..

mmg i banyak baca pasang lambang salib kt bendera tu..

tp still ramai muslim guna buat deco kat rumah...sobs...

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork