Monday, November 14, 2016

Review : Grand Hyatt KL (Grand King)

Salam

Ni pun entry lama baru nak buat. Better late than never kan. : p. Ok, sebab pudin ada meeting dekat KLCC dok hotel ni. Nak try sekali selain Hotel Corus & Impiana yang dekat dengan KLCC.. Harga korang boleh tengok Agoda, takpun Trivago. Sebab ni ditanggung company dan ada corporate rate murah lagi dari Agoda tak silap. Kalau duit sendiri tak lah kot. Ok. Ni antara hotel yang tercantik dan termewah yang kitorang pernah pegi kat Malaysia ni. 

Kitorang amek Grand King without breakfast. Kalau dengan breakfast lagi mahal. Claim company pun mesti ada limit. (banyak cantik kan, orang tanggung mujur) Tak silap breakfast dia RM80 seorang. Pastu bilik yang tak mengadap Twin tower. Kalau twin tower lagi mahal ala macam dok hotel tepi laut, view laut mesti mahal lagi. Kita tengok gambar jela ye.

Check in dekat tingkat 38! Ye..first time check in hotel kena naik lif sampai ke tgkat 38..Pastu semua pakai computer saja. 
Patut la lobby dekat atas, baru nampak view cantik kan. Walaupun banyak tingkat tapi lif dia laju, kadang2 rasa macam tekanan dekat telinga sket. Lupa plak dok tingkat berapa. Adui. Makin menjadi-jadi penyakit lupa ni sekarang. Banyak sangat urat putus. Baru 3 anak. Huahua.

Ok, sekarang jom kita tengok bilik Grand King. Nama pun king katilnya bersize king. Muat la kami berlima. Oh, kakak shahadah tido dekat kerusi bulat. Hihi.
Macam ada 2 partition, belah depan katil, tv meja semua, belakang toilet, wardrobe, powder room
Katil mengadap langsir,meja. TV tu kat tepi.
Bantal tu terlebih lembut, baring terus jerlus. Tengok orang dok komen bantal lembut sangat rupanya memang ye. Huahua. Kena pakai 2 bantal baru rasa ok sket.
Gerak ke belakang, semua marble. Sejuk kaki.
Toilet asing, yang penting ada paip. Tak selesa kan kalau jenis takde paip tu. Bath tub dia special sangat, terdelete plak gambar. Boleh tengok video dekat instagram kina cermin die boleh berubah bila tekan butang privacy.


Banyak barang yang kita boleh request with no charge contohnya macam yoga mat ni. Ada yang bagi terus contoh macam sabun basuh baju, toiletries budak2.


Port wajib amek gambar nampak KLCC twin tower tuuu.
Kitorang tak amek breakfast, tapi last day tu nak try lah. Prepare jela bayar. Tup tup dia bagi free je. Katanya compliment sebab duduk lama. (3 hari). Rezekiiii. Tak tahu la sebab apa. Ke sebab kitorang makan tak berapa banyak sebab pudin rushing nak gi KLCC. Sedap gila makanan dia. Tak puas. 

Tips kalau booking hotel penting pilih high floor, katil besar (anak 2 takpe lagi) & non smoking room. Kitorang kalau dok hotel kalau boleh request high floor, takut kalau bawah2 ni bising ke kan. Tau-tau jela kalau ada pub, bar segala tu. Sekali tinggi gila macam ni. Gayat. Mengigil kaki tapi nak tengok jugak. Hahaha. 

Last but not least, kina recommend sangat hotel ni kot-kot ada nak honeymoon ka, anniversary ka, special occasion ka, ada budget terlebih-lebih ka atau macam kitorang company tanggung.  Silalah booking hotel ni. 

Kalau ada rezeki lagi, nak turun breakfast kol 6.30 pagi, kol 10 baru keluar. Bahaha.

3 comments:

Chekgu Azrine on November 14, 2016 at 7:55 AM said...

Bestnya kina!!dpt merasa dok hotel 5stars..
Nanti nk cek rate..hahahhaa...ada hati tuh

Basyirah Abd Rahman on November 14, 2016 at 11:13 AM said...

Masyaallah.. Cantiknya.. Hehe

nurul iman on November 16, 2016 at 3:31 PM said...

ooo nice juga hyatt. belum pernah g hyatt kl

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork