Sunday, August 19, 2018

Kembali ke KL, mungkinkah kembali aktif berblog?

Salam,

Dari 2006 - 2011 kina duduk dekat KL. Belajar di UM 3 tahun > kerja di KL 3 tahun. Bila kawen 2011 terus berhenti kerja dan ikut pudin tinggal di Melaka. Tak lama dekat Melaka kitorang pindah ke Bintulu Sarawak, 3 tahun di sana pindah balik semenanjung ke syurga makanan Pulau Pinang. Kerja pudin memang kena pindah paling lama 5 tahun dekat satu satu tempat. So, now ktorang tengah tunggu official letter ni utk penukaran ke KLCC. 

Tak sangka akan duduk di tempat paling busy di Malaysia ni semula. Hahaha. Alhamdulillah katanya bulan 9 pindah tapi biasanya akan drag la nak setelkan keje semua. Yang penting sebelum kakak shahadah sekolah darjah 1 tahun depan.

Kena cari rumah sewa baru. Since dah pindah banyak kali ni, ni harga & jenis rumah sewa yang ktorang pernah tinggal.

Melaka : RM300 - Rumah teres setingkat kosong. (Heaven kan harga tu)
Bintulu : RM1000 - Rumah teres 2 tingkat kosong. (Ni harga paling murah tau dekat bintulu time tu. Rumah papan atas air pun RM400. hihi)
Penang : RM600 - Rumah teres setingkat kosong. (Ni pun harga paling murah, dah la location strategik sangat. Apartment sebelah taman ni pun dah seribu dah la takde lif. Rezeki dapat duduk sini, walaupun kecik tapi ok je)
KL : Tengok pattern dekat atas ni, kemungkinan rumah 2 tingkat dan harga lebih 1k..hahaha..

Happy tak nak pindah KL ni? Mix feeling. Happy sebab no more drive jauh nak balik kampung ktorang. Lepas ni 2 jam je perjalanan. Tapi kurang happy sebab nak tempuh jem, cost of living yang mahal dan takde dah laki balik tengahari makan lunch. Huuu. Pasni kena buat bekal lah. Nak buat bekal confirm kena bangun awal. Hahaha. Nak kena hantar dan amek budak sekolah tu. So kina fikir ktorang pindah ke tempat yang jauh sket dari KL. Senang untuk kina nak hantar budak, malas tempuh jem walaupun hakikatnya jem di mana-mana. Hehehe. Pudin naik MRT atau naik motor pegi keje. Rumah sewa pulak yang baru dan selesa untuk family datang bertandang. Serious lah kalau family datang rumah sewa ktorang kesian mcm tak selesa tido merata2. hahaha. Boleh la tempah langsir dekat nilai 3. Pergi IKEA. Wuhuuu. Banyak nak kena letgo sebelum pindah ni.

InsyaAllah, kina pun akan kembali aktif berblog & berbusiness online & offline. Hopefully! 




3 comments:

الرحمه للتنظيف on May 3, 2019 at 3:10 AM said...

شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

الرحمه للتنظيف on May 3, 2019 at 3:21 AM said...


شركة المثالية للتنظيف بالاحساء
شركة تنظيف مسابح بالاحساء
شركة صيانة مسابح بالاحساء
شركة تنظيف خزانات بالاحساء

عبده العمراوى on June 29, 2019 at 5:16 AM said...


شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة طيوب لتسليك المجارى

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork