Tuesday, April 29, 2014

Pencarian stroller bermula

Salam..

Malam kemarin mimpi stroller combi purple tu ditemui. Siap keluar dekat TV cakap dijumpai. Hahaha. Parah betul mamanye kan. Sayang sangat dekat si purple tu sebab sangat berbakti. Lagi-lagi pakai duit hasil business theshopAblog. Saje nak bagitau sebab asal tak keje orang cakap2 belakang keje habiskan gaji laki..hmmm..'Nak beli stroller lagi? Kalau lakiku mesti bising..' Lor..nak je cakap laki ku tak bising sbb jarang mintak duit die pooooon..lagipun dah stroller hilang..kalau dok minta duit laki selalu memang la laki bising..Huhu..Pffft..Mak buyong ngamuk nanti baru takut..: p..

Sungguh cetek pemikiran itu. Sekarang ni ramai surirumah atau isteri bekerja yang mampu untuk beli barang sendiri dan membantu suami okay. Ak selalu ingatkan diri sendiri xboleh bergantung pada suami 100%.. Tengok cite temptation of wife tu. Uwaaa..geram je kan laki kaya ada scandal. EH, mudah sangat lari topik. Kakaka.. 

2 bulan mensurvey dan memerhati stroller. Gitu. Nak beli stroller macam nak beli kete kan. Nak pakai lama kot. Tamau beli 2 3 stroller. Pasni akan lagi strict jaga stroller bila naik flight. Ni stroller-stroller yang dalam list.

1. Combi well comfort
Hahahaha..kena ke beli stroller yang sama dengan yang hilang tu? Well..kitorang memang puas hati pakai combi well comfort ni sebab ringan sangat. Kalau beli maybe tak beli warna purple la.
Price between RM900-RM1200.
Pro
-Ringan :4.6kg je, kalah babyzen yoyo kot. Angkat 1 tangan pun boleh. 
-Nak fold pun senang. Pakai 1 tangan pun boleh.
-Alas tebal dah tak perlu letak alas.
-Lepas tu boleh recline untuk tido.
-Boleh facing baby. 

Cons
-Tayar tak smooth kalau facing baby. Not a big problem for us. Masih bearable.
-Size kecik : Tulis boleh pakai sampai 16kg tapi shahadah 8kg dah muat2 je tak leh la nak guling-guling2. Kaki terjulur sket. Nasib la shahadah ni slim2 je. Kalau bam2 sah tak sempat pakai sampai setahun lebih. 

2. Halford fliplite

First time pakai ni masa gi ECM. Masa tu tak bawak combi. Shahadah plak tido. So pinjam je halford ni dekat kaunter ECM cuma bagi lesen je. Price RM350-RM400
Pro
-Harga affordable
-Category lightweight la jugak.
-Umbrella fold.
-Size yang besar, shahadah masih boleh golek2 dalam tu.
-Boleh full recline.

Cons
-Tak boleh facing baby. Ni je masalah die. Sob-sob. Kalau la boleh facing memang super duper complete sangat dah bagi diriku ini. Dah la harga affordable dah, design pun lawa. Untuk shahadah ok je, tapi adik baby pun nak pakai. Bahaya kalau tak facing. 

3. Bugaboo bee plus
Sebelum ni memang tak tahu ada brand ni. Jumpa sebab google criteria boleh facing, recline & lightweight. Rata-rata review ok. Harga die pun wow, tercekik anak tekak. Price RM1500-RM2699. Tapi kalau murah sangat maybe tak original sebab tengok dekat Aliexpress banyak je yang tak original. Ingat nak cari yang original tapi preloved. Memang jumpa RM850. Siap orang yang iklankan tu dekat bintulu. Pucuk dicita ulam mendatang la kan. Kisah apa preloved asalkan masih ok. Tapi call punya call, msg punya msg no tu tak valid plak. Frust.

Pro
-Size seat yang besar, seat die boleh panjangkan dan boleh pendekkan. Ni memang confirm boleh pakai sampai 4 tahun.
-Boleh facing.
-Boleh recline untuk tido. (pernah baca orang tulis tak boleh recline 180 ingatkan tegak sangat tapi bila tengok sendiri dekat kedai shahadah elok je tido dalam tu..kira recline hampir nak full la)
-Senang nak fold.
-Ada brek. So kalau nak berhenti ke apa boleh pijak brek.
-Canopy boleh tukar customade. Tiap tahun boleh bergaya dengan canopy baru. Takde la tiap tahun stroller baru kan. Hahaha.

Cons
- Berat 8.5kg. Masih dalam kategori lightweight bagi omputih. Hampir 2x ganda dengan combi kot. Tapi pegang-pegang dekat kedai aritu memang tak rasa berat pun. Smooth je.
- Harganya yang tak dapat nak hadam. 

4. Joie mirus

Tak tahu kenapa kalau sebut nama stroller ni teringat dekat Miley Cyrus. Hahaha. Ni pun dah pernah gi tengok sendiri depan mata dekat kedai Modern Mom. Reka bentuk & functionality die lebih kurang macam combi. Price RM800-RM1200

Pro
-Lightweight 6.8kg
-Boleh recline.
-Boleh facing forward & rear
-Compatible dengan infant carseat joie. (kitorang dah ada carseat SCR jadi tak penting pun travel system)

Cons
-Bila facing baby agak susah nak tolak, macam tersekat-sekat sikit.
-Size agak kecik. Sama point dgn combi well comfort. 

5. Mamas & Papas Armadillo

First time tengok dalam bentuk folded terus jatuh cinta beb. Walaupun tak minat langsung warna kuning. Tengok video ni memang best. Tak pernah test drive sebab tak pernah jumpa kat kedai mana-mana lagi. Nampak harga dekat online range RM1100-RM1500. 

Pro
-Full recline
-Folded sangat kecik slim je.
-Basket besar (tapi tak penting pun dekat ktorang)
- Lightweight 8kg 
-Ade brek.
-Size yang agak besar. Juga boleh pakai sampai 4 tahun. Tapi ni tak dapat dipastikan sebab tak pernah jumpa depan-depan.

Cons
-Tak boleh facing baby. Aduiii.
-Susah nak jumpa dekat kedai offline. Dekat KL maybe banyak.


Kenapa takde yoyo? Kalau yoyo kena plak beli 2 kali, untuk newborn lain, utk toddler lain pulak. Size toddler die pun nampak kecik. Senang nak masuk dalam luggage? Kitorang rasa tak practical untuk kitorang sebab nak bawak baby lagi, ada handcarry lagi, malas nak angkut masuk sekali. Just letak dekat luar pintu flight je. So memang yoyo xd dalam list.

Adakah perlu beli stroller tandem? Erm..malas nak ada banyak-banyak stroller tapi tandem stroller selalunya gedabak berat. Bila da berat tu memang akan malas nak angkut la kan. Kalau boleh nak 1 je stroller yang boleh pakai lama..  

15 comments:

Sheila Salim on April 29, 2014 at 1:10 PM said...

Assalamualaikum kak kina, heee pening baca review ni. taktahu hati ni berkenan yang mana satu. hehehe singgah menabung libresse sini~~~

cik mah on April 29, 2014 at 1:53 PM said...

Kina..cik mah beli yg sweetcjerry..boleh facing..besar ..smpai 4 thun insyaallah boleh duduk...boleh facing...cuma besar sikit..br kuar 2014...tp ada warna grey green je...

GREENJADE on April 29, 2014 at 2:16 PM said...

hi salam kenal

klu x silap sweet cherry byk gak yg boleh facing baby..category light gak

mmg pening pilih stroller ni..sy smlm baru rembat Halford stroller slps penat 2 jam tawaf masuk kuar kedai cari yg sesuai..uhuks



Wanie Mahir on April 29, 2014 at 3:39 PM said...

assalamualaikum kina..

try tengok stroller NJOY kat http://www.strollerworld.com.my/. saya pun tengah usha2 stroller jugak ni.. in sha Allah lepas bersalin nanti baru nak beli kot..

-wanie2425-

umie shahidah on April 29, 2014 at 3:39 PM said...

rse kne beli jgk... tp nnt dlu kot.

Chekgu Azrine on April 29, 2014 at 4:40 PM said...

Akk cincai je bab beli stroller..
Hehe..
Tgok review byk2 ni jd pening xthu nk pilih yg mana kan?

.ieLah. on April 30, 2014 at 4:19 AM said...

Kina!
Kite vote bugabee bee plus! sebab die bole tukar cover bergaya tiap2 tahun! hahahaha

Shakina Farhan on April 30, 2014 at 9:09 AM said...

@sheila : tq dear sudi menderma..hihi..

@cikmah : tq 4 the suggestion dear..i baru tgk2 dkt website scr tu..yg u beli tu nmpk bulky sket kn..tp i mcm berkena plak dgn scr giro stroller tu..baru jugak kot xpnh nmpk sebelum ni kat scr..

greenjade: 1st stroller dulu SCR tp yg murah sgt2 kot tayar asyik tersekat2..da let go dah..hee..

wanie: NJOY pun smart tp xtau nape xminat..harga pun boleh thn..hehe..thanks 4 the suggestion dear..

umie: dhia pki stroller x? at least kena ade 1 kan..

kak azrine: mmg pening lagi2 bila budget restriction..kekeke..kl duit berkepok2 terus je kan beli..hihi..

ielah: meh la menderma sket..hahaha..

Azieera TajulRahim on April 30, 2014 at 9:27 AM said...

Hi Shakina... salam perkenalan dr sy Azieera.

Jom visit my blog: http://satujanjikita.blogspot.com

Jom visit my shop blog:
http://babystuffshop.blogspot.com

Shafiqah-Napiah on April 30, 2014 at 8:56 PM said...

bugaboo plus ngn chombi...
peduli apa org nk ckp mek.. bukan dia org bagi duit pun kan...

Anna Shafize on May 1, 2014 at 10:44 AM said...

hai salam perkenalan semua..
http://hanyakasihcinta.blogspot.com/

LisaLisut on May 1, 2014 at 11:05 PM said...

Go for quality kina hehe. Oh u nk bli utk shahadah ke adik shahadah? Mcm hannah i simpan combi dia utk adik. So dia kan dh besar i beli je umbrella fold type pye. Silver cross je sbb bajet xbesar hehe. So far ok. Cz husband i nk yg ringan. 6-7kg tu mcm dh berat sgt. Sbb dh biase combi ringan kan. I suke halford fliplite kina. Pejam mata jela if xde forward facing tu hehe(hasut)

Azlin Zain on May 2, 2014 at 3:42 PM said...

Salam,
Well I pun tgh facing the same dilemma. Tandem or side by side stroller. Klau bonnet besar, I advise you just grab tandem, nak2 Kolcraft Tandem tu tapi klau keta comel mcm mine, rasenye Combi Cosmo twin stroller di hati. Combi twin stroller yg muat lalu di pintu umah just usd300 including postage ke malaysia mmg menggoda.

Jeb Ariff Jr. on September 25, 2014 at 9:45 AM said...

yoyo skang jual yg 2 in 1 ler...dr newborn smpai toddler...anak sy umur 2 tahun plus masih pakai...n muat dgn selesa...anak sy kira big size juga tp so far dia happy je....

Lovee Au on July 30, 2016 at 7:38 PM said...

This is very nice information. Because our child safty is very important to us hence you may like baby care Strollers canopy/hood from http://www.lovee.com
They have many varieties like mountain buggy nano canopy

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork