Thursday, May 3, 2012

Breast pump yang mana bagus?

Kina: ''Ibu, ibu dulu ada pakai breast pump tak? 
Macam akak yang tak keje ni kena beli ke tak?''
Ibu: ''Ada la, ibu pakai yang pam biasa picit-picit. 
Kena beli sebab takut nanti breast bengkak bila tak menyusukan.''

Ok, kesimpulannya breast pump ni kina perlu beli walaupun surirumah sepenuh masa. Ingatkan boleh direct feeding je kan. Tapi fikir-fikir kalau baby kecik takkan sepenuh masa nak bagi susu. Perut dia pun kecik je. 

Mula-mula nak survey pasal breast pump ni, soalan yang paling banyak berkumandang dalam kepala ialah breast pump mana yang paling bagus? atau soalan yang sepatutnya, breast pump mana yang paling sesuai dengan diri? Actually, kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita selagi belum cuba. Ada kedai yang bagi peluang kita cuba dulu tapi kalau 5 bulan pregnant camno nak try deh susu pun nan ado lagi. hihi. Tak semestinya si A sesuai dengan Brand A akan sesuai dengan kita. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang berkesan kan kita. So it is subjective, but then kita boleh cari ikut keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu & review2 dari orang lain walaupun mungkin tak sama tapi at least ada la point dari blur langsung pasal breast pump.

Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:

1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Tepuk poket tanya duit. hihi.

2) Jenis breast pump
Ada banyak jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual, battery-operated, electric & battery+electric operated.
Manual: Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang, jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja. Contoh manual breast pump: Medela Harmony, Avent Manual, Unimom Mezzo, Pureen, Anakku & etc. 

Battery-operated:  Breast pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan. Contoh battery-operated breast pump: Pureen battery operated breast pump & etc.

Electric: Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke buat keje ke. Tapi boleh tak kina pernah terfikir macam mana kalau terkena kejutan elektrik? haha. Sungguh la kuno pemikiranku kan. Contoh electric breast pump: Medela Mini Electric, Spectra 3 Electric & etc.

Battery+electric operated: Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman ramai ibu-ibu. Contoh dual function breast pump : Medela Freestyle, Ameda Lactaline Dual Breast Pump & etc.

3) Single atau Double pumping
Single pumping maksudnya breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa. Kiranya kena gilir-gilir la ye. Manual biasanya adalah single pumping mana kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric & battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh diupgrade menjadi double pumping.

Left to right: Avent Manual, Medela Swing, Spectra 3 Single Pumping


Double pumping maksudnya breast pump tu mampu pam serentak kedua-duanya. Double pumping biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.
Left to right: Medela Freestyle, Ameda Dual Electric, Modu Dual Electric


4) Brand breast pump
Ada berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia tentulah Medela, Avent & Spectra. 

5) Jenis sedutan
Jenis sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa mengepam & ada juga yang krok krok krok (boleh tak buat bunyi gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review & pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita. Meanwhile manual breast pump juga ada yang boleh mimic baby atau dilihat contohnya seperti Medela Harmony yang mempunyai 2 phase expression di mana first expression adalah untuk rapid expression bertujuan untuk merangsang & second expression adalah slower expression yang membuatkan sedutan lebih selesa.

6) Bilangan parts
Ada breast pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit.  Make sure all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby. Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual kebiasaanya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya warranty dalam membeli sesebuah breast pump electric. Manual biasa xd warranty pun.

7) Size & Berat 
Size & berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa. 

Itu sahaja kot apa yang perlu kita tahu. Kalau ada point yang tertinggal do let me know so I can update & topup my knowledge. hihi. Lepas dah tahu serba serbi tentang breast pump, boleh la kita pilih breast pump berdasarkan keperluan kita.

Kina pun dah pilih & beli breast pump. I choose you pikachu Medela Harmony! Why?
Medela harmony pilihan saya, anda bagaimana?

- Sebab kina full-time housewife, jadi mungkin tak selalu menggunakan breast pump jadi kina pilih manual. Walaupun hati ini teringin nak ada Medela Freestyle tapi mengenangkan poket. Nanti lah. hehe. Kalau lah kina berkerja mungkin kina akan pilih Medela Swing @ Freestyle.
- Mudah & ringan nak bawak pergi mana-mana since akan travel dari Sarawak ke Semenanjung. Kalau takde electric pun boleh guna. Contohnya dalam flight ke.
- Tak banyak part. Bila tak banyak part senang nak pasang & tak banyak nak kena basuh. Haha. Malas nak basuh banyak-banyak.
- Harganya yang mampu milik. Kina dapat harga termurah tu.Alhamdulillah.
- Ada 2-phase expression yang boleh mimic macam baby.
- Orang cakap sedutan lembut & tak bising. (Orang la cakap, kina belum try)
- Hopefully breast pump ni akan sesuai dengan kina nanti. Amin.
**Jadi, kesimpulannya..
1) Pastikan kita tahu keperluan & kemampuan kita dalam membeli breast pump.
2) Bandingkan brand breast pump jenis yang sama yang ikut keperluan & kemampuan kita di atas. Contohnya Avent Manual Vs Medela Harmony. Pilih yang mana anda nak.
3) Bandingkan harga breast pump yang kita dah aim nak beli. Setiap kedai harga berbeza ditawarkan, jadi kalau anda pentingkan budget pilih yang termurah ok. 
Kalau terus tengok dekat kedai online mesti pening sebab ada macam2 harga & brand. hihi. All the best! Hee..

#UPDATE
Untuk membaca review setelah menggunakan Medela Harmony & Medela Harmony Sealed boleh klik SINI. Kina dah jual Medela Harmony kina & sekarang pakai Medela harmony Sealed. Kina pun ada jual Medela Harmony Sealed dgn harga sangat berbaloi.




26 comments:

e.t.t.y on May 2, 2012 at 10:51 PM said...

kina, spectra tu boleh jadi double pump. tp kena hantar kt kedai lah. kalau kt yong fong tu, kena tambah rm100 utk set up jadi double. okay je tengok officemate pakai. bunyi tu standard lah, tp tak lah bising sgt. heavy duty lagi. cuma agak bulky, tp boleh je kot angkat guna bag sandang...

Syima Syaz on May 3, 2012 at 12:01 AM said...

pening2 i go for manual avent dulu... sbb electric nak beli medela...haha

Super Ummi on May 3, 2012 at 7:51 AM said...

kina dah beli breast pump ke..?
hmm, hana mcm suka yang battery+ electric functional tu... tapi tak survey pun lagi... tengah fikir nak beli ke tak... memandangkan poket pun belum berapa berisi... heheh..
tapi, memamg betul suri rumah pun kena ada breast pump jugak.. sebab takut bengkak susu.. hana ingat lagi, kakak sulung hana perah pakai tangan je... manual. hihi..

humble.yat on May 3, 2012 at 8:57 AM said...

wah..dah beli pump..harga berpatutan pulak tu..
rasa nak order medela harmony je ngan kina...berbaloi je..ada stok lagi ke?

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 10:12 AM said...

etty: a,ah la..lupa nak tulis boleh upgrade..haha..hidup yong fong! haha..

syima: avent pun ok kan review2..nt bleh ade 2 jenis brand..hee..

hana: a,ah..yg pakai tgn teknik mermet ke ape nama die..hee..kina dah beli dah..

yatie: ok, kina dah reply email yatie..ada lagi stok dear..:)

e.t.t.y on May 3, 2012 at 10:34 AM said...

tak hidup lah skrg ni sbb banyak barang dia dah mahal...boo yong fong. wakakakakkakakak..

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 10:38 AM said...

etty: baru dapat review baik punya dah naik harga eh..hahaha..ok, kl dah naik gembira sket sbb dah jauh dari melaka..hahaha..boooo

hana yoriee on May 3, 2012 at 10:40 AM said...

Hana guna swing sbb tau hana ni x brp nk kental mental fizikal. Haha..tp member hana guna harmony. Kalau keluar ngan dia ms lunch hour kt ofis, sementara tggu hana mst dia pump dulu dlm keta. Kdg tgh drive pn dia blh pump. Hihi..

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 10:45 AM said...

hana: kental gila kawan hana tu smbil drive bleh pump, ala2 freestyle plak ye..mst pki kete auto yek..

LisaLisut on May 3, 2012 at 11:42 AM said...

1. Autumnz Electric Steam Sterilizer + Home & Car Warmer Combo dengan harga RM170. -->bole dpt rm150 kalau masa expo.

2. mini electric medela - bising(according to my colleague yg guna kt office ni tp ok je pekakkan telinga haha)

3. spectra - berat belaka.

u housewife for the time being so manual pn ok.kalau i housewife pn i xpening kepala i beli je manual dlu. huhu. since im working kene beli trus yg easy.i suggest to my husband konon2 nk try beli manual dlu dia ckp lps tu nk beli lg yg kedua.bazir.beli je trus yg mmg nk pakai lama.which is betul jugak. let say beli manual 100++ then nk rs pakai swing 600-700. dh jd 800++. berbanding kalau beli je trus swing 700+ sekali beli.make sense.

just my 50cents :P

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 12:06 PM said...

lisa: kl dpt pegi expo mmg murah berbaloi2..expo mggu depan kat mid valley & bulan 6 kat pwtc kan..working mother mmg digalakkan beli yg elektrik sng..tp ade juga working mother beli manual utk spare kl xd elektrik & hantar pegi service..motor spectra berat kan tp harga die affordable..yg penting ikut keperluan & kemampuan kan..

ctmah on May 3, 2012 at 12:14 PM said...

terus pening kepala.huhu!akak2 kt office ni majoriti guna spectra.pam dalam surau.
member pn ada nak let go spectra.xtau la nk grab ke x..adooii

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 12:24 PM said...

ctmah: adoooi..pening eh..hehe..ikut gerak hati..hihi..(jwpn xmembantu langsung ye..)

Nur Hareza on May 3, 2012 at 12:27 PM said...

yupp... akka pakai medela harmony tu.. best.. cuma bila anak dah 5 bulan, tukar pakai spectra (hihihi, masa ni ada duit lebih sikit la)

Shakina Farhan on May 3, 2012 at 12:55 PM said...

kak hareza: tq 4 the testimoni..harap2 sesuai jugak dgn sy..itu betul rezeki baby tu..:)

Asz Miza on May 3, 2012 at 1:17 PM said...

Miza beli Medela Swing..sebab senang nak bawak g kerja and pump..hehe..lagi satu sebab ada 2 phase suction..mula2 nak beli Tommee Tippee tapi banyak review yang tak best, bila ada rezeki duit lebih, tu yang beli Swing. BEli sekali pakej jimat dan berbaloi. :)

Atiqahtuty on May 3, 2012 at 3:50 PM said...

salam hai kak kina.
actually tajuk fyp saya dulu pasal manual breast pump ni. antara cons dia adalah melenguhkan tangan. so awal2 saya dah decide nak beli yang yang elektrik huhu. tapi maybe design dia boleh buat arm dalam keadaan rest kot so takdelah masalah nanti kan. anyway selamat breastfeed kan baby. saya tumpang excited :D

Hazz on May 3, 2012 at 3:56 PM said...

i pun beli Medela brand. hehehe ;-)

safurara on May 8, 2012 at 9:53 AM said...

kina,rara pon tgh survey pasal breast pump neh.adoiii pening gak.rara actually keje,gov dpt cuti 3bulan kan,so rara nk extend jd 5bulan.so ingt 5bulan tu nk fully bf anak.then lepas tu baru selang2,rara ingat nk beli yg letrik,tapi single punye lah.kalo double tu mampos.ada ke letrik pump yg single eh?

Dulu Gadis, Kini Mama on May 16, 2012 at 10:28 PM said...

Suka medela! Lala ade harmOny (guna masa pantang) and fs (guna masa dh start keje)

Klu kite sntiasa dgn baby ja, manual pun dh cukup kina.. Tp breastpump mmg wajib. Klu kina sll dgn baby, maaknanye nnt breast akan sng stimulate, maka akan sntsa ada susu yg byk smp kene pump!

Moga dipermudahkan na'

Noorly A Puad on September 12, 2012 at 10:36 PM said...

Inginkan tip2 tingkatkan penghasilan susu, kunjungi http://mamahazeeq.blogspot.com/

Unknown on November 3, 2012 at 11:52 AM said...

Tau x kt mana service centre utk pump modu?

Sufi on January 12, 2014 at 11:13 AM said...

salam..kalau beli medela harmony tu best tak pakai?

jika perlukan set penyusuan boleh ke vithebat@blogspot.com

Betsy on August 12, 2014 at 3:02 PM said...

salam... Bet suka entry ni... best sharing...

Bet pun time baby 1st guna Medela Harmony manual pump je...TAPI jenuh la nak pam hampir 5 kali sehari sebab bila dah start keja kena pam time kja. sekali lagi TAPI, pam manula medela tu berkhidmat hampir setahun dan Bet suka sangat feeling suction dia... Miracle sebab dengan manual pump medela tu Bet boleh buat byk stok utk baby 1st.
paling banyak Bet pam dalam satu sesi time lunch kat office ialah 12oz utk kosongkan kedua-dua breast selama hampir 1jam. Lenguh jgak tangan tapi tetap enjoy ;-)

selain tu Bet amalkan zikir dan makanan tambahan untuk penghasilan susu optimum.

jum singgah blog Bet
nurbatrisyabetsyanti.blogspot.com

aku dia dan kamu on September 25, 2014 at 10:45 PM said...

jom jalan2 ke blog saya http://mrmrsfirdaus.blogspot.com

Unknown on October 9, 2014 at 3:42 PM said...

It is depends on your budget, but make sure your breast pump as recommended by the WHO. I personally would recommended Avent Breast Pump.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork