Monday, May 7, 2012

Resepi Sagu Gula Melaka

Salam

Bulan lepas ikut suami pergi kursus kat Melaka, stay dekat Hotel Pantai Puteri. Hotel under Majlis Agama Melaka. Islamik punya hotel, sebab bila masuk ada orang bagi salam & receptionist semua pakai tudung. Kagum sat. 

Ok taknak cite pasal hotel tu cuma nak cakap pasal Sagu Gula Melaka kat situ. Order hotel service RM8.00. Sumpah sedap siap order kali kedua esoknya. haha. I'm glad the taste is still the same. Normal la hotel punya service kot walaupun hotel biasa-biasa.
Sagu Gula Melaka yang sedap & nyaman. Hiasan hotel harus la lawa.

Bila dekat Bintulu ni, jangan harap la nak jumpa orang jual Sagu Gula Melaka kan. Pernah try Sagu Gula Sarawak (ada gak?) dekat hotel Harbour View, Kuching harga RM8.00 gak tapi tak sedap. Lain beno rasanya.

Rasa nak makan sagu gula melaka lagi minggu lepas, harus la kena buat sendiri. Tak pernah buat so google resepi. Semua resepi lebih kurang sama cuma kuantiti tak sama. Kina refer resepi dekat myresipi & ceeramoon punya blog. Setelah buat 2x weekend ni rasanya tetap sedap so nak share dekat sini plak. Senang sangat, just masakkan pastu campurkan. Dekat bawah ni kina estimate kuantiti yang kina guna sebab selalu main campak & alter ikut suka.

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahagian 1
100gm Sagu
3 Cawan Air

Bahagian 2
1 Cawan Santan
1 Cawan Air
Daun Pandan
Garam secukup rasa

Bahagian 3
1/2 Gula Melaka (Bentuk macam silinder tu)
1 1/2 Cawan Air 
Daun Pandan

Cara-cara
1. Rendam sagu dalam 5 minit. 
2. Panaskan 1 cawan air sehingga mendidih & masukkan sagu. Kacau sentiasa & tambahkan air sedikit demi sedikit lagi sehingga masak jernih.
3. Masukkan dalam bekas, biarkan seketika & sejukkan dalam peti.
4. Masakkan santan, air, daun pandan & garam selama 5 minit dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
5. Masakkan gula melaka, air & daun pandan sehingga gula melaka larut dalam api perlahan. Sejukkan dalam peti.
6. Hidang dengan masukkan santan dahulu ke atas sagu. Kemudian masukkan gula melaka. Maka jadilah lapisan sagu, gula melaka & santan! Siap untuk dimakan.

Cara memasak mengikut bahagian (Versi gambar) 
Bahagian 1: masak sagu sehingga jernih
Bahagian 2: Masak santan selama 5 minit
Bahagian 3: Masak sehingga gula melaka larut
Bila makan sagu gula melaka ni rasa nyaman je sebab sejuk. Kina memang asingkan setiap bahagian dalam peti & bila nak makan je campurkan sebab nak adjust rasa manis gula melaka. Kalau ikut kuantiti santan tu banyakkan dari gula melaka. Kalau santan 5 sudu gula melaka 2 setengah sudu. Itu citarasa kina la yang tak suka manis sangat, korang boleh adjust suka-suka ye. Hari ni rasa nak buat lagi sebab asyik tak cukup je bila buat sekali. 

Makan bersama suami sambil menonton super spontan. Not bad utk 1st timer kan? hee
Selamat Mencuba!Makan lepas berbuka puasa mesti sedap. 
Ah, tiap masa sedap la yang penting makan masa sejuk.


16 comments:

amirah on May 7, 2012 at 1:05 PM said...

My all time favourite dessert. Simple and yet very delicious. Buat la bila2 pun mesti tiap2 kali pun excitement tu rasa macam 1st time makan.. Anyway, yours is looking so good!!:)

Shakina Farhan on May 7, 2012 at 1:09 PM said...

amirah: Betul! Simple tapi sedap. Asyik tak cukup je..Tq 4 the compliment..:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Miss Sunshine on May 7, 2012 at 3:47 PM said...

Kina... sedapnya!!! kat bintulu ada jual gula melaka ye...? nak try buatlah nanti, tapi nak tunggu balik semenanjung dulu.. hehe

~ NANA ~ on May 7, 2012 at 4:08 PM said...

kina....my mom suka buat benda ni....i pon suka makannnn, nak2 kalau sejukkan dlm fridge! hehe

Shakina Farhan on May 7, 2012 at 4:50 PM said...

hana: ade jual gula melaka..nasib baik terjumpa..sllu nampak gula apung kat sini..bau die mcm manisan durian..cm xbest je..

nana: betul2..sejuk2 sgt best..bleh habiskan 1 loyang..:P

ctmah on May 7, 2012 at 5:02 PM said...

omg!kina wat saya kecur laaaa

Cikpuan rara on May 8, 2012 at 9:43 AM said...

teringin nk rasa.nk sket.

Syazlina Khairuddin on May 8, 2012 at 12:59 PM said...

nampak sedap!bwk sket balik semenanjung!hihi

Liyana on May 9, 2012 at 4:42 PM said...

sedapnye... terliur tgk sat...

Shakina Farhan on May 9, 2012 at 6:47 PM said...

ctmah: opss..sorry..hee..

rara: mari la dtg bintulu..hehe..

syaz: sampai je semenanjung kena ngap cepat nt basi..haha..

liyana: harap2 xsmpi mengidam..:P

zakrul hakimi on June 6, 2013 at 5:22 PM said...

kalau kita gntikan santan dgn susu bleh x? :)

Shakina Farhan on June 6, 2013 at 10:37 PM said...

boleh jugak rsenye..:)

Gieyana on July 18, 2013 at 3:39 PM said...

salam kenal..google2 jumpa ur blog..

nak cuba nanti..look yummy! thks for sharing..:)

arissaadam azami on July 21, 2013 at 9:06 PM said...

Gantikan santan ngn susu sejat pn sedap jugak.

Shuhaimi Abd. Sani on August 7, 2013 at 6:11 PM said...

Tgh cuba nie...

Shakina Farhan on August 10, 2013 at 11:34 AM said...

Gieyana: Salam kenal..:) selamat mencuba!

Arissaadam: A,ah..kina pn baru try..sedap jugak..

Shuhaimi: Selamat mencuba!

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork