Thursday, May 24, 2012

Pregnancy & Flying

Salam

Seminggu je lagi nak balik semenanjung. Hip hip horey! 


Nak makan macam-macam, nak pegi kenduri kawan, nak pegi expo baby dekat PWTC, nak scan 3D/4D baby, banyak woo nak dibuat. Tapi tujuan utama balik sebenarnya nak menghantar mertua menunaikan umrah 30 Mei ni. : ). MIL dah cakap nak belikan kurma nabi utk kina sbb hari tu cakap kat dia teringin nak kurma nabi yang basah-basah. 

Ok la, cakap pasal nak balik ni. Mesti la naik flight, kalau naik kapal pun boleh tapi seminggu 2 baru sampai. Hahaha. So nak share sikit tentang pregnant & naik flight ni. Since kina selalu naik Air Asia & kadang-kadang MAS (tu pun kalau company support) ulang alik dari Bintulu ke KL, KL ke Kuantan jadi tahu term & condition untuk 2 jenis company ni jela.

Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawak terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. Tapi doktor Clarence yang check up kina sekarang cakap Air Asia 32 minggu dah tak boleh sebenarnya. Confuse part ni je la. Kalau ikut policy Air Asia sampai 34minggu boleh naik lagi.

Malaysia Airlines
*Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

  • Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
  • Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
  • Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
  • 7 hari selepas bersalin
* Tak berapa clear dalam policy MAS. Disebabkan kina nak bersalin dekat Kuantan, Pahang jadi kina dah call MAS untuk confirmkan bila last boleh naik flight. Customer service MAS tu cakap minggu ke 35 last boleh naik. Masa tu insyaAllah tengah bulan Ramadhan. huhu. Tak dapat la puasa & terawih sepenuh masa dengan suami. Takpe la, demi nak dapatkan baby kelahiran Pahang. Anak jati pahang..hehe..Baby, jangan keluar awal sangat tau..nanti tak dapat IC -06- macam mama & papa.


So, untuk minggu depan nak balik ni kitorang cakap dekat Dr. Clarence lepas tu Dr. Clarence terus buatkan surat pengesahan doctor walaupun belum 28 minggu masa naik flight tu tapi takpe la Dr nak bagi surat, kami terima je. Tapi memang sempoi je surat dia, tak bertaip pun.
Ke hadapan Air Asia

Macam ni la rupa surat pengesahan dari Dr Clarence. Sempoi je.


Dr. Clarence cakap surat ni untuk tunjukkan sahaja bukan bagi dekat flight attendant. Kitorang pun ''Oooooooooooooooo'' serentak. (Patut la 1 je suratnya)


# Korang mesti tanya dulu dengan doktor korang sebelum nak naik flight samada korang dalam semester first ke second ke third sebab lain orang lain condition kesihatan. Tapi sebenarnya memang tak menjadi masalah & selamat sebenarnya untuk naik flight semasa pregnant, biasa airlines ni takut kalau terberanak dalam flight je @ ada complication, nanti dorang rugi la kena bagi free kalau selamat beranak dalam tu. kihkih. 



22 comments:

Asz Miza on May 24, 2012 at 3:18 PM said...

Kina..miza baru wat 3D 4D smalam. Punya la tak sabar nk tggu 28w. Hihi. Berat bby estimated dah 771g..baru nk masuk 24w esok. Haha. EDD pn dah jd awal 10 hari. Nnt kina buat jgn lpe kasi post entry ok. :)

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 3:20 PM said...

miza: yeke?? hehe..xpe..time ni pun dah ok nak buat 3D/4D..kina time 25-26week..771g? berat jugak tu..hihi..xpe..yg penting baby sihat kan..insyaAllah akan post jugak..byk nak post ni tp asyik tertunda2..hee..

Liyana on May 24, 2012 at 3:26 PM said...

patik x pnh naik flight.. jakun giler.. haha

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 3:33 PM said...

liyana: hahaha..mana tau ada rezeki baby pasni naik flight..:P

Aty Fared on May 24, 2012 at 3:36 PM said...

aty ritu mase awal2 pegnan-dah tempah tiket nak gi bercuti..tapi sebab pernah keguguran sebelum tu..tak berani nak naik flight..[mase beli tu belum pegnan]jd cancel percutian...huhu

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 3:37 PM said...

aty: xpe dear, yg penting keselamatan baby kan..biar rugi asal selamat..^_^

Fariza on May 24, 2012 at 3:44 PM said...

hik3. betul. naik air asia kena pandai cover. lalala. pakai seluar harus.
lain org lain condition kan. insyaAllah semuanya baik2.
terima kasih

safurara on May 24, 2012 at 3:59 PM said...

rara ritu relax je naik.hehehe.sbb perut kecik.dorg x pasan.

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 4:07 PM said...

fariza: hee..sama2 dear..:)

rara: itu la..kl dorang perasan dorang akan tny ''maaf, puan mengandung ke?''..kl mengandung betul xkisah..kl buncit dorg igt mengandung mmg cari pasal..hahaha..

.ieLah. on May 24, 2012 at 4:25 PM said...

kina plan nak wat 3d/4d kat mana? g kuantan specialist lagi eyh?

btw, skrg dapat lagi ke 06 ic anak2 kite nanti? ceceh. sbb ade yang 11 jugak kan?

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 4:46 PM said...

fadhillah: tak pegi KSH kot sbb mahal, 3D/4D company tak cover..hehe..igt nak pegi klink KO ke ape kat beserah..

haha..xtau plak kl dah xd 06, tp xkisah janji bukan sarawak punye..hee..:p

Cik Puan Mimi on May 24, 2012 at 5:00 PM said...

alaaa..x dpat la nk naikkkk!! dah 35. cis cis..padahal xde nk g mane pon.hehe

sarah shamsyul on May 24, 2012 at 6:00 PM said...

pna naik flight ms awal preggy.tp ms tu xtaw pn preggy.nasib x jd ape2,syukur....

3d/4d besttt...kite dok ulang tyg vid 4d...comelll! Hihi

Shakina Farhan on May 24, 2012 at 6:26 PM said...

mimi: aip2..dok diam2..prepare menanti baby keluar je tu..hehe..

lara: alaa..xsbr nak buat 3d/4d ni..

Unknown on May 24, 2012 at 6:48 PM said...

Aritu I pun sama jugak..dah kene soal byk kali dgn flight attendance..Masa tu naik MAS, tp sib baik perut tecik ja walaupun dah 30 wks..tp after that memang sy dah tak naik..dulu slalu ulang alik KK-KL-KK..

Lalalatif on May 24, 2012 at 6:48 PM said...

semoga baby dpt ic 06 ye...
mcm sy ari tu..
puas tgu nak bersalin kat putrajaya..
tup2..jejak je kaki kat temerloh, terus nak bersalin...hehe

Super Ummi on May 24, 2012 at 8:48 PM said...

kina.. semalam kan kita pergi pejabat MAS... die kate last boleh naik flight 32weeks.. terus menggelabah sebab mane nak dapat cuti banyak2 melainkan cuti tanpa gaji.. huhu.

Pastu, officer tu kata.. kalau after 32 weeks boleh naik lagi, tapi nasib lah sama ada dibenarkan atau tak.. huhu.

Tapi, hana dah fikir masak2 nak balik maybe masa 35 weeks atau 34 weeks. Tu pun kene bincang dengan guru besar dulu.. die bagi tak cuti sebulan awal.. huhu.

.ieLah. on May 25, 2012 at 9:07 AM said...

Kina, kalo lahir kat sarawak nnti dia takyah la nak ada pass masuk Sarawak tu. hihihi

haa, kite pon pegi klinik W.Y.Ko kat beserah tu.
85rm utk scan 3d/4d with printed photo
145rm utk scan 3d/4d +printed photo + video. hehe

puteriraifana on May 25, 2012 at 11:45 AM said...

hari tu masa pi Sabah, pakai baju besar sikit tak nampak pun ..masa nak balik kena tahan pulak isi form tu sebab pakai baju pregnant..hihi.. baru dalam 18w masa tu.

cik lin butterfLYNN~~ on May 30, 2012 at 10:25 AM said...

alaa, kina post lmbt psl naik flight masa pregnancy ni,hhu,klu x,dah lama dh lin n hubby teruskan jugak plan g honeymoon kat bali bulan april lps masa lin 6th weeks dulu,huhu.. x psl2 je burn duit beribu2 utk flight ticket n villa,huk2.. xpela,mende dh jadi,yg penting baby dlm kandungan slmt,hhe ;)

hidayati arshad on October 9, 2016 at 1:22 PM said...

Sy bru miscarriage 7 weeks..last week bru naik flight ke Langkawi, sblm tu naik flight ke Kundasang..mase pegi kundasang tu mmg xtau dah pregnant 2 weeks. So sy rase better klu on 1st trimester eloklah jgn naik naik flight dulu sbb kandungan xckup kuat & tekanan udara yg tnggi.

hidayati arshad on October 9, 2016 at 1:23 PM said...

Sy bru miscarriage 7 weeks..last week bru naik flight ke Langkawi, sblm tu naik flight ke Kundasang..mase pegi kundasang tu mmg xtau dah pregnant 2 weeks. So sy rase better klu on 1st trimester eloklah jgn naik naik flight dulu sbb kandungan xckup kuat & tekanan udara yg tnggi.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork