Wednesday, May 16, 2012

Baca komik & novel penyiasatan dari kecil

Salam

Cuma nak mengimbas zaman kanak-kanak ribena dulu. Ada 2 orang insan yang menjadi penyumbang kepada minat membaca komik dan novel penyiasatan masa kecik2 dulu. Tentunya Ayah & Ibu!

Ayah- Tiap minggu akan beli komik Pedang Setiawan & Alam Perwira. Dari harga RM2.80 hingga ke RM3.50. Sekarang rasanya ada lagi komik Pedang Setiawan tu tapi maybe heronya dah ada anak. haha. Pedang setiawan ni lah terhasilnya cerita Storm Rider yang ekin cheng & aaron kwok yang handsome berlakon tu. Sebab komik ni la diri ini mengenal pepatah & peribahasa dan seterusnya ku applykan dalam menjawab exam karangan BM masa sekolah rendah. *Cikgu mesti ingat hasil bacaan buku peribahasa tapi tidak cikgu..dari komik hong kong ni ha..hahaha. Selamat hari guru buat semua cikgu cikgi!
Salah seorang hero dalam komik Pedang setiawan. Penjejak badai. Suka sebab handsome,sopan & cool gila!
pic credit to lankapo79   

Ibu- Belikan buku Siri Salma, Siri Penyiasat 5 orang tu.. Ah, tak ingat tajuk tapi tiap buku ada kesnya, ada yang kes hantu tipu2 la, jenayah macam-macam la. Yang pasti tukang penjenayahnya mesti orang yang tak disangka-sangka gitu. Macam-macam tapi rasanya buku novel bersiri ni berjaya merangsang otakku sehingga la bila dah besar minat sangat CSI. Tak kisah si Horatio yang suka act cool & hero tua2 tapi suka gak tengok dari awal hingga habis & tolong jangan disturb masa tengok CSI nanti tak faham cerita..hahaha.
Camni rupa novel penyiasatan tu. Sangat classic ok. pic crdt to myowntoys4sale

Bila dah nak jadi mak orang lagi 3 bulan ni..tabiat dari kecil ni tetap tak boleh dibuang..Kalau Astro channel wajib kina adalah AXN 701 & ANIMAX 715..Kalau komik plak tak beli dah yang RM3.50 dulu tu, sekarang kan dunia canggih. Online sahaja! Komik dari Jepun kita panggil Manga, kalau kartun dari Jepun kita panggil anime. Antara pilihan nak baca dekat mangafox, mangareader. Naruto?Bleach?Fairy Tail?Vampire Knight? Semua ada lah. Siap subscribe masuk email bila chapter baru nak keluar baru tak ketinggalan. Tapi kena baca dalam English so takde dah la peribahasa melayu tu kan, tapi bagus la untuk improvekan english yang berterabur ni. hahaha.

Since didikan dari kecil memang memberi impak besar kepada anak-anak. Jadi, papanya akan mengajar mengaji Al-Quran (sebab papanya mengaji sedap sangat sampai mama tertido atas pangku..hahaha..) Pastu papa ajar bahasa Arab. (mamanya tak boleh harap bahasa Arab dulu fail, siap kena berdiri dalam kelas, nasib baik papa tak ingat pun kisah ni dulu..hahaha). Mamanya ajar baca novel penyiasatan & komik boleh la..hihi..early education sangat penting..melentur buluh biar dari rebungnya..sekian..

p/s: masa zaman sekolah asrama dulu dok tengok Sailormoon, Dragon Ball Z, Cardcaptor Sakura dalam common room. zaman sailormoon aku  selalu cakap kan best kalau ada pakwe handsome macam Momoru. hahaha. Takpe, suami aku pun handsome gak! Haa..kembang la tu baca..

17 comments:

Anonymous said...

wah..kite berkongsi minat yg sama. :)
3 bulan lg yer nak jadi Mama..tahniah.

Unknown on May 16, 2012 at 3:38 PM said...

komik penyiasat remaja takde baca ke kina?haha yg tu best gak.kadang2 macam tak logik je.

pastu zimie pun layan gak komik drgaonballz,terpengaruh dgn abg dan adik.best gilaaa lah.baca sampai guling2.ihihi

Shakina Farhan on May 16, 2012 at 3:41 PM said...

fifi: hehe..yeke? sep2! insyaAllah..:)..tq fifi..

zimie: ade jugak baca yang remaja tu..hihi..masa kecik2 kita baca & percaya je kan? haha..

Unknown on May 16, 2012 at 3:56 PM said...

nanti anak dh bsa..mama dngn anak kongsi minat yg sama..sweet gitu =)

Liyana on May 16, 2012 at 4:00 PM said...

mcm same je... haha
tp x suke bace komik2 ni.. suke bace siri penyiasatan je... smpai buat name card sendiri konon2 jd penyiasat! adeyy pengsan adik2 kena lyn kakak die yg perasan :D

Nurul Ain on May 16, 2012 at 4:15 PM said...

rajin kina baca buku ni...hihihi...tapi kdg2 best jgk..

Shakina Farhan on May 16, 2012 at 4:37 PM said...

syaz: tu la..best gak ade geng share hobi..suami tak baca komik & tgk anime..anak jd mangsa la nt..:p

liyana: takpe..kite geng half blood..hahaha..

gadis: dapat release tension..ntah mana tensionnye kan..tp masa kecik jela baca siri penyiasatan tu..dah besar malas..

safurara on May 16, 2012 at 4:39 PM said...

kina,skrg ada lg ke promotion tu?

Hazz on May 16, 2012 at 4:39 PM said...

i banyak koleksi Enid Blyton's tuh. suka betui baca. tp lepas naik skolah menengah tak tau mana ilangnya buku dah. hhahahaha..

ctmah on May 16, 2012 at 4:49 PM said...

wahhh..sama minat...dlu suka kumpul buku tu..heronya mmg handsome kn :D

Shakina Farhan on May 16, 2012 at 7:13 PM said...

rara: xd dah..tp xtau la kalau ade promo time expo ke..yg harga ritu mmg xdpt dah kot sbb clearance stock lama..tp barang2 dlm tu sama je..

hazz: rsenye my mom dah buang sebab kertas die kan style lama2 gitu kan..mcm makan dek anai2..

ctmah: kan? handsome kan2..hehe..

nia ain on May 16, 2012 at 8:00 PM said...

ain pon sama kina..suka sgt2 siri salma tu..yg pedanng setiawan tu pulak separuh je smpat baca...skrg still suka membaca gak..tp xbaca dh siri salma tu..hehehe

Syima Syaz on May 16, 2012 at 10:25 PM said...

i suka baca 5 sekawan tu...eddie, dean, mona, gorge n anjing diorg...hahaha

mia-ina on May 17, 2012 at 4:21 PM said...

tringat ms kecik2x dulu..hantu buku kat sek ren..suke gi perpustakaan..plg utama mesti cari siri buku penyiasatan & nabi

Shakina Farhan on May 17, 2012 at 6:14 PM said...

nia: mesti skg byk membaca novel plak kan..kina xle baca novel pjg2..hee..

syima: igt lagi nama2 dorang eyh..haha

mia: tu la..sekolah rendah dl pun suke pinjam gak..lewat dendam 20sen..haha

ibuhebat on May 22, 2012 at 2:35 PM said...

hihihi... akak pun dedulu suka baca dua jenis komik ni.. tapi bukan penjejak badai kot.. apa ntah namanya.. yg enyd blyton tu pun ada satu lagi series yg akak suka... heheh..

cik a'an thanx to readers :) on September 18, 2012 at 2:47 PM said...

yes!!dulu pn sya suka baca sangat2 suka :D oh btw! tahniah ;)

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork