Salam
Kesian tengok blog terabai sebab kemalasan melanda mom-to-be ini. Nak bukak laptop sungguh lah malas. Merajinkan diri juga ni sebab dah janji dengan Puan Puteri untuk share resepi spaghetti bolognaise ni. Masa usia kandungan 5-6 minggu kina sangat suka makan cheese & spaghetti ni. Dalam seminggu tu ada la 3x masak. Syukur la pudin pun ikut je sebab dia sangat suka spaghetti yang bini dia masak. Dia cakap Pizza Hut, Secret Recipe pun kalah. hahaha. Yo Yo O je kan puji supaya bini dia tak ajak makan luar. kan kan kan.
Actually memang banyak je resepi kat internet, kita boleh google je. Semua pun lebih kurang kan. Yang ni versi yang kina selalu masak. Kina suka yang masam pedas & banyak kuah tapi tak cair.
Bahan-bahan yang diperlukan ( Untuk 2 orang makan)
- 150gm Spaghetti Pasta ( Biasa 1 paket 500gm, anggar je untuk 2 orang makan)
- 100gm Ayam (Dipotong dadu)
- 1 labu bawang besar (Dikisar)
- 3 ulas bawang putih (Dikisar)
- 2 biji cili padi (Dikisar)
- 2 sudu besar cili boh (Nak sedap lagi pakai cili kering)
- setengah botol Kimball Sos Spaghetti Mushroom 350gm
- minyak masak
- garam
- air
- keju (optional)
- brokoli (optional)
Antara bahan yang digunakan. |
Cara-cara memasak:
1) Rebus pasta dalam air panas sehingga masak. Tips untuk pasta lebih sedap : Tambahkan 1 sudu besar garam ke dalam air panas untuk memberi perasa kepada pasta. Kacau pasta sejurus selepas dimasukkan ke dalam air panas supaya kanji dibuang. Dah masak boleh lah tos & alis ke tepi.
2) Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili boh. Biarkan sampai berbau lebih kurang 5 minit. Kalau cepat masukkan ayam nanti bau cili & bawang masa makan.
3) Masukkan ayam yang telah dipotong dadu. Tambahkan setengah cawan air ke dalam kuali. Agak-agak ayam dah masak, masukkan setengah botol sos spaghetti Kimball. Kina suka kimball sebab murah. hihi. Lepas tu dah lengkap dengan herbs & cendawan kecik-kecik. Tambah lagi setengah cawan air & gaul sehingga sebati & masak ranum. Lepas tu siap lah kuah spaghetti anda.
4) Tengah kuah spaghetti tu panas, tuang di tengah-tengah pasta. Lepas tu terus letak keju sebagai hiasan. Maka keju tu akan mencair dengan sendiri. Keju cair tu yang sedap tu. hehe. Kalau taknak keju, brokoli adalah pilihan yang terbaik. Kina ambil air rebusan pasta tambah garam lagi lepas tu rendamkan brokoli dalam tu hingga empuk. Dalam kata lain celur dengan air panas bergaram tapi lama sikit sebab brokoli lambat empuk. Cuba la. Guarantee sedap!
Style orang malas. haha. tepek je cheese bagi die mencair. |
Brokoli adalah sayur kegemaran kina |
Teringat iklan prego Chef Riz yang buat spagetti semudah 1 2 3 tu. Tak suka pakai sos semata-mata. Nak jugak ada ayam, bawang seme. Baru ada Umph. Ada banyak lagi bahan yang boleh menyedapkan lagi spageti macam saderi, ada orang letak susu segar. Yang penting selera masing-masing kan. Tengahari ni nak masak spagetti ni lagi. hihi. First time letak resepi kat blog harap boleh difahami. hee..
15 comments:
kina suka bt i lapa...hahaha.. nk try beli kimball pulak..selalu pakai prego..best tak kina yg kimball?
sazni: kakaka..sorry..cepat2 pegi cari spagetti ye..haha..dulu kina selalu pakai prego gak..tp kimball lagi murah pastu bertukar..hee..rasa sama je sedap..
YUMMY. nk cubalah nanti. hik3.
buat sndiri puas hati..kalau ikutkan, pizza hut, kenny rogers sume mmg tak besh oun..maklum la, tekak melayu, msti nk pedas2 jgk..hihihi
tak lalu lah tgk spegetti lepas muntah n foof poisoning lepas mkn spegetti kat kenny rogers masa bulan puasa lepas.smpai skrg fobia. =(
betul boleh cair ke keju tu shake? btol panas eh kuahnye..hihi
lapa tengok~ nk try la resipi kina ni :)
lapar nye.. skrg pun suka sgt cheese. nyum nyum nyum... (^_^)... thanks dear! nak try buat nty.. yey!!
waaaa lama x mkn spageti...tiba2 rse nk buat jugak...hihi
fariza: hehe..cuba la..alter ikut kesukaan..hee..
fainie: tu la..tekak melayu kan..semua nak pedas..
rara: kesiannye..sampai fobia tu..
syaz: masa tengah panas tu terus letak..hee..die xd la mencair jadi cecair tp macam cair melekit2 tu..
dira: hee..try2 mesti menjadi..
put: sama la kite..eh2..ntah2..hee..:P
nana: hee..nana lagi terer ni masak..hihi..buat2..:)
tgk cheese tu terus pengsannn,sedapnyaaa!!#melting
Alamak..laparrrr..laparrr..
Alamak..laparrrr..laparrr..
i pun bahan2 sume dh ada dalam fridge cuma seru nak buat tu belum ada haha sebab hubby asik request nasik je :p
bestnyaa sis. tq for the recipe!!!
Post a Comment