Salam
Sebelum ni selalu baca dekat blog mommy to be yang lain tentang antenatal class akhirnya dapat gak join walaupun kejap je. Tak terfikir nak join sehingga la masa first time check up dekat Columbia Asia bulan 4 dulu pudin tunjuk 1 pamplet.
Aturcara & pendaftaran. Kejap je, i like. haha. |
Pudin: Jom kite pegi nak?
Kina: Haa..ni la kelas yang orang dok cakap tu..ok2..
Die memang suke pegi mana-mana baca segala bagai pamplet..Yang pastinya dia cepat je ajak sebab benda tu FREE siap ada makan & cabutan bertuah (tapi di hari kejadian cabutan bertuah takde pun)..hahaha..
Disebabkan kelas antenatal tu start pukul 12.30 - 4.30 petang, kejap je kan tapi takde waktu rehat utk solat. Maklum la kat sini dorang xkisah sangat sebab Islam bukan majoriti. Kitorang semayang Zuhur dulu kat rumah sebab masuk waktu dalam 12.40. Boleh plak tak terfikir nak semayang kat sana, jadinya kitorang sampai pukul 1.20petang gitu. Kelas dah start, lebih kurang ada 8 couple & ramai perempuan yang datang dengan adik ke mak ke tak pasti tapi ramai gak la perempuan. Total peserta dalam 30+ orang memang rasa macam kelas tutor.
Pengalaman masuk kelas ni rasa macam masuk kelas Biologi masa kat U dulu-dulu. Sebabnya semua dalam English, pakai slideshow pastu time ada mood amik la nota dengan tulisan cakar ayam. Hahaha. Ada banyak jugak yang dah tau sebab baca kat blog mommy2 lain, kira macam kelas pengukuhan la senang ket nak faham. Pudin la banyak blur-blur sampai doktor buat lawak pun dia tak faham. Hihi. Kesian.
Lepas dah habis kelas, dorang buat hospital tour. Walaupun tak plan nak beranak kat sini tapi mana lah tau kan tiba-tiba Allah nak baby ni jadi orang Sarawak, kena gak bersalin sini ke. Redha je. At least dapat tengok macam mana keadaannya Labour Room & wad die. First time tengok, fuh..dah terasa makin hampir nak bersalin plak. Dekat situ cuma ada 2 labour room, 1 wad single & 1 wad double. Kecik je hospital ni. Wad die smart la ada personal toilet, TV lcd tapi xd astro, katil boleh naik2, air cond. Hahaha. Price untuk wad single RM140 untuk 1 malam, wad double RM115 untuk 1 malam (macam hotel eyh). Ada gambar tapi malas nak amik dari kamera. -_-
Habis je tour terus solat Asar & memecut ke Airport nak balik semenanjung.
Ibu kina call :"Kat mana? Dah gerak ke?"
Kina: "Dah otw, baru habis kelas ibu2 mengandung..hahaha"
Ibu kina: "Kelas? Haha..Macam2 la aok ni..Ibu dulu takde pegi kelas pun"
Kina: "Ibu pegi hospital pun taknak apetah lagi kelas.hahaha. bla3 cerita apa ada kat kelas"
Ibu kina cakap murah gak rate bilik wad die tu tapi tu belum tanya plak kos untuk deliver kan. Tak pasti deliver kat situ berapa. Minggu ni last check up maybe bleh la tanya, lepas ni sambung check up dekat KPJ kuantan tanpa kehadiran pudin. Huhu. Ibu & adik kina la mangsa peneman. Tak hingin pergi sorang-sorang. Seriously lepas kawen rasa lagi kurang independent. Padahal sebelum kawen senang je nak drive sorang-sorang pegi KFC, pegi Mid Valley. Hahaha. Salahkan pudin yang selalu manjakan bini die. hahaha.
Balik semenanjung kali ni kina gain 1.2kg dalam masa 4 hari sebab check up hari yang sama dengan balik semenanjung, sampai dekat Kuching dalam hotel ada penimbang plak terus la kira. Dari 58.5kg jadi 59.7kg. Harap minggu ni cecah berat 60kg. Yeay. Nampak sangat melahap habis-habisan kan kat semenanjung. Balik kali ni memang penat gila (walaupun bukan diri sendiri drive apetah lagi mengemas @ memasak.ahahah).
Sabtu- Tido Selayang rumah BIL (pinjam kereta SIL pudin)
Ahad- Tido Kuantan (hantar adik-adik pudin balik sekolah & maahad, singgah umah ibu, makan steambot!)
Isnin- Tido Tembangau (MIL masak macam2, tiap masa makan, petai padi best!)
Selasa- Tido Kuching (sebab pudin ada meeting plak, dpt makan Kenny Rogers!)
Jumaat- Baru balik Bintulu.
1 hari 1 tempat tu. Nak pegi warehouse mydear pun tak sempat. Tapi orang cakap warehouse kali ni lagi mahal dari sebelumnya kan. (Ahh, sekarang semua nak naik harga). Nak pegi kedai jahit pun tak sempat (Online la gamaknya). Tak jumpa kedai jahit kat Bintulu ni. Memang berkejar-kejar la tiap kali balik semenanjung tapi memang berbaloi-baloi balik penat pun.
Tak boleh lupa kali ni mandi kolah bertiga berkain batik bagai dengan SIL 7 tahun (shafiqah) & pudin. Biasa kalau balik Tembangau kina akan mandi dengan shafiqah tapi kali ni pudin pun join gak. Kacau ladies night betul. Hahaha. Memang rapat dengan shafiqah, kalau kina balik semua die akan report. Comel je, dah la nak jadi ustazah. Harap-harap baby dalam perut terkenan dengan maksu die si shafiqah comel & bijak.
Candid: Adik bongsu kesayangan abang-abangnya. |
31 weeks- time to finalize barang-barang baby & mamanya. Ada 13 barang lagi belum ada, separuh nak beli lepas berpantang, macam stroller & baby carrier (tapi dok belek-belek macam la nak beli). Next week plak nak start mendobi baju baby. hihi. Geram betul tengok baju baby.
Ada 1 kejadian masa kat LCCT, pudin la yang menyaksikannya. Orang depan kitorang tengah nak check in Air-Asia. Lama kitorang tunggu rupanya pasal pregnancy orang tu 32 minggu tapi orang tu ada surat doktor tau. Siap bawak buku pink lagi. Pudin dengar orang Air Asia tu cakap dekat kawan die camni ''Dah 32minggu weh, takut aku nak bagi masuk''. Sebab malas nak banyak-banyak hal & lama-lama kat situ, kitorang pun tak tunjuk la surat doktor 30minggu kitorang. Kalau depa mintak je baru nak bagi lepas ni. Sekali lagi terlepas dari Air Asia & MASwing. Pudin cakap ''Dorang ingat sayang gemuk kot, bukan mengandung.hahaha''..Errrk..apa-apa jela..Last sekali naik flight sebelum bersalin 27 Julai ni. Sorry ye baby, mama kena selalu naik flight sebab papa kerja kat sini. Harap-harap baby suka la terbang tinggi-tinggi.. :p
5 comments:
airasia kdg2 mmg byk songeh kot. Aritu bazi ngan husben pegilah kaunter airasia konon2 nak beli tiket direct dari situ n ngada2 nk jgk tnye psl prosedur sbb masa nk naik flight tu dah 30 weeks. Airasia staff tuh siap x kasi beli lagi haha. Ntah hape2 haha
Bazi: Tu la..byk songeh tol..sekarang mmg xnk bgtau selagi dorang tak detect..doc bagi, dorang plak xbagi..
kite tak sempat pegi pon antenatal clas.. cane nihh.tsk tsk
fadhilah: takpe, baca kat blog mommy2 yg dah pernah pegi ade yg details..tak pegi pun xpe dear..rse mcm sama je info die..hee..
beshnya antenatal klas free. kat demc 160 sepasang. hehe. kita amik da nk dekat2 bersalin. klau x lupa nnt. haha. byk mkn semut. oh, kina balik sini da puasa nnt ek. debor kan nak bersalin. kita lps raya. wooooo~~~
Post a Comment