Monday, August 25, 2014

Review : Yves Rocher pure system clarifying toner & mask

Salam..

Dari tahun lepas pakai baru nak review. Hihi. 2 menda ni antara barang beli pakai voucher RM150 Zalora aritu. Masa tu telek2 ape yang orang review 5 bintang dan mampu dibeli dengan voucher tersebut. Tapi la ni tengok2 dah nan ado lah dekat zalora. Tapi boleh purchase dekat website yves rocher & nampak ade sale. Kalau korang nak beli la. Daku punya banyak lagi. Maybe tahun depan baru habis. Kekeke. (Dasar ikut mood)
2 benda alah yang best

Yves Rocher Pure System Clarifying Toner

Kina bukan rajin sangat nak pakai toner. Tapi nk habiskan free voucher tu pastu tengok orang review toner tu 5 bintang. Curious la. Lepas tu toner tu untuk kecilkan pori. Haa, memang sesuai la sebab lubang pari2 poriku nampak jelas kot. Agak berani ku mencuba tapi tak sia2 gitu. (free je kot..kekeke)

Tekstur die macam gel. Biasa toner kan macam air, ni gel. Mula2 fikir mesti macam belengaih ke atau berminyak kalau gel. Rupa2nya tak! Bila sapu rasa terus meresap & sejuk je. Die suh pakai tisu tapi nan ado & malas beli ku sapu je pakai tangan. Ni dah dekat setahun masih banyak lagi, lebih dari setengah (Jenis culas pakai pun ye gak). It is paraben freeeee. Harga RM31 boleh dapat ni. 

Dulu ingat toner semua dalam bentuk cecair
Repurchase? Yes. Sebab dapat rasa perubahan lepas pakai ni. Kulit jadi tegang tapi lembut. Paling penting lubang pori makin mengecil. Instant effect gitu. Seriously. 

Yves Rocher Pore Clearing Mask

Size agak kecil tapi harga lagi mahal dari toner tu. Tekstur macam mask tanah liat. Kina akan pakai bila rasa kulit muka berminyak, ade tumbuh jerawat & rasa banyak kotoran sebab bila pakai ni memang ultra clean rasa muka. Jerawat cepat mengecut maybe sebab ada salicylic acid. Muka pudin pun kina pakaikan dan die suke katanya kurang minyak muka & rasa cekang je kulit. Ini dalam empat puloh lebihan ringgit.

Repurchase? Yes. Suka sebab terasa bersih sangat muka lepas pakai. Weekend boleh la pakai memanjakan kulit. Cewah.
Offline kina pernah nampak dekat Watson. Kedai yves rocher ade dekat times square. Kina pakai 2 ni je dari set pure system. Pencuci muka masih setia dengan safi rania gold. Nak awet muda macam che ta kan? Hahahaha.

Saye bagi 5 bintang!☆☆☆☆☆ [ala2 nora danish]..Recommended! 




1 comments:

Sheila Salim on August 25, 2014 at 8:46 AM said...

Assalamualaikum kak kina, wah tengok review ni buat sheila tergoda gak nak cuba. ehhh nak tanya, untuk yang hilangkan blackhead kat hidung, produk apa paling berkesan. stress sebab tiap minggu tengok cepat je naik blackhead.. malas nak korek2 pakai batang besi tu. ingat nak mudah je. sebab makin lama makin malas dan tak sempat nak telek muka sejak ada anak ni... hihii

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork