Sunday, July 13, 2014

Kronologi bersalin anak kedua

*Post ini hanya untuk bacaan kaum wanita sahaja ye.

Salam..
Sebelum tu mari kita doakan saudara kita di Gaza.

Ok..pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dengan yang first..drama air mata jugak..hihi..apa yang kina bayangkan memang menjadi kenyataan..adik baby lahir tanpa papa di sisi..

Kina sorang2 je dalam labor room. Kina memang takmau orang lain teman pun. Tak kira la adik ke ibu ke. Sebab macam segan. Kihkih. Nasib baik sekejap je dalam tu.

Masa shahadah kembar air, masa shafiyah ni kembar darah. Betul lah cakap2 org kembar darah ni lagi sakit dari kembar air. Tapi alhamdulillah sakit tu tak lama sangat. (Maybe anak kedua kan).

Selasa (2/7/2014)
Perasan ada keluar mucus warna macam darah bayam (warna macam yellow light brown). Kina tanya la ila, sebab die kembar darah masa 1st pregnancy bila die start keluar darah. Ila cakap mula2 keluar mucus gak tak lama tu keluar darah tapi seminggu baru nana lahir. Rasa sekali perut macam memulas tapi tak pasti tu contraction ke atau sebab sahur mee goreng pedas.hahaha. Tapi kina memang ada rasa macam nak dekat je ni. So, instinct ibu mengandung, kina cakap la dekat pudin balik esok malam la..Tapi pudin die takut kalau die balik kina xjadi beranak so rugi sebab die da takde cuti. Pastu pudin cakap takpe die balik tengahari esok kalau ada tanda2. Which is pada kina agak rugi la sebab die tetap tak kerja kalau balik esok. Dekat tengah malam tu ada lagi mucus dan warna coklat yang lebih pekat macam darah period. Time tu memang la flight dah takde. Apa lagi..menangis la kina..sebab kalau die balik esok pagi pun paling kurang petang baru sampai..sempat ke kalau beranak esok ni..

Rabu (3/7/2014)
5.00 pagi -
Bangun sahur nampak ada show da. Memang confirm darah. Contraction pun da start rasa. Masa ni da rasa sakit sket tapi sakit lagi hati ni. Hahaha. Geram ok. Masa tu dok pikir kalau la pudin balik flight last malam tadi. Kalau la..Kalau la..Benci betul dengan perkataan "kalau" masa ni. Memang drama air mata la pagi tu. Pudin amek flight paling awal dari Bintulu pukul 925 pagi. Dijangka sampai 4 petang tu pun naik bas bukan connecting flight sebab kalau tggu flight mau sampai kol 8 malam.

Kina : Ibu, akak da keluar darah ni.
Ibu : Yeke? Kembar darah la. Macam ibu masa kucik (adik lelaki bongsu). Sakit tapi kejap.
Kina : Kejap eh? Orang selalu cakap kembar darah lama. Kita gi KPJ pukul 9 la ek.
Ibu : Ok.Dah ada rasa mengeras2 ke?
Kina : Ada da sket2 ni. (Muka selamba sebab dalam hati masih rasa geram)

6.00 pagi - Kina dok guna contraction timer apps nak tengok berapa gap between each contraction. Tapi macam tak betul sebab gap jadi lama sangat sebab tertido2. Hahaha. Sakit pun boleh tido na. Nasib baik shahadah pun tengah tido lagi time ni.

7.00 pagi - Kemas-kemas bilik buat kali terakhir sebelum pantang.

8.00 pagi - Gunting kain putih untuk pudin tanam uri adik baby nanti. (Baru nak gunting kan!) Mandi dengan feel contraction. Boleh tahan gak sakit. Watsapp2 dengan pudin. Minta maaf dekat wassap je. Berderai lagi air mata. Huahua. Rasa sakit tapi tahan jela. Shahadah bangun, siapkan die dan cakap adik baby nak keluar dah. Die jawab 'aby, aby' jela.

9.00 pagi - Siap! Tunggu ayah kina mandi kejap. Ayah siap. Tup-tup air ketuban pecah. Baik punya da siap pakai tudung, stokin segala. Lenjun habis. Nak tukar tapi pikir balik nanti kang keluar lagi air. Malas la. Decision pemalas yang berguna! Sebab dalam kete pun air keluar lagi seiring dengan contraction. Kiranya contraction+air serentak. Sakit jugak time ni. Bagitau pudin macam tak sempat je tunggu die sampai.

9.20 pagi - Sampai dekat KPJ terus naik wheelchair sebab malas la nanti orang nampak bajuku basah macam apa je. Walaupu larat lagi rasa nak jalan. Jumpa nurse, nurse cakap Dr suraya takde lagi tapi sebab da ada show dan air ketuban pun da pecah terus admit la ye. Naik tingkat 1, indian nurse tanya2 die cakap ok kita masuk labor room terus la ye sebab nanti masuk jugak. Time2 tu Dr Suraya datang sambil senyum.

Dr Suraya : eh, dah nak bersalin ye. Husband sempat balik?
Kina : die baru je naik flight. Macam tak sempat je.
Dr Suraya : its ok2.

9.30 pagi - Tukar baju uniform hospital sebab baju basah. Masa shahadah tak pakai uniform. Hihi. Masa tu memang da ada darah dengan air dalam kuantiti yang banyak. Pasang ctg untuk monitor pergerakan baby & contraction. Muka kina da berkerut2 menahan sakit contraction. Nurse tu tanya ada rasa nak teran ke? Belum lagi. Nurse lain tanya plak ada sape2 nak masuk ke? Husband ke? Sebak jugak menerima soalan ni tapi jadi cool je la. Takpe, takde orang masuk. Hihi. Husband saya dalam flight lagi.

Masa ni teringat pernah cakap dekat pudin nanti dalam labor room kalau tengah sakit nak die urut kaki lah. Tapi tak kesampaian. Nak mintak tolong nurse malu. hahaha. Last2 mintak air jela dengan nurse. Oh ye, dalam kete kina sempat ngap 3 ketul biskuat tiger. Bagi tenaga meneran seperti harimau. Kahkahkah. Tak lawak.

Nurse prepare apa yang patut. Pasang drip dekat tangan. (Kina paling tak suke jarum ade dekat tangan tu..masa cucuk tak sakit tapi lepas tu pergerakan macam terbatas kan..byk kali jugak la tercucuk2 lepas bersalin tu).

9.50 pagi - Kina curious sebab takde VE lagi untuk check bukaan. Jadi cakap la rasa macam nak teran sket. Nurse pun cakap dekat Dr. Suraya dan Dr terus VE. Oh, dah 8-9cm ni. Terkejut beruk kina sebab bajet macam 4-5cm masa ni. Dr Suraya suh nurse masukkan pitocin 2 units instead of 4 units sebab da buka banyak.

10.00 pagi - Tak lama lepas VE tu terus rasa sakit nak teran. Cakap dekat nurse rasa nak teran la. Masa ni kurasakan pergerakan nurse sangat slow motion. Macam relax je. Hahaha. Ramai gak nurse dalam tu menemani. Tak silap 4 orang. Mungkin sebab kina tiada berteman. Cewah. Nurse call Dr Suraya. Katil pun ditinggikan macam masa shahadah dulu. Masa ni kina dok baca doa nabi yunus dan practice bernafas dari hidung hembus ikut mulut. Sebab taknak teran sebelum masa. Dr Suraya sampai dan siap2 untuk dellivery.

10.10 pagi - Bila Dr Suraya suruh teran baru kina teran. Nurse2 situ bagi sokongan padu. Meriah dengan suara. Nasib baik masih ingat macam mana nak meneran. Ingat meneran hanya masa rasa contraction dan kepala takleh dongak2 atau menjerit. Kali ke3 teran keluar kepala dan kali ke4 teran paling lama baru keluar adik baby sepenuhnya. Macam masa shahadah 2 kali teran tapi tak rasa sangat masa shafiyah ni rasa kali ke3 baru keluar. Dr suraya cakap ade jugak koyak tapi sket je jahit 1 layer katanya. Takpela asalkan selamat semuanya.

10.30 pagi- Kina watsapp ibu tanya dekat mana sebab da ada dekat wad.

Ibu: ibu tengah register dekat bawah dgn shahadah ni.
Kina: dekat wad da ni.
Ibu: da masuk labor room nt bgtau la ibu.
Kina: nak buat ape masuk labor room. Da siap bersalin da.
Ibu: laaa..cepatnye..

Agaknya kalau lengah sikit lagi ke nak tunggu pudin ke maybe dah terberanak dekat dalam kete atau rumah. Syukur Alhamdulillah dapat normal walaupun banyak cerita kata dr suraya suka czer patient. Syukur walaupun pudin tak dapat teman dalam labor room Allah bagi kejap je duduk dalam labor room. Mungkin tu bahagian kina yang mudah, Allah uji pula dengan penyakit kuning.. Sekali lagi seorang lagi anakku kena tahan wad. Doakan shafiyah hasnaa cepat-cepat sembuh ye. Alhamdulillah kali ni tak kelam kabut sangat, hari pertama shafiyah masuk wad papa ulang alik hantar ebm. Syukur kina memang da start pam sehari sekali start hari ke3 berpantang, now bila pam dengan MHS dapat la 5oz. Kalau macam lama sket dapat hantar 2 botol utk shafiyah. Hari kedua dapat bilik single untuk bf shafiyah dan die duduk bawah lampu sebelah katil kina. Kesian dekat papa la kadang-kadang tertido atas kerusi. Mama & baby must be strong!

Menaip dari dalam wad KSH. 




16 comments:

Mila Hilas on July 13, 2014 at 10:13 PM said...

skrg dh bpe ari? aduhai ciannya bb..sy xde pengalaman tu sb ank xkne kuning..kuatkan hati ye

BLuRpL3 on July 13, 2014 at 10:15 PM said...

alhamdulillah dah selamat bersalin Kina. Selamat berpantang ye.. Jaga diri dan baby bebaik! :) btw, thanks kina utk upt & ovul test ari tu.. ada good news :)

http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-ramadhan-2014-di-perantauan.html

DYatie on July 14, 2014 at 12:29 AM said...

Alhamdulillah kina. I feel u. I feel u. Tapi I lg sedih sbb arissa lahir on monday, ayahnya datang Sarawak masa umur dia 3 hari. Sobs. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat kan. Syukur. :)

Nadt on July 14, 2014 at 12:31 AM said...

Wahhhh..cepatnye kina bersalin. Alhamdulillah rezeki masing2 kan. Mintak2 nadt pun cepat la bersalin mcm kina.wiiiii..neves plak.

ieza ashaari on July 14, 2014 at 6:39 AM said...

Teror blh thn nk teran kina ni. Paling teror blh update blog dr wad. Hihi.

.ieLah. on July 14, 2014 at 6:39 AM said...

ok sedehhhhhh pulak dah bc semula. padahal aritu ari2 duk tnya kina da beranak ke belom sobsob

zarazery on July 14, 2014 at 9:22 AM said...

kina, pitocin tu utk ap yer? first bby saya czer, tak merasa normal, teran tu means kita tarik nafas bp lama kina?

Chekgu Azrine on July 14, 2014 at 9:50 AM said...

kina ni kategori senang brsalin nih///
alhamdulillah dah selamat
dan tahniah ye sis..

selamat berpntang!!

Anak Lebah Comot on July 14, 2014 at 9:57 AM said...

Berbeza kan bersalin kembar darah dan air..kita lebih kurang sama jer kina....2nd pon diuji dgn juandis. xperlah...sabar itu nikmat..hehehe

Basyirah Abd Rahman on July 14, 2014 at 10:17 AM said...

MasyaALlah Alhamdulillah. Pengalaman yg hebat.. Tahniah sekali lagi shake. Smg Shafiyah jd anak solehah..

humble.yat on July 14, 2014 at 10:18 AM said...

alhamdulilah..Allah dah permudahkan segala urusan kina..takpe kina orangnya kuat ...hehe melahirkan baby kan satu perjuangan bagi seorang wanita, hanya kita je yg dapat rasa..

husb. saya selalu pesan. rasailah kesakitan bersalin tu betul-betul sebb sakit bersalin itu menghampiri kematian yg mana org perempuan je boleh rasa..leaps tu cerita pada dia,sebb tu dia pesan. klu boleh elakkan ubat tahan sakit..hehe..

anyway, semoga kina dan baby cepat sihat yek..nak pergi ziarah..walhal satu kuantan je pun..tapi banyak benar komitmennya huhu..




Allene on July 14, 2014 at 12:00 PM said...

kina.. ok la tu, kejap je dah bersalin.. lin aritu lama... uhuhuh... tp tu la Allah tukar dugaan kina tak ada husband tunggu. lin plak husband sampai bosan tahap gaban tunggu... uhhuuhhu

keep bf baby... nnt kuning dia kurang...

Super Ummi on July 14, 2014 at 4:08 PM said...

Salam kina, tahniah ye dapat 2nd baby.
Syukur semuanya selamat walaupun suami tak menemani. Kita pun cmtu jugak haritu. Suami dalam flight dari Sabah. mmg tak sempat nak teman dalam labour room.

take care ye kina. selamat berpantang.

Fiza Basman on July 15, 2014 at 8:07 PM said...

Mulia ya sgt seorang ibu tahan sakit masa nak bersalin. :( take care sis Kina, mudah2 an cepat2 reda kuning baby shafiyah..nama nak dekat2 sama da dgn fiza.hehe

Syaz Rozelt on July 17, 2014 at 2:35 PM said...

Alhamdulillah..tahniah shake..dah 2nd baby..owh kirenya syaz bersalin ritu kembar darah..tp sakitnya memang sekejap pun..x saba nak tengok si kecik shafiyah ni pulak membesar..selamat menghabiskan hari berpantang =)

Bonda Sha Shaklee on September 21, 2014 at 6:56 PM said...

tahniah..alhamdulillah..
http://bondasha.blogspot.com/

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork