Monday, July 9, 2012

Antenatal class & Balik kampung

Salam


Sebelum ni selalu baca dekat blog mommy to be yang lain tentang antenatal class akhirnya dapat gak join walaupun kejap je. Tak terfikir nak join sehingga la masa first time check up dekat Columbia Asia bulan 4 dulu pudin tunjuk 1 pamplet. 
Aturcara & pendaftaran. Kejap je, i like. haha.

Pudin: Jom kite pegi nak?
Kina: Haa..ni la kelas yang orang dok cakap tu..ok2..

Die memang suke pegi mana-mana baca segala bagai pamplet..Yang pastinya dia cepat je ajak sebab benda tu FREE siap ada makan & cabutan bertuah (tapi di hari kejadian cabutan bertuah takde pun)..hahaha..

Disebabkan kelas antenatal tu start pukul 12.30 - 4.30 petang, kejap je kan tapi takde waktu rehat utk solat. Maklum la kat sini dorang xkisah sangat sebab Islam bukan majoriti. Kitorang semayang Zuhur dulu kat rumah sebab masuk waktu dalam 12.40. Boleh plak tak terfikir nak semayang kat sana, jadinya kitorang sampai pukul 1.20petang gitu. Kelas dah start, lebih kurang ada 8 couple & ramai perempuan yang datang dengan adik ke mak ke tak pasti tapi ramai gak la perempuan. Total peserta dalam 30+ orang memang rasa macam kelas tutor.

Pengalaman masuk kelas ni rasa macam masuk kelas Biologi masa kat U dulu-dulu. Sebabnya semua dalam English, pakai slideshow pastu time ada mood amik la nota dengan tulisan cakar ayam. Hahaha. Ada banyak jugak yang dah tau sebab baca kat blog mommy2 lain, kira macam kelas pengukuhan la senang ket nak faham. Pudin la banyak blur-blur sampai doktor buat lawak pun dia tak faham. Hihi. Kesian.

Lepas dah habis kelas, dorang buat hospital tour. Walaupun tak plan nak beranak kat sini tapi mana lah tau kan tiba-tiba Allah nak baby ni jadi orang Sarawak, kena gak bersalin sini ke. Redha je. At least dapat tengok macam mana keadaannya Labour Room & wad die. First time tengok, fuh..dah terasa makin hampir nak bersalin plak. Dekat situ cuma ada 2 labour room, 1 wad single & 1 wad double. Kecik je hospital ni. Wad die smart la ada personal toilet, TV lcd tapi xd astro, katil boleh naik2, air cond. Hahaha. Price untuk wad single RM140 untuk 1 malam, wad double RM115 untuk 1 malam (macam hotel eyh). Ada gambar tapi malas nak amik dari kamera. -_-

Habis je tour terus solat Asar & memecut ke Airport nak balik semenanjung.
Ibu kina call :"Kat mana? Dah gerak ke?"
Kina: "Dah otw, baru habis kelas ibu2 mengandung..hahaha"
Ibu kina: "Kelas? Haha..Macam2 la aok ni..Ibu dulu takde pegi kelas pun"
Kina: "Ibu pegi hospital pun taknak apetah lagi kelas.hahaha. bla3 cerita apa ada kat kelas"

Ibu kina cakap murah gak rate bilik wad die tu tapi tu belum tanya plak kos untuk deliver kan. Tak pasti deliver kat situ berapa. Minggu ni last check up maybe bleh la tanya, lepas ni sambung check up dekat KPJ kuantan tanpa kehadiran pudin. Huhu. Ibu & adik kina la mangsa peneman. Tak hingin pergi sorang-sorang. Seriously lepas kawen rasa lagi kurang independent. Padahal sebelum kawen senang je nak drive sorang-sorang pegi KFC, pegi Mid Valley. Hahaha. Salahkan pudin yang selalu manjakan bini die. hahaha.

Balik semenanjung kali ni kina gain 1.2kg dalam masa 4 hari sebab check up hari yang sama dengan balik semenanjung, sampai dekat Kuching dalam hotel ada penimbang plak terus la kira. Dari 58.5kg jadi 59.7kg. Harap minggu ni  cecah berat 60kg. Yeay. Nampak sangat melahap habis-habisan kan kat semenanjung. Balik kali ni memang penat gila (walaupun bukan diri sendiri drive apetah lagi mengemas @ memasak.ahahah).

Sabtu- Tido Selayang rumah BIL (pinjam kereta SIL pudin)
Ahad- Tido Kuantan (hantar adik-adik pudin balik sekolah & maahad, singgah umah ibu, makan steambot!)
Isnin- Tido Tembangau (MIL masak macam2, tiap masa makan, petai padi best!)
Selasa- Tido Kuching (sebab pudin ada meeting plak, dpt makan Kenny Rogers!)
Jumaat- Baru balik Bintulu.

1 hari 1 tempat tu. Nak pegi warehouse mydear pun tak sempat. Tapi orang cakap warehouse kali ni lagi mahal dari sebelumnya kan. (Ahh, sekarang semua nak naik harga). Nak pegi kedai jahit pun tak sempat (Online la gamaknya). Tak jumpa kedai jahit kat Bintulu ni. Memang berkejar-kejar la tiap kali balik semenanjung tapi memang berbaloi-baloi balik penat pun. 

Tak boleh lupa kali ni mandi kolah bertiga berkain batik bagai dengan SIL 7 tahun (shafiqah)  & pudin. Biasa kalau balik Tembangau kina akan mandi dengan shafiqah tapi kali ni pudin pun join gak. Kacau ladies night betul. Hahaha. Memang rapat dengan shafiqah, kalau kina balik semua die akan report. Comel je, dah la nak jadi ustazah. Harap-harap baby dalam perut terkenan dengan maksu die si shafiqah comel & bijak. 
Candid: Adik bongsu kesayangan abang-abangnya.
31 weeks- time to finalize barang-barang baby & mamanya. Ada 13 barang lagi belum ada, separuh nak beli lepas berpantang, macam stroller & baby carrier (tapi dok belek-belek macam la nak beli). Next week plak nak start mendobi baju baby. hihi. Geram betul tengok baju baby.  

Ada 1 kejadian masa kat LCCT, pudin la yang menyaksikannya. Orang depan kitorang tengah nak check in Air-Asia. Lama kitorang tunggu rupanya pasal pregnancy orang tu 32 minggu tapi orang tu ada surat doktor tau. Siap bawak buku pink lagi. Pudin dengar orang Air Asia tu cakap dekat kawan die camni ''Dah 32minggu weh, takut aku nak bagi masuk''. Sebab malas nak banyak-banyak hal & lama-lama kat situ, kitorang pun tak tunjuk la surat doktor 30minggu kitorang. Kalau depa mintak je baru nak bagi lepas ni. Sekali lagi terlepas dari Air Asia & MASwing. Pudin cakap ''Dorang ingat sayang gemuk kot, bukan mengandung.hahaha''..Errrk..apa-apa jela..Last sekali naik flight sebelum bersalin 27 Julai ni. Sorry ye baby, mama kena selalu naik flight sebab papa kerja kat sini. Harap-harap baby suka la terbang tinggi-tinggi.. :p

Monday, June 25, 2012

Welcome 3rd trimester

Salam


Goodbye 2nd trimester..Welcome 3rd trimester..Stand by mode bos pudin cakap.

Alhamdulillah, masih berjaya memboloskan diri naik flight hari jumaat lepas tanpa surat doktor..Yela, esok pagi nak naik flight, petang tu baru tahu. Tak sempat nak jumpa doktor..{Dont do this ya mommies} Sepatutnya 29 minggu kena ada surat pengesahan doktor. Selamat! Maybe perut tak nampak sangat OR Maybe sebab MAS kot. Kalau Air Asia sangat particular, walaupun baru 20weeks nak je die tahan. 

First time pakai shayla complete dengan abaya masa dinner aritu. Sebab abaya hitam jadi perut tak nampak sangat kot. Impak kurus. Hahaha. I like.

Pakai abaya ni dari post ni. Suka sangat abaya ni.
Weekend ni nak pegi antenatal class lepas tu balik semenanjung. Cant wait!
Sekarang jalan dah macam penguin. Alhamdulillah, puasa ganti dah habis sebelum masuk 3rd trimester ni. Ramadhan pun tak sampai sebulan. Bersediakah baby nak puasa dengan mama? 

Semalam bincang dengan suami pasal duit raya nak bagi dekat parent, anak sedara & adik sepupu. Fuh..boleh tahan banyak..Kena asingkan dengan duit baby. Bila nak ada anak ni belanjawan memang kena take serious. Insaf sikit. Setiap yang dibeli kena tulis masuk buku kalau tak membeli je kejenya.

Friday, June 22, 2012

Sebelum & Selepas

Salam


Just a simple entry since tgh outstation..haha..suami yg outstation, isteri instation dalam hotel..Semalam dapat khabar berita dari adik kucing kitorang yang namanya Kecik dah pulang ke pangkal rumah..Setelah hampir 5 bulan menghilang..(orang curi la..dah ada rantai leher pun nak curi ke?)..Memang selalu kalau kucing kitorang hilang takkan dijumpai dah. Bengal seko dah hilang 2 bulan lepas. Kitorang suspect either kena curi, org jual @ innalillah..Sobsobsob. 

Sebelum Missing In Action
Bulus memang lebat gila macam karpet belakang tu dah.
Setelah dijumpai 5 bulan kemudian..............................................................
Setelah dijumpa! Berbeza kan bulu die?

Kecik dijumpai di kawasan perumahan sama tapi bulu dah tak sama macam dulu. Tapi kata adik kina, badan dia bersih macam orang selalu mandikan. Kecik ni dulu ayah kina jumpa dekat surau pejabat dia. Masa sebelum diadopt bulunya macam bulu kampung, tiba-tiba jadi berbulus gile. Sekarang lepas hilang bulu die tak lebat sangat plak. Tak kisah la, tak sabar nak balik nak main dengan kecik. 

P/S: Adik aku cakap, rumah macam dapat cucu je bila kecik dah dijumpai. Kecik dilayan macam Musang King..Whatthemelon. Hahaha. Maklum la, rumah takde anak kecik memang gitu. Baby, bersedia la nanti bila kamu keluar, mesti baby rimas. haha.


Tuesday, June 19, 2012

Portable baby cot/ Co-infant sleeper

Salam,

Kalau minggu lepas cakap pasal baby cot yang kayu putih tu. Hari ni nak cakap pasal baby cot yang portable. Yang ni kina beli online dengan orang dapat la harga murah dari pasaran. Kina memang cari yang pre-loved sebab portable baby cot ni kecik je boleh pakai dari infant sampai 6 months je kalau tak silap. Baby pakai kejap je kot. Harga pasaran antara RM120-RM200. Kina beli yang pre-loved je dengan harga RM85 including postage. Walaupun pre-loved tapi condition masih ok & size die besar sikit sebab deluxe kununnye. Ni terpengaruh lepas baca post intan la ni, tapi memang berguna.

The First Years Deluxe Safe and Secure Infant Sleeper..Biru lagi!
Sebab orang tu lambat pos, 3 kali dia tunda nak post sampai dia tanya kina nak refund ke? Kina cakap la agak kecewa sebab banyak kali tunda tapi takpe la, kina sanggup tunggu. Last-last, dia bagi extra changing mat, bantal & toy rama-rama..Maybe sebagai tanda minta maaf dia. Hehe. Hikmah menunggu. Alhamdulillah.
Dapat free bantal, toy & changing mat
Lepas Nona share pasal portable baby cot deal dekat MilkAdeal, why not share kat sini plak. Rasanya harga sangat berbaloi untuk beli deal ni. Dah la dapat first hand, harga pun half price. Comel pun comel. 

Klik sini untuk ke link Milkadeal

Kegunaan portable baby cot ni sangat sesuai untuk yang banyak travel lagi-lagi baby masih kecik. Takkan nak angkut baby cot kayu tu kan. Portable baby cot ni boleh lipat-lipat jadi beg senang nak masuk flight @ kereta. Boleh jadi storage box juga. A must grab item utk mommies yang banyak travelling. :)

Monday, June 18, 2012

Minum air gula bergas

Salam


Bercerita tentang check up semasa 7 bulan pregnant ni. Akhirnya kina kena jugak minum air gula. Hehe. Ingatkan tak kena minum dah sebab kenaikan berat normal la kununnya plus tade family history, rupanya kena jugak minum. Kuang-kuang-kuang. Berat sekarang 58kg, approx naik 7.5kg dalam masa 7 bulan. Berat baby plak 1.2kg. Wow. Dah masuk kg bukan gram dah. Patut rasa berat sikit. Namun, ayat Dr Clarence yang buat kami tersenyum ''I'm very happy with the baby, very healthy & average baby, not too small & not too fat''. Alhamdulillah, baby & mamanya sihat. Cuma after this dah start kena datang 2 minggu sekali instead of monthly. 

Dr Clarence cakap start 28 minggu kena Sugar Challenge Test sebab apa ntah dia ada terang panjang lebar tapi kina macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri bulan lepas. Ingat pasal hormon apa ntah. Tujuan minum air gula tu tahu la untuk detect ada kencing manis tak masa pregnant kan. Hopefully resultnya ok-ok aje dong, kalau tak kena jumpa Dr Clarence lebih awal dari appoinment.

Pengalaman minum air gula dekat Columbia Asia Bintulu.
10.00 malam sebelum: Start puasa tak minum air pun. Tapi sebelum tu pulun agar-agar lumut habis-habisan. Hahaha. Tekak ni rasa kering la jugak bila bangun. Rasa lagi lapar dari puasa ganti. Maybe sebab takde baca niat ''Sahaja aku puasa sebab nak minum air gula....?'' huhuhu. 

9.00 pagi: Amik darah dekat tangan kanan. Boleh tahan la sakit sebab dia tak jumpa urat. Next ambil sampel air kencing. Lepas tu dia bagi 1 botol air gula sejuk. Dia cakap minum air ni sampai habis kemudian sejam lagi datang balik. Wow, tade siapa yang nak tengok habis ke tak minum! Boleh tipu kalau tak habis. Hahaha. Tapi tak kuasa la nak mengelat takut nanti effect result kena minum lagi sekali lagi takmau. Pegi duduk sebelah pudin, minum togok depan orang lain. 
Bismillah..glupglupglup..nyum3
Hahaha. Rasanya? Sedap! Sebijik macam air sprite. Ada gas sikit, sejuk macam air peti. Nyum-nyum. Sebelum ni kubayangkan gula berkiub-kiub didilutekan dengan air suam rupanya kat sini air gula bercarbonated. Memang saja je bayangkan tak sedapnya air gula sebab bila kita over estimate tapi bila minum takde la seteruk yang disangka jadi tak rasa teruk pun. Reverse psychology. Malam tu mengidam salad bar pizza hut la plak, pudin order air asam kasturi ke apa, air tu lagi manis dari air gula yang kina minum untuk Sugar Test Challenge pagi tu. 
Haa..air ni lagi manis ok..
                                         

Sementara nak tunggu sejam, selamba je kitorang keluar pegi Pejabat Pos & makanan ringan untuk pudin makan. 

10.00 pagi: Pegi tadah lengan untuk diambil darah lagi. Kali ni lengan kiri plak. Pastu kena ambil sampel air kencing lagi. Kali ni kena tunggu lagi sejam untuk next sampel darah & air kencing. Sampai 3x kena amik darah. Macam derma darah dah rasa. Tak tanya la plak kenapa sampai 3x, ada la ujian depa nak buat kot.

Sejam ni plak, kitorang xtau nak keluar pi mana dah. Kalau boleh makan memang pegi kedai makan dah. Nasib baik pudin bawak laptop die buat keje. Kina plak mengantuk yang amat tido je kat bahu die. Mana tak tertido ada muzik slow + air cond + lapar plak tu, terlena sampai pukul 11.

11.00 pagi: Akhirnya rintangan terakhir. Ambil darah dekat lengan kanan semula. Amoi tu cakap ''Eh, lebam ka?'' Yela. sakit tau tak dia cucuk tak jumpa urat awal tadi. hahaha. Setel amik darah kencing lagi pastu boleh balikkkkk. Dia cakap kalau tade dorang call dalam masa 2 minggu maksudnya tade apa2. 

Balik, terus pegi kedai makan, pekena roti canai telur dengan air karot susu. Sampai rumah pudin sambung buat keje, kina plak sambung tido sampai pukul 3. Hahaha. Zuhur gajah berjemaah kitorang (Kat sini pukul 3 tu macam pukul 4 nak dekat asar dah). Pudin cakap tak sampai hati nak kejut pukul 1 tengok kepenatan sangat.

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 7 bulan usia kandungan..
Fuh, now baru rasa macam betul-betul pregnant..hehe..bukan la sebelum ni tak macam pregnant lalu..
Sekarang rasa obvious sikit perubahan.

Jalan pun dah lain. Pudin cakap jalan style mak2. Err..
Nak pakai seluar tido teddy bear pun susah. Kaki takleh nak angkat 90 darjah dah. 
Mintak tolong pudin pakaikan stokin sebab rasa se'eh. Over kan macam permaisuri.
Nak pusing-pusing atau bangun dari baring rasa berat. 
Tak boleh nak berlumba lari naik tangga ngan pudin dah. 
Perut menegang & baby start mengeras kadang-kadang. Camni rupanya baby mengeras.

Seminggu lagi sebelum masuk 3rd trimester. :) Happy tapi dalam masa yang sama nervous. 


Wednesday, June 13, 2012

Baby cot kenapa kau comel!

Salam

Baby cot atau katil baby sangat lah comel kan?Zaman kecik-kecik dulu mana ada baby cot ni kan. 
(Ke ada tapi mak kina dah jual sebab anak 3 org semua dah besar gajah?)

Memang hajat nak beli baby cot lagi-lagi lepas heboh cerita baby meninggal sebab kena hempap dengan ayahnya. Kina pun cerita la dekat pudin, muka dia memang semangat terkejut ''Haa..Yeke?Mesti trauma kan ayah dia.Kena beli baby cot ni..Sayang tu dah la tido ganas..nanti kesian baby kena hempap''..Hampeh, dia kenakan kite plak kan. Hahaha. Orang cakap naluri ibu kalau tido sebelah anak dia otometik tak jadi ganas tau. Hee. : P

Bila dah dapat green light, harus la survey-survey kan. Range harga untuk 1 baby cot sahaja RM200 hingga la RM1000++ bergantung kepada jenis, kedai & sewaktu dengannya. Kina tengok ada jugak yang jual macam pre-loved memang laku jugak. Kiranya memang ada nilai la baby cot ni kalau beli, lets say kalau nak jual tu ramai gak yang nak.Tapi kalau boleh baby cot kina xnak yang pre-loved sebab nak pakai lama. 7 orang anak weh nak pakai. Gagaga. Kalau diizinkan Allah. :)

Kriteria harus lah:-
1) Warna putih - rasa macam princess sangat kan, pastu sama dengan set bilik tido.
2) Kukuh - Solid wood yang tak mudah patah sebab nak pakai 7 kali tu. hahaha.
3) Design cun - nak yang ada ukir la sikit bukan macam kotak penjara mini. hehehe. banyak songeh.
4) Harga affordable - harga mampu milik. 
5) Ada roda - senang nak menolak ke sana ke mari. 
6) Boleh adjust ketinggian - kalau baby dah besar sikit boleh adjust bawahkan sikit.
7) Tiang leper - kalau bulat orang cakap bahaya utk baby. Hrm. Tak pasti about this.

Masa ikut pudin kursus dekat Melaka tempoh hari singgah kedai Yong Fong. Bila ingat Yong Fong ingat dekat etty. Sebab mula tahu pasal kedai Yong Fong ni dari blog etty. Tahniah etty sebab selamat melahirkan baby boy yang sangat comel. Kedai Yong Fong ni ada part yang murah, ada part yang mahal. Bila nampak baby cot kat situ terus tanya harga. Apek tu cakap harga biasa RM400, dia bagi RM270. Kalau harga biasa kina rasa RM3++.00 utk design yang ni. 

Tengok kriteria-kriteria baby cot tu semua memenuhi citarasa & kriteria kina. Terus la grab sebab bila lagi nak beli, alang-alang masa tu tumpang postage opis pudin ke Bintulu. Free postage. Kalau tak postage ke Bintulu saja mau mahal gila sebab baby cot tu berat kot. Jenama Angelcot SDB8 berapa ntah. Sebab tu beli terus.

Lepas tu amoi (amoi plak) jet kitorang da ada ke mosquito net, besi dia, bedding set. Confirm la nan ado. Dia cakap dia nak buat clearance untuk bedding set ada discount 70%,50%,25% bergantung kepada jenis. Kina cakap ok, nak tengok yang mana. Yang 70% tu nampak sangat macam berdebu lama punya,pastu ada kotor-kotor patut la sampai 70% kan. 

Last-last amik bedding set 7 in 1 yang doremon, harga RM159 jadi RM127 lengkap ada semua untuk baby cot. Harus la bedding color biru. Suka bedding set doremon tu sebab dia reversible, kira macam ada 2 corak untuk 1 set. 1 corak doremon besar, 1 corak doremon kecik. Hihi. Kina kan suka banyak2 function ni. hee. Tilam latex RM160 tapi kina amik yang biasa je half price, sebab nampak tebal je tilam biasa.

7 in 1 maksudnya ada:
1 pc pillow (bantal tido)
1 fitted bed sheet (cadar)
1 comforter (selimut )
2 pcs bolster (bantal golek)
2 pcs bumper (untuk letak tepi baby cot macam alas)

Macam ni rupa bedding set dalam beg die.

So total untuk baby cot-
Baby cot : RM270
Mosquito net + besi kaki dia : RM80
Tilam : RM80
Bedding set 7 in 1: RM127
= RM557.00#

So RM557.00 bahagi 7 orang anak = approx RM80.00 untuk seorang anak. HAHAHA. Tipuuu..takkan pakai bedding set yang sama. (Maybe tukar bedding set je nanti.)

Actually korang boleh dapat lagi murah kalau pegi Warehouse MyDear sebab mimi beli baby cot dia RM200 je. Tak lama lagi ada Warehouse MyDear, grab la baby cot kat sana ye. Kina mungkin takde rezeki nak pegi warehouse-warehouse ni so grab masa kat Melaka dulu. Mom-2-be yang kat Melaka boleh la grab dekat Yong Fong. Kalau dari KL nak turun Melaka semata-mata baby cot ni baik tunggu warehouse je kan.

Sape ntah hari tu mintak review pasal baby cot ni. Detail tak? Hihi. Boleh la tengok gambar kat bawah ni, kina test je untuk amik gambar. 

Sebelum dipasang bersama papanya.

Boleh adjust 3 ketinggian, tepi tu macam plastik untuk keselamatan baby kot

Bila dipasangkan mosquito net & kaki dia. Princess sangat kan.

Rupa doremon kalau reverse side.

Macam ni rupanya kalau pasang semua. Ni versi doremon kecik.
Comel sangat rasa macam nak tido dalam tu je. Nasib baik tak muat untuk mamanya ye. Tilam tu sebenarnya berplastik lagi, bedding set tu letak je macam tu & now kembali dalam beg die. Semata-mata nak memenuhi permintaan review. Hee. Sekarang ni baby cot ni dah macam wardrobe baby, semua barang baby yang dah dibeli kuletakkan dalam tu. Bedding set ni nanti papanya akan basuh sebab baby akan start tido lepas pantang nanti. Hee. 

Update: Baby cot ni sangat berguna sebab lepas pantang je shahadah tido situ, dekatkan dengan katil untuk mudahkan breastfeeding..bila dah siap bf letak balik situ..Worth it kalau memang ajar dari kecik..InsyaAllah lepas ni adik shahadah pula pakai lepas shahadah 2 years Ogos nanti..

Monday, June 11, 2012

Rewarding myself with this abaya

Salam

Alhamdulillah, business theshopAblog mendapat sambutan. Rezeki baby mungkin. Nak simpan untuk baby & beli meja makan. Hehe. Sebelum ni memang makan atas lantai je alas surat khabar. Dah ada coffee table makan atas coffee table plak. Harap dapat beli meja makan before raya atau before tahun depan. At least tak segan kalau nak ajak orang datang rumah nanti.  

Simpan-simpan jugak, rewarding ourselves pun kena jugak kan. Dapat la belanja suami makan kat tempat special. Kat sini, tempat special tu adalah Secret Recipe lah. hehe. Tak banyak kedai makan halal. Lepas tu, diri sendiri nak beli baju yang boleh jadi multi-function lagi. Boleh buat raya, buat nursing, buat maternity wear, buat dinner (sebab minggu ni ada dinner gawai). Haa.,kat sini gawai tu kiranya macam raya la. Nasib baik suami kina yang handle so bab makan tu memang dijamin halal & no arak2 walaupun jamuan gawai.

Jadi, hajat dihati nak beli abaya. Tak pernah beli abaya online, dulu pernah la survey-survey tapi tak beli pun. Kali pertama ni beli abaya online & sangat-sangat puas hati. Jadi kina nak rekomen Miss Abaya Dazzling Abaya kepada sesiapa yang teringin nak beli abaya online. Mula-mula kina nak beli size M tapi sold out la plak, lepas tu Ayu -owner Miss Abaya Dazzling Abaya cakap kina boleh pakai size S sebab size abaya dari Saudi Arabia besar sikit. Alhamdulillah, 2 hari je dapat abaya pastu memang fits me well. Tak perlu nak oter dah. 

Walaupun ada kedai online abaya yang lagi murah tapi design die eksklusif, kualiti best, service pun pantas je. Memang worth it la beli dari sini. First time beli abaya, banyak jugak nak kena baya eyh..

Kina beli design yang ni. Tapi kina tengok design ni dah sold out dah. Banyak yang dah sold out.
Open front, straight cut abaya
Colorful tapi simple

--> baju ni boleh jadi baju raya tahun ni sebab mamanya akan memboyot 9 bulan masa tu.
--> baju ni boleh buat dinner sebab lip lap lip lap gitu. sopan tapi eksklusif gitew.
--> baju ni boleh buat nursing wear sebab dia open front. bila nak breasfeed nanti ha, bukak je.
--> baju ni boleh pakai dengan macam-macam warna tudung sebab beads die warna warni. so, minggu ni pakai dengan tudung kelabu, minggu depan pakai tudung pink plak. haa..umpama beli banyak abaya dengan hanya membeli 1 abaya. shayla dia pun cantik matching dengan abaya tu. Kalau dekat gambar tak nampak sangat beading shayla.

Sangat la multifunction kan. Berbaloi dengan harganya RM180 tapi design yang ni kira murah yang lain RM200 ke atas. Selain baju nikah ni baju yang paling mahal kina pernah spend. Huhu. Mungkin bagi orang lain biasa je harga tu. Last berbelanja RM180 untuk baju raya 2009 masa tu pakai duit gaji pertama lepas grad. Hihi.  

Antara design yang menarik perhatian kina dari Miss Abaya Dazzling Abaya, tapi beli 1 cukup la..huhu..mahei wey..
Design terbaru, princess cut lagi cun.
Cantik! Biru, sporty design.

Suka lagi.


So, raya tahun ni korang tema apa? Hehe.

P/S:Ops.. 2 hari lagi nak habiskan puasa ganti.. Jia You2!


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork